Pages

Friday, August 12, 2011

12 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim,

Astaghfirullahal'azim (3x)..

Merdekakah Malaysiaku?

Secara tiba-tiba saya mula berfikir..

Apakah benar Malaysia yang amat saya cintai ini telah merdeka?

Entah la..

Saya suka dan sayang pada negara ini. Inilah tempat tumpah darah saya. Inilah tempat saya mengenal dunia. Ditanah inilah saya mengenal erti kasih dan makna sayang, tapi hati saya merasakan ada yang kurang pada negara saya ini.


Rasanya seperti ada tangan-tangan yang mengongkong pemikiran.

Ini bukan entri untuk memberontak dan sebagainya. Sekadar berkongsi rasa cetusan minda seorang warga di bumi Malaysia. Saya cuba untuk menjadi warga yang sedar dan peka pada perkembangan semasa. Saya cuba untuk menjadi orang yang menyumbang sesuatu pada negara, bukan mengharapkan sumbangan negara. Saya cuba untuk meletakkan kecintaan kepada negara... Tapi, saya tak mampu untuk melakukannya.. Jiwa terasa masih ada yang belum cukup.

Teruk sangatkah kepincangan yang berlaku dinegara kita..?

Entah, saya cuma seorang gadis berusia 21 tahun. Masih hijau dalam mengenal selok belok percaturan pentadbiran negara. Saya cuma berharap agar tanggungjawab yang bakal saya galas sebagai seorang guru akan membolehkan saya untuk berkhidmat pada negara. Saya yakin, ini juga impian setiap yang bergelar guru. Ingin mendidik dan melahirkan generasi yang akan menyambung kesinambungan kepimpinan negara. Peranan yang nampak kecil pada mata manusia, tapi mudah-mudahan besar pada pandangan Allah...

Negara kita mensasarkan untuk berada dalam kelompok 10 negara paling aman dalam tempoh masa 3-5 tahun akan datang. Sekarang kita berada di tangga ke 19 dan negara paling aman di Asia Tenggara. Dari sudut mana keamanan ini diukur, saya tidak berapa pasti. Tak silap saya berdasarkan kurangnya konflik dalaman yang berlaku dalam sesebuah negara seperti contoh demonstrasi. Sekali lagi saya jadi keliru dan terfikir, apakah semua demonstrasi itu boleh kita klasifikasikan sebagai tidak aman. Lupakah kita pada sejarah menentang Malayan Union pada 20 Oktober 1947? 140 00 orang menyertai demonstrasi atau pada waktu itu lebih dikenali sebagai 'hartal' serta turut melibatkan kerugian 4 juta pound sterling kepada pihak British, jalan raya menjadi lengang sehingga boleh dibuat kenduri, dan semua kedai ditutup. Natijahnya, Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent terpaksa memansuhkan Malayan Union kerana tidak mendapat sokongan daripada para pembesar dan juga rakyat jelata.


Terkadang saya merasakan yang negaraku Malaysia ini, berlaku terlalu banyak pembaziran. Penganjuran pelbagai program yang kebanyakannya tidak nampak manfaatnya dimana tetapi melibatkan peruntukan yang banyak. Perlu menyediakan pelbagai daya penarik agar orang datang kepada program berkenaan. Padahal, yang datangnya bukan kerana rela, tapi kerana terpaksa. Untuk meramaikan orang dalam majlis berkenaan. Program tanpa jiwa. Itulah pendefinian yang tepat. Tak ada roh. Kosong. Yang pergi pun, pulang membawa hati yang kosong.

Duit yang banyak dibazirkan tu, kalaulah dapat dimanfaatkan untuk rakyat, alangkah bagusnya. Tidak kiralah dalam membantu rakyat miskin mahupun kepada pendidikan anak-anak murid. Memang kita tidak tahu apakah sebenarnya yang bermain di fikiran pemimpin  negara kita. Mungkin itu merupakan satu daripada langkah mempromosi negara. Tetapi kalau setakat beberapa saat ditunjukkan di media antarabangsa, (ala, yang macam kalau negara lain buat apa-apa event besar... Macam yang kat tv3 tu.. sekejap je... masa iklan yang nak habis berita) apa la sangat. Repoter luar pun, berapa kerat je... Tak ke mana pun kalau gahnya begitu.

Kadang-kadang terfikir, tamakkah saya seandainya memikirkan untuk berada sebuah negara dalam bi'ah yang soleh.. Semua rakyat jelata mengamalkan gaya hidup Islam berlandaskan syara'.. Budaya salam ada di mana-mana. Bertegur sapa merapatkan silaturahim.. dan ciri-ciri yang mendamaikan jiwa... (^_^)v Ya Allah mudah-mudahan negaraku Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam yang sebenar, bukan sekadar terlibat dan berunding dalam OIC...

p/s: Seandainya perlu memilih antara agama dan negara...Mana satu pilihan kalbu?  (:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails