Pages

Sunday, August 14, 2011

14 Ramadhan 1432H

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Ramadhan,

Dalam sedar tak sedar, hari ni sudah 14 Ramadhan...

..Ramadhan Kareem..

Fasa ke-2,

Keampunan...

Orang yang mintak dapat, yang tak mintak tak dapat..

Jadi mintaklah...

Dosa kita macam buih-buih kat lautan...

Masa inilah, kita perlu ambil kesempatan untuk minta agar dosa-dosa kita yang tinggi macam gunung tu diampunkan oleh Allah,

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.. ):

Bukan bermakna masa lain tak perlu, ...perlu juga... sebab kita sebagai hamba memang perlu cukup rendah diri untuk mengakui segala dosa-dosa yang kita lakukan di hadapan Khalik kita...

Jangan risau...

Walaupun Allah ada banyak 'hamba', tapi dia akan dengar semua pinta dan keluh kesah hambaNya...

Allah is the GREAT CREATOR,

Kita tak boleh bersangka buruk dengan Allah...

Because Allah is the ONE who knows the best....


HAMBA

Yup, kita cuma di taraf hamba.!!! Ingat tu, HAMBA... Kalau ada lebih rendah dari hamba, pasti itulah yang selayaknya untuk kita.. Tapi kita adalah hamba yang mulia. Kenapa ye?

Kita tengok hamba-hamba waktu zaman dolu2. Teruk mereka dikerjakan. Disuruh buat itu dan ini.. Tapi ganjaran, ciput je... Patut tak? ... Tak patut.. memang tak patut...

Cuba tengok kita... Dahlah banyak benda Allah bagi free, udara, air, keluarga, waima batang tubuh kita pun free, itupun kita tak bersyukur lagi. Bukan nak buat kerja sebagai hamba, tapi nak demand pulak, mintak tu mintak ni... Apalah kita ni kan??

Seperti kata-kata hukama’ “Nikmat itu ibarat binatang liar, maka tambatlah ia dengan syukur”. Sekiranya gagal diselarikan nikmat itu dengan syukur dikhuatiri membawa kepada kufur. Sehingga digelar orang sebagai kufur nikmat. Hidup di dunia dan akhirat tidak selamat.



Ada satu cerita mengenai rasa kehambaan seorang wali,

Nak tahu tak?

Tak nak tahu pun, saya still akan 'copy n paste'..

Di kisahkan pada suatu hari ada seorang tentera bertemu dengan seorang lelaki tua dibawah sebatang pokok. Lalu tentera tersebut bertanya kepada lelaki tersebut.

“Adakah kamu seorang hamba?”

“Ya, saya seorang hamba”, jawab lelaki tersebut.

“Boleh saya bertanya. Di mana tempat manusia membangunkan hasil mereka?”

“Di kuburan”, lelaki itu menunjukkan arah kuburan kepada tentera tersebut.

Oleh kerana berasa dirinya dipermainkan, tentera tersebut membelasaha lelaki yang ditanya olehnya itu.

Ketika pulang ke kawasan kem, lelaki tersebut menceritakan peristiwa tersebut kepada teman-temannya. Lalu mereka bertanyakan ciri-ciri lelaki yang telah dibelasah tentera ini. Lalu dia menceritakan berkenaan ciri-ciri lelaki tersebut. Dalam keadaan yang terkejut, mereka memberitahunya lelaki yang dipukulnya itu adalah seorang wali Allah yang bernama Ibrahim Bin Adham.

Dalam keadaan yang bergetar ketakutan, tentera ini bergegas kembali pergi mencari Ibrahim Bin Adham.

Apabila ditemui kembali lelaki yang dipukulnya itu, tentera ini memohon maaf diatas perbuatan yang dilakukannya tadi. Kemudiannya dia bertanya kepada Ibrahim Bin Adham mengapa dia menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya sedemikian rupa.

“Soalan pertama engkau bertanya adakah aku seorang hamba. Aku menjawab sememangnya aku seorang hamba. Aku hamba kepada Allah”, jawab Ibrahim.

“Keduanya aku menjawab kubur. Ini kerana manusia berusaha bekerja di dunia, mereka akan membina kebahagian hasil usaha mereka dialam kuburan sana”.

Erm, hebat kan pemikiran para wali ni, mereka nampak apa yang kita tak nampak.... Siapalah diri kita ni, nak dibandingkan para wali tu... huhu


ANTARA HAMBA DAN KHALIFAH

...Ya Allah, Kami hambaMu yang hina...

Seorang tokoh yang berpengaruh, Imam Hassan Al-Banna pernah berkata “Jadilah kamu seorang hamba sebelum menjadi pemimpin, kerana sifat kehambaan itu akan menyampaikan kamu kepada sebaik-baik kepimpinan”

"Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan di soal akan amanah dipertanggungjawabkan kepadanya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang mengenai kepimpinan kerana saya pernah mengulas mengenainya dalam beberapa entri sebelum ini. Tekan sini, sini, sini, dan sini.


HAMBA vs KULI
Erk, hamba vs kuli. Ada beza antara ke antara hamba dan kuli.. Meh kita check Kamus Dewan.

Hamba bermaksud, abdi, budak belian, sahaya.

manakala kuli pula membawa maksud, orang yang membuat kerja kasar atau kerja berat (spt memunggah barang berat, membaiki jalan raya, dll)

Whatever the meaning refers to, for me, it's just the same:-

Pernah satu ketika, ada seseorang berkata kepada saya:

"Umairah, kita ni 'bekerja' di bawah, masih ada di atas kita.. Kita ni macam kuli je"

Masa tu, tak tipu langsung, memang saya tersentak. Agak menyirap darah.. dan dalam hati, nak je saya jawab...

"Maaf, saya bukan kuli sesiapa.. Cukuplah saya menjadi hamba Allah. Itupun tidak mampu saya lakukan"

Tapi mengenangkan rasa hormat pada si penyampai, maka saya diamkan sahaja.. Tidak mahu memanjangkan cerita....

Teringat kelantangan Jaafar bin Abi Talib, ketika diminta sujud kepada Raja Najasyi:

" Kami tidak sujud melainkan kepada Allah"

Hebat kan, proses tarbiyyah yang berlaku pada zaman sahabat. Kita sekarang, dengan pemimpin negara yang nak bersalaman antara bukan muhrim pun kita fikirkan aib mereka. Macam sakit hati je kan? Macam tak faham-faham lagi, Islam tak benarkan.. Duk la bertuankan Barat tu sampai ke sudah... Kita yang orang awam ni lah yang terpaksa... Sambut jugalah salamnya. (alternatif buat muslimat, sediakan sarung tangan kalau terpaksa hadiri function orang-orang besar ni.. huhu)

Well, kita tengok sikit kisah orang-orang yang hebat dalam lipatan sejarah iaitu Bilal bin Rabah, Masyitah, Juwairiyah... Mereka hamba kepada manusia, dan dalam masa yang sama mereka sedar mereka cuma hamba kepada Allah. Mereka bekerja dengan manusia, nampak macam terpenjara jasad mereka, namun tiada siapa yang dapat memenjara hati melainkan diri kita sendiri. Mereka sangat memahami dan tahu bagaimana untuk menjadi hamba yang taat kerana sepanjang penghidupan mereka, mereka lalui dengan ketaatan kepada tuan mereka. Tetapi bila mana roh Islam menyusup masuk ke dalam sanubari, mereka gagah mempertahankan pendirian mereka. Tidak kisah menerima apa jua penderaan fizikal kerana mereka tahu akhirat menjanjikan sesuatu yang jauh lebih berharga.. Hebatnya manusia bila mana rasa penghambaan pada Allah memenuhi susuk tubuh mereka dan mendarah daging di dalamnya.. (^_^)v

Oleh itu, bebaskanlah hati kita daripada rasa bertuan kepada manusia. Kaitkan semua yang berlaku dalam kehidupan kita, adalah daripada dan kerana Allah, dengan itu hati kita akan lebih bebas dan merdeka meskipun orang melihat kita seperti terpenjara...



Saya yang menurut perintah ALLAH,

Siti Umairah Othman

Pesanan hari ini:-

2 comments:

  1. subhanAllah..perkongsian mnrik:) smoga ma`firah itu dikecapi...

    salam perkenalan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails