Pages

Wednesday, February 15, 2012

dah lama

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama kan? Memang dah lama pun...

Yup!! dah lama tak update blog.. Macam-macam, yang berlaku.. (pada orang sekeliling).. Hidup saya sendiri masih seperti biasa... Turun naiknya itu, lumrah kehidupan... Tak perlu nak fikir kenapa dan mengapa.. Fikirkan bagaimana....!!!

Apa strategi, teknik dan kaedah yang perlu digunakan. Kalau tak boleh jugak, macam mana?...

Modifikasikanlah!!!

Erk, macam mana tu..

Baiklah, let say kalau dalam nak mendidik anak-anak istimewa.. Boleh ke kita nak ajar konsep tambah tu macam ni:

"Baiklah sayang, tambah itu merupakan proses menentukan nilai akhir bagi dua atau lebih jumlah.. bla..bla.. bla"

For sure la mereka akan terpinga-pinga.. Mata berkelip-kelip banyak kali.. Dalam hati " Apa la yang cikgu ni nak ajar"

So macam mana nak buat?

Perlu tunjuk contoh dulu, bagi barang-barang maujud, terang satu demi satu.. dan macam-macam lagi la caranya... (naik turun tangga macam cerita teera zameen paar pun boleh juga)

Macam tu juga la kehidupan sehari-harian kita.. Our power has the limit.. We can't control everything...!! The only things that we can do is, to modify apa yang ada depan mata kita.. Sesuki hati nak buat modifikasi kan? Salah guna kuasa ke tu...? Urm, people has the right to has their own judgement... Kita boleh pegang konsep, kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.. wallahua'lam~

Tuesday, February 14, 2012

Selembar Warkah buat Kekasih

Kukirimkan warkah ini buat kekasih yang dirindui,
Moga si dia sudi menatap aksara cinta yang terlakar,
Ianya bukan diksi abstrak tersusun indah,
Sekadar patah-patah rasa seorang musafir di bumi Tuhan,
Tanda kasih yang tak pernah padam...

Warkah ini dikirim buat seorang lelaki ghaib,

Tidak pernah berpeluang menatap bening wajahnya,
Realiti mahupun mimpi,
Namun namanya masih segar,
Meniti di bibir para muhib...

Seandainya dirinya masih bersama kita hari ini,
Pasti aman dan harmoni,
Kerana suci luhurnya sayang mewangi hingga kini,
Lembut santunnya sabar melayani,
Yang muda dikasihi,
Yang tua pula dihormati..
Indah akhlaknya menghiasi peribadi..

Disisipkan warkah ini,

Mengandaikan dirinya yang mulia berada di hadapan mata,
Coretan tinta kisah demi kisah,
Melalui episod-episod kelalaian..

Wahai yang dikasihi,

Ummatmu pada akhir zaman ini,
Berbalah sesama sendiri,
Bersembunyi disebalik topeng keamanan,
Namun menjadi pembunuh dalam senyap,
Kepada makna sebuah perjuangan...

Bagai tiada ruang mencari serasi,
Menutup hati tanpa sebarang diskusi,
Lantas derita menghimpit generasi,
Kebenaran tiada lagi berpaksi,
Sedang kebatilan bersorak seisi,
Inilah wajah dunia kita hari ini...

Mahu apa bicara soal keamanan?

Sedangkan akidah terpasung ketewasan,
Mempersoal hukum menutup aurat,
Membunuh zuriat tanpa sesal,
Bertelagah soal perbezaan fahaman siasah,
Bergaul bebas menyalahi fitrah,
Memilih jalan yang menyimpang dari rahmat Tuhan,

Sedangkan dahulu,

13 tahun di bumi Makkatul Mukarramah,
Tertimpa ujian bukan kisah fantasi penuh imaginasi,
Bahkan sebuah realiti terukir indah dalam sirah nabi...
Rentetan ceritera luka yang menghimpit perjuangan,
Tidak memenjara jiwa dan minda,
Tawaran duniawi yang mempesona,
Diambil manfaat sekadar keperluannya,
Dunia berada di genggaman tapi tidak menghuni hati,
Denai perjalanan tak dilalui sendiri,
Berteman sahabat terhebat laksana bintang menunjuk jalan,
Tanda hidup kita pun tak bisa sendiri menyepi,
Harus membahu agar Islam menyinar gemilang abadi...

Wahai yang dirindui,

Mahu rasanya dilakarkan semua di sini,
Namun biarkanlah sebahagiannya menjadi bicara hati,
Kerana seandainya si dia berada di sisi,
Warkah bisu ini bakal sepi dipuput angin,
Lantaran unggul peribadi mengunci rapat bibir ini,
Sekadar mata berkaca merayu dan meminta,
Kekallah di sini agar kami mampu merasai,
Setitis nilai kasihmu..

Rasulullah, betapa hati ini begitu ingin...
Menyebut dan mengingati namamu...
Saban ketika dan waktu...
Allahu Rabbi..

Al Faqir Ilallah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails