Sunday, December 25, 2011

Hazman Shahir..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



"Allah tidak akan merubah sesuatu yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam (jiwa) mereka"

(Ar Raad: Ayat 12)

"Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan kesihatan kepada saya"

Itu yang dijawab oleh Hazman Shahir apabila apakah rahsia kejayaan. Kita selalu dengar orang akan jawab macam ni.

"Ini semua adalah berkat usaha saya yang telah belajar bersungguh-sungguh selama ini. Saya belajar 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan.... " <--  (hiperbola)

Ini berita yang saya petik dari sumber BERNAMA:

MELAKA: Sekalipun menghidap penyakit saraf dan otot “Spinal Muscular Atrpohy” peringkat kedua, Hazman Shahir Samsul Kamar, 15, semalam membuktikan bahawa dia boleh mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said di Alor Gajah itu berjaya mencapai keputusan 5A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang didudukinya berbanding 3A dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

“Saya tidak sangka boleh dapat keputusan sebegini dan tidak percaya boleh mendapat A bagi subjek Matematik kerana ketika percubaan sebelum ini saya hanya memperoleh E,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah khas daripada Jabatan Pelajaran Melaka di sini.

Mengenai rahsia kejayaannya, Hazman Shahir berkata, beliau belajar lebih 3 jam sehari di rumah dan sentiasa mengingati pesan neneknya supaya sentiasa menjaga solat lima waktu selain mengaji Al-Quran sehingga khatam.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, bertekad menjadi contoh terbaik kepada adik-adiknya dan terus berusaha bagi mencapai impiannya menjadi seorang pereka grafik.

“Saya meminati semua bentuk grafik yang boleh dihasilkan melalui perisian komputer dan kagum dengan penghasilan animasi 3D seperti kartun popular Upin dan Ipin

“Jika di rumah, saya minat mereka grafik di komputer sambil berbaring kerana saya langsung tidak boleh duduk. Adik saya, Muhammad Hazwan Syarief berusia 12 tahun juga turut mengidap penyakit yang sama, tetapi kami redha dengan ketentuan dari Allah ini,” katanya.

Akibat penyakitnya itu, beliau mengalami gangguan pertumbuhan pada saraf dan otot sehingga tidak mampu berjalan sejak kecil, selain terpaksa bernafas melalui leher yang ditebuk dan dilengkapi alat bantuan pernafasan khas.

Beliau boleh menulis tetapi memerlukan masa yang lebih lama dan hanya boleh menggunakan pen yang berdakwat basah untuk lebih mudah baginya.

Ibunya, Hazlina Hassan, 41, berkata beliau tidak menyangka Hazman Shahir mencapai keputusan cemerlang walaupun tidak berupaya untuk bergerak.

“Walaupun hanya terlantar di kerusi roda khas dan hanya memiliki berat 12 kilogram, Hazman masih mampu membuktikan yang dia boleh berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain,” katanya.

Kata Hazlina, sepanjang pembelajaran di sekolah, Hazman mendapat bantuan daripada rakan sekelasnya untuk bergerak menggunakan kerusi roda khas. — Bernama




Semoga adik Hazman berjaya dunia dan akhirat. Sama-sama kita doakan kesihatan adik Hazman kerana dalam rancangan Assalamualaikum@TV Al-Hijrah tadi ada memaklumkan kesihatan adik Hazman sedikit menurun. 

1 comment:

  1. salam...keep it up ya..teruskan menulis dengan tulisan berunsur dakwah...sy sokong!!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails