Pages

Saturday, December 17, 2011

... runtuh !! ...

Bismillahirrahmanirrahim..


Aku redha Allah  sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sallallahua'laihiwassalam sebagai Nabi dan Rasulku..


Khaifaha lukum? ^^v


Alhamdulillah.. Ana bikhair...

TRAGEDI 11 SEPTEMBER


Sekarang bukan bulan September pun, dah masuk bulan Disember. Cuma secara tiba-tiba perkataan runtuh itu menerjah fikiran. Maka, dengan tidak semena-mena, teringatkan tragedi 11 September 2001. Dalam tak sedar sudah 1 dekad tragedi ini berlalu. Kalau ada bayi yang lahir pada tarikh berkenaan, pada tahun ini, dia sudah pun berusia 10 tahun. Sudah mummayiz (dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk), sudah boleh dirotan kalau tidak solat, dan barangkali kalau yang perempuan, sudah ada yang baligh. 10 tahun bukan tempoh singkat dan dalam tempoh berkenaan, ternyata peristiwa September 11 ini telah mendatangkan impak yang besar terhadap skop politik, ekonomi, dan sosial masyarakat di Amerika Syarikat. Islamofobia, kegoyahan pengurusan kewangan, masalah hubungan diplomatik merupakan kesan yang dapat dilihat secara nyata.


INFO SEPTEMBER 11
  • Ayat yang ke 109 dari surat At-Taubah menunjukkan bangunan WTC terdiri dari 109 tingkat.
  • Pada ayat ke 109 pada Surah At-Taubah tersebut tertulis “Jurufin Haar” menunjukkan nama jalan di  Jerf Har.
  • Surat At-Taubah berada dalam juz ke 11 menunjukkan tanggal hari kejadian iaitu tanggal 11.
  • Surat At-Taubah adalah urutan yang ke 9 menunjukkan bulan kejadian yaitu bulan ke 9. 
  • Jumlah kalimat dalam surat At-Taubah dari awal sampai akhir sebanyak 2001 menunjukkan tahun kejadian yaitu tahun 2001.


Maksudnya: Apakah orang yang mendirikan bangunan di atas dasar taqwa dan keredhaan Allah itukah yang lebih baik, ataukah orang yang mebdirikan bangunannya di pinggir lurah yang runtuh, lalu ia jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah tiada memberikan pimpinan kepada kaum yang melanggar aturan.


Subhanallah..

KONSPIRASI
Adakah anda berpendapat tragedi ini merupakan sebuah konspirasi terancang bagi memberikan imej pengganas kepada ummat Islam? Adakah semua teori konspirasi sebagaimana yang diceritakan dan dikaji sebelum ini adalah benar? Wallahua'lam. Saya tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini. Ketaksuban kepada teori konspirasi juga merupakan satu isu yang wajar diperhalusi oleh ummat Islam. Ada yang memandang sinis dan tak kurang juga yang terlebih mengkaji. Antara keduanya, saya memilih untuk mengambil jalan tengah: Berhati-hati yang tidak sampai memberatkan fikiran.

Disebalik semua konspirasi, tidak kira bagi peristiwa September 11, freemason, ilumuniti dan yang seangkatan dengannya, terdapat satu konspirasi terancang yang mengalahkan segala kebetulan. Yang berlaku diluar batas kemanusiaan. Sekalipun kesemua konspirasi yang ada dalam dunia ini bersatu menentang konspirasi yang satu ini, pasti akan dapat dikalahkan jua. Semua strategi dari sekecil-kecil perkara hingga perancangan berani mati, kesemuanya berada dalam kebijaksanaan pencipta perancangan terhebat ini. Ya, sudah tercatat di loh mahfuz. Ada hati ingin melawan??? Baik lupakan, anda akan tewas!!

Sekalipun ada konspirasi, yakin dan percayalah semua itu berlaku dengan izinNYA. Baik atau buruk penilaian manusia, tetap ada hikmah yang ingin disampaikan. Dalam tempoh sedekad peristiwa September 11, kita sudah matang untuk menilai hikmah dengan mengenepikan persoalan emosi serta perbezaan pendapat dan ideologi. Bangunan Menara Kembar World Trade Center (WTC) dan gedung Pentagon di New York, Amerika Syarikat (AS) telah runtuh menyembah bumi. Runtuh.. Menjadi debu-debu.

HATI YANG RUNTUH
Itu kisah bangunan yang runtuh. Bagaimana pula dengan hati yang runtuh? Semangat yang runtuh? Iltizam yang runtuh? Adakah harus dibiarkan ranap menjadi debu-debu dan mengisi ruang udara dunia. Bernilaikah hati-hati dan jiwa-jiwa yang runtuh?

(^____________________^)

Tidak bernilai, bukan?

Lantas, siapa yang harus bertanggungjawab atas keruntuhan itu? Adakah bangunan yang runtuh akan mampu untuk terbina sendiri, kembali?

Masih jawapannya, tidak.

Ada tiga kemungkinan yang akan berlaku pada jiwa dan hati yang runtuh.

1. Akan kekal selamanya menjadi runtuhan yang tak berguna.
2. Akan terbina kembali seperti mana keadaan sebelumnya.
3. Akan diranapkan dan membentuk binaan yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

Tanggungjawab siapa?

(^____________________^)

Sepatutnya pada tangan-tangan yang meruntuhkan, kerana hati yang runtuh sedang lemas dalam emosi yang sarat dengan rasa kerendahan. Tidak yakin, kecewa pada diri sendiri, rasa hina, lemah, tak bermaya, sayu, dan pilu...

Apa akan terjadi seandainya jiwa yang runtuh tidak dibina kembali oleh tangan yang meruntuhkan? Ataupun setidak-tidaknya oleh mekanisme sekeliling yang hampir dengannya...

Maka jiwa itu mengambil masa untuk pulih sendiri, sedangkan dalam masa yang sama jasad kepada jiwa itu perlu bekerja. Peperangan antara jasad dan emosi akan berlaku. Mujur seandainya ada faktor pendamai iaitu bersangka baik kepada Allah. Masalah akan selesai. Tetapi sekiranya tiada, ianya akan mencetus barah: "Dulu aku pun pernah bangkit sendiri, bermakna orang lain pun perlu cuba untuk bangkit sendiri. Rasakan apa yang aku rasakan". Dan berulanglah kisah jiwa yang runtuh, bangkit sendiri untuk kesekian kalinya...

Wallahua'lam.. Cuma kiasan biasa.. Bagi faham anda boleh (^____________________^) bagi yang tidak, tak mengapa kalau anda berkata "ntah apa2 je entri ni, tak faham satu pun" (sambil menggaru-garu kepala). Jangan risau, saya tak akan berkecil hati..

p/s: kalau berminat untuk membaca tentang impak kesan september 11, boleh klik sini. kalau nak baca tentang pro kontra teori konspirasi, boleh google yep..!! perbahasannya panjang sangat, tak larat nak baca..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails