Pages

Sunday, December 25, 2011

Hazman Shahir..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



"Allah tidak akan merubah sesuatu yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam (jiwa) mereka"

(Ar Raad: Ayat 12)

"Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan kesihatan kepada saya"

Itu yang dijawab oleh Hazman Shahir apabila apakah rahsia kejayaan. Kita selalu dengar orang akan jawab macam ni.

"Ini semua adalah berkat usaha saya yang telah belajar bersungguh-sungguh selama ini. Saya belajar 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan.... " <--  (hiperbola)

Ini berita yang saya petik dari sumber BERNAMA:

MELAKA: Sekalipun menghidap penyakit saraf dan otot “Spinal Muscular Atrpohy” peringkat kedua, Hazman Shahir Samsul Kamar, 15, semalam membuktikan bahawa dia boleh mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said di Alor Gajah itu berjaya mencapai keputusan 5A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang didudukinya berbanding 3A dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

“Saya tidak sangka boleh dapat keputusan sebegini dan tidak percaya boleh mendapat A bagi subjek Matematik kerana ketika percubaan sebelum ini saya hanya memperoleh E,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah khas daripada Jabatan Pelajaran Melaka di sini.

Mengenai rahsia kejayaannya, Hazman Shahir berkata, beliau belajar lebih 3 jam sehari di rumah dan sentiasa mengingati pesan neneknya supaya sentiasa menjaga solat lima waktu selain mengaji Al-Quran sehingga khatam.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, bertekad menjadi contoh terbaik kepada adik-adiknya dan terus berusaha bagi mencapai impiannya menjadi seorang pereka grafik.

“Saya meminati semua bentuk grafik yang boleh dihasilkan melalui perisian komputer dan kagum dengan penghasilan animasi 3D seperti kartun popular Upin dan Ipin

“Jika di rumah, saya minat mereka grafik di komputer sambil berbaring kerana saya langsung tidak boleh duduk. Adik saya, Muhammad Hazwan Syarief berusia 12 tahun juga turut mengidap penyakit yang sama, tetapi kami redha dengan ketentuan dari Allah ini,” katanya.

Akibat penyakitnya itu, beliau mengalami gangguan pertumbuhan pada saraf dan otot sehingga tidak mampu berjalan sejak kecil, selain terpaksa bernafas melalui leher yang ditebuk dan dilengkapi alat bantuan pernafasan khas.

Beliau boleh menulis tetapi memerlukan masa yang lebih lama dan hanya boleh menggunakan pen yang berdakwat basah untuk lebih mudah baginya.

Ibunya, Hazlina Hassan, 41, berkata beliau tidak menyangka Hazman Shahir mencapai keputusan cemerlang walaupun tidak berupaya untuk bergerak.

“Walaupun hanya terlantar di kerusi roda khas dan hanya memiliki berat 12 kilogram, Hazman masih mampu membuktikan yang dia boleh berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain,” katanya.

Kata Hazlina, sepanjang pembelajaran di sekolah, Hazman mendapat bantuan daripada rakan sekelasnya untuk bergerak menggunakan kerusi roda khas. — Bernama




Semoga adik Hazman berjaya dunia dan akhirat. Sama-sama kita doakan kesihatan adik Hazman kerana dalam rancangan Assalamualaikum@TV Al-Hijrah tadi ada memaklumkan kesihatan adik Hazman sedikit menurun. 

Saturday, December 24, 2011

Jurukempen Kebaikan


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua.

"Sesungguhnya kami hayati pagi/petang ini dengan (kesedaran bahawa) kerajaan sekalian alam ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagai Nya, tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"

Intro
"Jadi awak ingat, duduk depan facebook berjam-jam. Taip pengisian dalam blog tu dah cukup untuk awak katakan yang awak tu berdakwah. Macam tu?"

"Apa yang awak faham tentang dakwah sebenarnya. Saya tak rasa yang awak faham apa-apa tentang dakwah"

"Awak belum berada dalam lapangan dakwah yang sebenar. Setakat  cabaran dakwah dikampus tu, cuma 1/10 daripada realiti sebenar dunia dakwah"

Saya cuma terdiam. Reaksi rutin saya apabila berhadapan dengan provokasi. 'Api kecil' tidak perlu dicurah dengan minyak. Ataukah sebenarnya saya sedang menyatakan 'YA' kepada sebuah tanggapan tipikal masyarakat Melayu: "Diam itu tandanya setuju"?


Jurukempen Kebaikan
Dakwah itu, makna ringkasnya adalah usaha untuk menyampaikan Islam. Semua yang menyandang gelaran Muslim/ah adalah pendakwah. Menjadi duta Islam. Fardhul Muslim yang teguh jiwanya, kental keyakinannya, akan berani mengaku dirinya seorang pendakwah. Anda?

Pada saya pula, istilah dakwah itu terlalu besar maknanya. Berat juga tanggungannya. Sebab tu, kita tidak menjalankan usaha dakwah seorang diri, perlu kepada organisasi. Perlu kepada orang-orang yang berbeza pandangan, berbeza cara pemikiran, berbeza metode penyampaian tetapi mempunyai satu tujuan iaitu dakwah itu sendiri.

Namun bagaimana dengan individu yang masih mencari-cari 'orang-orang' lain itu? Adakah dia perlu berputus asa dengan dakwah?

Sudah tentu, TIDAK.

Berbalik kepada permasalahan istilah dakwah yang terlalu besar maknanya itu. Tidak semua orang yang mengenal dan memahami Islam seawal usia kecil. Sekali dia berada di permulaan mengenal Islam, tiba-tiba dia dikejutkan dengan istilah dakwah. Orang tu baru nak belajar 'alif' 'ba' 'ta', nak belajar balik macam mana cara nak solat. Tak ke berlaku satu kejutan dalam dirinya. Elok-elok nak kenal Islam, dah berputus asa kerana memandang Islam itu susah  untuk diamalkan.

Kenapa yang nampak berat tu sebenarnya?

Kerana konsep dakwah yang ada dalam minda masyarakat adalah:

1. Ustaz/ah yang memberikan ceramah di televisyen mahupun di rostrum dalam majlis-majlis ilmu. Bercakap dengan dalil naqli. menjelaskan dengan dalil aqli.

Ustaz yang cool dan bergaya dekad ini
Fenomena Ustaz Azhar
2. Orang-orang yang sanggup turun ke kawasan pedalaman, menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam untuk kenal Islam.

3. Kena berani tegur orang-orang tengah ber'dating', kena berani marah orang, ilmu kena mantap, bercakap dengan penuh keyakinan, dan sebagainya lagi contoh yang berkaitan dengan lisan.

Menyampaikan Islam itu ada pelbagai cara, antaranya ialah dengan menggambarkan keindahan dan kebaikan Islam. Allah pun tidak membentangkan semua perkara kepada kita, ada perkara yang Allah sembunyikan. Untuk apa? Untuk kita mencari sebab DIA dah bagi kita akal, supaya kita berfikir. Tanggungjawab kita adalah untuk menggambarkan keindahan dan kebaikan Islam.

Baiklah, bayangkan anda merupakan jawatankuasa kepada satu program yang besar. Sasaran anda ramai. Apakah yang perlu anda lakukan bagi menarik perhatian orang ramai untuk hadir dalam program yang anda anjurkan itu?

Yezza!!! Anda memang bijak.

Promosi @ Kempen. Anda akan berkempen dengan pelbagai cara antaranya membuat edaran demi edaran, pengumuman di televisyen, suratkhabar, menawarkan hadiah misteri kepada pengunjung dan banyak lagi.

Macam tu juga dengan dakwah. Ianya sebenarnya kempen kepada kebaikan. Islam itu adalah programnya, edaran@pengumuman@ganjaran adalah caranya, dan kempen itu adalah dakwah. Memandangkan Islam merupakan 'program' terbesar dalam sejarah peradaban manusia, maka ianya memerlukan ramai jurukempen-jurukempen kebaikan. Tiada tarikh tutup pendaftaran. Tempat program: dunia.

Sudahkah anda mendaftar? Jangan terlambat!!! Kita tidak akan tahu bila masanya hak kelayakan mendaftar kita akan tamat. 

Penutup
Jadi, jawapan saya kepada persoalan di atas:

"Jadi awak ingat, duduk depan facebook berjam-jam. Taip pengisian dalam blog tu dah cukup untuk awak katakan yang awak tu berdakwah. Macam tu?"
Ya, itu satu daripada cara saya berkempen. Tidak ada yang mengatakan ianya salah. Cuma ia belum cukup dan tak akan pernah cukup. Saya perlu belajar banyak perkara lagi.

"Apa yang awak faham tentang dakwah sebenarnya. Saya tak rasa yang awak faham apa-apa tentang dakwah"
Saya dah jelaskan di atas. Allah lebih mengetahui hambaNya.

"Awak belum berada dalam lapangan dakwah yang sebenar. Setakat  cabaran dakwah dikampus tu, cuma 1/10 daripada realiti sebenar dunia dakwah"
Ya, memang betul itu. Saya sedang menjalani latihan. Doakan saya thabat dalam jalan yang saya pilih ini. Saya takut, tapi saya tak boleh berhenti, sebab saya dah mendaftar.

(^______________^)v

Surah An-Nahl (Ayat 125)
Pesan pada diri sendiri:


p/s 1: Kempen yang agak menarik minat ramai orang dewasa ini ialah melalui video!! Jadi, penggemar2 video.. tunggu apa lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

p/s 2: Kalau berkempen, kadang-kadang kita akan rasa 'lapar' dan 'haus'. Jadi sediakan bekal lebih daripada cukup. Sebab jurukempennya ramai, kalau kawan kita kehabisan 'bekal', kita boleh kongsi dengan dia.

p/s 3: Masa berkempen ni tak tentu. Setengah orang kejap, setengah orang lama. Yang pasti ianya panjang. Kat tengah jalan akan ada duri-duri dan halangan. Jangan pijak, tapi elak. Kalau tak sempat mengelak, dah terpijak duri, cepat-cepat dapatkan rawatan. Jangan biar lama-lama. Jangan lupa juga, kat tepi jalan ada banyak pokok bunga. Cantik dan warna-warni. Jangan cepat tergoda. Boleh berhenti kejap, cium baunya. Jangan lama-lama juga. Nanti terpesona, kita terleka.

Wallahua'lam.

Buat jiwa-jiwa yang menulis

Tulisan di bawah merupakan sebuah perkongsian dari sahabat laman muka buku. Satu peringatan yang mengesankan buat saya. Rasa terpanggil untuk melihat kembali tulisan yang lepas-lepas. Juga tulisan-tulisan di laman muka buku. Tulisan itu besar pengaruhnya. Moga ianya menjadi peringatan yang berguna buat saya dan juga sahabat-sahabat yang menulis. InsyaAllah


|| Untuk jiwa-jiwa yang menulis ||

Berkata seorang ulama, Syeikh Syamsuddin Al-Bahibli 

“Janganlah seseorang itu menulis kecuali untuk merealisasikan tujuh tujuan.”

-Menulis mengenai sesuatu perkara yang belum pernah ditulis orang.
-Untuk menyempurnakan sesuatu yang masih kurang dan belum sempurna.
-Untuk menjelaskan sesuatu yang sukar difahami.
-Untuk meringkas yang panjang tanpa mengabaikan faktor-faktor yang penting.
-Untuk menampilkan sesuatu yang sebelumnya tidak teratur.
-Untuk membetulkan kesilapan.
-Mencantumkan sesuatu yang sebelumnya bercerai-berai.

||Dan Rasulullah SAW pernah mengingatkan ||

“kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya. Sesungguhnya seseorang itu apabila berkata tanpa usul periksa ia terjun bersama-sama perkataan itu ke neraka yang ukuran dalamnya lebih jauh dari jarak timur dan barat”.

Maka berhati hatilah wahai jiwa yang menulis. Penamu adalah lidahmu. Ia mampu mengaut pahala dan ia juga mampu menimpakan dosa padamu.

Thursday, December 22, 2011

Adam Adli

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam mesra buat semua. Semoga berada dalam limpahan iman dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Rasanya ramai yang dah kenal anak muda yang merupakan pemilik nama adam adli. Seakan-akan menjadi satu fenomena pula dek kerana tindakan dia menurunkan bendera YAB PM dan menaikkan bendera academic freedom.



Rasional
Tujuan menulis entri ini, kerana keberadaan dalam profesion yang sama. Rasa terpanggil untuk menghayati pemikiran anak muda ni, sebab jarang ada guru atau bakal guru yang berani untuk menonjolkan diri seumpama itu. Penulisan ini cuma pandangan peribadi, tidak menggambarkan pendapat majoriti organisasi yang diterajui mahupun kampus saya.



Pendirian
Saya tidak berpendirian setuju mahupun tidak setuju dengan tindakan dia. Tapi lebih kepada ingin melihat rasional dia bertindak seumpama itu. Juga tidak berniat untuk memperkatakan tentang wajar ataupun tidak tindakannya itu. Sebagai orang awam, kalau nak mempersoalkan sesuatu perkara adalah sebelum berlaku. Dah berlaku, kita hanya boleh menilai tanpa cuba menghukum. Nak melabel itu dan ini, rasanya diri ini bukan sesiapa. Belajar pun tak habis lagi. Praktikum pun tak mula lagi. Cuma nak berkongsi pandangan.



Mesej
Sebagaimana yang dijelaskan oleh dia, tindakan yang dilakukannya hanya merupakan satu mesej. Ya. Mesej. Memberi penerangan terhadap sesuatu agar dapat difahami oleh penerima. Penghantar + Mesej + Penerima = Komunikasi. Kalau tidak ada salah satu dari tiga komponen tu, maka proses komunikasi tidak akan berlaku. Maklumat tidak akan sampai kepada penerima.

Kalau cuma ada penghatar dan mesej, tanpa menerima, ianya cuma merupakan satu tindakan seperti menyalak bukit. Dan kalau tak ada penghantar, tapi tiba-tiba sampai mesej kepada penerima, itu dah jadi kes surat layang pula. Dalam kes adam adli, dia bertindak sebagai penghantar, sasaran penerima sebagaimana wawancara yang dibuat padanya ialah: rakan-rakannya, dan mesej yang dilakukan olehnya.. agak lain daripada biasa, dengan niat untuk menarik perhatian rakan-rakan yang sedang mendengar ucapan. (boleh google kenyataan adam adli dalam youtube)

Katanya dalam wawancara berkenaan, selama ini pun sudah banyak kali penyerahan memorandum dibuat, dan mengulang-ulang perbuatan yang sama impaknya kurang. Jadi dia cuba menyampaikan mesej berimpak tinggi. dan kesannya: seluruh Malaysia memberikan perhatian kepadanya. Melebihi penerima yang disasarkan. Apabila penerima sudah melebihi sasaran, maka mesej yang cuba disampaikan itu, diterima dengan pelbagai pemahaman pula. Ada yang menyokong, tak kurang juga yang menentang. Ada yang memilih untuk menunggu kebenaran (berkecuali).



Betul dan Benar
Antara betul dan benar yang mana satu lebih tepat?

Saya pilih kebenenaran.

Perkara yang benar tak semestinya betul pada pandangan manusia. Soal kebenaran ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Makanya:

"Ya Allah, seandainya tindakan adam adli ini adalah satu kebenaran di sisimu. Maka bantulah dia dalam perjuangannya dan Ya Allah seandainya ianya bukan satu kebenaran, maka tunjukilah dia dan kami jalanMu yang lurus. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan segala sesuatu"



Konklusi
Ianya berkaitan soal bagaimana kita meletakkan sikap atas sesuatu isu. Bukan senang mahu mengenepikan soal emosi apabila berlaku hal seumpama ini.

Imam Al Ghazali pernah menyebut dalam tulisannya: Hai Anak!

"Kemudian itu, ketahui pulalah bahawa sebahagian perkara yang engkau tanyakan padaku itu ada yang tak mungkin dijawab dengan tulisan dan perkataan. Jika tingkat hidupmu telah sampai ke sana, tahulah engkau apakah dia, jika tidak, maka mengetahuinya termasuk perkara mustahil, kerana ia adalah barang yang bersangkut dengan perasaan, tak dapat ditujukkan dengan perkataan. Seperti kemanisan barang yang manis dan kepahitan barang yang pahit yang tidak dapat dikenal, melainkan dengan mencubanya terlebih dahulu."

Jadi, setakat itu sahaja yang mampu dilontarkan pandangan. Tidak berada ditempat adam adli, tidak juga berada ditempat PM. Tidak merasai apa yang mereka rasa.  Cuma berharap agar perkara ini diselesaikan dengan cara yang paling baik, demi kebaikan bersama.

Wallahua'lam


Damai~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi-pagi yang sentiasa indah kiriman Ilahi. Pemandangan yang hijau menyegarkan. Ciap miap burung, melodi alam yang indah. Gurau senda, gaduh manja anak-anak kucing yang baru mengenal dunia. 

Dalam satu patah perkataan: Damai

Jom dengar lagu Damai dari kumpulan Now-See-Heart : klik sini

Pagi Jumaat terakhir berada di rumah untuk tahun ini, sebelum kembali ke kampus menyambung pengajian bagi semester yang berikutnya.


Semester yang pasti sarat dengan kisahnya tersendiri. Praktikum, terapi, program-program kampus, dan pelbagai lagi cabaran baru yang mengujakan. Wajah-wajah baru yang bakal menjadi warga kampus serta wajah-wajah lama yang sudah tak dapat ditatap lagi. Hidup itu sebuah kitaran. Datang dan pergi. Malam dan siang bersilih ganti. 


(^_________^)


Jadi, peringatan untuk diri sendiri: Manfaatkanlah detik-detik dalam percutian ini.


Selamat Maju Jaya untuk semua dan Semoga dipermudahkan atas segala urusan.. 







"..Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:155)

"..Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran:200)

Wallahua'lam~

Wednesday, December 21, 2011

... tegur berhemah: dengan persoalan ...

Bismillahirrahmanirrahim...

"Kak, meh sini jap. Nak cakap sesuatu.."

Dalam hati: apa hal la pulak budak ni.. Kenal pun tak. Nak cakap sesuatu pulak. Risau ambe..

Tapi apa salahnya kalau dengar. Mana tahu ada info menarik yang bakal diperoleh..

"Ye, apa die dik?"

"Erm, akak. Saya cuma nak cakap sikit. Cuba akak tengok tu"

Merujuk kepada seorang muslimat yang berdiri hampir dengan seorang lelaki. Atau sebenarnya lelaki berkenaan yang cuba menempel kat muslimat tu.
"Ye, kenapa?"

"Saya bukan apa kak, tapi rasanya saya kena cakap. Kebenaran harus dinyatakan walaupun pahit. Macam ni kak, saya selalu perhatikan muslimat ni. Kalau dengan muslimin sangat menjaga pergaulan. Depan ahli-ahli bulatan gembira pun sama. Tunduk je. Kalau cakap tak dengar. Lembut je.. Aurat la katakan. Tapi, kenapa bila berada kat tempat awam, bersama dengan lelaki kat luar, tak jaga. Dalam bus main langgar pun tak kisah. Bersesak-sesak pun tak pe... Kenapa macam tu ye, kak?"

Sentap!! (Tarbiyyah itu indah. Dikirim Allah pelbagai cara, walaupun pada orang yang kita tak kenal)

Terdiam. Terkelu. Tak terkata apa-apa. Terasa!!

"Tak pe kak, nanti akak tegur muslimat tu ye.. Kalau saya yang tegur, lain pula nanti.." 

Erk!!
"Ukhti, maaf ana cuma ingin menegur. Tadi lelaki tu berdiri sangat hampir dengan enti. Ana risau kalau dia mengambil kesempatan terhadap enti"

"Ukhti, Kenapa lelaki tu berdiri hampir sangat dengan enti? Bahaya tu?"

"Ukhti, kita sebagai muslimat kena jaga diri kita. Jangan biarkan ianya disentuh oleh tangan-tangan yang bukan haknya"
Arghhh!! Itu semua cuma satu delusi... (Saya tak tegur pun..)

Tegur dalam hati --> selemah-lemah iman.



Bukan senang nak buat nahi mungkar, lebih susah berbanding buat amar ma'ruf.

Pengalaman mengikuti sebuah nadwah kepimpinan suatu ketika dahulu, boleh saya jadikan sebagai contoh. Kami satu kumpulan mendapat tugasan untuk menjalankan nahi mungkar kepada pasangan bercinta a.k.a couple. 

MasyaAllah.. Saya berpusing-pusing dalam mall tu. Dari satu aras ke satu aras. dari satu pasangan ke satu pasangan. Mulut nak cakap, tapi hati rasa berat. Memang tak cool langsung. Apa masalahnya, kan. Cakap je la.

Haaaa, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Lompat macam mana pun tak tergapai. Guna roket apa-pun tak kan sentuh langit tu...

Sebab tu dalam dakwah ni ada uslubnya, ada pendekatan, kaedah, dan strateginya yang tersendiri.

Tak boleh ikut suka je. 

"excuse me.. you all 2 orang ni sedang buat apa? macam seronok je borak-borak. you all couple, ye?"
Nak kena debuk? cuba la..

Memang gagal la tugasan tu. Tapi tak gagal dalam mentarbiyyah.

(Macam dah lari topik je ni???)

Ok2..

Peringatan paling utama adalah pada diri sendiri. Kita (saya dan pembaca muslimah) yang mengaku muslimah, kena beringat-ingat dalam pergaulan. Cuba untuk tidak membezakan muslimin dan lelaki dalam aspek pergaulan. Berhati-hati ditempat awam. Kita tak minta benda yang tak elok jadi, tapi boleh bersedia dan beringat sebelum kena. Susah memang susah, kena mengaku tu. Kita ada kawan-kawan, dalam masa yang sama kita pun ada sahabat. Tapi, yang paling penting kena usaha dulu.. 

Dalam menegur atau berdakwah ada caranya. Teknik mengemukakan soalan dan terus kepada realiti semasa merupakan satu teknik yang berkesan. Dapat mencungkil hati mad'u (orang yang didakwah), menilai persepsi mereka, membiarkan mereka membuat refleksi, in the end.. come out with solution (if possible).
(Ecece, senang nya tulis.. Kalau tak buat, memang kena.. Astaghfirullahalazhim3x)

Wallahua'lam.. 

Sehingga ketemu lagi di lain ruangan.

Moga rahmat Allah melindungi dan anda semua. InsyaAllah..







Monday, December 19, 2011

~ apa-apa sahaja untuk Islam ~

Bismillahirrahmanirrahim...


Pagi-pagi yang indah sebagaimana lazimnya... asyik2x.. Tempat percutian terbaik: rumah sendiri.


Senyum lebar-lebar sebelum cuti ni tamat. (^_______________^)


But, cuti doesn't mean you do nothing... At least, try to do something... 


Yes, something!! 


Anything... (Biar bermanfaat!!) --> ramai yang pesan, ni.. InsyaAllah~


Apa perasaan anda kalau anda menerima balasan sms sebagaimana tajuk entri di atas?


Wah2x. 


I'm speechless!! No words...


Indah sangat perkataan ni, dan untuk kesekian kalinya saya tersenyum lebar.. (^__________^)


Apa??


You all ingat orang yang bercinta je ke yang bila dapat sms senyum sorang2...??


Oh, no.. no..


Yang tu semua orang pun boleh buat. Tapi bila dapat sms yang macam di atas ni, senyum dia lain taw.


Senyum beriring dingin air di tubir mata. 


Nak senyum ada, nak menangis berganda-ganda.


Sentap seyh!!


Bukan satu tapi banyak!!  (lebih daripada satu = banyak kan??)


Seringkas jawapan "apa-apa sahaja untuk Islam" bagi pertolongan kecil yang saya pinta.


Macam satu teguran halus, tapi bermakna. Allah is the BEST la.


Membuatkan penerima sms itu a.k.a saya, rasa perlu membuat introspeksi.


Yup!!


Refleksi...






Semua yang saya buat ni, betul-betul ke kerana Islam.? Kerana Allah? atau kerana apa??





Meaning: To Allah belongs whatever is in the heavens and whatever is in the earth. Whether you show what is within yourselves or conceal it, Allah will bring you to account for it. Then He will forgive whom He wills and punish whom He wills, and Allah is over all things competent.



Wallahua'lam...


p/s: Indahnya menyulam cinta bersama sahabat... (manik jernih bergenang di pelupuk mata --> ayat novel)

Saturday, December 17, 2011

... runtuh !! ...

Bismillahirrahmanirrahim..


Aku redha Allah  sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sallallahua'laihiwassalam sebagai Nabi dan Rasulku..


Khaifaha lukum? ^^v


Alhamdulillah.. Ana bikhair...

TRAGEDI 11 SEPTEMBER


Sekarang bukan bulan September pun, dah masuk bulan Disember. Cuma secara tiba-tiba perkataan runtuh itu menerjah fikiran. Maka, dengan tidak semena-mena, teringatkan tragedi 11 September 2001. Dalam tak sedar sudah 1 dekad tragedi ini berlalu. Kalau ada bayi yang lahir pada tarikh berkenaan, pada tahun ini, dia sudah pun berusia 10 tahun. Sudah mummayiz (dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk), sudah boleh dirotan kalau tidak solat, dan barangkali kalau yang perempuan, sudah ada yang baligh. 10 tahun bukan tempoh singkat dan dalam tempoh berkenaan, ternyata peristiwa September 11 ini telah mendatangkan impak yang besar terhadap skop politik, ekonomi, dan sosial masyarakat di Amerika Syarikat. Islamofobia, kegoyahan pengurusan kewangan, masalah hubungan diplomatik merupakan kesan yang dapat dilihat secara nyata.


INFO SEPTEMBER 11
  • Ayat yang ke 109 dari surat At-Taubah menunjukkan bangunan WTC terdiri dari 109 tingkat.
  • Pada ayat ke 109 pada Surah At-Taubah tersebut tertulis “Jurufin Haar” menunjukkan nama jalan di  Jerf Har.
  • Surat At-Taubah berada dalam juz ke 11 menunjukkan tanggal hari kejadian iaitu tanggal 11.
  • Surat At-Taubah adalah urutan yang ke 9 menunjukkan bulan kejadian yaitu bulan ke 9. 
  • Jumlah kalimat dalam surat At-Taubah dari awal sampai akhir sebanyak 2001 menunjukkan tahun kejadian yaitu tahun 2001.


Maksudnya: Apakah orang yang mendirikan bangunan di atas dasar taqwa dan keredhaan Allah itukah yang lebih baik, ataukah orang yang mebdirikan bangunannya di pinggir lurah yang runtuh, lalu ia jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah tiada memberikan pimpinan kepada kaum yang melanggar aturan.


Subhanallah..

KONSPIRASI
Adakah anda berpendapat tragedi ini merupakan sebuah konspirasi terancang bagi memberikan imej pengganas kepada ummat Islam? Adakah semua teori konspirasi sebagaimana yang diceritakan dan dikaji sebelum ini adalah benar? Wallahua'lam. Saya tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini. Ketaksuban kepada teori konspirasi juga merupakan satu isu yang wajar diperhalusi oleh ummat Islam. Ada yang memandang sinis dan tak kurang juga yang terlebih mengkaji. Antara keduanya, saya memilih untuk mengambil jalan tengah: Berhati-hati yang tidak sampai memberatkan fikiran.

Disebalik semua konspirasi, tidak kira bagi peristiwa September 11, freemason, ilumuniti dan yang seangkatan dengannya, terdapat satu konspirasi terancang yang mengalahkan segala kebetulan. Yang berlaku diluar batas kemanusiaan. Sekalipun kesemua konspirasi yang ada dalam dunia ini bersatu menentang konspirasi yang satu ini, pasti akan dapat dikalahkan jua. Semua strategi dari sekecil-kecil perkara hingga perancangan berani mati, kesemuanya berada dalam kebijaksanaan pencipta perancangan terhebat ini. Ya, sudah tercatat di loh mahfuz. Ada hati ingin melawan??? Baik lupakan, anda akan tewas!!

Sekalipun ada konspirasi, yakin dan percayalah semua itu berlaku dengan izinNYA. Baik atau buruk penilaian manusia, tetap ada hikmah yang ingin disampaikan. Dalam tempoh sedekad peristiwa September 11, kita sudah matang untuk menilai hikmah dengan mengenepikan persoalan emosi serta perbezaan pendapat dan ideologi. Bangunan Menara Kembar World Trade Center (WTC) dan gedung Pentagon di New York, Amerika Syarikat (AS) telah runtuh menyembah bumi. Runtuh.. Menjadi debu-debu.

HATI YANG RUNTUH
Itu kisah bangunan yang runtuh. Bagaimana pula dengan hati yang runtuh? Semangat yang runtuh? Iltizam yang runtuh? Adakah harus dibiarkan ranap menjadi debu-debu dan mengisi ruang udara dunia. Bernilaikah hati-hati dan jiwa-jiwa yang runtuh?

(^____________________^)

Tidak bernilai, bukan?

Lantas, siapa yang harus bertanggungjawab atas keruntuhan itu? Adakah bangunan yang runtuh akan mampu untuk terbina sendiri, kembali?

Masih jawapannya, tidak.

Ada tiga kemungkinan yang akan berlaku pada jiwa dan hati yang runtuh.

1. Akan kekal selamanya menjadi runtuhan yang tak berguna.
2. Akan terbina kembali seperti mana keadaan sebelumnya.
3. Akan diranapkan dan membentuk binaan yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

Tanggungjawab siapa?

(^____________________^)

Sepatutnya pada tangan-tangan yang meruntuhkan, kerana hati yang runtuh sedang lemas dalam emosi yang sarat dengan rasa kerendahan. Tidak yakin, kecewa pada diri sendiri, rasa hina, lemah, tak bermaya, sayu, dan pilu...

Apa akan terjadi seandainya jiwa yang runtuh tidak dibina kembali oleh tangan yang meruntuhkan? Ataupun setidak-tidaknya oleh mekanisme sekeliling yang hampir dengannya...

Maka jiwa itu mengambil masa untuk pulih sendiri, sedangkan dalam masa yang sama jasad kepada jiwa itu perlu bekerja. Peperangan antara jasad dan emosi akan berlaku. Mujur seandainya ada faktor pendamai iaitu bersangka baik kepada Allah. Masalah akan selesai. Tetapi sekiranya tiada, ianya akan mencetus barah: "Dulu aku pun pernah bangkit sendiri, bermakna orang lain pun perlu cuba untuk bangkit sendiri. Rasakan apa yang aku rasakan". Dan berulanglah kisah jiwa yang runtuh, bangkit sendiri untuk kesekian kalinya...

Wallahua'lam.. Cuma kiasan biasa.. Bagi faham anda boleh (^____________________^) bagi yang tidak, tak mengapa kalau anda berkata "ntah apa2 je entri ni, tak faham satu pun" (sambil menggaru-garu kepala). Jangan risau, saya tak akan berkecil hati..

p/s: kalau berminat untuk membaca tentang impak kesan september 11, boleh klik sini. kalau nak baca tentang pro kontra teori konspirasi, boleh google yep..!! perbahasannya panjang sangat, tak larat nak baca..

Ustazah Pilihan, Solehah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang, kita berada di pertengahan bulan Disember... 2011 bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh kurang 15 hari...

Sungguh cepat masa berlalu dan rasanya sudah beberapa kali jasad ini 'mati' dipenggal masa. Ada antara masa yang telah dilewati tidak dimanfaatkan selayaknya. Khilaf hambaMu ini, banyak sekali Ya Allah... (Isk... isk)

Baiklah, bagi mengelakkan masa terus dilaburkan pada saham yang merugikan, baiklah saya mencoret sesuatu si dinding maya ini. ^^v

Baiklah, merujuk kepada tajuk entri diatas... Saya seperti nama yang terdapat pada profil diri, ingin menulis barang seayat dua berkenaan 'Ustazah Pilihan'

USTAZAH PILIHAN

Ya, ustazah pilihan... Ustazah Firus... (Personally, saya sukakan pendekatan yang digunakan oleh dia. Dia bersahaja dan kelihatan lebih mudah didekati.

Realiti yang harus diterima dalam sesebuah rancangan realiti ialah: setiap pemenang yang dipilih mampu untuk mendatangkan imbalan kembali kepada imej rancangan mahupun stesen televisyen yang menyiarkan rancangan berkenaan. Kemenangan ustazah Firus sememangnya sudah diduga.

Kalau ingin membicarakan soal kewajaran mahupun tidak rancangan ini disiarkan buat tontonan umum, pada saya ianya bukan lagi satu isu yang perlu diperdebatkan. Kerana rancangan berkenaan sudah pun disiarkan kepada umum dan pemenangnya sudah diketahui umum juga. Mungkin, kalau ingin dibincangkan keperluan untuk mengadakan Ustazah Pilihan 2,3,4 dan seterusnya itu.. ada relevannya. Nak komen banyak-banyak, rasanya saya pun tak mampu nak mengendalikan rancangan seumpama ini. Sekadar melihat daripada sudut pandang seorang pelanggan yang mahukan kualiti penyiaran yang baik, saya merasakan rancangan ini masih lagi belum jelas matlamatnya, dan perlu dikaji format penyiaran, dan secara jujurnya saya tidak faham mesej yang cuba disampaikan melalui rancangan ini.

Apabila kita ni adalah orang yang tak tahu, makanya perlu bertanya atau menerima pendapat daripada orang yang tahu dan orang jelas:

saya: Ana stuju dan faham pendapat enta.. kalau ikutkan mmg tak setuju dengan cara yang macam ni.. tapi kalau nak dibahaskan perlu dan tak perlu buat, ana rasa ianya akan berputar dan berkisar didinding maya ini sahaja.. program itu sudah pun dijalankan.. juga kita semua sedar dan tahu, matlamat tak menghalalkan cara...sama ada disiarkan mahupun tidak, itu persoalan sistem... perlu ubah/ kawal sistem untuk kawal penyiaran... ana cuma ambil yang positif, kalau tak dapat ambil semua.. wallahu'alam... kalau salah, mohon diperbetulkan.. :)

rakan fb: Kurang bersetuju sekarang hanya benci dalam hati selemah iman.. Sudah berjalan.. Dah berakhir juga.. Insya-Allah sama sama ambil positif.. Kurang setuju tidak bermakna tidak menghiraukan.. Dan setuju bukan bermakna tidak sesuai.. Ana setuju wanita dikalangan wanita.. Ana tidak setuju wanita direalitikan.. Macam Ana kata ini bukan pendapat Ana ini Ana mengaji bab wanita hanya untuk dikalayak wanita shaja..
 
Ramai yang sudah pun tampil memberikan hujah masing-masing berkenaan pro dan kontranya program ini... Saya tertarik dengan definisi ustazah yang dijelaskan oleh seorang Ustaz Mat Nawi (pensyarah kampus saya yang sedang melanjutkan pengajian mendapatkan PhD) - facebook

Untuk makluman, ustazah itu membawa makna yang amat mendalam dalam dunia keilmuan. Seseorang itu dipanggil ustazah (pilihan) apabila telah berjaya mentarbiah, mendidik, mengajar sekumpulan anak murid dan terbukti pula ketabahannya dalam memercu dunia pendidikan tersebut. Maka secara tidak langsung, sudah tentu ustazah tadi telah lama berkhidmat demi keilmuan, bukannya masih muda dan baru bertatih dalam dunia pendidikan. Kalau begitu, eloklah dititlekan sebagai ustazah harapan...

Saya juga tertarik dengan satu lagi rancangan realiti yang dinamakan Solehah.. Bukan ingin membuat perbandingan, namun secara jujurnya saya lebih selesa dengan pendekatan rancangan Solehah.. Lebih banyak pengisian yang dapat saya kutip melalui rancangan ini. Meskipun kedua-dua rancangan mendedahkan muslimah kepada media namun masih terdapat beberapa sisi positif yang dapat di ambil daripada kedua-duanya. Untuk sedikit pencerahan berkenanan muslimah dan media, rasanya Ustazah Syarha, punyai pandangan yang bernas.

Makanya, di sini saya ingin berkongsi beberapa pandangan peribadi berkenaan rancangan Solehah. 

1. Format rancangan yang tersusun. Tiada penyingkiran dilakukan dan peserta berpeluang membina potensi diri, minggu demi minggu. 

2. Kejutan bermakna yang diberikan kepada peserta tanda meraikan peserta. Konsep meraikan fardhul muslim yang lain perlu lebih dihayati oleh setiap yang bergelar muslim. Hal ini dapat membuang sifat ego dan membolehkan kita menilai potensi individu lain secara lebih bersih.

3. Pemakaian peserta yang menutup aurat tapi tidak meninggalkan terus keinginan untuk tampil bergaya boleh dijadikan contoh buat muslimah diluar sana. Wanita hari ini ketandusan ikon menutup aurat dalam berfesyen. 

4. Peserta akhir yang melakukan satu percubaan yang sangat berani dengan menukar tajuk persembahan beliau. Satu tindakan yang boleh dipuji. Pada saya, inilah baru namanya rancangan realiti. Memperkatakan realiti, memperkatakan tentang suara hati secara terbuka. Bukan suara hati peribadi, tapi suara hati yang perlu direalisasikan oleh setiap muslimah. Bagi yang menonton, pasti akan terkesan dengan penghayatan yang dipamerkan oleh beliau. Disaat-saat akhir, dengan permohonan maaf, beliau menukar tajuk persembahan kepada satu perkongsian kepada para penonton 'apakah makna solehah pada dirinya'. Subhanallah. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, bait2 patah kata yang diungkapkan olehnya.. "SOLEHAH HARUS DICARI, TIDAK DATANG SENDIRI" dan " WANITA BIASA HARUS MENGEJAR SOLEHAH!!.. Siapakah wanita biasa itu??? Ya.. Saya dan semua wanita di luar sana. Kita wanita biasa, impian kita mengejar solehah. Ayuh, angkat tangan kanan kita,  dan gapai solehah.. :)

5. Satu perkara yang juga boleh dipuji ialah, krew rancangan tak menggelabah bila dia tukar tajuk di minit-minit terakhir. Tahu-tahu la kan, dah la rancangan tu, siaran langsung. Satu kesilapan kecil, boleh menjejaskan mutu penyiaran dan orang akan bercakap mengenainya sampai bila-bila. Bukan boleh cut.. cut macam buat filem ataupun sesetengah rancangan bual bicara di televisyen yang selalu kita tengok tu.

6. Juri yang ada pun semua profesional. Prof madya lagi tu. Mereka semua memang best la..

Secara keseluruhannya, Solehah memang ada impaknya yang tersendiri pada diri saya dan saya akan cuba untuk mengikuti perkembangan peserta-peserta solehah ini. Media ada kelemahannya, tapi saya lebih suka untuk mengambil kekuatannya, dan kelalaian media harus diubati dengan peringatan-peringatan yang mempunyai roh Islam sebagai addin.. Cuba bayangkan, buka je televisyen ada peringatan tentang saat-saat kematian yang semakin hampir, agak-agak ada orang berani nak buat jahat lagi tak.? Kita lupa kerana kita tidak mencari peringatan dan tidak diingatkan. Wallahua'lam..

> mata yang tersenyum <
Info: 


مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ 
Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.
Contoh:
1. Ketika berwudhu` membasuh muka adalah wajib. Tidak sempurna membasuh muka kecuali melangkau sempadan muka. Maka membasuh sedikit dari kepala,telinga,leher dan dibawah dagu adalah wajib.

2. Menutup didalam solat adalah wajib, bagi lelaki antara pusat dan lutut.
Tidak sempurna menutut `aurat kecuali dengan menutup sebahagian pusat dan lutut. Maka menutup pusat atau sebahagiannya dan menutup lutut atau sebahagiannya adalah wajib.

Friday, December 16, 2011

~tautan hati~

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu,
bertemu dalam ketaatan,
bersatu dalam perjuangan,
menegakkan syari’at dalam kehidupan
 
Kuatkanlah ikatannya, 
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
terangilah dengan cahyaMu yang tiada pernah padam
ya Rabbi, bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu,
hidupkan dengan makrifatMu,
matikan dalam syahid di jalanMu,
Engkauhlah pelindung dan pembela

>berpimpin tangan bersama sahabat<

Thursday, December 15, 2011

..journey..

Bismillahirrahmanirrahim..




Lama betul rasanya tak menaip sesuatu di sini.. Hehe.. Cuti ini terlalu padat dengan 'pengembaraan' menarik yang tak dapat saya tolak dek kerana perasaan seronok menghayati satu demi satu babak dalam pengembaraan berkenaan.

Indah, manis, suka, duka, pahit, manis, terjentik, tersentap, awesome, sayu, iltizam, dan seribu satu perkataan dalam menjelaskan pengembaraan ni.

Pengembaraan apakah?

Alam Fantasi?

Hoho...  Sekiranya pengembaraan ini merupakan satu fantasi, rasa macam tak nak sedar je. Nak berkhayal lama-lama.

Namun, ternyata hidup ini berkisar persoalan realiti. Bukan cerita fantasi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun...

Bukan cerita Cendirella yang tertinggal kasut kaca dia, dan putera raja cuba satu demi satu kaki gadis dalam kampung berkenaan untuk detect yang mana satu Cinderella yang betul. (nasib baek mengena dengan Cinderella yang betul)

Tapi pengembaraan perjuangan figura-figura dakwah yang bukan kita main pilih-pilih je... Bahkan melalui satu demi satu tapisan. Fuh!! Jalan dakwah itu serius mencabar, beb... Sikit pun saya tak tipu...

Kalau kasut Cinderella tu, tak pe la kita boleh nampak. Memang dah sah-sah kasut tu milik Cinderella. Tapi, dakwah tu bukan sesenang pakai kasut kaca dan "ya, andalah Cinderella yang kami cari. Sudilah untuk menjadi suri di hati putera raja." Dan berulang la kisah happy ending. Sebagaimana lazimnya, kisah fairy tale.


Gerak kerja dakwah tak semudah itu. Sebab ianya bukan kerja individu, bahkan ianya kerja kita semua.. Ya!! kita semua.. Saya. Kamu, kamu, dan kamu.. Yang memegang gelaran muslim.

Apabila dah berada di jalan dakwah, kita tak boleh jadi Sleeping Beauty.. Sesedap rasa kita nak 'tidur' lama-lama. Membiarkan musuh-musuh Islam menyebarkan 'dakwah' mereka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau. Silap haribulan, kita yang mengaku membawa risalah dakwah ini pun terjebak ke dalam kancah yang sama. Na'uzubillahiminzalik...


Tak pun macam Hezel and Gretel.. Sebab letih dalam urusan dakwah, kita terpengaruh dengan 'gula-gula' kesenangan dan keselesaan sementara di dunia ini. Akhirnya, kita pun menjadi mangsa ahli sihir. Kalau kita dapat lepaskan diri macam mereka, tak apalah. Kalau tak dapat? Kena rebus la jawabnya.

Tapi, tak mengapa kalau dalam usaha dakwah ni.. Kita ibarat anak itik yang hodoh. Biar apa orang nak kata kat dunia ni. Telan je pahit maung cacian. Asalkan nanti diakhirat, kita cemerlang menjadi 'angsa' yang cantik.


Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat, ayat 33, “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang  yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman”.




jom baca komik sikit.. :)


~Pengalaman tu pahit, tapi hasilnya manis. Moga tak berlama-lama menikmati kemanisan kerana masih ada amanah yang belum terlaksana. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. Aku tak mampu menjadi orang lain, mengikut cara sesiapa sahaja, tak mampu membentuk karisma yang gah, tapi aku boleh menjadi diriku apa adanya, dan aku juga mahu sentiasa menjadi lebih baik, dan tiada yang dapat menolong diriku.. hanya padaMU tempat ku meminta~

Tuesday, December 6, 2011

Ubah Dirimu

Ketika lepas bebas di alam remaja,
Impianku tidak mengenal batasan,
Aku ingin mengubah dunia,
Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,
Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah

Lalu kubataskan jangkauan,
Memadailah jika aku dapat mengubah negara,
Namun ia juga tidak kesampaian,
Kala usia senja, pilihan terakhirku,
Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat,
Malangnya....
Mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini, diperbaringan menanti maut baru kusedari,
(mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang ku ubah adalah diri sendiri,
Dengan menunjukkan teladan yang baik,
Pasti aku dapat mengubah keluarga,
Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,
Aku pasti mampu mengubah negara,
Dan siapa tahu,
Mungkin aku juga mampu mengubah dunia.

Isu: Abu Irdak
Solusi Isu 15: Hijrah atau Kalah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails