Pages

Monday, May 2, 2011

'loceng kecemasan'

Assalamu'alaikum...

Pukul 2.30 pagi (plus minus) tadi, terdengar deringan loceng kecemasan... Fuh, kuss semangat..!!! Ingatkan ada kebakaran. Kelam kelibut sekalian warga Rumah Agam Lelasari. Keluar dari bilik. Nasib baik tak tidur ag. Tengah taip entri yang sebelum ini.

"Ada apa ni, umai?"

"Jap, jap... saya gi check"

Bunyinya,... masyaAllah sangatlah kuat. Boleh memecahkan dinding telinga kalau kita dekatkan telinga kita pada loceng tu. (dah tak de kerja lain ke, nak dekatkan telinga pada loceng kecemasan tu, buat ape.. Ishh!!)

Telefon sana dan telefon sini. Lari sana dan sini bersama pengerusi kolej kediaman, tapi kami sedia maklum.. Malam-malam macam ni, siapalah yang nak datang. Tambahan pula di cuti hari pekerja... Pastu, buat-buat macam orang pernah ambik engineering, baca pelan kebakaran tu dan buat agakan sendiri. Lampu merah yang menyala di aras 1, jadi punca masalah di aras 1. Tapi tak reti nak baca la pulak bilik mana yang terlibat. Suasana lebih menampakkan kegemparan bila di luar kilat dan guruh silih berganti, dan hujan turun menyimbah bumi.

Pukul 5.00 pagi, kami pasrah. Memekakkan telinga dan tidur bertemankan irama rancak loceng kecemasan ni. (Boleh je tidur sebenarnya, hehe).. Kesian pak cik guard, ulang alik dari pondok depan. Terima kasih ye pak cik dan mak cik guard juga. Tolong kami walaupun bunyi loceng tak berjaya dihentikan di Rumah Agam Lelasari. Dekat Rumah Agam Cempakasari, bunyinya tak lama. Dalam sejam dah berhenti. Jadi puncanya memang dari Lelasari.

Pukul 9.00 pagi, saya menerima panggilan dari abang juruteknik yang baik hati. Dia minta saya bacakan punca bunyi. Saya baca je la dekat lampu yang menyala tu. Huhu, tak pandai...

"Owh, ok tak pe. Nanti abang sampai"

Setengah jam berikutnya, abang yang baik hati pun sampai. Rupa-rupanya kunci ada di pondok jaga depan. Mungkin tak maklum. Punca bunyi adalah haba. Tak perasan ada tulis heat detector kat situ. Mungkin haba dalam bilik agak tinggi, dengan keadaan bilik tertutup yang jadi punca. dan satu lagi lampu yang menyala adalah apabila ada fire glass break yang pecah kat aras 1. Memang betul pun, ada satu yang pecah dekat sayap kiri. Lepas ganti je cermin tu, lampu warna merah dah tak menyala lagi. Alhamdulillah, nikmat ketenangan di Rumah Agam ni telah dikembalikan... Syukur Ya Rabb..


**********************************************************************************

There is reasons for things which happen..

Apa rahsia yang tersembunyi di balik kejadian loceng kecemasan ni??

Persepsi saya mula mencipta analisis sendiri..

"Bagaimanakah agaknya, kalau badan kita boleh mengeluarkan amaran seumpama ini bila mana ruh kita mula mengesan beberapa penyakit dalaman?"

Mungkin kita bersedia dan kembali tersedar. Tersentak dengan amaran, dan balik ke pangkal jalan. Mula mencari jalan penyelasaian terbaik. Cuba memperbaiki keadaan menjadi seperti sedia ada... Kelalaian akan menghanyutkan kita dan kesibukan akan melupakan kita pada yang lebih utama. Dengan satu sentakan, kita kembali berpijak di bumi nyata.

Tapi, apalah rupanya bila setiap manusia tiba-tiba ada loceng kecemasan sendiri. (Sila gunakan kemahiran imaginasi anda).... Kalau yang ada sakit jantung pula macam mana??





Sebab Allah Maha Mengetahui, jadi semua perkara yang berlaku adalah menurut kepada fitrah kemanusiaan. Hidayah yang mana merupakan milik Allah diberikan pada hamba-hambaNya yang terpilih. Bila mana hati sudah menerima hidayah, maka kita perlulah menjagainya sebaik mungkin. Bajailah dan hidup suburkan dengan kecintaan padaNya. (^^)..

***********************************************************************************

Alhamdulillah, keadaan dah kembali tenang dan aman di kampus tercinta. Sedang menantikan kepulangan yang berbahagia rumate..(^^)

`lead`


Assalamualaikum w.b.r...

Cuba kita hayati kisah di bawah:-

“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai…”
[terjemahan bebas oleh saifulislam.com daripada buku tulisan Sheikh Mohammad al-Maktoum]

*Sheikh Mohamad al-Maktoum merupakan seorang pemerintah Dubai.

Sebuah ceritera ringkas yang dalam maknanya. Subhanallah... Benarlah, Allah tidak akan pernah sesekali membiarkan hamba-hambaNya. Peringatan disampaikan dalam pelbagai cara. Asal sahaja kita mencari, pasti akan ditemui.

Sebut sahaja soal kepimpinan, sudah cukup untuk menggetarkan hati. Belum lagi kalau kita berbicara tentang amanah disebalik kepimpinan yang diuji pada hamba-hambaNya. Menjadi seorang pemimpin sedangkan diri ditaraf hamba, apakah menifestasi di sebalik dua antonim ini?

Apabila seorang pemimpin benar-benar menyedari dirinya berTUHAN, dan meletakkan diri ditempat yang selayaknya sebagai hamba, maka dia benar-benar pemimpin yang sejati. Allah s.w.t merupakan pemilik segalanya yang ada dilangit dan dibumi, maka adakah pantas bagi kita untuk menjadi tuan kepada manusia yang lainnya? Adakah menjadi pemimpin membenarkan kita untuk bertindak sewenang-wenangnya dengan hamba Allah yang lain?

Menghayati jiwa kepimpinan tidak semudah yang dilihat. Ramai yang menjadi ketua, tetapi tidak ramai yang mampu menjadi pemimpin. Bukan mudah untuk memberikan prioriti dalam banyak sesetengah perkara bila mana dijengah amanah kepimpinan. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilaksanakan sehinggakan beberapa perkara yang penting terlepas pandang. Kerana pemimpin itu seorang manusia maka mereka jua punya kekurangan. Seorang manusia tidak akan pernah sunyi dari melakukan kesalahan. Namun, itu bukanlah alasan yang konkrit bagi seorang pemimpin untuk menutup segala kelemahan yang ada pada diri.

Firman Allah dalam surah an-Nisak, ayat 58:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada orang yang berhak"

Mahu ataupun tidak, kelak amanah ini akan dipersoal. Kemanakah arah yang perlu perjalanan yang harus dikemudi oleh pemimpin? Sekiranya merupakan perwakilan pelajar, siapakah yang lebih berhak kepada amanah kepimpinan ini? Suara siapakah yang perlu di bawa? Atas urusan siapakah kita akan dipersoal? Atas kebajikan siapa kita akan dipertanggungjawabkan? Namun adakah sudah terlaksana amanah yang satu ini sehinggakan kita lebih mementingkan pihak yang lain? Lalu, adakah kita sudah meletakkan prioriti pada tempat yang sepatutnya? dan bukankah sesiapa yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya merupakan seorang yang zalim? Astaghfirullahalazim....
- Nakhoda dalam perjalanan - 

- Di persimpangan dilema, jangan berhenti terlalu lama -

Melihat pula dari satu sisi yang lain. Menjaga kebajikan bukanlah membawa maksud memanjakan sehingga semua perkara meskipun yang melanggar syariat Islam juga dipejamkan mata. Berempati dengan insan lain yang dipimpin, bukan bermakna membenarkan setiap perkara yang dilakukan walhal ianya merupakan satu kesalahan. Orang yang dipimpin tidak semua yang akan faham kenapa begini dan tidak begitu. Kerana mereka melihat dari perspektif mereka, bukan perspektif semua.


"Cukuplah bagi aku memahami diriku, peduli apa pada pandangan mereka." 

- Ilmu dan Kepimpinan -




Seorang pemimpin tidak boleh begitu, sebab itulah seorang pemimpin perlu menjadi seorang yang berilmu. Perlu menjadi seseorang yang dapat mencakna kepelbagaian pandangan dan menyatukannya membentuk satu keputusan untuk semua. Meskipun keputusan berkenaan tidak dapat memuaskan hati semua, namun ianya akan menjadi keputusan untuk kebaikan semua. InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah...


Berdiam diri juga bukan kerana mendiamkan kesalahan, tetapi mencari penyelesaian yang terbaik. Manusia berhak melontarkan apa jua persepsi, namun jangan sampai mengabaikan sensitiviti. Setiap perkara punya cara dan masa yang tepat untuk menyelesaikannya, bergantung kepada tuntutannya. Seandainya masanya tiba, maka bertindaklah dengan cara terhormat, bukan dengan membuta tuli tanpa hujah yang teguh dan bukan dengan niat menjatuhkan sesiapa. Ditekankan sekali lagi, SETIAP PERKARA PUNYA CARA DAN MASA UNTUK MENYELESAIKANNYA, JANGAN BERTINDAK DILUAR BATASAN!!!!!

Ambillah masa untuk berfikir.. (^^)

Hayatilah lirik lagu ini, mudah-mudahan berbekas makna kata disebaliknya;

PEMIMPIN SEPANJANG ZAMAN

Tika kau di puncak pergunungan
Luas saujana mata memandang
Bumi luas terbentang
Jauh di sana

Kelihatanlah umat manusia
Seribu ragam juga bicara
Berat mata memandang
Resah jiwa mengenang

Adat pemimpin sepanjang zaman
Di hatinya ada kebimbangan
Beratnya tanggungan yang menanti di depan
Akan terhisab di tangan Tuhan

Bagi manusia yang di bawahnya
Mata memandang pada yang satu
Tersusunlah kekurangan
Terkumpul kelemahan

Segala ujian dan cabaran
Dan tuduhan yang dilontarkan
Semua itu permainan
Gurauan perjuangan

Hari ini kita satukan hati
Dendangkan irama perpaduan
Susunkan barisan satukan keyakinan
Terus ke depan tempuh rintangan

Jika mereka itu seribu
Kita bersama Tuhan yang Satu
Maka pohonlah bantuan
Nusrah pasti diturunkan

Ahzab yang telah ditewaskan
Pengalaman sepanjang zaman
Bulatkan keyakinan
Kemenangan di depan

Sekali disusun perjalanan
Tiada undur terus ke hadapan
Ceraikanlah jasad, nyawa dan kehidupan
Hidup berjaya mati mulia

LAGU: Hasrizal Abdul Jamil
LIRIK: Hasrizal Abdul Jamil
NYANYIAN: Erfino Johari
PERSEMBAHAN: Usrah al-Firdaus, Jordan
ALBUM: Gemilang
TAHUN: 1995


Barisan mutiara kata buat renungan bersama:-

Pemimpin adalah seperti orang di atas bukit. Orang yang dipimpin adalah manusia ramai di kaki bukit yang mendongak ke atas untuk hanya melihat kamu, pada buruk dan baiknya kamu.

Menjadi pemimpin, dan menjadi golongan yang dipimpin tidak sama. Golongan yang dipimpin seperti manusia di kaki bukit. Mendongak ke atas dan melihat pemimpinnya di puncak bukit. Serba-serbi tentang pemimpin itu diperhatikannya. Ada pujian, tetapi yang sering adalah kritikan dan celaan.

Sedangkan pemimpin yang berdiri di puncak bukit, beliau melihat ke bawah dengan pandangan yang luas. Kritikan dari orang yang mengkritiknya, hanyalah salah satu daripada keseluruhan pandangan luasnya terhadap realiti golongan yang dipimpin.

p/s: Tulisan ini  adalah peringatan buat diri-sendiri. Namun alangkah baiknya jika ada yang membaca turut sama-sama mengambil iktibar. Sesungguhnya, saya hanyalah seorang insan biasa yang lemah..


Quality of a leader

Kredit kepada:- saifulislam.com

Sunday, May 1, 2011

`period of time`

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Setelah kesekian kalinya,
Dapat juga mencoret sesuatu di sini,

"Kenapa?
Sibuk sangat ke?"

Jawapannya:

"Tak de la sibuk mane pun, maybe tak pandai menguruskan masa dengan baik. Lagha je.. huhu"

Tak senang untuk memberikan jawapan yang terbaik tiap kali bila ada yang bertanya, tapi hakikatnya begitulah.. Sebetulnya, kalau pandai bahagikan masa dengan betul, tak de la sibuk sangat pun..

Dan bukan senang untuk bercerita tentang kesibukan bila mana hasilnya, tak semanis impian...

Tapi dsebalik semua itu, terselit keindahan..

Bila mana dalam 'ketidak pandaian' dalam menguruskan kesibukan, mempertemukan dengan pelbagai ragam manusia...

Ada yang memahami..
dan ada yang buat-buat tak faham,
Ada yang menekan,
dalam masa yang sama,  ada pula yang membiarkan,
Ada yang menyokong,
dan juga yang menentang,
Ada yang melemparkan senyum penuh pengertian,
ada pula yang menambahkan beban,
Ada yang memberikan ketenangan,
tak kurang juga yang menggusarkan fikiran,
Ada rakan seperjuangan,
turut ada 'rakan' yang melemparkan ejekan...

Perlu ke dipedulikan semua tu?

"Tak perlu kot?"

Perlu sebenarnya, tapi jangan sampai mempengaruhi siapa kita...

"Untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain, berikan yang terbaik dahulu buat diri sendiri" (pendapat spontan waktu BTN)

Macam-macam ragam manusia, tak perlu sampai membiarkan kita jadi macam-macam...

"Erk, macam mana tu"

"Senang citer macam ni la, kalau kita stay jadi diri kita sendiri. Tak de la orang buat macam-macam kat kita.. Just be yourself, as always u appear to be"

"Well, ok.. I guess it is not easy, but it might not impossible
It is still half step of my journey, but I'm thinking of taking a short deep breath... may I?"

"Do as you please, but make sure!!! Don't take it for long... "

  ******************************************************************************

Masa BTN, KF tanya;

"Apa tujuan datang ke sini untuk kali ni.."(sebab dah 3 kali join, kan??)

"Saya datang sini, nak refresh ilmu yang saya dapat dulu-dulu, selebihnya saya buat atas dasar tanggungjawab"

"Ok, second question is, what did you expect from this BTN?"

"Sejujurnya, saya mencari waktu untuk diri"

KF dengan muka tertanya-tanya, (perlu diterangkan ke??-monolong)

"Saya nak muhasabah diri"

End of BTN, rasanya dah dapat apa yang saya nak... Dah cukup helaan nafas ini, sekarang masanya untuk bertindak sewajarnya!!!! Chaiyok2

'Teruskan perjuangan.. Perjalanan masih panjang'
p/s: Banyak yang nak diceritakan, tapi cukup itu dulu untuk kali ini, sambung di lain kesempatan (^^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails