Pages

Thursday, December 15, 2011

..journey..

Bismillahirrahmanirrahim..




Lama betul rasanya tak menaip sesuatu di sini.. Hehe.. Cuti ini terlalu padat dengan 'pengembaraan' menarik yang tak dapat saya tolak dek kerana perasaan seronok menghayati satu demi satu babak dalam pengembaraan berkenaan.

Indah, manis, suka, duka, pahit, manis, terjentik, tersentap, awesome, sayu, iltizam, dan seribu satu perkataan dalam menjelaskan pengembaraan ni.

Pengembaraan apakah?

Alam Fantasi?

Hoho...  Sekiranya pengembaraan ini merupakan satu fantasi, rasa macam tak nak sedar je. Nak berkhayal lama-lama.

Namun, ternyata hidup ini berkisar persoalan realiti. Bukan cerita fantasi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun...

Bukan cerita Cendirella yang tertinggal kasut kaca dia, dan putera raja cuba satu demi satu kaki gadis dalam kampung berkenaan untuk detect yang mana satu Cinderella yang betul. (nasib baek mengena dengan Cinderella yang betul)

Tapi pengembaraan perjuangan figura-figura dakwah yang bukan kita main pilih-pilih je... Bahkan melalui satu demi satu tapisan. Fuh!! Jalan dakwah itu serius mencabar, beb... Sikit pun saya tak tipu...

Kalau kasut Cinderella tu, tak pe la kita boleh nampak. Memang dah sah-sah kasut tu milik Cinderella. Tapi, dakwah tu bukan sesenang pakai kasut kaca dan "ya, andalah Cinderella yang kami cari. Sudilah untuk menjadi suri di hati putera raja." Dan berulang la kisah happy ending. Sebagaimana lazimnya, kisah fairy tale.


Gerak kerja dakwah tak semudah itu. Sebab ianya bukan kerja individu, bahkan ianya kerja kita semua.. Ya!! kita semua.. Saya. Kamu, kamu, dan kamu.. Yang memegang gelaran muslim.

Apabila dah berada di jalan dakwah, kita tak boleh jadi Sleeping Beauty.. Sesedap rasa kita nak 'tidur' lama-lama. Membiarkan musuh-musuh Islam menyebarkan 'dakwah' mereka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau. Silap haribulan, kita yang mengaku membawa risalah dakwah ini pun terjebak ke dalam kancah yang sama. Na'uzubillahiminzalik...


Tak pun macam Hezel and Gretel.. Sebab letih dalam urusan dakwah, kita terpengaruh dengan 'gula-gula' kesenangan dan keselesaan sementara di dunia ini. Akhirnya, kita pun menjadi mangsa ahli sihir. Kalau kita dapat lepaskan diri macam mereka, tak apalah. Kalau tak dapat? Kena rebus la jawabnya.

Tapi, tak mengapa kalau dalam usaha dakwah ni.. Kita ibarat anak itik yang hodoh. Biar apa orang nak kata kat dunia ni. Telan je pahit maung cacian. Asalkan nanti diakhirat, kita cemerlang menjadi 'angsa' yang cantik.


Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat, ayat 33, “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang  yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman”.




jom baca komik sikit.. :)


~Pengalaman tu pahit, tapi hasilnya manis. Moga tak berlama-lama menikmati kemanisan kerana masih ada amanah yang belum terlaksana. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. Aku tak mampu menjadi orang lain, mengikut cara sesiapa sahaja, tak mampu membentuk karisma yang gah, tapi aku boleh menjadi diriku apa adanya, dan aku juga mahu sentiasa menjadi lebih baik, dan tiada yang dapat menolong diriku.. hanya padaMU tempat ku meminta~

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails