Pages

Monday, August 23, 2010

Cikgu, kami juga ingin ke Menara Gading...




Salam dari seorang Cikgu Umairah,

Kenapa ada cikgu..?

Kerana saya seorang bakal pendidik anak bangsa...


Subhanallah, satu pengalaman baru berjaya saya temui hari ni. Perasaan bercampur gaul kerana hari, hari pertama 'micro teaching' yang melibatkan anak-anak murid yang sebenar (bukan lakonan dengan budak-budak kelas)...

Kenapa sebenarnya saya nak jadi cikgu..??? Cikgu Pendidikan Khas pula tu...??? Erm... selalu kalau hari pertama pensyarah masuk kelas, mereka akan tanya soalan ni... Masa tu ligat lah mencari jawapan sejujur mungkin... Tapi tak tahu la sebenarnya menjawab dengan jujur ataupun tidak... Biarlah Allah sahaja yang menilai...

Menjawab kepada soalan kenapa saya ingin menjadi guru... Dahulunya kerana tidak mendapat tempat di menara gading, lalu saya memilih untuk jadi guru (masuk ipg larr..)... Betul ke??Entahlah saya pun sebenarnya tak pasti adakah itu jawapan yang sebenarnya?? Mungkin masa tu tidak nampak lagi hala tuju ini mahu dilangkahkan ke mana.. Tapi sebenarnya, dalam hati memang ada keinginan untuk jadi guru cuma apabila didoktrinkan dengan ayat " Alahai, abah dan umi dah jadi cikgu, tak kan nak jadi cg jugak???", makanya mula mencari cita-cita lain. Tapi bak kata pepatah Melayu, 'Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?'... Jadilah saya seorang guru pelatih sekarang ni...

Soalan ke dua pula, Kenapa memilih pendidikan khas...??? Erm.. Dulu masa isi borang pun tak tahu sangat mengenai course ni... Tapi, masa nak isi tu teringat seorang saudara yang ada masalah penglihatan... Tiba-tiba saya terfikir, apalah agaknya yang ada dalam dunia mereka?? Lain ke dunia mereka dengan dunia kita???

Sekarang apabila saya berada dalam bidang ini, barulah saya sedar,
mereka dan kita berkongsi dunia yang sama
... dan atas dasar perkongsian inilah nasib mereka perlu kita bela.....Agak-agaknya kalau saya tidak belajar pendidikan khas ini, prihatinkah saya dengan nasib mereka??... Mungkin saya hanya akan memandang dengan empati, tanpa cuba untuk mengerti... nauzubillah...

Surah al-Baqarah ayat 286;
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....

Allah menguji mereka dengan keadaan mereka dan Allah menguji saya dengan mereka....... Cikgu, kami juga ingin ke Menara Gading mungkin merupakan hasrat yang tersembunyi dalam hati kecil mereka...? Mampukah saya dan rakan-rakan seperjuangan di bindang yang sama untuk merealisasikannya..??
Duhai anak-anakku, cikgu juga masih membina keyakinan...

Wallahua'lam..

Terima kasih atas layanan baik warga SK Batu Berendam 2 menerima kunjungan kami terutama guru-guru pendidikan khas dan anak-anak pendidikan khas yang comel2 belaka... Pengalaman manis yang InsyaAllah tak akan dilupakan sampai bila2...

Sunday, August 15, 2010

.... CINTA....



Salam dari seorang Umairah...

















....Saya kira kalian mampu mengerti.....



-Alahai Ammar-






Salam dari seorang Umairah,

Syukur masih bernyawa dan dipinjamkan nikmat hidup yang entah saat bila akan ditarik....

Biarkanlah...

Itu urusan yang Maha Esa...

Tugas kita adalah menjadi hambaNya yang mentaati setiap perintahNya, dan menjauhi setiap laranganNya.... Mudah2an pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik....Amin..

Ammar.... Siapa Ammar ni???

BF??? TTM???PAKWE???

No la.... He is my brother.. I mean, one of my beloved brother...
(saya masih lagi berada dalam 'mood' teringatkan rumah)

Kalau Imran yang bongsu, Ammar pula yang ke-2 bongsu...

Saya bukan nak 'promote' adik, just nak berkongsi pemikiran kanak-kanak zaman sekarang...

Pemikiran mereka melangkaui batas waktu... Kadang-kadang... Ish.. tak terfikirlah pula dek akal saya ni, dan membuatkan saya kadang-kadang termati akal....

Kelaziman saya apabila ada masa lapang di rumah adalah berbual dengan adik-adik saya... Ye la kan, mereka tu semua lelaki... Seronok juga boleh berborak dan mengetahui mentaliti manusia yang berlainan gender dengan kita...

Dipendekkan cerita, pada satu hari saya berborak dengan si Ammar ni (kadang tak larat jugak nak dengar cerita dia... Banyak sangat..huhu.. sabarlah duhai hati..)...

Tapi kali ni.. ayat dia menyentuh hati saya sebagai orang perempuan.. dialog kami lebih kurang begini.. (seperti biasa dalam loghat Kelantan.. plus Terengganu... dengan tokok tambah supaya cerita lebih menarik)

Kak > Ammar, kalu nak kawen esok bile, nak orang yang macam mne???

Ammar memandang tanpa perasaan... (dalam hati mungkin berkata... kak ni x dop soalan laen ke??? orang budok lagi la??.. tapi dia jawab juga)

Ammar > mesti la yang baik.. macam umi ke...

Saya tersenyum... (bagus2..hehe.. x la aku risau sangat..w'pun budak tu baru je 10 tahun)
Tapi jawapan Ammar tak setakat itu.. Giliran dia pula bertanya... Yang jawapannya terlalu sukar untuk saya cari jawapannya...

Ammar > Tapi kan kak??? waktu kite besar kekgi.. ad ag ke orang puang hok paka tudung??
Kite rase mace x dop doh....

(translate: tapi kan kak... waktu saya besar nanti, ad lagi ke orang perempuan yang bertudung?? saya rasa macam dah tak de je)

Gulp.... tak terkata saya... hmm... saya sekadar menjawab..

Kak > ada... kalau mok ayoh dia loni ajar dia paka tudung.. mst dia paka...

(traslate: ada.. Kalau mak ayah dia sekarang ajar dia supaya bertudung, mesti dia pakai)

Itu sahaja yang mampu saya jawab... Alahai Ammar.. Kamu bikin kak rasa malu je bergelar seorang perempuan.. Mesti dia dah memerhati keadaan semasa dan mula membuat andaian untuk perkara yang bakal terjadi 20 tahun akan datang... Itu baru mengenai tudung... Entahla apa lagi yang tersembunyi dalam kotak pemikiran kanak-kanak sekarang... Subhanallah




melentur buluh, biarlah dari rebungnya.. (alahai,.. comelnyer)

Moga Ammar mendapat jodoh yang baik, yang akan dapat membahagiakan dia, dunia dan akhirat... Amin..

Renungan: Buat anak gadis yang tersayang, peliharalah auratmu... Bertudung bukan jaminan kita menutup aurat...Saya kira kita semua mengerti... Antara mahu ataupun tidak, sahaja... Pilihan terletak ditangan kita..

.... RAMADHAN ......

Salam dari seorang Umairah...

Syukur ke hadrat Ilahi, masih lagi bernyawa..
Tak lupa selawat serta salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w

Sedar tak sedar.. Hari ni da masuk 5 Ramadhan.. Dan hampir sebulan juga blog ni terbiar sepi...
Bukan tak sudi, menulis barang seinci tapi.... biarkanlah... ternyata DIA lebih mengerti...

Dihujung minggu Hari Ahad ni, tetiba rasa rindu pada keluarga... (Bukan tak de kerja, bahkan 'assingnment' pun tengah menggunung ni), tapi sekali-sekala melayan perasaan pun best jugak...

Teringat sangat pada si bongsu Imran yang ingin dipanggil adik... (yang lain pun ingat jugak... huhuhu)... Tahun ni first time dia puasa... Nak sangat tengok macam mana dia puasa .. aktif ke tak... Teringat waktu mula-mula belajar puasa dulu... (daku terkenang)...

Dah2 jangan layan perasaan sangat.... Nak citer pasal Imran je hari ni..

1 Ramadhan tu Imran puasa separuh hari je... katanye penat balik sekolah...

2 Ramadhan tu, baru dia puasa.. Masa 'call'... (dalam dialek Kelantan)

kak > adik poser ke hari ni?

adik > erm... (dengan nada lemah)

kak > (lah siannyer adik- dalam hati)... pahtu adik nok g mne 2 (abah da bgtaw nak g bazar)

adik > nak g keda... beli air...

Dah tak sanggup nak tanya banyak2... lemah benar bunyinya... budak baru belajar puasa...

Biarlah... ini satu bentuk tarbiyyah untuk dia...


Renungan: Apa cerita pula kalau da besar panjang, tapi masih lagi tak puasa tu???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails