Pages

Friday, May 24, 2013

Assalamualaikum w.b.r


Ada orang mampu membina blog dengan  sangat berilmiah. Tapi saya tak mampu. Jadilah blog ni ibarat 'open diary', mecatat segala apa yang terfikir dan bila terasa seperti ingin menulis. Tulis sebab empunya diri memang tak akan baca blog ni. Jadi biarlah segala catatan ni sekadar untuk menzahirkan sokongan dari jauh bila mana saat hati tak kuat untuk menyokong dari dekat. Atau sebab rasa bersalah sehingga dia perlu menanggung semua itu, kerana  mungkin banyaknya kekurangan diri sendiri kerana tidak bersungguh-sungguh mempersiapkan dia.

Sis,
Love to see your smile,
Love to see your spirit,
Love to see become more excited,
Learning new things,
Becoming somebody to everybody.

I know how much you sacrifice to everyone,
I can feel the pain,
And its hurt me as well,

Maaf sebab tidak selalu ada. Bukan sebab tak sudi, tetapi tak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menguatkanmu. Mana mungkin seorang kakak sanggup membiarkan adiknya menanggung beban dan kesedihan. Namun, kakak ini lebih tidak sanggup melihat dirimu lemah pada masa akan datang. Maaf tidak dapat melayan dengan penuh kemanjaan mahupun memberikan pelukan semangat. Kak Umai sayang, tapi ianya tersimpan. Biarlah ia diletakkan pada tempat yang sewajarnya: di hati.


Wednesday, May 8, 2013

REcHARge.. !! :)

Assalamualaikum w.b.r..

Alhamdulillah, udara pagi yang tenang dalam hati yang sedikit gundah.. (poyo!! :p). Jadi bagi mengubati hati, maka pagi ni saya berjalan-jalan mencari info yang bermanfaat. Kalau cari memang jumpa kan, kalau duk diam, tak selalunya datang bergolek melainkan hidayah yang Allah nak bagi mengikut manhaj rabbani. Apapun, masih kena usaha kan.Jadi terjumpa satu kisah yang menarik, jadi nak kongsi la kan. Mudah-mudahan bermanfaat.



Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.

Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan. 

Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah. 

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.

Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah. 

Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”


sebelum meninggalkan rumah/premis kediaman.. :)
kredit: http://kisahseributeladan.blogspot.com/

Tuesday, May 7, 2013

Hari-hari update blog dalam kepala.. ^_^

Assalamualaikum w.b.r..

Allah.

Kesian ini blog, macam rumah usang yang ditinggalkan. Sunyi je.
Nak buat gane, tuan dia tak nak update.. Huhu.. Sesungguhnya, blog ni sentiasa diupdate.. Tapi dalam minda je. Tidak diterjemahkan melalui papan kekunci, maka tiadalah aksara yang terlakar padanya..

Tapi, memang banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh blog ini tidak diupdate.

"Dah tu kenapa update, sekarang?"

Maka jawab saya kepada soalan saya sendiri:

"Sebab dah delete akaun fb. Maka kemana lagi harus kumuntahkan segala pandangan ini kalau bukan di laman ini"

Kejam ke jawapan tu. Huh??

"Erm, tak kot... " ^_^v

Dah letak jawatan (masa untuk berjimba-jimba) dan dah lepas pun PRU 13 yang super duper hot tu.

HOT??

Blackout kan... Panas la !!

Eh??

Tak ada apa la. ^_^v

Entah la, pembacaan facebook ni meluas, tapi tidak mendalam bagi insan yang dangkal serba serbi ni. Tahu banyak, tapi fahamnya belum tentu. Faham mungkin, tapi jelasnya kabur.

Dalam usaha memujuk hati, (tak sedih, tak kecewa.. tapi ada sikit rasa terluka... well, saya insan biasa... ada hati jua perasan  perasaan, saya mencari sang murabbi yang akan memberikan kata-kata taujihat penyuntik semangat. Maka satu (antaranya la, tak kan nak cerita semua.. panjang pula nanti) daripadanya ialah:

..DI SETIAP KEGELAPAN, PASTI ADA FAJAR..

Fuh, lega beb. Tenang melihat sang murabbi tersenyum. Lalu apa alasan saya untuk bersedih? Life must go on, right?


<3 p="">

till the next post: lets unite, stop racism!! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails