Thursday, November 17, 2011

Soalnya?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Musim peperiksaan dunia ni dah tamat untuk semester ni. Macam mana? Boleh jawab tak? 

Erm, rasa malu nak tawakkal sebenarnya, sebab usaha pun tak segigih mana. Allahu Rabbi.., Dia lebih mengetahui akan segala sesuatu.. Tenang dan damaikanlah hati hambaMu ini, walau apa pun jua ketetapanMu.

Tempias soalan peperiksaan, jadi hari ni rasa macam nak buat soalan je. Dah 5 hari marathon jawab soalan, sekali sekali post soalan banyak-banyak, apa salahnya kan? Biarlah soalan-soalan ini menghiasi dinding blog, untuk entri kali ni...

1. Kenapa apabila kita berada dalam keramaian orang, kita tetap rasa sendiri?

2. Kenapa kita rasa kita nak buat satu perkara yang baik tapi kita tak buat?

3. Kenapa kita memilih untuk bersangka buruk, sedangkan kebenaran ada di depan mata?

4. Kenapa kita menyesal tapi kita buat lagi perkara yang sama?

5. Bila kita nak mula?

6. Bagaimana kita nak membuat pilihan yang tepat?

7. Kenapa memilih jalan yang susah, sedangkan kita sudah dibentangkan jalan yang senang?

8. Kenapa perlu menuai sengketa di saat kita boleh menyemai sayang?

9. Kemanakah hilangnya sifat peri kemanusiaan?

10. Apakah cara yang terbaik untuk menunjukkan sayang?

11. Kenapa tak boleh terima cara orang lain? Sempurnakah kita?

12. Kenapa buat macam tu, tak boleh ke buat macam ni?

13. Kenapa cepat berputus asa? Dah banyak sangat usaha ke?

Rujukan: Hati masing-masing. Tiada skema jawapan.


Dan banyak lagi persoalan demi pesoalan. Bukan dengan niat untuk mempersoalkan..

Sekadar satu cetusan untuk sama-sama difikirkan.

Ini belum masuk lagi soalan mungkar nakir dalam kubur. Soalan-soalan mengenai amal di dunia. Jawab 2,3 esei pun dah mengeluh, lenguh tangan la, blank la, blur la, macam mana nak jawab depan Allah. Soalan depan Allah bukan soalan KBKK. Mandatori. Tak perlu nak tipu2, goreng guna minyak, semua jawapan ada depan mata. Kena tayang depan semua orang. 'LCD' yang berganda-ganda besarnya. Terdiam je  nanti. Mulut dah tak boleh cakap. Masa tu, toleh kiri dan toleh kanan pun tak guna. Nafsi.. nafsi..

Ya Rabbi Izzati... Berikan hambaMu ini petunjuk dan bantulah hambaMu ini untuk memelihara petunjukMu agar kekal menyinari hati, saat kelam menyelubungi diri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails