Bismillahirrahmanirrahim..
Wahai Mahasiswa! Kamu melabur sekian lama masa kamu di universiti ini bagi mendapat pendidikan. Kamu menunggu lama saat di mana kamu menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis konvokesyen sebegini, sukar untuk aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur. Dalam menilai tempat kamu dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti, ia tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Sekeping ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian. Ia diberikan apabila si pembunuh berpuas hati kerana berjaya menyempurnakan penyembelihannya. Alangkah bertuahnya mereka yang berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini bagi mengucapkan tahniah kepada kamu semua kerana menerima sijil kematian itu malah sebaliknya. Aku berasa sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini"
(Al-Allamah Abu A'la Maududi)
Gulp!!!
Saya menelan liur...
Uhuk!! uhuk!! (sambil batuk-batuk kecil)
Komentar yang saya petik dari buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh tulisan Ust Syaari Abdul Rahman
Teringat satu entri yang pernah saya baca berkenaan isu ini: Penyembelihan & Survival di IPT
Sekarang musim konvokesyen.
Ramai kawan-kawan di IPT dah memuat naik gambar yang menceritakan warna-warni hari konvokesyen mereka.
Bunga, beruang kecil dan besar, wajah lega+bangga+terharu ibu dan ayah, adik beradik yang tumpang gembira.
Semuanya melambangkan: This is the end of chapter 1...
tak sabar nak ambil gambar lambung2 topi.. eh, jap2 knvo ipg macam tak de topi je |
Saya cuma seorang pelajar IPG. Tidak pernah mengikuti sistem IPT. Tapi apa yang telinga saya selalu dengar ialah:
"Kamu semua ni, macam ni belajar pun dah mengeluh. Kat universiti tak de nye kamu nak belajar rileks macam ni. Kuliah berjam-jam, tugasan lagi, itu lagi ini lagi. Kamu kena bersyukur. Dah la kerja terjamin, keluar-keluar dah DG41. Pelajar IPT lepas belajar kena usaha cari kerja pulak"
(Siapa entah yang cakap sebab ramai sangat)
Ada benarnya juga.
Elaun, belajar tak susah, kuliah tak banyak, jaminan kerja.
Adalah 'kelebihan' siswa dan siswi guru di IPG.
5 tahun setengah belajar, dapat ijazah sarjana muda perguruan.
Itu pandangan orang terhadap pelajar-pelajar guru.
Dan kami tidak menafikan itu.
Ada benarnya...
Cumanya,
Ada lagi yang tersirat dalam usaha melahirkan insan guru,
Di institut pendidikan guru (guru pun perlu dididik ye, anak-anak)
Pembelajaran itu, bukan sekadar di bilik kuliah berhawa dingin 28 darjah celcius,
Masuk kuliah dan pensyarah mengajar teori-teori, falsafah pendidikan,
albert bandura, noam chomsky, kamarudin abu hasan (dan ramai lagi nama-nama yang familiar dengan pedidikan-Tidak ada pula nama-nama tokoh Islam di sini.. huuu~)
Tapi berkenaan dengan bagaimana mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bilik kuliah dalam kehidupan yang sebenar,
Kena praktik!! (ini adalah satu penegasan)
Terdidik dengan keperluan mempunyai kemahiran inter dan intra personal yang baik,
Pembentukan sahsiah yang terpuji,
Kemahiran-kemahiran (nak uruskan majlis tilawah quran, hari sukan sekolah, hari kantin, dan bla.. bla.. bla.)
Membentuk hati yang kental (menjadi pelakon terhebat untuk murid)
Jadi doktor dan jururawat (bila murid sakit),
Pengurus (bilik darjah, tingkah laku murid, hari-hari penting di sekolah)
Engineer (pembentukan generasi)
Tukang kebun, tukang masak, kerani, tukang cuci (Bila dapat tempat mengajar di pedalaman yang kekurangan kakitangan)
dan banyak lagi yamg tak tersebut di sini...
IPG tempat latihan, bukan institusi pengajian.
Melahirkan insan-insan terlatih melalui sistemnya.
Naik taraf kepada universiti???
Erm, tidak pasti sejauh mana perubahan yang ingin dibawa sekiranya ingin dinaiktarafkan.
Macam UPSI ke?
Kalau naik taraf, akan jadi macam kata-kata Al-Allamah A'la Maududi di atas ke?
Entah (anda mungkin ada jawapannya)
Tapi, kata-kata seorang individu tidak menggambarkan pandangan masyarakat. Itu cuma analogi dan komentar seorang insan. Terpulang bagaiamana kita mengklasifikasikannya mengikut persepsi kita. Kalau kita bukan macam tu, tak perlu rasa apa-apa. Kalau kita memang dah berjaya menjadi insan, tak ada apa-apa masalah. Pendidikan merupakan satu sistem yang mana sesiapa sahaja yang berada dalam sistem berkenaan harus akur. Memberontak macam mana sekalipun, kita belum lagi menjadi orang yang boleh mengubah sistem berkenaan, tetap tak boleh mengubah apa-apa (Mana tahu kan kalau satu hari nanti, kita mampu ^^v)
Sistem tak boleh diubah, tapi DIRI kita, BOLEH!!
Dulu seorang pensyarah selalu cakap, "Kita memang tak boleh nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah pendekatan kita nak bawa sistem tu."
Akur, tapi bukan menurut ... Ada akal, kita manfaatkan sebaiknya.
Konvo pra sekolah.. hehe |
p/s: Tahniah dan syabas pada kawan-kawan khususnya budok2 Faris yang dah grad... Hebak ah sek2 ni... Ada yang dah kerja, ada yang sambung master... Semoga berjaya memanfaatkan segulung ijazah untuk masa depan agama, bangsa, dan negara. Paling tidak manfaat kan ilmu untuk menjadi insan yang baik kerana insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik. Bila anak-anak kamu semua nanti baik-baik, senang cikgu-cikgu mereka nak ajar.. ^^v
No comments:
Post a Comment