Pages

Tuesday, June 29, 2010

SPECIALLY TO ATEN...



Salam dari seorang Umairah...

Dalam hidup kita, kita memainkan peranan yang pelbagai... Kalau kita seorang perempuan, Kita akan memainkan peranan sebagai seorang anak, kakak, adik, isteri, dan ibu... Itu tak masuk lagi tanggungjawab lain, Kalau sedang belajar, jadilah kita seorang pelajar... Kalau dah jadi cikgu (sbb saya bakal guru), jadilah kita seorang pengajar.. Pendek kata, kita memang banyak tanggungjawab kat dunia ni... bukan sekadar singgah dan menumpang sahaja kat dunia....

Erm, sebenarnya bukan nak bercakap mengenai tanggungjawab.... Tapi adalah sikit tempiasnya sikap ni pada entry kali ni... Tanggungjawab pada seorang kawan... antaranya yang paling mudah la kan.... Ingat birthday dia, dan wish... tapi kadang-kadang telepas pandang dan kemudian terlupa nak wish... rasa macam simple problem je, tapi mana la taw kot2 kawan kita tu terase....

Jadi, untuk mengelakkan rasa bersalah yang teramat sangat, jadi saya pun mengambil keputusan untuk wish
:

HAPPY BELATED BIRTHDAY to my beloved frenz ATEN
...

da lme sangat birthday aten lepas.. sori bebanyak ye aten.... Bukan lupa dan mmg dah niat lme nak publish post ni... mse hari aten sambut birthday ag, tapi x smpt... Nasib baik hari ni da hujung minggu, dan keperluan untuk buat kerja tidak begitu mendesak... Nak bagi hadiah, tak sempat jugak nak beli... Jd ni je lar yang mampu umai bagi... Orang kate kalau nak bagi hadiah kat seseorang, biarlah sesuatu yang kita suka... So, umai suka rama-rama... tapi bukan la nak bagi rama-rama kat aten (hehehe) ... Kata-kata ni amek kat internet je, yang umai buat sendiri x siap2 ag.. dah brape bulan tergendala... kalau da siap nanti umai post... sementara tu, baca dan hayatilah kata-kata kat bawah ni khas untuk ATEN dan juga pada yang bergelar perempuan, gadis dan wanita...

ni la aten... dengan anak murid dye... (sori aten, amek kat fb)

boleh la bagi rama-rama.. tapi gambar je ea???


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang..

(tema tulisan purple pink... warna baju kelas kita)


Panjang la skit tapi hopefully aten bc sampai habis ea??? mendalam maksud nye..

So, once again, sorry lambat wish.. hadiah umai pun x bernilai je... tapi umai bagi atas dasar seorang kasih dan sayang sesama insan...

ATEN COMEY...,

HAPPY BELATED BIRTHDAY..

MAY ALLAH BLESS YOU...

BE A GOOD MUSLIMAH ....

MAY ALLAH SEND YOU THE MOST RIGHT AND SUITABLE MAN AT THE RIGHT TIME AND HE SHALL LOVE YOU IN THIS WORLD AND THE WORLD AFTER... (jgn lupe jmpt umai waktu walimah)

~sayang aten~



Monday, June 14, 2010

A Picture Explains Almost Everything......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BULAN REJAB

Salam dari seorang Umairah,

Bangkit dari tidur pagi tadi, saya menerima satu khidmat pesanan ringkas dari seorang sahabat... Syukran ya ukhti (Noor Hajeera)...
Andai kita tahu ini Rejab terakhir, tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepadaNya... Bersolat dengan penuh khusyuk lagi tawadhu' menghamba diri padaNya menangisi kecurangan janji, takkan siakan walau sesaat kecuali mendendangkan Al-Quran dan memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih dan belasNya dan mempersiapkan diri menanti Izrail menjemput.... Namun kita tidak pernah mengetahui.. SALAM REJAB

Astaghfirullahalzim.. Dah masuk Rejab rupanya... Pantas sekali masa berlalu....Kesibukan pada perkara duniawi membuatkan kita kadang membuatkan kita lupa pada yang lebih penting dan utama yang perlu kita dahulukan...Mudah-mudahan Rejab pada kali ini membawa lebih nilai dalam kehidupan bergelar seorang insan... Amin...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



...Pengertian Rejab...

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.



...Peristiwa-peristiwa Penting dalam Bulan Rejab...

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
2. Isra' dan Mi'raj
3. Perang Tabuk
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
5. Lahirnya Imam Syafie RH.



...Amalan di Bulan Rejab...
  • Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih.
  • Hikmah kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
  • Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak.
  • Antaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
~di 'copy n paste' kemudian edit dari iluvislam~

Sunday, June 13, 2010


....FARISIAN....



Salam dari seorang Umairah...
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasihnya


Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah derita hadirlah cahaya
...

Memang seperti sudah menjadi kelaziman, kalau balik rumah dan tak banyak benda dan perkara yang nak difikirkan, fikiran pasti melayang mengimbas kembali kisah-kisah hidup yang lalu... Lebih kurang macam berangan la.... Dan yang paling kuat gamitannya, sudah pastilah kisah lima tahun di SMSTMFP... Lima tahun tu... Bukan sekejap.... Dari umur 13 tahun hinggalah 17 tahun, membesar di sekolah... Pendek kata masa di sekolah lebih banyak berbanding di rumah...

Macam-macam kerenah waktu tu... Tapi bila dikenang, manis sekali....Banyak suka dan duka dah dipelajari sepanjang di sana dan sememangnya tidak dapat dinafikan semua pengalaman itu membentuk siapa saya pada hari ini... 'Once you are farisian, you will be farisian forever...' Tak pasti la kat mana saya dengar ayat ni, tapi macam pernah dengar... Tapi tak kisah la kan... Apa yang penting, realisasikannya... InsyaAllah...kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ingin kembali ke sekolah yang tercinta ni... Nak sangat jumpa balik semua kawan-kawan batch 0206...

Sekarang semua orang, bawa haluan masing-masing.. Kerana masing-masing punya harapan dan cita-cita yang perlu digapai... Jalan yang dipilih dan dilalui adalah berbeza...Tak sama antara kita, walaupun matlamatnya adalah untuk memperoleh kejayaan...Tidak kira walau apa pun yang diidamkan, mudah-mudahan semua akan berjaya... Didunia dan akihrat....


Friday, June 11, 2010

Salam dari seorang Umairah...

Zionis Punca Bumi Palestin Bergolak

PENDERITAAN rakyat Palestin bermula sejak Zionis menyerang Palestin pada 1948. Sebelum kehadiran Zionis di Jerusalem, penduduk Muslim, Kristian dan Yahudi hidup dengan aman. Sejarah menunjukkan bahawa sikap beberapa pemimpin Arab yang terlalu berkiblatkan barat memberi peluang yang besar kepada Zionis untuk menunjukkan taring mereka. Tambahan pula penubuhan negara Israel pada 1948 adalah hasil kerjasama negara barat dan Zionis. Masyarakat Zionis dibela oleh kuasa barat sejak selepas Perang Dunia Kedua terutama Amerika Syarikat (AS).

-berkiblatkan barat??? kita???

Penghijrahan berpuluh ribu orang Yahudi dari negara barat dan pelosok Arab ke Jerusalem begitu pantas setelah Zionis bertapak di Palestin. Orang Yahudi dari Rusia adalah jumlah yang paling ramai berhijrah ke Palestin. Sejak itu, penduduk Palestin terpaksa menghadapi pelbagai kerenah dan kekejaman Israel yang dibantu oleh negara-negara barat sejak berpuluh tahun lamanya. Zionis terlalu angkuh membunuh umat Islam di Palestin kerana kewujudan negara tersebut mendapat restu dan perlindungan dari negara-negara barat.

Peristiwa penyembelihan orang awam lebih daripada 300 orang oleh tentera Israel di kem pelarian di Shubra dan Shatila pada September 1982 sudah cukup memperlihatkan betapa kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Mereka menjadi lebih angkuh dan kejam kerana para pemimpin negara Arab kaku apabila membahaskan hak dan kedudukan penduduk Palestin kerana kaki dan tangan mereka diikat dan mata mereka ditutup akibat amaran daripada kuasa besar yang sering dilontarkan kepada mereka.

-astaghfirullahhala'zim

Bagi memperkukuhkan kedudukan Israel, AS menekan negara-negara Arab dengan pelbagai amaran. Tekanan terhadap negara Arab yang ditunjukkan oleh AS pada peringkat awal selepas Perang Dunia Kedua adalah menentang setiap aspek berkaitan dengan perseteruan terhadap Israel termasuk ketenteraan, perluasan ketenteraan, pembelian senjata, memboikot ekonomi, mengambil penasihat ketenteraan Rusia yang cuba mengecualikan Israel daripada forum antarabangsa, menyediakan perlindungan kepada pejuang Islam menentang Israel, menolak rundingan serta menolak sebarang sikap dan tindak tanduk yang dianggap sebagai tidak bersahabat dengan Israel.

Pembunuhan rakyat Palestin merupakan satu gertakan sinis rejim Zionis terhadap pemimpin Arab yang sentiasa sujud di kaki kuasa besar yang merupakan penaung kepada kedaulatan mereka. Masyarakat Palestin tidak akan terbela jika umat Islam tidak bekerjasama dengan masyarakat dunia menentang kekejaman Israel. Pertumpahan darah di tanah Palestin bukan merupakan simbol peperangan agama tetapi berhubung kait dengan penghapusan kaum dan perluasan wilayah Israel.

Negara-negara Arab seperti Mesir tidak boleh diharapkan untuk membela rakyat Palestin kerana negara itu juga menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran. Para pemimpin negara Arab lebih menumpukan perhatian kepada pergolakan politik dalaman di mana rakyat bangun memberontak apabila mereka melaksanakan dasar negara berteraskan kepada pemahaman ideologi yang bertentangan dengan akidah Islam terutamanya ideologi sosialis seperti Iraq (ketika Saddam Hussin), Syria (semasa Hafiz al-Asad), dan Mesir (ketika pemerintahan Jamal Abdel Nasir).

Pergolakan politik dan kemiskinan merupakan permasalahan negara-negara Arab yang merupakan jiran Palestin. Berlandaskan kepada suasana begini, rakyat Palestin semakin terhimpit apabila Zionis menunjukkan taring mereka. Ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial menyebabkan para pemimpin Arab tunduk kepada kuasa barat. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Anwar Sadat dalam bukunya, In Search of Identity: An Autobiograph, New York: Harper and Row Publisher, 1977. Beliau menyatakan, “Legasi ekonomi yang ditinggalkan oleh Presiden Jamal Abdel Nasir kepada saya adalah dalam bentuk yang terlalu miskin daripada keadaan politik. Negara-negara yang bebas dan merdeka lebih menumpukan perhatian kepada ekonomi daripada slogan politik. Kami telah melakukan satu kebodohan meniru bentuk ideologi sosialis Rusia walaupun kami kekurangan kebolehan teknikal dan modal. Pada tahun 1970, kami hanya bergantung kepada sumber yang kami ada, tidak ada sebarang bantuan asing sama ada Rusia, AS, Eropah Barat atau Arab. Kesemua bantuan yang kami dapat dari dunia luar kami salah gunakan. Ekonomi kami telah hancur akibat daripada Peperangan Yaman, pelaksanaan sosialis Marxist dan kekalahan dalam peperangan dengan Israel pada 1967. Apabila saya memegang kuasa dalam masa dua tahun dari 1970, ekonomi Mesir mungkin menjunam kepada kosong. Saya bertanya Dr.Hasan Abbas Zaki mengenai keadaan ekonomi. Beliau berkata bahawa perbendaharaan adalah kosong dan kita hampir bankrap”.

Berdasarkan kedudukan ekonomi begini maka Mesir terpaksa tunduk kepada AS untuk mendapat bantuan dalam pelbagai bentuk subsidi sehingga akur dengan setiap perjanjian yang dimeterai oleh kuasa besar tersebut. Anwar Sadat menyatakan bahawa lima hari sebelum Peperangan Oktober 1973 (Peperangan dengan Israel untuk membebaskan Sinai dari Israel), beliau meminta Majlis Keselamatan Negara menghadapi realiti bahawa ekonomi Mesir telah jatuh kepada ke tahap bawah daripada kosong.

Bagi menjamin kedudukan ekonomi, Anwar Sadat terpaksa mendapat bantuan dari negara barat. Mesir bergantung sepenuhnya kepada bantuan AS dan Britian dari sudut ekonomi dan keselamatan negara. AS menyediakan bantuan purata tahunan melebihi AS$2 bilion dalam ekonomi dan ketenteraan sejak 1979. Pada tahun 2008 Bantuan Kewangan Ekonomi dikurangkan kepada AS$400 juta setahun. Tindakan pengurangan itu juga dilakukan kepada Israel. Mesir merupakan negara yang mendapat bantuan kewangan terbesar dari AS.

Berdasarkan hubungan ekonomi dan keselamatan maka Mesir terpaksa mengikut telunjuk AS. Hasil daripada kerjasama Mesir dan AS pada 1974-1975, Anwar Sadat telah mengadakan perjanjian secara tidak rasmi dengan AS dan mengadakan lawatan ke Juresalem pada 1977, menandatangani Perjanjian Camp David secara rahsia, dan seterusnya menandatangani Perjanjian Keamanan Mesir-Israel yang mana memberi keuntungan yang besar kepada Israel walaupun mendapat tentangan hebat dari dunia Islam.

Mesir tidak akan membuka sempadannya bagi bantuan kemanusiaan jika AS tidak membenarkan mereka melakukannya. Oleh itu, umat Islam perlu bekerjasama dengan masyarakat dunia mempertahankan konsep kemanusiaan secara global. Dalam era globalisasi, pergerakan dan tindakan manusia tidak dibatasi oleh bangsa, agama dan budaya. Jika Zionis ingin menunjukkan taringnya dengan membunuh rakyat Palestin dan aktivis bantuan kemanusiaan, maka mereka akan disisihkan masyarakat dunia.

Justeru, umat Islam perlu mempertahankan konsep universaliti dalam setiap aspek kehidupan supaya perjuangan rakyat Palestin dibela atas dasar kemanusiaan sejagat. Ini adalah satu cara terbaik untuk menghentikan pengaliran darah dan kemusnahan rumah suci penganut agama samawi yang dilakukan oleh Zionis.

Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN, Penulis ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

~apa peranan kita???~


Thursday, June 10, 2010

...PESAN PADA DIRI....






Salam dari seorang Umairah....

Pernah tak dengar lagu ni.... Kalau tak silap saya la kan, lagu ni sama-sama naek dengan lagu Mentari Hidup (hehe... natra) waktu saya dekat sekolah dulu.... waktu tu tak ingat la form brape... Mesej lagu ni sangatlah mendalam...it touches me a lot... Everytime when i feel like busy doing all the duniawi task... listening to this song... will make me feel like something crushing my heart... and it will separate into pieces... huhu...As time goes by, people will think, they are just good enough... and need nothing to help them settle down with their problems... itu silapnya kita... ini peringatan untuk diri sendiri.... Tapi, lagi bagus kalau kawan-kawan yang lain terasa perkara yang sama... Mudah-mudahan setiap kali kita terlupa, akan ada yang mengingatkan kita.... try la kawan-kawan sumer hayati betul-betul liriknya... maksud saya dengan mendalam dan dari bait ke bait... tersentuh jiwa kita sebagai hamba ni, yang sering tersasar dari tujuan sebenar kita dihidupkan ke dunia... apa tujuan kita dihidupkan sebenarnya???? Adakah lalai dengan duniawi sampai kita terlupa yang ajal akan datang menjengah bila-bila masa dan tak tanya kita dulu pun....

Renungkanlah lirik lagu ini sebagai sebuah pesan pada diri......

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan Itu yang ku dambakan Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
Hakcipta :
Hijjaz Records Sdn. Bhd

Wednesday, June 9, 2010

PISMP PENDIDIKAN KHAS 4 JAN 2010

My beloved friends of PK4 wif ust Zaim.... Celebrating his bufday at BISA




Salam...

Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa... tiba2 je rse nak tulis tentang kelas saya ni... Mungkin sebab saya rindukan kawan-kawan saya... Ish, mcm jiwang la pulak rasenya... Bukan, sebenarnya saya rasa macam nak menzahirkan satu rasa terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan saya dalam kelas ni... I do really appreciate the way they understand me ... Allah has given me lots of wonderful friends and they are part of them... Terima kasih kerana membenarkan saya untuk bebas menjadi diri saya sendiri apabila saya berada dalam kelas... Terima kasih kerana tidak melupakan saya bila saya tak masuk kelas dengan mengingatkan saya pada tugasan yang perlu saya siapkan... We have been togather for about 4 semester and there are seven more to go.... Sekejap sahaja masa berlalu.... Nanti bila dah naek sem 5, kita tak akan selalu jumpa (lambat lagi pun sebenarnya tapi nak cakap jugak)... Terima kasih Allah atas nikmat persahabatn tak terhingga yang Kau titipkan buat diriku... Satu ku mohon biarlah persahabatan ini kekal dan abadi selamanya... Mereka banyak mengajarku erti sebuah kehidupan... Mudah-mudahan aku akan terus dapat belajar banyak perkara daripada mereka....


"Ikatlah hati-hati kami dengan limpahan hidayahMU Ya Allah, Moga kami dapat bersahabat lagi disyurga, Jagailah sahabat-sahabatku ini Ya Allah....Peliharakanlah mereka dunia dan akhirat... Kerana aku sangat menyayangi mereka..."


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails