Pages

Thursday, August 2, 2012

Warna-warni Praktikum

Assalamualaikum w.b.r.. Sekarang sedang menjalani Praktikum Fasa 2 (23 Julai - 21 September 2012) di SK Ramuan China Kechil... Sekadar berkongsi sedikit warna-warni praktikum. :)



Joji dan Tuti siap menjalankan tugas.


..Meja dan board bilik yang ditinggalkan..

..Ber'perang' dengan bahan bantu mengajar..

Disini menumpang teduh dan TAU umi yang banyak berjasa.. (komuniti di sini sangat  harmoni)

Rumah Merdeka (renovate)

Short Note 1

Tentang apa yang kita tulis, kita cakap, kita kongsi dan kita ingatkan... KITA AKAN DIUJI... Maka bersederhanalah.

Wednesday, August 1, 2012

Autisme yang Tersenyum..

Assalamualaikum w.b.r dan Salam Muhibbah...


Sesiapun yang pernah mempunyai pengalaman bersama anak istimewa kategori autisme pasti ada pengalaman yang menarik bersama mereka. Betul kan?


Pengalaman saya sendiri walaupun tidak banyak, tetapi cukup bermakna apabila bersama dengan mereka. 


Kenapa saya katakan autisme yang tersenyum...?


Adakah kerana mereka tidak pandai senyum, atau apakah senyum itu tiada dalam kamus kehidupan mereka?


(^___________^)v


Mereka bukan ciptaan indah Yang Maha Esa yang tiada punyai hati dan perasaan. Sedangkan dalam perlambangan pun kita menyebut 'pokok-pokok yang tersenyum', 'pada senyum derita sang matahari' dan pelbagai lagi ayat jiwang tahap petala ke-8 dalam mendeskripsikan bahagia pada sang penutur yang diterjemahkan kepada alam disekelilingnya.


Jadi, maknanya mereka juga mempunyai perasaan. Cuma perlukan masa untuk kita mempelajari titik sentuhnya. Seandainya kita ditakdirkan Allah tersentuh butang itu.....

Subhanallah... Alangkah terangnya dunia di kala gelita malam menyelubungi... Oh bahagianya rasa.. Tak terungkap!!



Cukup dengan senyuman. Belum masuk lagi kalau dia bercakap dengan kita... Aduh, perasaannya seperti mahu lompat tinggi-tinggi ke angkasa dan..... ops!!! erk..

Kan lebih elok kalau sujud syukur.. =.='



Alhamdulillah... 


(^_____________^)v


Kenapa agaknya perasaan tu boleh timbul? 


Komentar ini cuma pandangan dangkal dari insan kerdil yang masih mencari tapak dalam dunia pendidikan. Pada saya, autisme merupakan satu penghidupan yang unik kerana mereka seolah-olah berada dalam satu dimensi dunia yang lain. Fikiran mereka terawang walaupun jasad mereka berada di depan mata. Kadang-kadang kita diperlakukan seperti tidak wujud. Sesiapa yang baru pertama kali berhadapan dengan anak-anak autisme pasti akan merasa seperti tidak dipedulikan dan tidak keterlaluan kalau ada yang akan berkecil hati. Oleh itu, sangat membahagiakan pada insan biasa seperti saya sekiranya anak-anak autisme tersenyum kepada saya. Cukup untuk membuatkan saya rasa bahagia dan tersenyum sepanjang hari sambil memikirkan, "Kenapa dia boleh senyum tadi dan apa yang patut saya lakukan untuk membuatkan dia terus tersenyum begitu lagi?"


                            __________________________ * * * __________________________





Macam tu juga la dalam nak menghadapi mad'u. Sebagai muslim, sama ada suka ataupun tidak, setiap dari kita berperanan sebagai dai'e (mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran). Maka macam-macam la orang yang akan kita jumpa. Yang normal, yang tak berapa nak normal (Tak tahu bagaimana mereka menilaikan normal.. Kita pun tak pasti sebenarnya kita ni, normal ke tak sebenarnya) .... InsyaAllah, mudah-mudahan normal la hendaknya...

Sebagaimana kita katakan kita ada dunia dan kehidupan kita sendiri, macam tu jugalah dengan mad'u kita, mereka pun ada kehidupan mereka sendiri. Oleh itu, susah untuk kita menarik orang keluar dari kehidupan mereka melainkan kita dulu yang perlu sanggup untuk melibatkan diri dalam kehidupan mereka. Kalau mereka sukakan, hiburan. Kita pun perlu belajar sukakan hiburan, namun bukan terpengaruh.. Sebaliknya, untuk menyediakan hiburan alternatif yang tidak melanggar syariat Islam.




Sekian komentar dari saya, saya tinggalkan pembaca yang budiman dengan sedikit tips. InsyaAllah bermanfaat.



Perkongsian: 
Antara kaedah tersebut yang dapat  dilakukan dalam mengimplimentasikan dakwah fardiyah ini ialah :
Peringkat 1 : Tahap memikat dan meransang minat
Kaedah 1 : Prihatin dan ambil berat kepada saudara seislam.
  • Kaedah ini berasaskan kepada sabda Rasulullah SAW :
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
[ Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam maka ia bukan dari kalangan mereka].
  • Seorang dai’e hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap manusia yang berada disekelilingnya untuk memperolehi cinta manusia. Jika ia ingin menjadi manusia yang penting dia hendaklah sentiasa menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadap manusia lain.
  • Dai’e tersebut hendaklah menjadi insan yang bermanfaat pada orang lain dan sentiasa ringan tangan untuk memberikan khidmat dan bantuan.
  • Hasilnya manusia akan mudah terpengaruh dengan kebaikan da’ie tersebut dan menimbulkna rasa cinta mereka kepada da’ie. Bukankan Rasulullah SAW berjaya menarik perhatian manusia dengan sikap dan keprihatinan terhadap manusia lain samada pada muslim atau musuhnya
  • Sirah pernah menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki yang paling membenci Rasulullah SAW menjadi orang yang paling mencintai Rasulullah dengan akhlak yang ditunjukkannya. Sikap prihatin dan ambil pedulinya menjadi daya penarik kepada manusia disekitarnya.  Lelaki itu menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW pernah berkata di pasar “ Semoga allah merahmati seorang lelaki, mempermudah jual beli, memudahkan urusan menerima dan member, urusan menjatuhkan hukuman dan urusan pengadilan..”. Lelaki itu berkata : Demi allah ! aku akan selesaikan semua urusan ini..sesungguhnya beliau seorang yang baik perkataanya sehingga aku menjadi pengikutnya. Aku berkata : “Wahai Muhammad! lantas semua orang memandang kepadaku (tanda prihatin kepada mad’u). Kemudian Nabi Muhammad SAW berkata : “ apa yang kamu mahu? , aku berkata : “ adakah kamu orang yang menyesatkan manusia: Baginda berkata : “ semoga allah memelihara kamu”. Aku berkata : “ apa yang kamu serukan ?”. Baginda menjawab : “ aku menyeru hamba – hamba allah kepada beriman kepada allah”.
Kaedah 2 : Senyum selalu .
  • Rasulullah SAW bersabda  :
تبسمك في وجه أخيك صدقة
[ Senyum kamu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah ].
  • Bahasa wajah lebih cepat memberi kesan berbanding bahasa lisan.Ia seolah-olah satu ungkapan seseorang pada saudaranya : “sesungguhnya aku amat mencintaimu dan berasa bahagia melihat wajahmu”.
  • Senyum ini hendaklah lahir dari jiwa yang mendalam yang menzahirkan perasaan lapang dada terhadap saudaramu dengan wajah yang manis.
  • Senyum yang manis ini akan menenagkan hati manusia lain, membuka pintu-pintu hati manusia sehingga ia mampu merubahnya.
  • Berapa banyak mereka yang tertarik kepada risalah Islam disebabkan sikap senyum  Rasulullah SAW.
  • Senyumlah dengan wajah manis terhadap mad’umu, zahirkan kegembiraanmu terhadapnya dan tunjukkan anda ceria apabila bersamanya. Semuanya ini adalah sedekah.
Kaedah 3 : Panggil dengan nama yang paling disukai
  • Memanggil dan mengingatkan nama-nama manusia adalah cara yang paling terbaik mempengaruhi manusia.
  • Sirah menceritakan bagaimana ‘Amru bin ‘Abasah tertarik kepada Islam kerana teringat akan sikap Rasulullah yang menyebut namanya. Ketika beliau berhijrah ke Madinah dan berjumpa Rasulullah SAW. Beliau bertanya : “adakah kamu kenal aku?, jawab nabi s.a.w : “ ya “, bukankah kamu pernah berjumpa denganku ketika di Mekah ?, Aku berkata : “ya, bahkan Ya Rasulullah”.
  • Sejarah dakwah mencatatkan bahawa Imam Hasan al-Bana dikenali orang yang paling banyak menghafal nama ikhwannya dan menyebut nama mereka.
  • Antara cara yang  praktikal ialah memanggilnya dengan panggilan nama yang baik. Rasulullah SAW memanggil ‘Utbah ibn Rabi’ah dengan gelarannya dan berinteraksi dengannya sesuai dengan kedudukannya. Antara panggilan Rasulullah SAW kepada : “ya aba walid dengarlah..”.
  • Sebutlah dengan ungkapan yang menarik , panggilah namanya dengan penuh kasih sayang , katakanlah dengan penuh mahabbah : ya akhi, ya ustaz, ya abu fulan…
Kaedah 4 : Berkata yang baik atau diam
  • Jadilah anda pendengar yang baik dan kurang berbicara. Orang yang bijak berbicara adalah pendengar yang baik.  Untuk menjadi pendengar yang baik, biasakan diri anda tidak memotong bicara orang lain ketika berbicara, sentiasa member perhatian dan mendengar bicara orang lain sebagaimana orang lain beri perhatian kepada kita.
  • Ramai para pendakwah gagal meninggalkan kesan positif dalam jiwa manusia apabila bergaul dengan manusia kerana kurang peduli dan prihatin terhadap mereka.
  • Bila ada orang ingin mengkritik kamu atau membetulkan kesilapanmu atau minta penjelasan, sediakan pen dan kertas  untuk mencatatnya. Bila diberi peluang untuk menjelaskan satu penjelaskan, teranglah dengan cara yang baik, disukai , tidak bersikap keras dan kasar dan menyempitkan hati mereka.
  • Kata Ibnu Muqaffa’  [ pelajarilah  keindahan mendengar sebagaimana  kamu belajar keindahan bicara, antara bentuk mendengar yang baik, membiarkan orang yang berbicara berbicara sedikit demi sedikit sehingga selesai bicaranya, kurang mencelah jawapan, memandang kepada wajahnya dan sensitif terhadap kata-katanya”.
  • Antara pesanan terbaik tentang hal ini ialah bila ditanya kepada seseorang, bilakah kamu bercakap ?, maka jawagnya ; bila saya ghairah untuk diam. Begitu juga bila ditanya bilakah anda akan diam, jawabnya ; bila saya ghairah untuk bercakap.
  • Jika anda mahu manusia berpaling darimu atau mengherdikmu maka amalkan tabiat berikut:
    • Jangan beri peluang bercakap.
    • Cakaplah tanpa henti.
    • Jika terlintas idea difikiranmu, keluarkan idea tersebut walaupun ada orang sedang berbicara. Janganlah anda menunggu sehingga dia selesai berbicara. Anggaplah orang sedang bicara itu bodoh dan tidak bijak.
    • Kenapa anda  membuang masa untuk mendengar perbicaraan yang bodoh.
    • Sampuk dan celah ketika orang sedang bicara.
    • Ingatlah selalu bahawa kebanykan orang yang mendengar tidak mampu untuk mengikuti bicara dan menumpukannya tidak lebih dari 15 minit. Para pendengar akan cepat letih dan jemu. Justeru itu gunakanlah kebijaksanaan anda ketika berbicara.
Kaedah 5 : Cintailah saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirimu
  • Hormatilah orang lain, berikan haknya dan hargailah mereka dan jadikan orang itu   selalu merasai kepentingan tersebut. Kamu menyintainya sebagaimana kamu menyintai dirimu. Biarkan kita berikan kepada orang lain sesuatu yang kita paling suka untuk kita berikan.
  • Para pendakwah hendaklah menjaga kedudukan dan status mad’unya. Letakkan mereka sesuai dengan kedudukan mereka, jauh dari  bersikap bermuka-muka, berpura-pura dan berdusta dalam menyatakan sifat yang tidak sepatutnya  bagi mereka.
  • Pilihlah ungkapan yang baik, mengambil hatinya dengan kebenaran. Gunakan ungkapan : “ adakah kamu benarkan saya, adakah kamu persilakan saya , saya amat –amat berterima kasih kepada kamu..”
  • Pujilah aspek positif yang ada padanya. Pujilah kebaikan yang dilakukannya, penampilan dirinya, pakaiannya yang kemas, tempat tinggalnya yang tersusun, kerjanya yang terancang dan sistematik dan sebagainya.

Wallahua'lam~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails