Pages

Friday, September 2, 2011

Siri 2 : Monolog Seorang Pencinta


....

Subhanallah. Begitu indah sekali rasa cinta seorang Muhib padaMU Rabbi. Adakah aku mampu menjadi sebahagian daripada pencintaMu? Mampukah aku menzahirkan kecintaanku padaMu dalam setiap perbuatanku? 

Astaghfirullahalazhim... Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah.. Sehingga ke saat ini pun aku masih lagi tercari-cari diriMu. Hidayah yang kau titipkan, sering aku biarkan.. Tidak ku tambat kejap-kejap dalam hatiku.. Aku lalai Ya Allah... Aku leka, Ya Allah... Ampunkan aku Ya Allah ~

Ya Allah, aku pernah mendengar stanza ini... Aku yakin ianya adalah titipan Ilham darimu untuk menyedarkan aku...

Kalau kita sukakan seseorang jangan bagitahu dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah tak kan bagi. Luahkan pada Allah, bagitahu Allah.. kerana Allah jualah yang maha tahu.. jodoh kita siapa

MasyaAllah... Bagaikan semilir barisan ini bertiup mengisi relung hatiku. Aku malu untuk berbicara denganMu soal cinta insani kerana aku merasakan yang aku tidak selayaknya untuk berbicara soal ini bila mana aku sendiri masih tercari-cari cintaMu... Tetapi Maha Besar kekuasaanMu Ya Allah.. Engkau sentiasa ada meskipun disaat aku tercari-cari arah... Jadi Ya Allah... Boleh, kan kalau aku ingin bercerita denganMu soal  rasa hati ku ini? Engkau Maha Mendengar... Terima Kasih, Ya Allah...

~ PadaMu ku meminta ~

Ya Allah, aku menyayangi dia. Dia itu juga hambaMu yang bergelar Muslim. Tapi Ya Allah, aku memang tak pernah menyatakan perasaanku pada dia. Bukan kerana aku risau kurangnya rasa cinta itu, tetapi kerana aku malu Ya Allah. Aku ini insan biasa Ya Allah. Aku tak punya apa-apa. Aku juga risau akan rasa ini. Sejujurnya aku tidak selesa memikirkan rasa ini yang menyesakkan dadaku. Kalau boleh ku usir, ingin ku usir jauh-jauh agar tidak kembali menggangguku. Mujur sekali si dia jauh di mata. Tidak perlu ku pandang dan lihat setiap hari. Ya Allah, Kau tahu bukan siapa dia yang ku maksudkan? Tapi aku tahu Kau suka kalau aku bercerita padaMu kan?

Aku teringat satu kisah ~

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah dan berkata: 

"Wahai Rasulullah, apakah Tuhan kita jauh sehingga kita menyerunya atau adakah Dia dekat sehingga cukup hanya dengan berbisik kepadaNya" Maka turunlah firman Allah s.w.t:

" Dan apabila hamba-hambaMu bertanya tentang Aku, maka Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." (Surah Al Baqarah: 186)


Si dia yang ku maksudkan memang tidak dekat di mata. Tetapi bayangannya sentiasa hadir. Dia lelaki yang baik. Dia tidak pernah mengenaliku tetapi aku mengenalinya dari jauh. Waktu teman-temanku berbicara tentang dia, bunga-bunga kebahagian pasti mekar di hatiku. Seolah-olah dia begitu dekat denganku meskipun dia tak sedar kewujudanku. Aku tidak mengharapkan apa-apa daripada dia, cuma sekadar menyimpan rasa bahagia apabila namanya terlintas di hati. Mengapakah aku merasakan dia begitu istimewa? Entah la.. Bukankah cinta itu tidak memerlukan alasan. Aku kira Allah juga ingin supaya aku meletakkan rasa sayang itu pada orang yang sepatutnya dan selayaknya. Sekurang-kurangnya aku sedar, aku juga manusia normal. Punyai rasa pada insan yang bergelar lelaki.


~ Pemuda Agama ~

Aku mencintaimu kerana agamamu
Andai hilang agamamu,hilanglah cintaku kepadamu.
(Imam al-Nawawi)

Agamanya??
Dia lelaki yang tidak sempurna... Sama juga dengan manusia yang lain.. Tetapi kenapa aku masih menyanyanginya meskipun dia tidak sempurna? Dia punyai kelemahan tapi dia memperbaiki kelemahan yang ada. Dia ada kelebihan, namun dia tidak berbangga dengannya. Digunakan pada tempat yang sepatutnya. Paling istimewa tentang dia adalah diamnya. Dia tidak banyak bercakap. Dia menjaga dirinya. Tetapi, sekali dia berbicara, Subhanallah... Lancar sekali kalimah Allah meniti dibibirnya. Bagai air yang mengalir tanpa sekatan. Sesekali dia berjenaka ringkas, cukup untuk mengukir senyum dibibir pendengar. Gaya penceritaanya bak seorang bapa... Nada suaranya dipelbagaikan... MasyaAllah, betapa Allah telah mengurniakan satu keistimewaan padanya. Beruntung wanita yang bakal menghuni hatinya, dan aku berharap agar wanita itu adalah aku.....


~ Tamakkah aku ???? ~

  ...................................................................
p/s: Lama sungguh saya membiarkan cerpen ini tidak bersambung. Sudah lebih 6 bulan tergendala. Kekontangan idea... Belum siap sepenuhnya juga, masih tercari-cari penghujung kisah.. InsyaAllah.. ada jalannya.. (^_^)v

6 comments:

  1. sayu sekali baca coretan ini..

    ReplyDelete
  2. srikandi cinta: (^_^)v... cuma cerpen ringkas... yang belum tentu penghujungnya lagi.. huhu~.. syukran sudi baca.. (:

    ReplyDelete
  3. best baca cerpen ni..adakah ia juga sebahagian dr luahan hati akak? heeee...
    usik2 manja gtu

    ReplyDelete
  4. syaz: tak capai tahap ni lagi la, syaz.. luahan hati seseorang yang rapat ngan kak umai ni~... wink2

    ReplyDelete
  5. salam..cerpen awk sme gan ksah hdup sy..huk3..sy ingatkan tu ksah hdup awk gak..xsbar nk tnggu slnjutnya..moga endingnya epi2 :)

    ReplyDelete
  6. salam.. syukran sudi singgah membaca di sini.. maaf wan.. endingnya sad.. sebab tu realiti kehidupan~.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails