Pages

Monday, May 2, 2011

`lead`


Assalamualaikum w.b.r...

Cuba kita hayati kisah di bawah:-

“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai…”
[terjemahan bebas oleh saifulislam.com daripada buku tulisan Sheikh Mohammad al-Maktoum]

*Sheikh Mohamad al-Maktoum merupakan seorang pemerintah Dubai.

Sebuah ceritera ringkas yang dalam maknanya. Subhanallah... Benarlah, Allah tidak akan pernah sesekali membiarkan hamba-hambaNya. Peringatan disampaikan dalam pelbagai cara. Asal sahaja kita mencari, pasti akan ditemui.

Sebut sahaja soal kepimpinan, sudah cukup untuk menggetarkan hati. Belum lagi kalau kita berbicara tentang amanah disebalik kepimpinan yang diuji pada hamba-hambaNya. Menjadi seorang pemimpin sedangkan diri ditaraf hamba, apakah menifestasi di sebalik dua antonim ini?

Apabila seorang pemimpin benar-benar menyedari dirinya berTUHAN, dan meletakkan diri ditempat yang selayaknya sebagai hamba, maka dia benar-benar pemimpin yang sejati. Allah s.w.t merupakan pemilik segalanya yang ada dilangit dan dibumi, maka adakah pantas bagi kita untuk menjadi tuan kepada manusia yang lainnya? Adakah menjadi pemimpin membenarkan kita untuk bertindak sewenang-wenangnya dengan hamba Allah yang lain?

Menghayati jiwa kepimpinan tidak semudah yang dilihat. Ramai yang menjadi ketua, tetapi tidak ramai yang mampu menjadi pemimpin. Bukan mudah untuk memberikan prioriti dalam banyak sesetengah perkara bila mana dijengah amanah kepimpinan. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilaksanakan sehinggakan beberapa perkara yang penting terlepas pandang. Kerana pemimpin itu seorang manusia maka mereka jua punya kekurangan. Seorang manusia tidak akan pernah sunyi dari melakukan kesalahan. Namun, itu bukanlah alasan yang konkrit bagi seorang pemimpin untuk menutup segala kelemahan yang ada pada diri.

Firman Allah dalam surah an-Nisak, ayat 58:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada orang yang berhak"

Mahu ataupun tidak, kelak amanah ini akan dipersoal. Kemanakah arah yang perlu perjalanan yang harus dikemudi oleh pemimpin? Sekiranya merupakan perwakilan pelajar, siapakah yang lebih berhak kepada amanah kepimpinan ini? Suara siapakah yang perlu di bawa? Atas urusan siapakah kita akan dipersoal? Atas kebajikan siapa kita akan dipertanggungjawabkan? Namun adakah sudah terlaksana amanah yang satu ini sehinggakan kita lebih mementingkan pihak yang lain? Lalu, adakah kita sudah meletakkan prioriti pada tempat yang sepatutnya? dan bukankah sesiapa yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya merupakan seorang yang zalim? Astaghfirullahalazim....
- Nakhoda dalam perjalanan - 

- Di persimpangan dilema, jangan berhenti terlalu lama -

Melihat pula dari satu sisi yang lain. Menjaga kebajikan bukanlah membawa maksud memanjakan sehingga semua perkara meskipun yang melanggar syariat Islam juga dipejamkan mata. Berempati dengan insan lain yang dipimpin, bukan bermakna membenarkan setiap perkara yang dilakukan walhal ianya merupakan satu kesalahan. Orang yang dipimpin tidak semua yang akan faham kenapa begini dan tidak begitu. Kerana mereka melihat dari perspektif mereka, bukan perspektif semua.


"Cukuplah bagi aku memahami diriku, peduli apa pada pandangan mereka." 

- Ilmu dan Kepimpinan -




Seorang pemimpin tidak boleh begitu, sebab itulah seorang pemimpin perlu menjadi seorang yang berilmu. Perlu menjadi seseorang yang dapat mencakna kepelbagaian pandangan dan menyatukannya membentuk satu keputusan untuk semua. Meskipun keputusan berkenaan tidak dapat memuaskan hati semua, namun ianya akan menjadi keputusan untuk kebaikan semua. InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah...


Berdiam diri juga bukan kerana mendiamkan kesalahan, tetapi mencari penyelesaian yang terbaik. Manusia berhak melontarkan apa jua persepsi, namun jangan sampai mengabaikan sensitiviti. Setiap perkara punya cara dan masa yang tepat untuk menyelesaikannya, bergantung kepada tuntutannya. Seandainya masanya tiba, maka bertindaklah dengan cara terhormat, bukan dengan membuta tuli tanpa hujah yang teguh dan bukan dengan niat menjatuhkan sesiapa. Ditekankan sekali lagi, SETIAP PERKARA PUNYA CARA DAN MASA UNTUK MENYELESAIKANNYA, JANGAN BERTINDAK DILUAR BATASAN!!!!!

Ambillah masa untuk berfikir.. (^^)

Hayatilah lirik lagu ini, mudah-mudahan berbekas makna kata disebaliknya;

PEMIMPIN SEPANJANG ZAMAN

Tika kau di puncak pergunungan
Luas saujana mata memandang
Bumi luas terbentang
Jauh di sana

Kelihatanlah umat manusia
Seribu ragam juga bicara
Berat mata memandang
Resah jiwa mengenang

Adat pemimpin sepanjang zaman
Di hatinya ada kebimbangan
Beratnya tanggungan yang menanti di depan
Akan terhisab di tangan Tuhan

Bagi manusia yang di bawahnya
Mata memandang pada yang satu
Tersusunlah kekurangan
Terkumpul kelemahan

Segala ujian dan cabaran
Dan tuduhan yang dilontarkan
Semua itu permainan
Gurauan perjuangan

Hari ini kita satukan hati
Dendangkan irama perpaduan
Susunkan barisan satukan keyakinan
Terus ke depan tempuh rintangan

Jika mereka itu seribu
Kita bersama Tuhan yang Satu
Maka pohonlah bantuan
Nusrah pasti diturunkan

Ahzab yang telah ditewaskan
Pengalaman sepanjang zaman
Bulatkan keyakinan
Kemenangan di depan

Sekali disusun perjalanan
Tiada undur terus ke hadapan
Ceraikanlah jasad, nyawa dan kehidupan
Hidup berjaya mati mulia

LAGU: Hasrizal Abdul Jamil
LIRIK: Hasrizal Abdul Jamil
NYANYIAN: Erfino Johari
PERSEMBAHAN: Usrah al-Firdaus, Jordan
ALBUM: Gemilang
TAHUN: 1995


Barisan mutiara kata buat renungan bersama:-

Pemimpin adalah seperti orang di atas bukit. Orang yang dipimpin adalah manusia ramai di kaki bukit yang mendongak ke atas untuk hanya melihat kamu, pada buruk dan baiknya kamu.

Menjadi pemimpin, dan menjadi golongan yang dipimpin tidak sama. Golongan yang dipimpin seperti manusia di kaki bukit. Mendongak ke atas dan melihat pemimpinnya di puncak bukit. Serba-serbi tentang pemimpin itu diperhatikannya. Ada pujian, tetapi yang sering adalah kritikan dan celaan.

Sedangkan pemimpin yang berdiri di puncak bukit, beliau melihat ke bawah dengan pandangan yang luas. Kritikan dari orang yang mengkritiknya, hanyalah salah satu daripada keseluruhan pandangan luasnya terhadap realiti golongan yang dipimpin.

p/s: Tulisan ini  adalah peringatan buat diri-sendiri. Namun alangkah baiknya jika ada yang membaca turut sama-sama mengambil iktibar. Sesungguhnya, saya hanyalah seorang insan biasa yang lemah..


Quality of a leader

Kredit kepada:- saifulislam.com

2 comments:

  1. Assalamualaikum k.siti..
    mybe k.siti xigt dh,sy imah,junior k.siti ms kt skolah faris...
    imah ad stu soalan nk tnya..
    klau la kita ada adk bradik angkt n adk kta tu seorg llaki(tnggl ngn kita),kiranya pergauln antra kita n adk kita tu sma kn antra llaki n prmpuan muhrim?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam.. oh imah,. Maaf ye adik, kak siti kalau nama ni mmg problem banyak.. bukan sikit la.. hehehe.. Kak siti bukanlah orang yang pakar dalam agama ni, tapi setakat mana yang kak siti tahu ialah pergaulan antara adik beradik angkat ialah sama dengan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.. Cuba rujuk dekat link ini:- http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis00/h_anak.htm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails