Pages

Sunday, November 27, 2011

Al Mathurat

"Sesungguhnya kami terjaga di petang hari dengan kesedaran bahawa Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"

"Kami terjaga di petang hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama Nabi kami, Muhammad sallahu'alaihiwasallam dan dalam millat (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang yang musyrik"

"Ya Allah, pada petang ini kami menikmati afiatMu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat Mu, afiatMu, dan penjagaanMu ke atasku, di dunia dan diakhirat"

"Ya Allah, nikmat apa sahaja yang aku peroleh di waktu petang hari seseorang di antara makhlukMu sebenarnya adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur"

...Petang ini Ya Allah, adalah petangMu...
Dengan tak semena-mena teringatkan seorang kenalan yang lebih dahulu menghadap Ilahi. Al Fatihah dititipkan buat dirinya, semoga roh aman di sana. Yang masih hidup ini belum tahu bagaimana pengakhiran, namun setiap yang bergelar insan sentiasa mengharapkan pengakhiran yang baik. Hidup perlu diteruskan kerana perjuangan belum tamat.

p/s: Ayuh beramal dengan AlMathurat sambil mendalami dan menghayati maknanya agar kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang beramal atas dasar kefahaman.

Untuk kakak-kakak~

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Mesra buat semua.

Uhuks...uhuks.. (batuk-batuk kecil sebelum memulakan entri kali ini)

Percayalah, entri kali ini saya tulis tanpa sebarang perasaan  < -- (this is not true)

Percayalah, tak rasa pape pun.. huhu

Saya cuma nak bercerita tentang kakak-kakak yang pernah hadir memberikan makna dalam hidup saya. 
 
Kakak-kakak sahaja sebab kampus saya tiada ‘abang-abang’

Susunan penceritaan ini adalah mengikut kronologi masa perkenalan antara kami. Tak adalah spesifik tarikh, sebab mana  nak ingat semua tu.. Huu~

Ini kisahnya, di sini bermula....

No 1: Kak Sarah

First Impression: Garang

Wah, kak sarah adalah kakak pertama yang saya kenal. Ececece... Perkenalan yang mesra ke? Uhuk2x.. Sebenarnya tidak. Masih saya  ingat, seawal minggu orientasi kak sarah datang menjenguk ke bilik. “Awak ni siapa nama..?” Hoho.. Terkebil-kebil la saya selaku freshie kat ladies’s campus. (erk, mohon untuk tak rasa menyampah). Dalam hati: Tak kan kat sini ada raging2 kot... Tak nak2x..  “Dah berapa hari kat sini, tak kan tudung srikandi ni tak jahit lagi”... “Sebagai junior, awak kena panggil huda ni kak huda, walaupun awak sebaya je ngan die”... Angguk-angguk kepala sahaja mendengar semua arahan. Baik, kak.

Itu kak sarah yang saya kenal dulu. Tapi kak sarah bukan macam yang saya gambarkan. Nak kata kenal sepenuhnya, rasanya tak lagi. Tapi yang pasti, kak sarah adalah seorang kakak yang caring. Sangat caring...

Itu yang kak Sarah tunjukkan. Apa yang tidak ditunjukkan oleh Kak Sarah ada banyak lagi. Kak Sarah in 5 words, that describes her: Kind>SweetLovely<-- (based on my opinion). Ada satu insiden antara saya dan kak sarah, yang membuatkan saya rasa macam nak lari laju-laju (sambil kesat titis hangat air hujan) dan bersembunyi dalam periuk yang besar. (erk, muat ke?). Maafkan saya, kak sarah kerana banyak menyusahkan akak. Sesungguhnya kejadian itu, besar impaknya terhadap saya. Still in trauma, but I’m trying my best to cope with it. Maaf. Maaf. Maaf. Dan Maaf. Itu sahaja yang mampu saya lakukan.


No.2: Kak Syafa n Kak Zatul (plus Kak Farina n Kak Wa)

Saya sekalikan mereka berempat kerana pertemuan dengan mereka ada perkaitan. Kak syafa dan kak zatul, pertama kali jumpa waktu kerja untuk BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah-Biro Penerangan & Informasi-BPI). Waktu tu, saya kanak-kanak riang yang tak tahu sepak terajang dunia kampus. Pengalaman cetek dan sangat tak faham gerak kerja. Satu perkara penting yang saya belajar dengan mereka ialah. ‘KERJA NI, JANGAN NAK BERKIRA’. Gulp!! Itu perkara pertama yang saya belajar, dan saya cuba untuk pegang sampai sekarang. Masih saya ingat bagaimana mereka menggunakan duit mereka sendiri tanpa membuat tuntutan bagi barang-barang keperluan biro kami. 

Dengan tidak disangka-sangka, kami bertiga pada yang sama menerima taklifan yang lebih berat. Diuji dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Kami berempat dari BPI termasuk Amin perlu meneruskan tanggungjawab dalam JPP. Kak Syafa: Pengerusi SOKEBA, Kak Zatul: Pengerusi BPL, Amin: Pengerusi BPP, dan saya pula: Naib Pengerusi 2 BADA. Tidak dinafikan waktu tu, memang tak terlaksana kedua-dua tanggungjawab. BISA agak terabai. Tapi apapun, kami cuba melakukan yang terbaik agar edaran risalah Tazkirah Jumaat terus terlaksana.

Suka duka dalam JPP bersama kak Zatul dan Kak Syafa, teramatlah banyak. Mereka sangat positif dan memandang setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Melalui kak syafa, saya kenal kak Farina. Kak Farina ni, kawan kak syafa. Baik orangnya. Bilik saya ngan bilik kak syafa, sebelah-sebelah je. Jadi selalu lepak sama-sama, borak-borak, cerita-cerita.. Macam-macam la kan kalau orang perempuan ni. Daripada cerita biasa-biasa sampai ke isu global. Berjam-jam borak pun tak kisah.

Roomate kak Syafa pun JPP juga. Kak Salwa. Saya dah lupa tahun pertama jadi JPP tu kak Wa pegang apa, sebab rasanya kak Wa lebih sinonim dengan jawatan kedua yang dipegangnya iaitu, Bendahari. Kak Wa dan duit JPP tak dapat dipisahkan. Kak Wa matang, mungkin sebab kak Wa jodohnya dengan ‘abang long’. (walimah kak Wa: 9 Disember 2011 < -- tarikh penting dalam hidup saya juga). Maaf kak Wa, tak dapat datang. Umai kirim doa agar kak Wa dan bakal suami berbahagia sampai syurga.
Apa yang sama tentang mereka berempat ialah, kata-kata nasihat yang tak putus-putus dititipkan pada saya. Cerita-cerita praktikum, cerita-cerita tentang karenah manusia, hal ehwal wanita, dan sebagainya, InsyaAllah akan saya ingat. Will miss their warm hug  =.=


No. 3: Kak Zarina

First Impression: Garang

Ehem3x. My YDP and forever will be. Kak Ina memang tegas orangnya. Dia berani, tak macam saya. Kak Ina YDP kat kampus saya bagi tenio kepimpinan 2010/2011. Kenal kak Ina ni jauh-jauh je. Tak berani nak rapat-rapat sangat. Ini dulu, la. (Rapat or jauh  is subjective, ok) Tapi, kak Ina tak garang sebenarnya. Dia baik. Very kind, indeed. Dalam hati ada taman bunga. Tak percaya, cuba baca blog dia. Dia banyak idea-idea segar, tegas, berdisplin, berfikiran mahasiswa. Attitude yang jarang ada pada kebanyakan penuntut di IPG. Seronok bekerja dan belajar bawah kak Ina. (Kenangan bersama kak ara datang menjelma... hehe)

Tak sempat nak bercerita banyak dengan kak Ina. Tapi sebenarnya dah banyak juga yang saya cerita. Mungkin sebab ada banyak benda lagi yang tak diceritakan, membuatkan kita rasa walapun kita dah cerita banyak tapi kita rasa macam banyak lagi yang tak diceritakan. Tapi tak mengapa, masing-masing punyai kekangan masing-masing. Pengalaman, cerita-cerita serta nasihat kak Ina, sedikit sebanyak sudah saya manfaatkan, semampu kudrat saya. Uhuk2x... Sebenarnya, banyak lagi yang tak. Perlahan-lahan, saya sebagai insan kerdil ini cuba bertapak. ^^v


No.3 : Kak Fie

First Impression: Akak ni macam mak-mak (Maksudnya: erm, maksud saya.. keibuan)

Memang keibuan habis la Kak Fie ni. Tak ingat macam mana kali pertama jumpa Kak Fie, tapi lebih kenal dalam JPP juga. Asyik2 JPP. Tapi itulah, memang ramai orang saya kenal bila dah berada dalam JPP. Kalau tak, mesti saya dah berada dalam dunia saya yang tersendiri. Tak nak ambil tahu hal orang. Kak Fie, sekali pandang, awal-awal kenal, nampak macam lembut hatinya. Memang, kak Fie memang lembut, tapi Kak Fie bukan lembut yang rapuh. Bukan senang nak ubah pendirian Kak Fie. Teguh jiwanya. Berani Kak Fie nyatakan kebenaran, tetapi halus berseni. In the end, kita tahu ke mana tuju bicara Kak Fie.

Dek kerana sifat keibuannya itu, no wonder la Kak Fie yang paling awal dapat seru. Aish.. Misconception, here!!! Jodoh, pertemuan, ajal, maut tu kan di tangan Allah. Yang lain-lain tu cuma asbab. Antara, kakak-kakak yang saya kenal, Kak Fie yang paling awal menamatkan zaman bujang. Planning masa depan Kak Fie, baik punya. Siapa nak belajar merancang masa depan, boleh bincang dengan Kak Fie. Dia tak akan jemu melayan anda. Hikhik.. Jangan marah, Kak Fie.. ^^v


No. 4: Kak Azie dan Kak Syaira

Mereka berdua rakan sebilik. Mula-mula Kak Azie. Tanpa alasan yang diketahui manusia, saya mengenali Kak Azie. Allah mempertemukan kami. Tautan hati, mungkin. Kita tak tahu urusan Allah ni. Cantik je DIA susun. Sepanjang kenal Kak Azie, saya kagum dengan sikap tenang dan sabar yang dia tunjukkan pada saya. Dia seorang yang positif dan tak mudah menggelabah. Tak banyak cakap, tetapi sesekali dia bersuara, saya terkesan dengan kata-katanya. “Kak Azie, kalau nak marah.. Kak Azie fikir balik. Semua ni Allah dah susun.. Kenapa kita nak marah-marah? Jadi, sabar~” lembut je Kak Azie cakap, tapi zupp!!!  Itu yang orang cakap, ‘Fasih dalam diam, lebih jelas dari yang bercakap’. Jangan main-main dengan kuasa diam.  Hoho..

Kak Syaira pula adalah orang yang saya tak akan rasa bahagia kalau saya tak tengok dia sibuk. Pendek kata, saya memang tak boleh tengok dia senang. Kih3x. Dalam JPP Kak Syaira pegang Biro Peralatan & Teknik. Biro yang orang lain rasa macam tak ada apa-apa, tapi bagi kami di IPGK PM, merupakan biro yang paling penting. Betul la, siapa yang sanggup angkut berkotak-kotak air mineral dalam jarak hampir 1 km, usung kerusi dari dewan ke padang, angkat bendera kejohanan waktu KOT, angkat rostrum, dan segala benda angkat berat. Kudrat Kak Nu (Pengerusi Biro) menggerakkan kami untuk buat semua tu. Perkara yang hanya dapat difahami bagi sesiapa yang berada dalamnya. Dan mengenai Kak Syaira pula, dia merupakan expert dalam bahagian teknikal dewan. Dia suka godek-godek PA System, tanpa kebenaran.. Last-last boleh guna, dan saya suka menyibuk waktu dia buat kerja. Cuma nak tengok kesibukan, kacau-kacau dia dan tinggalkan dia sorang-sorang. Mikrofon, video, dan sewaktu dengannya tu, bagi kat dia je la. Well kak syaira, no longer can kacau u lagi.... uhuks2x.. n the spaghetti.. will miss it..

.....Secangkir kasih sayang....

No. 5: Kak Rahmah

‘Bos besar’ saya dalam BADA. 4 tahun Kak Rahmah bekerja dalam Biro Agama ni. Segala pahit manis bekerja dalam Biro Agama sudah Kak Rahmah telan. Banyak pengalaman yang dah kak Rahmah kongsi. Style Kak Rahmah, once you dah mula dengan satu kertas kerja bagi sesebuah program, then you have to settle it until the end. Means: segala macam mak nenek berkenaan penganjuran sesuatu program harus diselesaikan sendiri. Dari kertas kerja -- > pelan tindakan -- > surat menyurat -- > tempahan dewan -- > pinjaman peralatan -- > hubungi penceramah -- > tempahan makanan (kalau ada) -- > promosi -- > runner waktu program berlangsung -- > laporan.. dan sewaktu dengannya. Tapi, kak Rahmah tak bagi dengan tangan kosong. Semua contoh yang lepas-lepas, kak Rahmah dah bagi. The good is, kita belajar untuk tahu semua benda walaupun sikit-sikit. Penat yang indah bila mana hasilnya adalah sebuah pengalaman. Sense of satisfaction.

Kak Rahmah, mempunyai tahap motivasi diri yang tinggi. Berpidato itu, bidangnya. Sekali dia dah mula cakap, jangan mimpi nak potong. Well, don’t ever judge a book by its cover.. ;)


No.6: Kak Eni

Last but not least. Tak bermakna yang paling tak penting. Cuma macam yang saya cakap, bergantung kepada masa kami mula mengenali. Kenal kak Eni macam mana? Juga tanpa alasan yang mampu saya berikan kenapa. Kerana Allah menginginkan kami bertemu, mungkin... Serta pelbagai kemungkinan yang hanya DIA sahaja yang tahu. Tapi yang pasti, saya tak akan rasa jemu juga untuk duduk lepak-lepak kat bilik dia dan bercakap mengenai isu-isu semasa tempatan mahupun global. Sekali pandang, mungkin orang akan rasa macam dia seorang yang sarkastik.. (Iye ke, atau tu pandangan saya??) But, one thing is... the more you know, the more you will explore how lovely she can be... Uhuks2x.. (Do I have to say that??)

Sukar dibaca, tapi tak sukar untuk dijangka. Itu sahaja yang boleh saya cakap tentang dia. Tak boleh cakap lebih2x... ^^v


Itulah dia kakak-kakak yang pernah saya kenal. Masanya dah tiba untuk mereka menyambung perjuangan di medan yang sebenar. Setiap dari mereka, berbeza. Namun mereka menyimpan hasrat yang sama untuk melakukan transformasi terhadap dunia pendidikan. Kakak-kakak lain yang tidak saya nyatakan di sini, pun sebenarnya banyak mendidik saya secara verbal. Saya perhatikan tindak tanduk dari jauh. Mereka ni memang dah macam cikgu. Mungkin sebab dah pergi praktikum, kot. Saya ni, praktikum pun belum lagi. Semua yang saya cakap, semua teori. Pendek kata belum tahu lagi langit tu tinggi ke rendah.

Semoga Berjaya, kakak-kakak.. ^^v

“Dah masuk sekolah nanti baru kau tahu ye dik...”
Kepada kakak-kakak IPGK PM, serta guru pelatih yang dah tamat pengajian kat kampus lain juga (tinggal temuduga je lagi). SELAMAT MAJU JAYA saya ucapkan. Selamat jadi cikgu yang dirindui oleh anak-anak didik... Doakan saya berjaya ikut jejak langkah kalian.

Selamat jalan dari kami di IPGK PM


p/s: kepada kakak-kakak yang namanya tersenarai di atas, kalau description saya tak berapa kena.. Minta maaf ye. But, it is you based on my perception. Lama dah niat nak post entri ni, tapi biarlah semua selesai dulu. Kurang-kurang tak kena marah depan2... Hehehe

p/s: sekarang, Terengganu memang musim ‘banjir’.. ^^v

Thursday, November 17, 2011

Masih Bertanya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih dalam mood ingin bertanya... ^^v... Tapi kali ni, cuba menyediakan jawapan.


Saat kita rasa macam tiada sesiapa dalam dunia ini yang bersama kita mengemudi hari,

Kenapa Allah tak kirimkan sesiapa untuk cuba memahami?

Saat kita rasa sepi sendiri,

Kenapa Allah tak kirimkan sesiapa untuk menghibur hati?

Saat kita rasa sudah tiada lagi jalan penyelesaiannya bagi masalah yang datang bertimpa,

Kenapa Allah biarkan kita tergapai-gapai?



Allah tak sayang kita ke?
Tapi, Bukankah Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang?
^^v

Mestilah Allah sayang kat kita.

DIA kita nak kita cakap ngan DIA, sebab DIA je yang faham,

DIA nak kita menangis kat DIA, sebab DIA je boleh buatkan kita tersenyum gembira,

DIA nak kita kongsi masalah ngan DIA, sebab DIA je yang ada jalan penyelesaian.

ALLAH is Sooo SWEET...

Untung la sesiapa yang ALLAH sayang, lebih bila mana orang tu lagi tinggi ketaqwaannya...

Cemburu tak tengok orang yang Allah sayang?

Cemburu kan?

Hidup mereka nampak tenang je. Kita pun kalau nak jadi mereka pun boleh jugak.

Tak ada masalah. Tak susah pun, sebenarnya..


Cuma kena bermujahadah sikit je... <-- (ini yang susah.. huu~)

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS Al-Hujurat : 3)

Jadi, kena la cari ilmu...
Al-Qur'an memberikan berbagai gelaran mulia dan terhormat kepada orang yang berilmu yang menggambarkan kemuliaan dan ketinggian kedudukannya di sisi Allah swt dan makhlukNya.

PERTAMA : "Al-RAASIKHUN FIL ILM" 

"Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat
yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." (QS Ali Imran : 7). 

KEDUA : "ULUL AL-ILMI" 

"Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS Ali Imran : 18) 

KETIGA : "ULUL AL-BAB"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." (QS Ali Imran : 190)

KEEMPAT : "AL-BASHIR" DAN "AS-SAMI'" 

"Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya?. Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?" (QS Hud : 24) 

KELIMA : "AL-A'LIMUN" 

"Dan perumpamaan- perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu." (QS Al-Ankabut : 43) KEENAM : "AL-ULAMA" "Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba- Nya, hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS Fathir : 28)


Remember, Maher Zain's song? ALLAH IS ALWAYS BY YOUR SIDE... ^^v 



Soalnya?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Musim peperiksaan dunia ni dah tamat untuk semester ni. Macam mana? Boleh jawab tak? 

Erm, rasa malu nak tawakkal sebenarnya, sebab usaha pun tak segigih mana. Allahu Rabbi.., Dia lebih mengetahui akan segala sesuatu.. Tenang dan damaikanlah hati hambaMu ini, walau apa pun jua ketetapanMu.

Tempias soalan peperiksaan, jadi hari ni rasa macam nak buat soalan je. Dah 5 hari marathon jawab soalan, sekali sekali post soalan banyak-banyak, apa salahnya kan? Biarlah soalan-soalan ini menghiasi dinding blog, untuk entri kali ni...

1. Kenapa apabila kita berada dalam keramaian orang, kita tetap rasa sendiri?

2. Kenapa kita rasa kita nak buat satu perkara yang baik tapi kita tak buat?

3. Kenapa kita memilih untuk bersangka buruk, sedangkan kebenaran ada di depan mata?

4. Kenapa kita menyesal tapi kita buat lagi perkara yang sama?

5. Bila kita nak mula?

6. Bagaimana kita nak membuat pilihan yang tepat?

7. Kenapa memilih jalan yang susah, sedangkan kita sudah dibentangkan jalan yang senang?

8. Kenapa perlu menuai sengketa di saat kita boleh menyemai sayang?

9. Kemanakah hilangnya sifat peri kemanusiaan?

10. Apakah cara yang terbaik untuk menunjukkan sayang?

11. Kenapa tak boleh terima cara orang lain? Sempurnakah kita?

12. Kenapa buat macam tu, tak boleh ke buat macam ni?

13. Kenapa cepat berputus asa? Dah banyak sangat usaha ke?

Rujukan: Hati masing-masing. Tiada skema jawapan.


Dan banyak lagi persoalan demi pesoalan. Bukan dengan niat untuk mempersoalkan..

Sekadar satu cetusan untuk sama-sama difikirkan.

Ini belum masuk lagi soalan mungkar nakir dalam kubur. Soalan-soalan mengenai amal di dunia. Jawab 2,3 esei pun dah mengeluh, lenguh tangan la, blank la, blur la, macam mana nak jawab depan Allah. Soalan depan Allah bukan soalan KBKK. Mandatori. Tak perlu nak tipu2, goreng guna minyak, semua jawapan ada depan mata. Kena tayang depan semua orang. 'LCD' yang berganda-ganda besarnya. Terdiam je  nanti. Mulut dah tak boleh cakap. Masa tu, toleh kiri dan toleh kanan pun tak guna. Nafsi.. nafsi..

Ya Rabbi Izzati... Berikan hambaMu ini petunjuk dan bantulah hambaMu ini untuk memelihara petunjukMu agar kekal menyinari hati, saat kelam menyelubungi diri

Wednesday, November 16, 2011

Laman Muka Buku

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa macam nak buat macam ni, tapi nak buat jugak sementara menanti jam 10.00 malam. Berjalan-jalan di laman muka buku, tiru kata-kata yang menarik dari kawan-kawan, tampal di dinding blog. Selamat membaca~
‎"jgn risau dgn masa depan, sbb ianya masih misteri, xda sapa yg boleh konfemkan masa depan akan jd mcm ni..mcm ni,
jgn risau masa lepas yang telah dilalui, kerana ia telah pergi menjauhi n xde sape boleh ulanginya lagi....
yang perlu kita fokus ialah HARI INI, kerana smuanya terserah pada kaki kita melangkah pergi...arah kanan atau kiri, kitalah pencipta sejarah pada hari ini, waktu ini di tempat ini...
jika tepat langkahan kaki, mulialah diri..
jika tersadung langkahan kaki, bangkit sekali lagi,,,jgn berhenti...
jika tersalah...merana lah diri berkali2..
‎" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " – Khalifah Umar bin Abdul Aziz (cucu Saidina Umar Al-Khattab - sahabat Nabi s.a.w.)
What makes me weak?
My fears

What makes me whole?
My ReLigion...

What keeps me standing?
My faiTh

What makes me compassionate?
My selflessness

What makes me honest?
My integrity

What sustains my mind?
My quest for knowledgE

What teaches me all lessons?
My mistakes

What lifts my head high?
My pride, not arrogance

What if I can't go on?
Not an option

What makes me victorious?
My courage to climb

What makes me competent?
My confidence

What makes me beautifuL???
My patience and sincerely


What makes me a woman???
My heart is always attached to ALLAH..

By Productive Muslim
Dah roll sampai ke bawah, tapi malam ni, cuma tiga ni sahaja yang menarik perhatian. Maknanya? Tak ada makna apa-apa. Post kat laman muka buku tu adalah privacy masing-masing. Jadi, sesiapapun ada hak untuk tulis apa sahaja... 

Tapi..........

Wordless Wednesday 4


*Masanya akan sampai dan detiknya akan tiba. Sekalipun hati meminta untuk melewatkan waktu, namun tak akan tergugah bila mana telah tiba ketentuan dariNya. Tiada apa yang mampu untuk saya berikan buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah ini. Semoga kalian terus kuat mendepani cabaran, dan doakan saya dan sahabat-sahabat lain di sini. T_T*

Sebelum Mekar

Bismillahirrahmanirrahim...

Taman yang indah itu, berhias ribuan kuntuman bunga. Aneka warna dan haruman. Mendamaikan mata yang memandang.

Dalam ribuan bunga yang indah mengembang, masih ada juga kudup yang belum mekar.

Manisnya SABAR

Hati tertanya-tanya. Apakah warna bunga yang bakal mekar ini?

Cantikkah ia?

Indahkah?

Harumkah baunya?

Asal benihnya baik. Bunga yang pernah mekar pada dahan yang sama juga indah sekali.

Rasa tak sabar untuk melihat mekarnya kuntuman itu. Ingin sekali dibuka helai demi helai kelopak bunga yang malu.

Lantaran penantian ini rasanya sudah terlalu lama.Sudah dibaja, sudah disiram, sudah diberikan pencahayaan secukupnya.

Aduhai tak sabarnya diri ini menunggu. Mekarlah bungaku. Indahkan taman ini. Ramai yang rindukan serimu.


Opps!! awat nih? Jiwang semacam je.. Kih3x.. Bunga-bunga segala. Tak rock langsung. Bunga?? Mekar?? Apakah??


Potensi.

Itu sebenarnya maudu' bicara hamba.

Semua orang ada potensi untuk digilap. Ada yang fasih dalam diam, lebih jelas dari yang bercakap.

Terlalu banyak perkara yang unexpected dalam hidup ni. Ramai manusia yang hebat bermula dengan orang tidak mengenali mereka kerana diamnya mereka.

Tapi diam bukan sebarang diam. Diam ubi, berisi.

(Terasa kerdilnya diri ini.. huhu)

Kenapa sekuntum bunga itu, tidak terus mekar. Kenapa perlu ada peringkat kudup sebelum kelopak bunga mengembang? Tidak ada manusia yang lahir kedunia terus boleh berlari. Semuanya berperingkat. Sensorimotor, Pra-operasi, Operasi Konkrit dan Operasi Formal, Ops sikap <--(yang ni macam tak betul je.. hehehe).

Rama-rama yang comel dan cantik juga asalnya ulat beluncas, kemudian ia akan duduk dalam kepompong sebelum menjadi makhluk indah, bersayap, walaupun nampak rapuh, tapi mampu terbang tinggi dan tak mudah ditangkap oleh tangan-tangan cuba mengambil kesempatan atas kecantikannya.

Each and everyone of us, has their own potential. It takes times, hard work, and patience.

Bunga sebenarnya memang tak sabar-sabar untuk mekar, menyumbang bakti mengindahkan alam.

Rama-rama pun sama. Ingat siapa yang tak lenguh belakang duduk merengkut dalam kepompong kecil tu.

Bayi pun sama. Duduk dalam perut ibu (Tapi, kata orang.. waktu kita baby, kita rasa selamat duduk dalam perut ibu. Saya dah lupa macam mana rasa tu. Ada sesiapa yang ingat?? ^^v)

But the point is, setiap perkara ada masa yang sesuai untuknya. Kata kuncinya adalah SABAR.

Al-Baqarah:045  

Ùˆَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ ÙˆَالصَّلاَØ©ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ‡َا Ù„َÙƒَبِيرَØ©ٌ Ø¥ِلاَّ عَÙ„َÙ‰ الْØ®َاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'

Tapi ingat, jangan dicantas bunga itu sebelum mekarnya. Jangan kerana tidak sabar menunggu, sudah penat berusaha, kita cantas kudup itu. Jangan berlaku kejam. Siapa kita untuk menghukum manusia yang lain. Kita ini bukan siapa-siapa.. T_T

Berilah peluang. Binalah kepercayaan. Jangan menutup hati. Kerana hati yang tertutup tidak akan dapat membuka hati yang lain.

~"Mekar ye, sang bunga. Saya menanti"~

Baiklah sang bunga. Akan saya tunggu mekarmu. Seandainya saat itu saya sudah layu, mahupun gugur menyembah bumi, setidak-tidaknya mekarmu itu dapat menyeri taman hati ini.

Sunday, November 13, 2011

Salam Imtihan~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa Syukurillah...

Masih bernyawa dan dipinjamkan sebuah kehidupan...

Sekarang adalah musim peperiksaan bagi guru pelatih IPG SeMalaysia..


Minggu depan, marathon 4 paper bagi guru pelatih PISMP Sem 4...


When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up and not study for our exam,
Remember this two verses..

1. Allah  doesn't burden up with things we can't bear (2:286)
2. Verily with every difficulty, there is relief (94:6)

InsyaAllah, you will feel better...


Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita habiskan.
Bukan dari tumpukan naskhah yang kita hasilkan.
Bukan dari penatnya diskusi tak putus yang kita jalani.
Tapi dari amal yang keluar dari setiap helaan nafas kita

~ibnu qayyim al jauziyyah~

-ma'a taufiq wannajah-

 


~Salam imtihan buat semua guru pelatih IPG seluruh Malaysia~

Wednesday, November 2, 2011

Beginikah jadinya??

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Mahasiswa! Kamu melabur sekian lama masa kamu di universiti ini bagi mendapat pendidikan. Kamu menunggu lama saat di mana kamu menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis konvokesyen sebegini, sukar untuk aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur. Dalam menilai tempat kamu dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan  yang bernama universiti, ia tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Sekeping ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian. Ia diberikan apabila si pembunuh berpuas hati kerana berjaya menyempurnakan penyembelihannya. Alangkah bertuahnya mereka yang berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini bagi mengucapkan tahniah kepada kamu semua kerana menerima sijil kematian itu malah sebaliknya. Aku berasa sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini"

(Al-Allamah Abu A'la Maududi)

Gulp!!!
Saya menelan liur... 
Uhuk!! uhuk!! (sambil batuk-batuk kecil)
Komentar yang saya petik dari buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh tulisan Ust Syaari Abdul Rahman
Teringat satu entri yang pernah saya baca berkenaan isu ini: Penyembelihan & Survival di IPT

Sekarang musim konvokesyen.
Ramai kawan-kawan di IPT dah memuat naik gambar yang menceritakan warna-warni hari konvokesyen mereka.
Bunga, beruang kecil dan besar, wajah lega+bangga+terharu ibu dan ayah, adik beradik yang tumpang gembira.
Semuanya melambangkan: This is the end of chapter 1...

tak sabar nak ambil gambar lambung2 topi.. eh, jap2 knvo ipg macam tak de topi je


Saya cuma seorang pelajar IPG. Tidak pernah mengikuti sistem IPT. Tapi apa yang telinga saya selalu dengar ialah:

"Kamu semua ni, macam ni belajar pun dah mengeluh. Kat universiti tak de nye kamu nak belajar rileks macam ni. Kuliah berjam-jam, tugasan lagi, itu lagi ini lagi. Kamu kena bersyukur. Dah la kerja terjamin, keluar-keluar dah DG41. Pelajar IPT lepas belajar kena usaha cari kerja pulak"

 (Siapa entah yang cakap sebab ramai sangat)

Ada benarnya juga. 
Elaun, belajar tak susah, kuliah tak banyak, jaminan kerja.
Adalah 'kelebihan' siswa dan siswi guru di IPG.
5 tahun setengah belajar, dapat ijazah sarjana muda perguruan.
Itu pandangan orang terhadap pelajar-pelajar guru.
Dan kami tidak menafikan itu.
Ada benarnya...

Cumanya,
Ada lagi yang tersirat dalam usaha melahirkan insan guru,
Di institut pendidikan guru (guru pun perlu dididik ye, anak-anak)
Pembelajaran itu, bukan sekadar di bilik kuliah berhawa dingin 28 darjah celcius,
Masuk kuliah dan pensyarah mengajar teori-teori, falsafah pendidikan,
albert bandura, noam chomsky, kamarudin abu hasan (dan ramai lagi nama-nama yang familiar dengan pedidikan-Tidak ada pula nama-nama tokoh Islam di sini.. huuu~)
Tapi berkenaan dengan bagaimana mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bilik kuliah dalam kehidupan yang sebenar,
Kena praktik!! (ini adalah satu penegasan)

Terdidik dengan keperluan mempunyai kemahiran inter dan intra personal yang baik,
Pembentukan sahsiah yang terpuji,
Kemahiran-kemahiran (nak uruskan majlis tilawah quran, hari sukan sekolah, hari kantin, dan bla.. bla.. bla.)
Membentuk hati yang kental (menjadi pelakon terhebat untuk murid)
Jadi doktor dan jururawat (bila murid sakit),
Pengurus (bilik darjah, tingkah laku murid, hari-hari penting di sekolah)
Engineer (pembentukan generasi)
Tukang kebun, tukang masak, kerani, tukang cuci (Bila dapat tempat mengajar di pedalaman yang kekurangan kakitangan)
dan banyak lagi yamg tak tersebut di sini...
IPG tempat latihan, bukan institusi pengajian.
Melahirkan insan-insan terlatih melalui sistemnya.

Naik taraf kepada universiti???
Erm, tidak pasti sejauh mana perubahan yang ingin dibawa sekiranya ingin dinaiktarafkan.
Macam UPSI ke?
Kalau naik taraf, akan jadi macam kata-kata Al-Allamah A'la Maududi di atas ke?
Entah (anda mungkin ada jawapannya)

Tapi, kata-kata seorang individu tidak menggambarkan pandangan masyarakat. Itu cuma analogi dan komentar seorang insan. Terpulang bagaiamana kita mengklasifikasikannya mengikut persepsi kita. Kalau kita bukan macam tu, tak perlu rasa apa-apa. Kalau kita memang dah berjaya menjadi insan, tak ada apa-apa masalah. Pendidikan merupakan satu sistem yang mana sesiapa sahaja yang berada dalam sistem berkenaan harus akur. Memberontak macam mana sekalipun, kita belum lagi menjadi orang yang boleh mengubah sistem berkenaan, tetap tak boleh mengubah apa-apa (Mana tahu kan kalau satu hari nanti, kita mampu  ^^v)

Sistem tak boleh diubah, tapi DIRI kita, BOLEH!!

Dulu seorang pensyarah selalu cakap, "Kita memang tak boleh nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah pendekatan kita nak bawa sistem tu."

Akur, tapi bukan menurut ... Ada akal, kita manfaatkan sebaiknya.

Konvo pra sekolah.. hehe


p/s: Tahniah dan syabas pada kawan-kawan khususnya budok2 Faris yang dah grad... Hebak ah sek2 ni... Ada yang dah kerja, ada yang sambung master...  Semoga berjaya memanfaatkan segulung ijazah untuk masa depan agama, bangsa, dan negara. Paling tidak manfaat kan ilmu untuk menjadi insan yang baik kerana insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik. Bila anak-anak kamu semua nanti baik-baik, senang cikgu-cikgu mereka nak ajar.. ^^v


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails