Pages

Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday.. (^_^)v



Merdeka (Part 1: Mat Lutfi)

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua??....  Sihat???

Dah bape kilo berat anda naik?

Kuih raya dah berapa balang habis?

Ketupat, rendang, lemang, tapai, nasi minyak, nasi dagang, soto, mee kari...

Macam-macam menu di Hari Raya...

Macam-macam kisah di Hari Raya,

Macam-macam perkara berlaku di Hari Raya,

Macam-macam warna di Hari Raya,

Daun ketupat, lemang warnanya hijau...

Rendang warna kuning ada, merah pun ada,

Yang tak best, warna merah darah sebab kemalangan jalan raya..

Pemandu-pemandu sekalian, tak kiralah pandu bas ke, kereta ke, van ke, motosikal ke....

Please be alert with our traffic rules... please... please... and please... saya merayu... 
Kalau tak ingat diri sendiri pun, ingatlah orang yang tersayang..
By the way, thanks to pemandu bus dari Seremban à Kelantan (26/8/2011 – 8.00 malam – CEPAT EKSPRESS) kerana pemanduan yang berhemah yang telah anda tunjukkan. Terima kasih juga kerana menjaga kebajikan penumpang. Lain kali, saya mesti pilih!!! (^_^)...


MAT LUTFI
Mesti ramai yang kenal Mat Lufi kan?... Kalau tanya anak-anak muda yang selalu online, pasti akan kenal dia. Dia terkenal dalam vlogging. Kalau search kat Youtube, mesti jumpa. First rank of Malaysian’s Top 10 Youtubber... 2nd is Anwar Hadi and 3rd place goes to Maria Elena... Personally, saya lebih sukakan pendekatan yang digunakan oleh Mat Lutfi sebab contoh-contoh yang digunakan oleh dia sangat dekat dan tak terfikir oleh minda saya. Bila tengok video dia, kita akan automatically cakap, “A’ah, betul la.... memang betul apa yang dia cakap tu”. Dia bercakap tentang isu-isu yang nampak klise tapi bila dia kupas, dengan beberapa contoh..Then jadi menarik dan akan buat kita terfikir, dan memikir... (^_^)v...

-mat lutfi-
-anwar hadi-
-maria elena-
Perkara yang sama antara mereka bertiga is the language that they use to deliver their ideas. English... Anyone has problems with that? ... Tidak la fully English, ada la juga rojaknya. Adakah itu bermakna mereka tidak menghargai bahasa Melayu. Pada saya, menghargai atau tidak menghargai tidak bergantung kepada sejauh mana atau sebanyak mana kita menggunakan bahasa berkenaan tetapi apabila kita menggunakannnya dengan betul untuk tujuan, tempat, dan waktu yang betul. 

Analoginya, kalau ada orang bagi kita a present... kalau girls let say it’s a teddy bear n for the boys let it be.. ermmm apa orang selalu bagi pada lelaki?? Or lelaki jarang dapat present??. Ok..ok.. erm .. baju kot ea?? Jersi la ek... lelaki kan suka tengok bola... Adakah kita akan selalu menggunakannya.. 24/7... (bukan grup ala-ala k-pop 24/7 tu yep,... erk..).. Tak kan  la, nak tunjuk sense of appreciation kepada orang yang bagi teddy bear tu pada kita, sampai kita bawa teddy bear tu kemana-mana. Pergi kelas, shopping, makan kat kedai mamak pun kita bawak? Iye dop??? Baju pulak, tak kan sampai 24 jam pakai tak basuh-basuh... Walaupun lelaki ni, dia suka sangat ulang pakai baju yang sama especially baju yang dia suka... like my brothers... Semua ada habit yang sama... (Well,  kadang-kadang, lelaki ni lebih pandai menunjukkann kasih sayang dengan perbuatan berbanding dengan pengucapan... )   (^_^)v..
~girls only~
...nak jersi mana?? ahaks.. (8-2)

Sama juga dengan penggunaan bahasa yang betul. Cuba kita bayangkan, tak kan kalau nak beli ikan kat pasar nak guna ayat macam ni;

                “ Encik, berapakan harga ikan ni sekiranya saya ingin membelinya sebanyak satu kilogram?”

Rasa-rasanya orang DBP pun tak guna ayat yang macam ni... Orang akan cakap macam ni je...

                “ Encik... ikan sekilo, berapa?”

Ha.. kan dah jimat masa... Ringkas dan sampai maksudnya. Bahasa adalah satu medium komunikasi yang boleh difahami bersama. Bahasa pasar ke, bahasa isyarat ke, dialek ke... asalkan sampai maksudnya antara penutur dan pendengar, then.. its enough...
 
There is a BUT.... Tak kan nak guna ayat-ayat slang, rojak ataupun short form dalam coursework ataupun exam kan? Cari nahas la jawabnya tu... Ataupun waktu tu tengah ada function yang mana orang-orang yang menghadiri majlis berkenaan semuanya orang-orang ‘bahasa’... Tiba-tiba kita masuk and then.... “Yo!!! Whats up man???”.. Memang cari penampar free la kalau buat macam tu... Praktikkan la adab dan sopan yang bersesuaian dengan kehendak majlis...  Kita kan dah diajar untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya... Semua dah besar, kan?? Jadi, pandai-pandai la fikir sendiri... 

Apa kaitannya bahasa penyampaian mereka dengan apa yang ingin saya perkatakan sebenarnya?? 

Hikhik...

Sebenarnya, saya cuma nak cakap yang mereka ni study overseas...  (Mat Lutfi dan Anwar Hadi.. Maria Elena, tak sure... but her English pun superb... )

So what??? 

Apa orang yang belajar kat local universities tak de yang boleh skipping.. eh silap... speaking macam tu ke? Ada la... Ramai gak yang dapat MUET, Band 6... (Nasib baik tak de sampai Ben 10)... Cuma kenapa dihighlightkan OVERSEA di situ...? Kalau ikut logiknya, untuk beberapa tahun mereka belajar di luar negara, mereka tak kan tahu atau kurang tahu perkembangan realiti yang berlaku di Malaysia yang tercinta ini. Namun, dalam era globalisasi, di mana dunia tanpa sempadan... Semuanya boleh berlaku dihujung jari... with just a few clicks kita dah berada di mana-mana tempat yang kita inginkan... dalam dunia ni... So, kita boleh tahu apa yang berlaku kat Malaysia walaupun kita belajar di luar negara.

Sebagai orang yang berada di perantauan dan melihat Malaysia dari perspektif di luar lingkungan, pasti mereka akan nampak apa yang orang dalam Malaysia yang tak nampak. Kita yang tinggal dalam lingkungan Malaysia, belajar di Malaysia, kita akan terbiasa dengan sistem kita. Pendek kata, kita akan berada dalam satu zon yang selesa. Seseorang yang sudah berada dalam zon yang selesa, sukar untuk melakukan, apatah lagi menerima perubahan. Apatah lagi, kalau perubahan berkenaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.  Betul kata pepatah Melayu, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri” Tapi, alang-alang dah berada kat negeri orang tu, bawa la pulang ‘emas-emas’ pengalaman untuk kita adaptasikan di negara kita. Emas je, logam-logam yang berkarat macam budaya pergaulan bebas, arak, tak tutup aurat tu.. tak perlu...  Kita tak perlukan semua tu... Cukuplah dengan kebejatan sosial yang dah mendarah daging dalam jiwa anak muda di Malaysia, mutakhir ini... Jangan ditambah lagi, derita Malaysia... Tinggalkan je kat sana. 

Berbalik kepada Mat Lutfi ni. Saya suka kepada pemikirannya juga yang positif dan terbuka. Mungkin terpengaruh dengan budaya mat salleh yang open minded dan professional dalam menerima dan berkongsi pendapat. Walau bagaimanapun, saya tak mengenali dia dalam dunia reality, jadi belum tahu bagaimana pembawakan dia diluar. Ada seorang kenalan saya, pernah hantar sms pada saya, ayatnya lebih kurang macam ni:-

“Kita ni jangan nak jadi hebat dekat dunia maya, dekat facebook je.. Hakikat sebenar kita adalah realiti yang perlu kita hadapi”

Dia tak merujuk kepada sesiapa, tapi hati kecil ni... ada terasa pedasnya.... (huk..huk.. batuk skit)

Tapi, konon nak mempositifkan diri, saya cuba cakap pada diri.. Its ok.. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Maybe kita tak bagus dalam mempengaruhi orang melalui pengucapan awam, tak mampu cakap ala-ala YB atau pemimpin pelajar yang bersemangat, full with facts and statistics.. Lengkap hujah... Dalil aqli dan naqli... Kalau menyusun kata tu, kata orang dengar tak bosan... Tapi kita suka menulis... minat kita lebih kesitu... Jadi, kita manfaatkanlah mana yang bermanfaat dan boleh memberi manfaat kepada orang... Tak kira la besar ke kecil impaknya, at least we put some try... Semua orang boleh, sebab kita kan MUSLIM!!!! Method da’wah yang berbeza... Namun matlamat tetap sama... memastikan islam menjadi addin... Ikut kemampuan masing-masing...


Alamak, out of topic...  Dah terpanjang, ingat nak pendek je tadi... Tak suka tengok entri panjang-panjang sangat... Ok, sambungan ke ‘Merdeka  (Part 2: Tajuk tak tahu lagi)’

*Saya dah melalut lagi (~_~)v

p/s 1: Sila la klik kat youtube kalau nak tengok video matlutfi yang best2... Boleh digunakan sebagai set induksi sebelum nak memulakan tazkirah. Yang latest tu ‘made from Malaysian’... kalau tak silap la.. kalau silap jangan marah, ye... Nice one... Paling tersirat bila bola ragbi diletakkan dalam tong sampah... (^_^)v

p/s 2: Mat Lutfi nak jadi pengacara dan terlibat dalam dunia penyiaran, katanya.. Mudah-mudahan dia akan berjaya dengan apa yang dicita-citakannya. Semoga kelebihan pemikiran yang ada pada dia tu, mampu mengubah paradigma pemikiran anak muda kita... Semoga ramai lagi macam dia, sebab kerja nak ubah paradigma ni bukan kerja individu... tapi kerja bersama... Apa yang penting.. KERJASAMA... (:

Tapi apapun, SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-54... 
~ maknakan kemerdekaan kita ~

Salam Syawal 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim..


Ramadhan telah berlalu pergi meninggalkan makna yang tersendiri kepada setiap yang bergelar Muslim. Mudah-mudahan ada hikmah berlalunya Ramadhan kali ni.. Perasaan bercampur gaul. Antara sayu dan gembira kerana dapat bersama keluarga. Apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. kepada semua yang mengenali..



Thursday, August 25, 2011

24 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahimm..

Kongsi rasa... (:

Ya Allah 
Malunya denganMu...
Dangkalnya ilmu...
Ceteknya iman...
Sikitnya amal...
di usia muda menerima risikan..

Tak menyangka sama sekali,
Usaha mensolehahkan diri,
Mendapat perhatian,
Sebegitu rupa...

Jawapan apa yang harus diberikan..
Andai yang datang adalah yang terbaik dari Mu
Mohon sahabat-sahabat doakan..
Agar bijak menimbang lamaran emas sekali cuma,

Walau berat mulut ingin mengatakan..

" Ya, aku terima risikannya"

Alhamdulillah, selepas istikharah 
Temui jua jawapannya..
Moga berkah mendahului..
Dalam dalam malu, saya berkata:

"Ya, saya TERIMA....

(^_^)v

Saya terima RISIKAN PERJUANGAN, ini "

Masih belum waktunya.. (:



Hehe.. bermakna kan kata-kata di atas.. sms dari seorang sahabat. Syukran ya ukhti.. Moga kita semua terus thabat dalam perjuangan ini... InsyaAllah..

"Bila mana diri diwakaf untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat meloloskan diri. Sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu. Jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan akan tiba. Derita kita adalah derita ummat terdahulu. Penat kita hari ini untuk generasi akan datang. Perjuangan harus diteruskan. Fi amanillah.."

-saya cuma insan biasa-

23 Ramadhan 1432 H

..InsyaAllah, ada jalannya..





Ibnu Al-Qayyim mengatakan:-

" Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. Ada juga kesedihan yang tidak mampu diseka oleh kebahagaiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan Nya. Ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan meninggalkan kegelisahan itu menujuNya. Dalam hati juga ada gejolak apai yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat perjumpaannya"

22 Ramadhan 1432 H

...Indahnya solat...

Salah seorang ulama soleh mengatakan;

"Solat adalah cahaya yang terpancar dari hati seorang Mukmin. Menerpa dan menyinari wajahnya lalu memantul ke seluruh anggota tubuhnya; cahaya yang digunakan oleh Allah untuk menunjukkan siapa sahaja yang mencari keredhaanNya menuju jalan-jalan keselamatan; cahaya yang disandang oleh seorang mukmin ketika berjalan di antara manusia sehingga dia melihat apa yang tidak dilihat oleh orang lain dan cahaya yang berkilau di hadapan dan disebelah kanannya kelak pada hari Kiamat nanti."

Pesan Hari Ini

Tuesday, August 23, 2011

21 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim..

-indah dunia kanak-kanak-

" Huda tak takut hantu, Huda takut pada Allah ".. 

Terluncur sebaris ayat dari bibir comel seorang anak kecil berusia 5 tahun.. Aduh, anak.. Jujur bicaramu.. Membuatkan hati yang mendengar terkesima.. Anak-anak zaman sekarang.. Petah tutur katanya... Alhamdulillah..  Moga ramai lagi yang seperti ini.

Saya sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), selama seminggu di sebuah sekolah di bumi bersejarah, Melaka. Ini PBS terakhir sebelum beralih ke fasa praktikum. Dan seperti biasa, pengalaman menjalani PBS tidak pernah mengecewakan. Pasti ada sahaja ibrah yang ingin Allah sampaikan dengan cara yang halus, melalui anak-anak murid, guru-guru sekolah, pihak pentadbiran sekolah, staf-staf sokongan.. pendek kata semua warga sekolah la... Kali ni, dalam kelas pendidikan khas, ada seramai 22 orang.. semua lelaki.. cuma ada seorang perempuan yang baru masuk hari sama ngan saya mendaftar berPBS di sekolah berkenaan (22 Ogos 2011).. Serba sedikit info PBS kali ni.. task is a task... but the most important is, i want to gain as much knowledge as i can.. based on my observation.. mula-mula kita perhatikan dulu.. then bila dah well prepared, mentally and physically... thats the time to play the role..

Berbalik kepada si kecil Huda tadi.. Dia dan kawan-kawannya yang lain.. Balqis, Zain, Irfan, dan 2 ke 3 orang lagi sedang bermain masak-masak.. saya pun interframe le.. Cam best je, dah lama tak main masak-masak ni.. Masak ikan sweet sour, telur mata, masak jagung, sosej dan banyak lagi mainan kanak-kanak ni. Agak 'kami' macam dah bosan main masak-masak, Zain mengajak main hantu-hantu pulak.. Saya pun tanya, "Eh, nak main  hantu-hantu pulak ke? Tak takut ke?? (sekadar menduga - sebenarnya tak puas main masak2 agi.. huhu)

Huda pun berbisik pada kawan2nya yang lain.. Saya pada mulanya tertanya-tanya.. Apalah yang dibisikkan oleh si Huda ni.. Sambil matanya tak lepas memandang saya.. Cuak jugak.. Apalah yang ada dalam fikiran mereka...

Saya bertanya, apa yang dibisikkan oleh Huda.. Balqis pun menjawab: 

Cikgu, Huda cakap macam ni...

" Huda tak takut hantu, Huda takut pada Allah ".. 

Saya tersenyum. Pandai budak ni... Dah la kecik-kecik lagi dah belajar puasa. Petah pulak berkata-kata... Sejuk perut ibu mengandung....

-baitul muslim-
" Bagus, Huda... Kita memang kena takut pada Allah je "

Kanak-kanak memang cepat belajar dari sekelilingnya... Dia akan absorb semua benda, macam span. Terima dan terima.. Banyak benda baik yang kita tunjukkan, banyak la benda baik yang dapat dia simpan dan dia ikut.. Macam tu juga la sebaliknya. Masa kain putih ni tengah suci murni ni, kita tentukanlah corak yang terbaik.. Kalau dah kotor nanti... boleh aja nak padam balik guna cloroxs ke apa ke.. tapi waktu tu, dah susah la skit.. kena usaha lebih banyak dan lebih kuat.... Masa tengah rebung memang mudah je nak dilentur..., kalau dah jadi buluh.. perlu ditakik2... yang nak membentuk, penat.. yang dibentuk.. sakit.. itulah harga yang perlu dibayar kalau tersilap asuhan...

-tentukan warna mereka-
nak mendidik tu, sebenarnya untuk mereka menjadi matang ke atau untuk menuju kedewasaan...?


erm... 


InsyaAllah, saya sambung dalam entri yang berikutnya..

Sunday, August 21, 2011

20 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim...


Mood: Bertemankan bunyi kipas dan kocakan air ikan2 kecil berenang

...Tenang..
Apabila keadaan di asrama dah terlalu sunyi, minda akan berputar-putar mengenangkan kembali kisah dan sejarah silam. Ala-ala nostalgia gitu... Tak elok kan, kalau asyik duk mengenang kisah-kisah lalu je. Tapi, kadang kala, kita banyak belajar daripada kenangan. Kenangan yang paling segar di ingatan ialah kenangan lima tahun di bumi faris petra.. Sekolah yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Sekolah yang banyak mengajar saya menjadi manusia.


Teringat kepada kenangan makan megi Ruski. Tak payah guna bekas, masak aje dalam plastik megi tu. Letak air panas, tunggu kembang dan makan dalam gelap lepas light off.. Dasyat kan? Tapi, tu la kreativiti budak-budak asrama. Apabila kita kekurangan sumber, kita akan memanfaatkan sumber-sumber yang ada.

Tak pun, ironkan plastik milo yang 3 in 1 tu... Lapik ngan kain.. Milo tu akan jadi berkeping-keping macam coklat... hehehehe... Belum masuk lagi part mengenakan orang waktu nak sambut birthday...

Time supper, biasenye minum air vico.. Ambik air vico tu, agak-agak dalam separuh baldi.. then kite campurkan dengan ramuan yang lain.. antaranya ialah, biskut cheese yang dah hampir tarikh luputnya, dan juga beberapa perisa tambahan seperti shower gel, syampu, bedak dan sebagainya.. MasyaAllah.. bau die kan.. memang tak boleh tahan.. Untuk lebih dramatik, isi air dalam belon n ready kat toilet.. Senang skit nak basuh kan.. tepat jam 12.00 malam.. 'mangsa' akan dikenankan... huhuhu.. (please don't try this at home)


Seronok, memang seronok... Tapi semua perkara2 ni, memang membuatkan warden pening kepala. Kesian kat warden kena ronda waktu malam-malam. Tapi masa tu, memang kenakalan bermaharaja lela.. Bukan suka sangat pun nak buat perkara-perkara ni, tapi demi sebuah pengalaman.. Masa tu, cuma terfikir satu perkara je. Kalau kita tak pernah berada dalam sesuatu situasi, macam mana kita nak faham. 

Monolog dalaman:-

" Kalau ditakdirkan besar nanti, aku jadi cikgu, macam mana aku nak faham alasan kenapa kat sekolah ada budak-budak yang nakal. Apa faktor yang menyebabkan mereka ni nakal.. Semua benda yang berlaku mesti ada sebab, dan aku kena tahu apa sebab tu dulu sebelum bertindak. Kurang-kurang kalau tak tahu semua pun, tahu sikit pun jadilah. Apa perasaan mereka bila buat kesalahan kat sekolah. Apa mesej yang ingin mereka sampaikan melalui tindakan mereka. Tak ada orang buat sesuatu tanpa satu alasan yang kukuh. Mesti ada sesuatu"


Nah, sekarang memang takdirnya saya akan jadi seorang cikgu. A few more steps to go, then i will be an educator.. This is my last PBS/ SBE (School Based Experience).. Next year, practicum... and then internship... 2014, InsyaAllah.. posting... to where??? hehehehe.. wallahu'alam..



Kronologi sebuah kehidupan.. Kita tak tahu apa rancangan Allah untuk kita, tapi tak salah untuk kita merancang.. Kemudian kita serahkan perancangan kita itu pada Allah.. Ada banyak benda yang kita nak capai dalam kehidupan kita. Kita nak result gempak, kita nak cemerlang itu, kita nak cemerlang ini, kita nak jadi seorang yang hebat berpidato, kita nak pandai dalam ICT, kita nak jodoh yang baik, kita nak jadi seorang Muslim yang hebat... dan macam-macam lagi la kehendak kita..Tapi, perasan tak kenapa Allah tak perkenankan semuanya.?



Saya temui jawapan dalam novel Stanza Cinta ni.. "Kerana tak semua kehendak kita ketika itu, sesuai dengan keredhaan Allah"... Kepada peminat-peminat novel, saya sangat menyarankan untuk membaca novel ini. Anda tidak akan rugi.. covernya agak kurang menarik...  tapi percayalah, anda tidak akan menyesal dengan garapan ceritanya.. Jujur dan rasanya sangat dekat sekali dengan kehidupan. Juga sarat dengan pengisian dan method dakwah yang bermanfaat... Bukan novel-novel cinta yang lagha sebagaimana yang menimbun di pasaran, tapi boleh membuka minda kita untuk memandang cinta itu melalui sudut pandang seorang wanita berprinsip.. watak Amni juga bukan gambaran wanita sempurna, tapi bagaimana dia meletakkan pengharapan pada Allah dalam setiap permasalahan yang berlaku dalam kehidupannya. Dia melakukan kesilapan dan jua kesalahan, tapi dia tidak membiarkan dirinya terlalu lama dalam kelekaan.. (Promote novel ni lagi..huhuhu.. tapi percayalah.. this novel memang sangat best!!!! - tapi drama tu, erm.... kureng kot) 


Stanza Cinta
Jadi, bila mana kehendak kita itu tidak tercapai, kita jangan cepat putus asa. Kita fikir balik.. Mana yang lebih penting, redha Allah ke, atau kehendak hati kita? Kehendak hati tak tercapai, tak bermakna kita tewas ataupun gagal. Dan hal berkenaan, tidak menunjukkan pula kita ni dah berada di bawah, sedangkan orang lain semua dah berjaya dan berada di atas...


Dalam kehidupan tidak ada status; di atas dan di bawah.. kita semua adalah sama... Ini adalah kata-kata  jutawan beras di Malaysia.. Syed Mokhtar Al-Bukhari.. Apa makna kata-kata ni.. ? Maknanya, kita ni.. tak ada istilah siapa kat atas, dan siapa kat bawah... Yang penting adalah sejauh mana kita memanfaatkan situasi ataupun keadaan yang berlaku pada diri kita.. Kalau la, kita rasa macam kita ni ada kat atas, tapi jiwa kita terkongkong.. minda kita terbelenggu, semua hati kita kena jaga... bermakna tak kedudukan yang kononnya di atas itu? 

Dan misal kata pula kita berada di bawah, tapi kita rileks je.. tak de nak ikut arahan orang sangat, kita berjiwa merdeka, kita tenang dengan apa yang berlaku.. kita boleh buat apa yang kita suka... penting lagikah kedudukan yang kat atas tu untuk kita kejar??? tak juga kan?? kita boleh jadi orang yang baik, tak kira walau di mana pun kedudukan kita... kita boleh jadi hebat, walaupun kita ni seorang pekerja biasa..

Tapi dalam masa yang sama, kita juga perlu memacu diri menjadi orang yang lebih hebat.. Pendefinisian HEBAT itu, terpulang pada individu.. Sama ada ingin menjadi HEBAT pada pandangan ALLAH atau pada pandangan manusia...

P/s: maaf la.. entri ni dah bercampur-campur topiknya.. taip je apa yang terlintas di kepala...  

...Semoga Berbahagia...





Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru belajar satu zikir hari ni.. Daripada pentazkirah comel molek, Naib Pengerusi Biro Agama & Dakwah 2

Share ye??

Allah.. Allahu Rabbunallah..
Allah.. Allahu Rabbunallah..
Nahmadullah..
Nasykurullah...
Zalika Fadhlun minallah....
Allah.. Allahu Rabbunallah..

I learn something today... Seorang sahabat pernah cakap, apa yang kita dengar pada hari ini, meskipun kita dah dengar 10 tahun yang lalu, ianya tak akan sama. Masa berlalu akan mengubah persepsi kita tentang banyak perkara. Misal kata, hari ni kita dengar ustaz menyampaikan tazkirah berkenaan dengan kelebihan solat, walaupun kita dah pernah dengar tentang kelebihan solat ni berpuluh-puluh kali, tapi disebabkan oleh satu pengalaman yang baharu sahaja kita lalui tazkirah ustaz ini akan akan didengari dengan cara yang tidak sama dengan kebiasaannya. Misal kata kita berjaya menemui ketenangan apabila kita menghamparkan seluruh permasalahan kita seusai waktu solat dalam titipan doa yang penuh pengharapan. 

Walaupun masalah tidak selesai, tapi hati kita tenang. Kalau sebelum ni, 10 tahun dulu, waktu kita tengah kanak-kanak ribena, kelebihan2 solat ni mungkin ibarat angin lalu je. Nak tak nak dengar je. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tapi bila mana sesuatu input yang kita peroleh, diteguhkan lagi dengan pengalaman sedia ada, then we will realise, how precious that thing is... Sebab tu, kita tak boleh jemu daripada mengisi dada kita dengan ilmu walaupun perkara berkenaan dah selalu sangat kita dengar.. Tambahan pula, selayaknya fitrah kita sebagai insan biasa ni, memang selalu lupa... Jadi, memang sewajarnya kita selalu diingatkan..

Itu, satu perkara yang saya belajar.. Ada juga satu perkara lain yang saya sedar. Sekarang, saya sangat addicted dengan novel stanza cinta.. MasyaAllah... This novel is superb.. Meaningful.. No wonder la sampai diangkat menjadi drama bersiri.. Setiap hari ahad (9.00 malam- time terawih ni).. Novel ni sarat dengan madah berhikmah. Serta sangat sesuai dibaca oleh muda-mudi hari ini.. Bagi yang single mingle...this novel will make you proud of being single... Bagi yang tercari-cari jawapan mengapa sampai ada sesetengah orang yang memilih untuk sendiri, temuilah jawapannya dalam novel ini... Bukan la maksudnya tak kawen2 sampai ke sudah, tapi.... memilih untuk stay single sebelum tiba masa yang sesuai untuk berdua.. bertiga, berempat dan seterusnya... ngee~ baca ayat ni, ye.. best sangat... (^_^)v

"Soal jodoh ini kita tidak boleh tergesa-gesa, kak. Amni sudah minta pertolongan dari Allah supaya menjaga hati Amni. Amni minta supaya Allah tutupkan hati Amni pada semua lelaki, kecuali lelaki yang bakal menjadi suami Amni. Jika lelaki itu jodoh Amni, barulah dibukakan hati ini. Jadi maknanya, walau sebaik mana pun lelaki itu, walau sehebat mana pun, sekiranya dia bukan jodoh Amni, jangan dibukakan hati ini. Amni tidak mahu jatuh cinta pada lelaki yang bukan tercipta untuk Amni"
'Sweet'

Mesti ada yang cakap,
Alah...
cerita-cerita macam ni ada dalam novel je..
Berpijak la ke dunia realiti...
Tak kan lah kau nak ketinggalah dalam arus modenisasi di mana couple2 ni di'halal'kan??

Eh, hello... suka hati mak bapak die je, nak cakap macam tu...
Yang menghalalkan tu manusia.., bukan Allah..
By the way, kisah2 macam ni banyak juga di dunia realiti..
Saya dah pernah dengar dan perhatikan..
Dan memang benarlah.. ayat al-quran
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
(^_^)v
Semua yang saya perhatikan, melalui kaca mata saya la... Memang kesudahannya, wanita yang baik akan bersama lelaki yang baik.. dan begitu jugalah sebaliknya. Kalau mungkin dia tak baik waktu awal-awal kahwin sekalipun, InsyaAllah dia ditakdirkan baik, satu hari nanti.. Siapa tahu, dia insaf, kan?? Allah tak akan pernah mensia-siakan hambaNya yang beriman. Percayalah, dan serahkan segalanya pada Allah... Disamping berusaha sekadaranya.. InsyaAllah.. ada jalannya..

Baiklah, tinta terhenti di sini.. Bersambung di lain ruang bicara.. InsyaAllah.. (:
Pesan Hari Ini :
-lakonan semata-mata-

18 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim...

Iftar Jamai'e, Majlis Khatam Al-Quran, 
Malam Lambaian Syawal,dan
Penangguhan Ihya' Ramadhan 1432 H 
Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu..

4 in 1 program... Alhamdulillah... Semuanya berlangsung dengan jayanya...

Sedikit tinta ucapan yang tak sempat saya sampaikan kerana kekangan masa. (^_^)v..

Bukan full idea sendiri pun, banyak cedok dari Majalah Solusi dan juga contoh teks kat internet...

Apapun.. Sekadar perkongsian.. Siapa tahu, bermanfaat.. (:

* kata alu-aluan.. (tak yah la..)

Detik masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Dalam tak sedar, kita sudah berada di malam yang ke 19 Ramadhan. Satu malam lagi dan kita akan meninggalkan fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa keampunan. Di kesempatan ini, sebagai merealisasikan Malam Lambaian Syawal, saya  dengan kerendahan hati memohon kemaafan bagi diri saya dan rakan-rakan guru pelatih, seandainya ada gerak laku, tutur kata,  rasa yang terpendam kami yang mengguris hati para pensyarah dan pihak pentadbiran sekalian. Sesungguhnya kami juga telah berusaha untuk menunaikan segala amanah kami sebagai pelajar guru kerana kami juga ingin melihat kampus mua’llimah tercinta ini, berkembang menuju ke tahap yang lebih tinggi untuk merealisasikan visi dan misi institut pendidikan guru. 


Hadirin yang dirahmati Allah,

Hembusan Ramadhan nampak gayanya sudah semakin sepoi-sepoi bahasa. Inilah fenomena biasa  di mana-mana masjid dan perkara yang sama juga berlaku di BISA kita ini. Azam yang membara seawal Ramadhan menjadi kendur. Hati menjadi korban dan berlaku peperangan yang dahsyat dalam diri. Antara desakan tugasan kuliah, kerja kursus dan tuntutan berjamaah Maghrib dan Isyak serta berterawih di BISA. Mulut, telinga, mata, hidung, dan seluruh pancaindera masih tega dan rela dengan dosa. Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. 

Satu renungan untuk kita sama-sama fikirkan. Apakah masih akan berulang penyesalan kita pada Ramadhan yang lepas ataukah kita bersedia menukar rentak dan momentum dalam memaknakan hari-hari terakhir bulan Ramadhan? Tepuk dada, kita tanya iman kita.. Apakah sudah tercapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sempena Ramadhan ini. Tingkatan paling tinggi adalah mencapai ketaqwaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh rasa ketaqwaan kepada Allah, nescaya diampuni dosanya yang lalu,” (Muttafaq ‘alaih)



 

Masih belum terlambat sebenarnya. Kita semua sebagai umat Islam perlu insaf dan serius untuk berubah dan meningkatkan ibadah ke arah yang lebih baik. Puasa yang dilakukan perlu berada pada tahap yang sepatutnya sesuai dengan peningkatan umur kita, kerana kita tidak akan pernah menjadi semakin muda. Kemuncak pada ibadah puasa ialah taqwa. Fardhul muslim yang bertaqwa, puasanya boleh menjadikan dia orang yang kuat jiwa, kuat ibadah, dan kuat berbakti kepada orang lain. InsyaAllah.. Sama-sama kita berdoa agar Ramadhan ini memberikan sesuatu yang bererti dalam kehidupan kita sebagai seorang insan.


Hadirin yang budiman,

Sedikit titipan sempena Syawal:

Kekuatan utama sambutan Aidilfitri adalah di dalam memulihkan dan mengekalkan silaturahim. Ianya merupakan kekuatan kerana mewujudkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kedamaian dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat serta saling membantu antara satu sama lain. Orang yang suka menyambung silaturahim akan membawa pertambahan rezeki dan dipanjangkan umurnya. Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Barang siapa yang suka di perluaskan rezekinya dan kehidupan yang baik, maka hendaklah menyambung silaturahim”

Syawal yang melambai..


Dasar silaturahim yang ditetapkan Islam adalah
melangkaui sempadan negara dan benua. Kita perlu insaf terdapat saudara-saudara kita di luar negara hidup dalam keadaan sukar sepanjang hayat, membesar dalam keadaan perang, generasi silih berganti terus hidup menderita terutama saudara kita di Palestin. Jika tidak sampai ke Palestin sekalipuan, jenguk-jenguklah jiran tetangga kita. Mungkin ada yang memerlukan bantuan. Marilah kita sama-sama menambahkan saham akhirat dengan menyumbang mengikut kemampuan kita. Bukan nilai yang menjadi ukuran, asalkan hati ikhlas dan rela untuk beramal.


Wallahua’lam... Sebelum mengundur diri, suka saya untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa kerja untuk majlis kita pada malam ini kerana telah memanfaatkan keizinan dan kekuatan yang telah diberikan Allah dengan berkorban, masa dan tenaga dalam merealisasikan majlis kita pada malam ini.. Mudah-mudahan rahmat Allah mengiringi perjalanan hidup kita semua. InsyaAllah..

Sekian. Wabillah.



Thursday, August 18, 2011

17 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...

Dah masuk Ramadhan yang ke-17..

Berbuka semalam (16 Ramadhan), berpeluang bersama rakan-rakan seunit berbuka puasa 'ayam penyet' di tesco melaka...Alhamdulillah... (^_^)v. Setelah penat mengikuti 'kelas piano'..(marry had a little lamb, ngee`),.... Allah perkenankan anagan-angan nak belajar main paino. Tak dapat main lagu 'love story' pun, tak pe la. Learn from the basic..

Anda suka membaca?


Kucing pun baca buku

Saya yakin anda suka,.. sekiranya anda masih meneruskan pembacaan anda sehingga ayat ini.. (^_^)v...
Tidak kira apa jua medium pembacaan anda, blog, majalah, komik, novel, karya sejarah, ensklopedia (anda hebat kalau rajin baca yang ni, huuu~) dan sebagainya...

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya

Fenomena pada hari ini menyaksikan, tidak ramai orang yang suka membaca bahan bacaan yang berbentuk ilmiah. Betul ke, atau ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja? Baiklah, sebenarnya situasinya adalah begini. Melalui pemerhatian, saya mendapati.. Kebanyakan muda mudi pada hari ini kurang gemar untuk menghadap buku yang tebal-tebal. Namun, fitrah manusia yang dikurniakan akal dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, menyebabkan kita mencari bahan bacaan alternatif yang lain untuk dibaca. Sekarang, kita lebih selesa untuk membaca bahan bacaan yang ringkas tetapi padat serta terus kepada maksud dan, tidak panjang berjela-jela. Faktor masa dan persekitaran menyumbang kepada fenomena ini.

Sebagai tambahan, faktor pemilihan grafik yang menarik serta catchy juga turut dapat menarik minat untuk membaca. Mutakhir ini, terdapat pelbagai majalah yang terdapat di pasaran yang lebih praktikal dan sesuai dengan keperluan semasa.

Jom, kita tengok skit2 antara contoh majalah islamik yang terdapat di Malaysia.

Fardhu Ain Edisi 1
Fardu Ain Edisi 2
Fardhu Ain Edisi Terkini

Solusi
Solusi juga...
Solusi lagi...
Gen Q pulak...
dan... solusi juga...


PESAN HARI INI (:

Bacalah buku, kawan (:

Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah wa syukurillah...

Gambar sekadar hiasan


Sudah separuh Ramadhan rupanya... Masa berlalu pantas sekali. Dalam tak sedar, dah lebih separauh Ramadhan kita semua sama-sama lalui..


Saya cuma ingin berkongsi sedikit info berkaitan dengan isu semasa tanah air..


Well, dear readers...


Saya bukanlah seorang yang teramat-amat peka dengan isu. Dah la sejarah ada  masalah, isu semasa pun tak ambil tahu sangat. Haish... nak jadi apalah ni.. Huhu...


Tak pe2.. Jangan lunturkan motivasi anda dengan pernyataan di atas.. Cuma nak hentam diri sendiri je. Kalau orang lain hentam, rasa macam tak best sangat. So, kita hentam diri sendiri..


Baiklah... 


Bulan Ramadhan ni, banyak juga kan isu-isu agama yang dibincangkan.. Antaranya isu gereja dan juga berkenaan bacaan al-quran sebelum subuh menggunakan pembesar suara. Kalau diikutkan, kedua-dua isu ni telah dipolitikkan... Tapi, yang ni, tak nak komen lebih-lebih... Masing-masing ada persepsi.. Nilai lah sendiri..


Cuma, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah... Saya amat lega bila mana Mufti P.Pinang (Datuk Seri Hassan Ahmad)  mengelurkan kenyataan. Menjawab persoalan dan kekeliruan yang berlaku. Sebab tu orang cakap, kalau nak tahu punca perkara, rujuk pada sumbernya yang sah.. Sumber primer ye!!!, bukan sekunder, bukan tertier...  


Jom baca petikan Malaysiakini...

Laungan azan, irama terindah.. (:
Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

Menyahut seruan azan, satu keutamaan... (:

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.




Ha!!! Kan dah clear semua masalah. Tak perlu nak masuk surat khabar.. Bila sesuatu isu terjadi, kita sebagai orang awam, akan membuat penilaian. Jadi, buatlah penilaian yang bijak, dengan mengambil kira pelbagai aspek. Kembali kepada Quran dan Sunnah Nabi, maka akan selesai semua masalah.. (^_^)v


15 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..

Masih lagi diizinkan Allah, untuk bernafas dibumiNya...

Moga bermanfaat setiap helaan nafas kita,

InsyaAllah ~

Bukan Seorang Jaguh...

-Anugerah, bukan idaman-

Entri duka lara atau hampa kecewa?

Oh no!!! absolutely not...

Tamaw la cakap perkara-perkara sedih...

Kita kan  ummat Islam, Khaira Ummatin=sebaik-baik ummat

"Kamu adalah umat yang terbaik (khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf  dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah"

(Ali Imran ayat 110)

Jadi, mudah-mudahan kita ini tiada masa untuk berlama-lama mikirin soalnya hati dan perasaan.. Kelak nanti, kita itu jadinya orang yang lemah,... ngak punya tenaga,.... longlai, dan sewaktu dengannya.... Kerana apa?? Kerana otak kita itu, sudah capek mikirin soal hati, gi mana mungkin dapat mikirin soal lain... (rojak ap ni??? ngeee ~)


Orang Islam harus KUAT!!!! Bukan setakat sekuat TIGER....
Tapi lebih kuat dari itu!!!!
KUAT JIWANYA!!!!

Baiklah... sidang pembaca yang budiman...
Cuba kita perhatikan ayat di atas dengan teliti ye,..

Imam Mujahid sewaktu memberi pandangan mengenai ayat ini  dalam al-Jamik li Ahkamil Quran Imam Qurtubi, "(Kamulah umat yang terbaik) berdasarkan syarat-syarat yang terdapat dalam ayat ini". Maksudnya kita ni, akan jadi umat yang super bila mana kite tepati ketetapan dalam ayat ini iaitu, mengajak kepada makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah...

Bukan senang sidang pembaca sekalian,
Nak mengajak kepada makruf, nak cegah kemungkaran ni...

Nak ajak diri sendiri buat kebaikan pun, sampai ber'perang' antara kehendak, keperluan, dan tuntutan....
Nak cegah kemungkaran... Erm.. Kemungkaran diri sendiri bergunung ganang...

Tapi. atas dasar kita sesama Islam,
Nak tunggu tak de dosa baru nak dakwah orang,
Nak tunggu pahala bertimbun-timbun sampai boleh bagi kat orang lain...
Kalau macam tu, memang tak akan ada la manusia yang kat atas muka bumi ni yang akan menjadi pendakwah,
dan....
Nampak gaya, tak jadi ummat yang hebat la kita ni...

Fardhul muslim adalah perkara yang perlu dititikberatkan... bermula dengan keinginan dalaman kita. Sejauh mana kita mengatakan YA kepada kata hati kita, sejauh itulah kita akan berusaha bagi memastikan keinginan kita dapat dicapai. Buat yang menginginkan gelaran mukmin/mukminah, keinginan paling tinggi yang ingin mereka capai ialah nikmat kemanisan iman. 

(^_^)v

Pentas seorang pendakwah itu berbeza, maka pendekatan yang harus digunakan juga, adalah berbeza. Ada mad'u yang suka dengan pendekatan yang lembut, ada yang suka pendekatan yang lebih agresif, dan tak kurang juga yang sukakan pendekatan provokasi. Tapi diantara kedua-dua jenis pendekatan ini ada satu titik pertemuan iaitu pendekatan berhikmah. Inilah dia pendekatan yang digunakan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah. Halus dan berseni, kadangkala meruntun hati. Dan, sebagaimana yang memang kita semua dah sedia maklum, cara hidup baginda adalah sederhana, maka baginda mempraktikkannya dalam setiap urusan baginda. 

"Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman semasa Allah mengutus di antara mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka, ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-hikmah"
(Ali Imran, ayat 164)

"Sesungguhnya, kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada satu umat pun melainkan ada padanya seorang pemberi peringatan." 
(Surah Faathir ayat 24)

 
Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-

“Membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”

Da’wah adalah merupakan sunnah para Nabi a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sedar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.

Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
  • Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.
  • Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.
  • Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.

Semua orang boleh berdakwah ke? Tapi saya tak pandai bercakap..

Tu boleh cakap,.... (oh tak, ni menaip.. lain cerita)

Boleh, tak ada masalah.. Kita, kalau tak pandai nak bagi ceramah, tazkirah, pengisian sekalipun, bukan bermakna kita tak boleh berdakwah. Tulis blog pun kita dakwah. Mudah-mudahan ada maudhu' biacara kita yang dapat menyentuh hati-hati. Paling tak pun, kalau kita tak dapat nak bagi ceramah, kita jadilah orang yang pasang mikrofon untuk penceramah. Kalau kita tak dapat jadi pentazkirah, kita siapkan slaid kepada pentazkirah supaya dapat menarik perhatian mad'u. Kalau kita pandai bahagian ambik2 gambar ni, kita 'shoot' gambar-gambar menarik yang dapat minat orang terhadap keindahan Islam. A picture, explains 1000 of words... Kalau dah kita ambil 1000 keping gambar, dah banyak mana perkataan yang mampu kita jelaskan.. (apa punya contoh daaa.... huhuhu)

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang berjuang

Kita mungkin bukan seorang jaguh dalam berkata-kata, tapi kita boleh membantu ramai jaguh yang lain. Jadilah jaguh dalam momentum kita sendiri. Tidak pernah ada istilah terlambat kalau ingin melakukan kebaikan. Lakukanlah bila ada lintasan dalam hati kita untuk melakukan kebaikan. Jangan melengah-lengahkannya. Sebagai guru pula, kita mungkin bukan seorang jaguh, namun kita ada peluang dan potensi melalui didikan yang baik, untuk melahirkan ramai jaguh yang akan menggoncang dunia dengan jiwa mereka yang teguh... InsyaAllah... (^_^)v..


Sekian, Wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails