Pages

Saturday, May 1, 2010

Dunia Satu Peperiksaan



Saya kira kita semua pernah terfikir,
Tentang hakikat kehidupan ini,
Walaupun gulungan ijazah kita genggam,
Rupanya kita semua masih seorang pelajar,
Dan selamanya akan menjadi pelajar,
Hidup di dunia ibarat menjawab soalan percubaan,
Setiap soalan yang diutarakan,
Ada cara dan waktu yang sesuai untuk diselesaikan,
Bagi setiap kesilapan yang dilakukan,
Pasti ada pengajaran yang diperoleh.

Tapi seringkali juga,
Kita terjatuh dalam lubang yang sama dua kali,
Kadang-kadang kita cuba menidakkan keupayaan diri,
Percaya pada jawapan orang lain,
Tidak mahu percaya pada gerak hati sendiri,
Kemudian menyesal yang tak berguna lagi,

Kalau kita sedar hidup ini sebuah peperiksaan,
Bersediakah kita dengan amalan??
Dengan pertemuan antara makhluk dengan pencipta-Nya,
Sudahkah bersedia dengan keputusn dari Qadhi Rabbul Jalil???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails