Pages

Wednesday, October 27, 2010



Salam dari seorang Umairah


Astaghfirullahalazim...

Astaghfirullahalazim...

Astaghfirullahalazim...


Beristighfarlah kepada Allah saban kali kita merasakan diri ini jauh dari dariNya...

Manusia adalah makhluk yang lemah, adakalanya ia sering berbuat khilaf dan dosa tanpa disedarinya,namun sebaik baiknya orang yang berbuat dosa adalah yang selalu memohon ampunan atas segala dosa yang ia lakukan.Istighfar merupakan salah satu jalan untuk memohon ampunan_NYA. Istighfar mempunyai kedudukan yang tinggi
dalam diri seorang hamba, sebagaimana Allah berbicara tentang kaum kuffar Mekah Al-Kahf 55:


وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤۡمِنُوٓاْ إِذۡ جَآءَهُمُ ٱلۡهُدَىٰ وَيَسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّهُمۡ إِلَّآ أَن تَأۡتِيَہُمۡ سُنَّةُ ٱلۡأَوَّلِينَ أَوۡ يَأۡتِيَہُمُ ٱلۡعَذَابُ قُبُلاً

Mafhumnya:
Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.


Sewajarnya kita menjadi hamba yang menyesali dosa-dosa yang kita lakukan, kerana kita ini ialah makhluk yang diciptakan olehNya... Sudahlah kita ini hamba, tetapi sewenang-wenangnya pula membuat kerosakan di muka bumiNya... Tidak sedar diri.. Itulah kita..... Sedarlah duhai diri, betapa banyak khilaf yang kita perbuat saban hari...Meskipun ianya cuma lintasan hati tetap akan berdosa apabila telah direalisasikan...Peliharalah hati kita baik-baik.... Sentiasalah bersangka baik.... Mudah-mudahan hidup kita akan diberkati.......


Tuesday, October 19, 2010

TaK TaHu YAnG MaNA BeTUl...


Salam dari seorang Umairah,

Saya mulakan entry kali ini dengan lafaz Bismillahirahmanirahim... Sesungguhnya Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah..

Sebagai manusia biasa, kita seringkali dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar. Daripada membuat pilihan makanan untuk lauk makan tengah hari sehinggalah memilih parti politik mana yang ingin kita undi... Semuanya memerlukan kita untuk membuat satu keputusan yang akan mendatangkan kesan kepada diri kita dan juga kepada orang lain. Seringkali dalam membuat keputusan, kita akan mendahulukan gerak hati kita
.

Kita juga akan rasa menyesal dan bersalah sekiranya keputusan yang kita lakukan itu mendatangkan kesan yang besar terhadap diri kita dan juga pada orang lain... Dalam membuat keputusan, terdapat tips-tips yang boleh kita ikuti.. Antaranya ialah;



1. Tenangkan Fikiran

Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar

Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan

Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.

4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan

Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik

Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan

Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.



p/s: Apapun ingatlah walaupun sehebat mana kita strategi yang kita rancang dalam membua keputusan, yakinlah bahawasanya itulah jua pilihan Allah untuk kita... (=

... Selamat Hari Jadi ....

Salam dari seorang Umairah...

Alhamdulillah masih lagi bernyawa...

Masih dipinjamkan nyawa untuk kita meneruskan perjalanan kehidupan ini..

Hari ini merupakan hari lahir rakan sekelas saya,
jadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan:::





Lagu Selamat Hari Lahir dendangan Saujana ni khas ditujukan buat kamu....

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Sayang x de duit nak beli choc cake, mampu dengan gambar sahaja... (really sorie)






Sebaik-baik hadiah ialah nasihat dari seorang kawan. Walaupun saya bukan orang yang selayaknya untuk memberi nasihat, tapi ambillah sedikit nasihat ini untuk dibuat pedoman....

- Semoga dengan pertambahan usia, akan bertambah matang dan melihat hidup ini dari sudut yang lebih positif....

- Kadang-kadang kita yang takut pada bayang-bayang kita sendiri sehinggakan kita merasakan semua orang tidak suka pada kita... Sebenarnya tak kisah pun orang suka kita atau tak tapi yang penting kita yang kena sayang pada diri kita... Jangan buat diri kita terseksa... Sayanglah diri kita, dengan itu kita akan belajar menyayangi orang lain...

- Jalanilah hidup ini dengan rasa cinta pada Ilahi...

p/s: Semoga hari lahir kali ini membawa erti yang besar dalam hidup akhi....


Saturday, October 16, 2010

it's nice to be home



Salam dari seorang Umairah,

Alhamdulillah..
Selamat sampai ke rumah..
Walaupun untuk sehari..
Tapi sangat bermakna...
Beberapa minggu ini, hati sungguh-sungguh digamit untuk pulang..
Syukur..
Mungkin inilah yang dikatakan rezeki..
Dapat pulang menjenguk keluarga barang sebentar..
Melepaskan rindu di hati..
Rasa sirna beban yang ditanggung..

Tuesday, October 12, 2010

...UHIBBU USRATI....



Salam dari kak umai...


Entry khas untuk adik2 usrah yang tersayang...Ahlan Wa Sahlan ke teratak blog k'umai.. Sedikit sebanyak perkongsiaan maya yang ada diharapakan agar dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua... Zahratul Minal Jannah mudah-mudahan mekarnya bermula di sini..

(sham, su, meera, nad, ila, aini, ayu, k'umai, fatiha)

Sunday, October 10, 2010

A.B.C of FRIENDSHIP..



Salam from Teacher Umairah,
Nice words I found during my secondary,

Meaningful....

I dedicate this wonderful words to all my friends...

.


Friendship is something, to share give and take, and store memories in return, Friendship is an everlasting relationship, That is linked between two heart and soul, But friends.. don't you ever know that everything that we have does not reflect one will ever know..




A>> Always be honest
B>> Be there when they need you
C>> Cheer them on
D>> Don't look for their fault
E>> Encourage their dreams
F>> Forgive them
G>> Get together often
H>> Have faith in Allah for everlasting relationship
I >> Include them
J >> Just be there
K>> Know when they need you
L>> Love them unconditionally
M>> Make them feel special
N>> Never forget
O>> Offer to help
P>> Praise them honestly and openly
Q>> Quietly disagree
R>> Really listen
S>> Say you're sorry
T>> Talk frequently
U>> Use good judgement
V>> Verbalize your feeling
W>> Wish them luck
X>> Xamine your motives
Y>> Your words count, use them wisely
Z>> Zip your lips when they told secrets



Siri 1: Monolog Seorang Pencinta

Salam dari seorang Umairah... (Ini hanya merupakan satu percubaan untuk menghasilkan sebuah cerpen... Wallahu'alam bagaimana hasilnya.... Tak tahu lar jadi cerpen ke apa... Erm,... dalam cerpen ni mmg tiada dialog ataupun cerita sangat kerana ianya sebuah monolog...)

"Ya Allah seandainya dia tercipta untukku, maka redhakanlah hatiku untuk menerima cinta dan dirinya dan jika dia bukan untukku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu, Hadirkanlah insan sepertinya untuk aku curahkan rasa kasih dan sayang pada jalan yang Engkau redhai. Amin...."

Hanya Allah sahajalah yang Maha Kuasa menyatukan hati-hati manusia, sebagaimana firmanNya:

"Jika kamu belanjakan seluruh isi bumi (untuk menyatukan hati manusia) nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka melainkan Allah jua yang menyatukan mereka."
(Surah Al-Anfal 8:63)


Terasa begitu syahdu sekali tatkala doa ini kupanjatkan... Lantas aku terfikir...

"Layakkah aku meminta cinta sedangkan diriku sendiri belum tulus memberikan cinta?"

Aku ini insan yang kerdil lagi hina. kadang aku terasa seperti aku ini manusia yang tamak. Betapa banyak kurniaan Ilahi, belum pun ku manfaatkan sebaik-baiknya, apatah lagi untuk ku syukuri, tetapi aku sudah meminta cinta. Entah apa yang aku faham tentang cinta pun aku tak pasti. Apa yang aku tahu cinta itu adalah kurniaan dari Ilahi. Sebab itulah aku meminta pada sang pemiliknya.. Tanpa cinta dari sang pemilik cinta, maka siapalah aku di muka bumi ini bagaikan musafir kehausan ditengah padang tandus, dan aku hanya keseorangan.....
Bukan senang jika mahu berbicara tentang cinta, untuk memikirkannya pun sudah membuatkan aku rasa malu, apatah lagi kalau mahu berkongsi rasa tentang cinta.... Teringat cerita 'Ketika Cinta Bertasbih'... dialog Anna Althafunnisa':


Sekalipun cinta telah mampu kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri....
Meskipun lidah telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan....
Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta...
Dalam menguraikan cinta,
Akal berbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur,...
Cinta sendirilah yang mampu menguraikan...
CINTA DAN PERCINTAAN....



Astaghfirullahalazim... Aku khilaf... Mengapakah aku ini menjadi hamba yang sering terlupa?? Kenapa sampai malu untuk berbicara tentang cinta??? Sewajarnya tidak begitu... Tidak cintakah aku pada abi dan umi??? tidak cintakah aku pada abang, kakak, dan adik-adikku??? tidak cintakah aku pada sahabat-sahabat seperjuanganku?? tidak cintakah aku pada guru-guru yang tak mengenal jemu mendidikku??? dan tidakkah aku mencintai Allah s.w.t.... Penciptaku???
 

Kenapa berpandangan sempit meletakkan rasa cinta pada pasangan berlainan jantina semata-mata??
 

Bahkan selayaknya rasa cinta itu perlu diterjemahkan samada melalui lisan, tulisan, dan jika mampu pada perbuatan... Seseorang yang mencintai Allah sentiasa mendahului Allah dalam setiap urusan kehidupannya, tak mudah kalah dan melatah dengan dugaan di dunia dan terlalai dengan nikmat sementara...

Abu Tawwab telah bersyair, menyatakan tanda-tanda seorang Muhib,


Janganlah engkau tertipu,
Seorang kekasih itu punya tanda,
Punya hadiah untuk kekasihnya,
Pahit balaNya dirasakan nikmat,
Diterima gembira apa pun yang Dia perbuat,
Tidak diberi pun tidak mengapa,
Kefakiran dianggap penghormatan sahaja,
Kau lihat keinginannya,
Hanyalah mentaati kekasihnya,
Kau lihat mukanya berseri,
Hanya si Dia yang ada di hati,
Dia taat segala ucapanNya......








Bersambung.......



Wednesday, October 6, 2010

...BAHASA PADA HATI...




Salam dari seorang Umairah,

Pernah atau tidak anda terbaca hasil penulisan orang-orang yang menulis dari hati.???


Menulis dari hati boleh jadi lontaran rasa marah, sedih, kecewa, gembira, ingin menasihat, cuba menentang, dan pelbagai lagi cetusan rasa hati.....


Saya sangat suka membaca tulisan yang sedemikian, dan biasanya kita mudah mengecam sama ada ianya merupakan tulisan dari hati mahupun tidak....

Lazimnya tulisan dari hati maknanya jelas dan mesejnya terus sampai pada hati, lebih-lebih lagi yang niatnya ingin menyuburkan hati dengan nasihat yang mendamaikan.....


Subhanallah..... Dinginnya mampu menjentik rasa hati kerdil milik kita....


******** tapi itu tulisan manusia**********


Cuba pula kita sama-sama renungkan satu bahasa yang padanya terkandung semua bicara.....


Bukan ciptaan hamba kerdil yang kurang segala-galanya...


Perkhabaran gembira buat orang-orang yang beramal,


Peringatan buat yang lalai dan leka,


Amaran keras bagi yang bertindak di luar batas kemanusiaan,



Cuba fikirkan....


Sedalam-dalamnya......


Sesuatu yang paling benar.....


Bahasa yang tiada kata dusta....


Melainkan yang benar-benar belaka....


Yang seringkali kita abaikan....


Lewat kesibukan yang sengaja kita jadikan alasan...


Pada bait-bait kataNya mampu mengundang juraian air mata....


Tanda kerendahan hati seorang hamba ber Tuhan
....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)




Benar,


Itulah dia Qalam Suci Al Furqan....






سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَـٰلَمِينَ نَذِيرًا (١)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (1)


Itulah seindah-indah bahasa yang tiada tandingannya...

Tiada tertanding bahasa-bahasa lain yang ada di dunia ini....





Kerana ianya merupakan BAHASA PADA HATI.......

Tuesday, October 5, 2010

*TAMAN-TAMAN SYURGA*

Entri kali ni adalah petikan buku di atas: (m/s 130)



Salam dari seorang Umairah,

Menurut hadis, di dunia yang bersifat sementara ini, terdapat tiga taman syurga. Sekiranya mampu dan tidak berhalangan, singgahlah barang sekejap. Setidak-tidaknya kita sedang cuba mencalonkan diri menjadi penghuni syurga di akhirat. Ketiga-tiga taman itu adalah;

1. Melawat saudara sesama muslim yang sedang sakit.



" Seorang Muslim apabila menjenguk saudaranya yang sedang sakit, dia tetap berada di taman syurga hingga dia balik," (Hadis Riwayat Muslim)

" Seorang Muslim yang menjenguk sesama Muslim, pada pagi hari, didoakan oleh 70 ribu malaikat hingga petang. Sekiranya dia menjenguknya pada petang hari, dia didoakan oleh 70 ribu malaikat hingga pagi hari. Diakhirat, dia mendapat jaminan buah-buahan yang ada di taman syurga," (Hadis Riwayat Tarmizi)



2. Majlis Zikir


  • Yang dimaksudkan zikir bukanlah mengingati Allah secara lisan sahaja. Kebanyakan ulama' berpendapat, membahas perkara halal dan haram, mencari ilmu yang bermanfaat, memberi nasihat yang baik, dan mencegah kemungkaran adalah termasuk dalam zikir kepada Allah. Ini bermakna, terdapat tarbiyyah ruhiyah dan tauzih rabbani dalam nasihat-nasihat yang menghantarkan seseorang kepada keimanan dan ketaqwaan yang semakin kuat.
"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, singgahlah dan nikmatilah sajiaannya."

Para sahabat bertanya,

"Rasulullah, apakah taman syurga itu?"

Rasulullah menjawab,

" Majlis-majlis zikir. Allah memiliki para malaikat yang selalu berkeliling mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka datang ke tempat itu, mereka akan duduk bersama orang yang berzikir," (Hadis Riwayat Muslim)




3. Solat di masjid Nabawi.




" Antara rumahku dan mimbarku ini adalah satu daripada taman-taman syurga."


Pesan buat diri : Ringankanlah derap langkah kaki mencari 'taman-taman syurga'...

Monday, October 4, 2010

Innalillahiwainnailaihirajiun....

Salam dari seorang Umairah....

Baru menerima khabar...

Seorang adik junior yang menghidap kanser otak kembali ke rahmatullah..

Setelah lbh kurang sebulan menderita sakit ini...

Maka telah datang ketetapan ini buat dia...

Benar...

Jodoh, Pertemuan, Ajal, Maut dan Segala-galanya adalah ketentuanNya.....

Moga arwah mendapat lindungan yang Maha Kuasa dan tergolong dalam kalangan hambaNya yang beriman....

Ya Tuhan, tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-hambaMu yang Engkau cintai....

Al-Fatihah...




PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.

Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

# Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

# Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

# Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

# Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

# Doa sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

# Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

p/s: Entry kali ini di copy n paste... Menarik, kerana dalam maknanya..

~TUNJUK @ AJAR ~


Salam dari seorang Umairah...

Tunjuk atau ajar...??

Satu persoalan yang buat saya terfikir...

Diutarakan dalam satu majlis ilmu yang saya hadiri....

Penjelasannya:

Manusia pada hari ini, mempunyai ego yang semakin tinggi...

Mereka tidak lagi seperti sahabat-sahabat dan orang-orang terdahulu...

Tidak memandang teguran itu pada orang yang menegur, tetapi memandang kepada teguran dan menerima dengan hati terbuka...

Tapi manusia pada hari ini tidak akan semudahnya menerima teguran...

Mereka hanya bersedia menerima contoh yang baik yang mereka kira boleh mereka ikut...

Sekiranya kita ingin menunjuk contoh orang lain, sudah pasti diri kita yang perlu diperbaiki terlebih dahulu...

Bukankah begitu... ???

Saya merujuk definisi tunjuk dan ajar pada Kamus Dewan...

Tunjuk - cara melakukan sesuatu yang dengan tujuan memberitahu cara membuatnya...

Ajar - petunjuk supaya diketahui...

Disini pun sudah jelas menunjukkan... Dengan menunjuk, kita menzahirkan perkara yang ingin kita sampaikan dalam bentuk verbal atau nonverbal... Orang akan dapat merasai alangkah indahnya insan ini, dia beramal dengan amalan ini dan lihatlah hidupnya.......

Kalau kita sekadar mengajar... Orang hanya akan tahu, tapi tidak akan dapat merasai indahnya berbuat sesuatu kebaikan..

Kesimpulan: Jadilah guru yang bukan sekadar mengajar, tetapi juga menunjuk arah yang betul... Dan perbaikilah individu itu mengikut zamannya, dan pada zaman ini manusia perlu ditunjukkan dengan contoh yang betul, lengkap dengan fakta dan bukti... Wallahua'lam...





... PRIVACY ....

Salam dari seorang Umairah...


"Please leave me alone..."


ayat klise dari drama-drama Inggeris... dan drama Melayu pun guna ayat ni...

Yet sometimes we need some space...


To breathe in the fresh air....


Out of tense and provoking..


Bila manusia mula memikirkan tentang privasi...
Bermakna mereka mula mencipta ruang antara diri mereka dengan masyarakat. Mereka mula mencipta satu benteng yang memisahkan diri mereka dengan masyarakat sekeliling... Mula timbul dalam dalam diri mereka satu perasaan mengambil kira hanya kepentingan sendiri sahaja. Orang lain tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada diri mereka.. Dek kerana fenomena ini mula menjadi wabak yang menular dalam masyarakat kita, maka terjadilah kejadian-kejadian luar batas kemanusiaan sebagaimana yang kita dapat tatap dikaca televisyen dan juga pada dada akhbar...

Rentetan peristiwa buang bayi.... Bunuh membunuh bagai penyeri akhbar.... Tidak lengkap sehari tanpa ada pembunuhan di negeri Malaysia ku tercinta ini... Pencabulan hak manusia, pemerdagangan manusia, rasuah... itulah warna dunia pada hari ini...


Kerana apa????


Kerana manusia inginkan privasi... Kerana manusia tidak betah lagi menerima nasihat... Kerana manusia sangka mereka boleh menanggung segalanya... Sedang kudrat mereka kecil cuma... Tiada daya... Tiada upaya... Hanya hamba kerdil yang hina...

Manusia tidak menghayati SuraH Al-Asr..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)



Kita mula mengabaikan suara-suara masyarakat, sedang masyarakat juga tidak lagi betah bersuara... Bagai hilang rasa tegar, bagi sudah putus asa... Pabila kepentingan diri mula menjadi paksi atas segala perbuatan... Maka manusia mula lupa segalanya..


P/s: Ingatkan daku bila daku terlupa, sedarkan daku bila daku terleka... (=

~ Perlukah Tarbiyyah Hati ??? ~


Seringkali kita merasakan....

Hidup kita ini bagaikan ada yang tidak kena..

Bagaikan ada yang kurang di sini dan sana...

Sedangkan kita miliki apa sekadarnya....

Lalu kita jadi insan pemikir tiba-tiba...

Dimanakah kurangnya....

Bukankah kita sedang berusaha untuk miliki segalanya...

Kudrat dicurah tidak kira waktu...

Tapi hati bagai kehilangan sesuatu...

Bagai ada yang kurang...

Apakah itu....??

Sebenarnya dalam terleka mengejar Hablu minannas...

Kadang2 kita terlalai membina Hablu minallah....

Sebab itu hati perlu sentiasa ditarbiyyah..

Jangan biarkan hati sunyi dari mengingatiNya..,

Didiklah hati supaya sentiasa merindui dan mencintaiNya...

Allah bisa sahaja menjadikan kita mencintaiNya...

Tapi Dia juga berkuasa membolak balikkan hati kita....

Nauzubillahiminzalik...

Moga CINTA hati ini milikNya...

selamanya...
Salam dari seorang Umairah....,

Bila kita terlalu mudah meluahkan, kdg2 kita tak sedar ada hati yang terluka dengan luahan kita.

Memang Malaysia negara demokrasi tapi itu bukan alasan untuk kita sewenang-wenangnya bercakap tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang lain.

Ada hati-hati yang perlu kita jaga...

Ada jiwa lembut yang mudah tersentuh dengan mitra bicara kita yang boleh menyentap rasa mereka.

Kita meluahkan dengan alasan mahu mengurangkan beban yang tergalas di bahu...

Tapi pernah atau tidak, kita terfikir ianya bakal menambahkan beban di bahu orang lain???

Hamburan selamba kita, kadang mampu menggegar hati seorang yang perasa...

Berbaloikah sesuatu luahan itu, andai impaknya merupakan kelukaan besar pada sekeping hati..

Benar kita manusia biasa yang tak mampu memuaskan hati insan biasa yang lain.



jagalah hati2 insan yang kita sayang (=... jangan biar mereka memendam luka....



p/s: Saya memohon maaf andai ada hati yang pernah terluka kerana saya... (=

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails