Pages

Tuesday, May 4, 2010

TAMAN ILMU


Pada gema suara itu,


Aku catit bait-bait penuh hikmah,


Pada lembaran putih suci,


Dengan lakaran tinta hitam,


Ditaman ilmu ini,


Aku hirup secangkir madu penghayatan,


Pada bait-bait kata yang dilafazkan,


Makin bertambah rasa kehambaan.


Semakin dalam tuju bicara,


Semakin kurasa tandusnya ilmu di dada,


Indahnya bersimpuh di perdu bicara,


Kerana kutemui sinar bahagia sebuah pengetahuan.....


~ mencari keindahan di majlis ilmu ~


Saturday, May 1, 2010

Dunia Satu Peperiksaan



Saya kira kita semua pernah terfikir,
Tentang hakikat kehidupan ini,
Walaupun gulungan ijazah kita genggam,
Rupanya kita semua masih seorang pelajar,
Dan selamanya akan menjadi pelajar,
Hidup di dunia ibarat menjawab soalan percubaan,
Setiap soalan yang diutarakan,
Ada cara dan waktu yang sesuai untuk diselesaikan,
Bagi setiap kesilapan yang dilakukan,
Pasti ada pengajaran yang diperoleh.

Tapi seringkali juga,
Kita terjatuh dalam lubang yang sama dua kali,
Kadang-kadang kita cuba menidakkan keupayaan diri,
Percaya pada jawapan orang lain,
Tidak mahu percaya pada gerak hati sendiri,
Kemudian menyesal yang tak berguna lagi,

Kalau kita sedar hidup ini sebuah peperiksaan,
Bersediakah kita dengan amalan??
Dengan pertemuan antara makhluk dengan pencipta-Nya,
Sudahkah bersedia dengan keputusn dari Qadhi Rabbul Jalil???

...ALLAH SAYANGKAN KITA...


Setiap apa yang berlaku pada kita rupa-rupanya memang percaturan dari Tuhan..
Itu dah memang satu perkara yang kita semua sedar, tapi kadang-kadang kita buat-buat lupa...

Agak-agak bila kita akan ingat balik..???

Hmm...
Susah kan, nak jawab soalan tu??
Sebenarnya tak susah pun... Cuma kita je yang susah nak admit khilaf sendiri..
Kita akan ingat balik bila tiba-tiba kita diingatkan kembali oleh Allah...

Macam mana tu???

Tak ada macam mananye... kita semua tahu hakikat ni... bila kita dah lalai, bila kita dah lupa, bila kita dah leka, asyik buat benda2 lagha, then Allah akan ingatkan dengan cara yang cukup halus... dengan macam-macam cara... CONTOH:

  • Ble kte da lme x baca al-Furqan, then one day kte g ceramah or terdengar radio yang mengingatkan kita kebaikan baca al-Furqan. Mse 2 akan terdetik dalam hati kita. "Astaghfirullahazim, sbb bz da brape lme ak x bce Quran. Sedangkan Uthman yang jdk ketua negara pun boleh hbskan Quran wak2 solat."
  • Ble dah lme x cntct parents, (dah lebih 3 hari ke..), then kte nampak one of our classmates tgh call parents die... barulah rse cam.."Huhu, ap khabar mak ayah aku, dah lama x call". Kita pun bukak cntct number n dail cari mak ayah kte... (dengan rasa bersalah yang teramat)
  • Bila ada kerja yang banyak(konon bz la)... ibadah dah kurang.. ala kadar je.. Lepas solat tertidur... nampak cam letih je... Barang-barang da mcm x terurus... Pastu rasa mcm nak online kejap, terbuka website pasal crite Rasulullah. Hmmm... Walaupun baginda ketua ummat, tapi still buat kerja rumah sendiri... Aduh, kerdilnya diri ni x terkata...
Lemahnya kita sebagai manusia kan?? Diri kita pun Allah yang jaga... so, whats the point of nak jdk riya' n so on... hidup kat dunia ni menumpang je... Ble2 Allah bleh tarik nyawa kte... So, ble rse mcm jauh dari Allah, cepat2 lah pujuk diri dan hati... moga kita x terlalu jauh kerana Allah sentiasa sayangkan kita....(=


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails