Tuesday, May 7, 2013

Hari-hari update blog dalam kepala.. ^_^

Assalamualaikum w.b.r..

Allah.

Kesian ini blog, macam rumah usang yang ditinggalkan. Sunyi je.
Nak buat gane, tuan dia tak nak update.. Huhu.. Sesungguhnya, blog ni sentiasa diupdate.. Tapi dalam minda je. Tidak diterjemahkan melalui papan kekunci, maka tiadalah aksara yang terlakar padanya..

Tapi, memang banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh blog ini tidak diupdate.

"Dah tu kenapa update, sekarang?"

Maka jawab saya kepada soalan saya sendiri:

"Sebab dah delete akaun fb. Maka kemana lagi harus kumuntahkan segala pandangan ini kalau bukan di laman ini"

Kejam ke jawapan tu. Huh??

"Erm, tak kot... " ^_^v

Dah letak jawatan (masa untuk berjimba-jimba) dan dah lepas pun PRU 13 yang super duper hot tu.

HOT??

Blackout kan... Panas la !!

Eh??

Tak ada apa la. ^_^v

Entah la, pembacaan facebook ni meluas, tapi tidak mendalam bagi insan yang dangkal serba serbi ni. Tahu banyak, tapi fahamnya belum tentu. Faham mungkin, tapi jelasnya kabur.

Dalam usaha memujuk hati, (tak sedih, tak kecewa.. tapi ada sikit rasa terluka... well, saya insan biasa... ada hati jua perasan  perasaan, saya mencari sang murabbi yang akan memberikan kata-kata taujihat penyuntik semangat. Maka satu (antaranya la, tak kan nak cerita semua.. panjang pula nanti) daripadanya ialah:

..DI SETIAP KEGELAPAN, PASTI ADA FAJAR..

Fuh, lega beb. Tenang melihat sang murabbi tersenyum. Lalu apa alasan saya untuk bersedih? Life must go on, right?


<3 p="">

till the next post: lets unite, stop racism!! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails