Pages

Tuesday, August 27, 2013

Awan Tinggi

Assalamualaikum w.b.r..

Post kedua untuk hari ni, tapi bukan nak menulis panjang. Sekadar terjentik dengan satu frasa yang ditemui sewaktu bersiar-siar di alam maya.

BERANI BERAWAN TINGGI !!

Wah, dalam bahasanya. Dalam lagi maksudnya.

Lantas membuatkan saya kembali menelusuri perjalanan hidup ini. Adakah selama ini saya berani berAWAN TINGGI. Mencipta impian?

Sekadar melakar perancangan hidup 20 tahun atas cebisan putih, saya kira itu bukan berAWAN TINGGI.

Itu sekadar perancangan biasa. Yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Jadi apa lagi?

Berani mengaku menjadi orang yang menerima tarbiyyah tapi tidak berani berAWAN TINGGI.

Allah.

Ayuh, wahai diri. Cipta awan tinggi!! Masih belum terlambat.

^_^

TerMOTIVASI!! :)

pray for Malaysia, Palestin, Syria, Rohingya, MESIR !!


Soal Jawab


Wahai blog!!

Berhabuk dan bersawang. Huhu. 

Dah jangan berdrama lagi.
Bila ada kesempatan, tulisla sesuatu.
Maka tulisan ini sebagaimana yang tercatat di wall fb 'Safiah Humaira'
Mudah-mudahan bermanfaat buat yang menulis dan membaca.

Teringat kisah pernah tanya satu soalan tahap 'prasekolah' pada murabbi. Tanya tu sebab memang nakkan kepada jawapan. Sebab rasanya kadang-kadang hidup ni bukannya kita disesakkan dengan soalan-soalan yang susah pun, tetapi dibentangkan dengan soalan yang mudah tapi kita tak dapat nak jawab. 


Diringkaskan soalan daripada induksi yang panjang:

"Macam mana ye kita nak deal dengan mad'u kecil. Bebudak sekolah yang kecil 'cenonet' tu. Tak pandai rasanya nak deal dengan mereka."

(dilema cikgu pendidikan khas yang tetiba kena ajar aliran perdana)

"Mudah je. Kalau ajar darjah 2, kita jadi la budak darjah 3. Tak boleh jadi lagi muda atau sebaya dengan mereka"

Kesian murabbi kena jawab soalan yang sangat 'ntah apa-apa ni'


~Rindu usrati~


But as for me, the answer is 'highly impact'.

Orang yang bertanya, dia tak akan saja-saja tanya kalau dia tidak berkehendakkan kepada sebuah jawapan.

1. Terkesan dengan kesedian murabbi yang sudi jawab soalan tu. Betapa banyak persoalan orang disekeliling kita yang kita abaikan. Berapa banyak sms yang kita tidak jawab? Tanpa satu alasan yang konkrit. (sebenarnya tak tahu nak jawab apa, mengaku sahajalah) . Setidak-tidaknya kita boleh balas, "sesungguhnya saya tidak tahu" .

2. Apabila kita menjawab satu soalan, kadang kala ianya tidak menyelesaikan pun permasalahan yang berlaku. Kadang kala apa yang kita jawab bertentangan dengan kehendak orang yang bertanya. Tetapi tanpa kita sedari, sebenarnya jawapan itu membantu merancakkan percambahan minda. Jawapan itu bukan untuk masalah sekarang, tetapi jawapan kepada soalan lalu, mahupun persiapan kepada soalan akan datang.

3. Jawapan murabbi tadi membantu pengurusan sesi pengajaran dan pembelajaran. Seriously. Baru tahu itulah ramuannya. Dah masuk praktikum 3 kot masa tu. Juga membantu dalam usrah dengan adik-adik sekolah menengah dan sewaktu dengannya. Yang tersirat daripada jawapan murabbi itu ialah, (kalau dah tahu diri tu nak sampaikan sesuatu pada orang, carilah ilmu dulu. bina personaliti. kukuhkan kredibiliti. barulah berimpak tinggi. ini tidak. duk bagi-bagi, diri tak isi. lama-lama akan kosong jugak. gulp!! peluh besar)



~masih ada waktu~


Konklusinya: sangat kena rajin bertanya dan kena sangat bersedia untuk menjawab. (dalam kubur dan kat padang mahsyar nanti pun banyak soalan nak kena jawab ni =.=' )

~hidup berkaitan persoalan: dari mana kita datang? untuk apa kita datang? dan ke mana kita selepas ini?~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails