Pages

Saturday, October 29, 2011

a strong bond

Bismillahirrahmanirrahim..

Muhasabah petang Sabtu:


Kadang-kadang, saya adalah seorang pemerhati...

Jadi, saya suka memerhati tingkah laku, tutur bicara semua orang yang berada di sekeliling saya mahupun yang saya pernah kenal. (termasuk juga dengan orang yang saya tak kenal)

Bukan untuk membuat penilaian.

Tapi untuk mengambil iktibar..

(Siapalah diriku ini untuk menilai. Itu kerja Allah.. huu~)

Makin ramai yang saya kenal, makin banyak yang saya belajar.

Semua orang adalah menarik, sebab semua orang ada kisah tersendiri.


Hebatnya semua orang, hebat lagi pencipta semua orang itu.. ^^v

Yang paling saya suka tengok ialah bila mana satu orang sangat rapat dengan satu orang yang lain..

(Ish, bukan nak cakap dengan ayat mudah.. Suka terbelit-terbelit ni..)

Senang kata, macam belangkas. Dimana ada yang ni, mesti ada yang tu..

Superb la.. very strong bond... ada chemistry yang sangat kuat. yang susah terurai..

Bukan tak pernah bergaduh, bukan tak pernah masam muka, tapi tetap bersama... (so sweet-bukan macam gula-gula kapas yang akan kecut bila dah terdedah pada udara)

Sampai dulu pernah juga saya dengar orang cakap mengenai lesbian. Teruk kan!!

Tak baik.. Sebab bila kita kenal, tahu, dan faham, rupanya itulah yang dikatakan ukhwah..

Sangat indah. Sebab sahabat-sahabat yang kita jumpa atas dasar Islam ini berkongsi banyak wacana yang sama dengan kita. Terlalu banyak perkara yang ingin dibicarakan bersama. Kalau dapat jumpa dan bila mula berbual, memang susah la nak berhenti. Keseronokan yang amat.



Tapi, truly cakap.. Saya memang tabik kalau tengok persahabatan yang erat antara dua orang yang mengalahkan kembar ni. Kembar pun tak nak pakai baju sama. Tapi sahabat ni, tak kisah. Pakai baju sahabat pun tak kisah. Tak berkira.... Bukan ada pertalian darah pun. Mak lain, bapak lain. Tapi boleh rapat. Hebak2x..

Inilah yang dikatakan indah apabila bersahabat kerana atas dasar pertalian agama. Subhanallah.. Jalan perjuangan yang onak berduri tu, sebenarnya ada mawar yang indah di tepiannya. Terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan kepadaku sahabat-sahabat terindah.


We stronger when we unite.

Dear sahabat,

Walaupun saya tak banyak bercakap dengan kamu-kamu semua, tapi kamu semua banyak bercakap dengan saya melalui perbuatan, dan InsyaAllah saya boleh faham setiap perbuatan itu, without  further explaination and as I said, I am an observer... ^^v

saya tak thiqah...

Bismillahirrahmanirrahim...

"Akak, saya rasa macam tak layak... takut orang tak thiqah ngan saya..."


Thiqah.

Thiqah bermaksud keyakinan seorang ahli terhadap ketua atau pimpinan pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan. (iluvislam)

Bagaimana nak mendapatkan kepercayaan orang, bila mana kita sendiri pun tak yakin dengan diri kita sendiri?

Cakap senang kan, sesenang makan kacang yang orang dah kupaskan untuk kita. Tapi memang bukan senang untuk membina keyakinan diri.


Sindrom 'aku tak layak'

Sindrom yang seringkali berlaku tiap kali menerima taklifan. Hidup kita sarat dengan taklifan. Entah kan terlaksana, entah kan tidak.

Kenapa?

Sebab kita rasa kita yang kena buat semua benda. Kita rasa kita je yang perlu berpenat lelah. Kita lupa yang Allah ada untuk menyediakan jalan keluar bagi semua permasalahan yang berlaku dalam kita menggalas taklifan. Kita lupa yang kita sentiasa ada sahabat-sahabat yang hebat di sisi. 

Bukan duduk saja, tanam anggur, berfoya-foya di laman muka buku, borak sampai tak ingat dunia dan pelbagai lagi bentuk kelalaian yang kita lakukan.

If that so, how could we said that.

"Banyaknya kerja yang belum selesai. Ini nak kena buat, itu nak kena buat. Semua aku yang nak kena selesaikan"

Belek balik diri kita. Muhasabah. Betul kita dah usaha, sampai yang kita boleh cakap kita je yang kena buat semua benda tu.


Kalau dah usaha, sekalipun.. Banyak mana usaha kita.?? Terlawan ke dengan usaha dakwah Rasulullah dan para sahabat? Sultan Muhamad Al-Fateh dan bala tenteranya pula ambil masa berapa lama nak takluk kota Costantinople? 

Sahabatku, usaha tak semestinya boleh nampak hasil sehari dua. Usahakan sahajalah dan serahkan semua urusan kita pada Allah. Iring dengan doa, mudah-mudahan segala apa yang dilakukan itu lillahita'ala.

Cakap soal layak pula, sekali lagi ditekankan.. TIADA SIAPA PUN YANG LAYAK!

Sebab amanah itu adalah ujian daripada Allah dan Allah dah cakap dalam titipan stanza cintaNya.

"Manusia diuji, sesuai dengan kesanggupannya"

Yakin satu perkara. Allah tak akan tinggalkan kita. DIA akan sentiasa ada. Tidak jemu mendengar, tidak jemu memberi. KasihNya melangit luas.

Kalau sindrom, it's still ok... kalau dah jadi virus. Itu bahaya!!!

Macam mana tu??

Kalau 'kepala' sebuah organisasi pun ada rasa tak layak, ianya akan berjangkit pada seluruh organisasinya. In the end, ranaplah organisasi macam runtuhnya Pentagon dalam tragedy september eleven.. 

So, layak ke tak layak ke. Who cares..!! Just move forward..!! Have some passion!! 

Dapatkan tips untuk keseronokan bekerja cara Rasulullah di sini.. ^^v


Jadi diri sendiri!!

No!! Don't even try pretend to be others!!

Kita dipilih atas dasar siapa diri kita, kenapa memilih untuk menjadi orang lain.

Kalau kita rasa kita bukan jenis sopan santun, bukan jalan tunduk bawah, and what so ever yang seangkatan dengannya, jangan berubah nak jadi macam tu semata-mata kita dah memegang taklifan.

Apa ISLAM ni milik orang yang berkopiah dan bertudung labuh je ke? ISLAM ni sekadar mengaji Quran dan Solat 5 waktu? Macam tu??

Sahabatku, ISLAM adalah untuk semua. Sebab itu pendukung ISLAM perlu mempunyai variasi dalam pembawakan. Tak boleh sama je. Very tipical dan akan jadi membosankan. 

Kerana apa?

Kerana kita berada di zaman yang mana tak semua orang nampak keindahan ISLAM dibalik tudung labuh dan kopiah. Kita berada pada zaman yang mana pakai skirt paras lutut itu, sesuatu yang hot!! Dan menggelarkan aksi angkat motor tinggi-tinggi tu, sebagai life!!

Penjajahan yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini adalah penjajahan istilah....


Jadi lebih baik !!

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" Al- Baqarah : 44

Rome doesn't built in one day. Bersabarlah dalam bermujahadah membina diri.. Ia akan mengambil masa seumur hidup, selagi hayat dikandung badan ^^v 




Tips mewujudkan thiqah sebagai panduan bersama:
  1. Pemimpin perlu mengenali siapakah ahlinya sebelum ini dan mengkaji latar belakangnya.
  2. Pemimpin perlu membuat ahli yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya.
  3. Akhlak pemimpin perlu dijaga sehingga ahli bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh   dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, disamping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik.
  4. Hujah pemimpin yang baik perlu dalam kemungkinan bahawa pendapat ahli salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak.
Wallahua'alam.
Selamat menjalankan taklifan. Sirru a'la barakatillah~
Bismillahirrahmanirrahim..

Terkenang memori zaman-zaman usrah kat sekolah dulu.. Sesekali melaungkan doa wehdah, membangkit semangat..

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik

Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
 


Takbir: Allah Maha Besar
 
Salam Mujahadah

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Banyak foto yang terakam dalam kehidupan, tapi ada sesetengahnya cuma kekal dalam ingatan~

mendengar taklimat di UPM

gud bye UPM

Kem Kaizen

Friday, October 21, 2011

Kepulangan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Seronok membaca status kebanyakan 'budak-budak' IPG... Gaya cam 'budak-budak' sekolah je. Semuanya teruja nak pulang ke kampung halaman masing-masing. Kalah budak sekolah kot. 

Tapi sebenarnya, saya memandang fenomena ini merupakan satu fenomena yang sihat. Kerana apa??

Dirumah ada wajah redup ibu dan ayah yang sedang menanti..

Ada tawa riang dan usik manja adik beradik yang sentiasa di rindu..

Sebab itu semua orang tak sabar-sabar nak balik rumah, dan hati lega apabila memikirkan kerinduan itu di lepaskan pada tempat yang selayaknya.

Tapi, bila fikir-fikir balik. Adakah kerana suasana IPG yang menyebabkan mereka tak sabar-sabar nak balik rumah. Tertekan ke duduk kat IPG ni??? (Buat-buat tanya pulak)

Depends.. its a personal perception.. anyone can deliver their ideas...

IPG tempat melahirkan 'engineer' generasi.. Bukan tempat biasa-biasa yang orang biasa boleh masuk.

Keselamatan dijaga, pergaulan dibatasi, sahsiah dipelihara, displin di perketat....

Kadang-kadang, sedikit sebanyak ia menyekat potensi sesetengah individu yang berbakat besar. Menjadikan layu, banyak idea-idea segar, dan memperlahankan derap langkah individu berjiwa proaktif...

Kebenaran harus dinyatakan sekalipun pahit. Jadi berharap benar, pulangnya jiwa-jiwa yang terasa longlai di kampus ke kampung halaman masing-masing, dapat membaja subur pandangan serta tindak mereka. Malaysia pada masa akan datang memerlukan guru-guru hebat yang akan mencorak generasi yang hebat. 

Monolog: Ya Allah, berikan aku kekuatan dan ilham untuk menyerlahkan bakat mereka.. Sesungguhnya, mereka insan-insan hebat yang sangat aku kagumi daya pemikir yang kau kurniakan kepada mereka.

p/s: have a safe journey, everyone.. ^^v

KLIP 3GP

Bismillahirrahmanirrahim...


Pada suatu petang yang hening, hujan turun renyai-renyai.. Tidak cukup untuk membasahkan pakaian. Tanpa kilasan kilat dan guruh bersahutan. Saya singgah di kedai makan 'DIGI' bertemankan seseorang...


Ok2.. Sudah2 la tu berangan..Tak ke mananya, mimpi di siang hari ni. Ngee~


Kisah bermula bila lama nak menunggu makanan tiba. Ramai sungguh pelanggan yang singgah pada petang tu. Sesekali mata mengerling ke arah televisyen. Tiada rancangan yang menarik. Pelbagai topik telah dibincangkan dengan seseorang, namun kuey tiaw tomyam dan nasi paprik yang ditunggu belum juga kunjung tiba. Sekilas mata menangkap iklan televisyen yang mampu membuka mata dan menutup selera makan...


OMG!!!! What is this all about???


KLIP 3GP!!


Cerita apa ni wei..?? Macam tak bertamadun je.. Tagline: Ganas, Gerun, dan Ghairah.. (erk...)


MasyaAllah, sebagai yang bergelar muslimah, memang terasa sangat ter'hina' bila ada babak-babak yang seumpama itu ditayangkan secara terbuka. Rasanya, ianya bukan sekadar eksplotasi terhadap wanita malah ianya merupakan satu bentuk kekejaman. Ya, kekejaman... Kekejaman yang dilakukan oleh wanita terhadap dirinya sendiri ditambah dengan pengaruh persekitaran yang turut menggalakkan wanita membuka perlindungan yang telah Allah sediakan.

Malu, marah, dan kecewa berkecamuk. Serendah itukah selera masyarakat kita pada hari ini. Adakah dengan alasan untuk memberikan pendedahan berkenaan teknologi yang disalahgunakan untuk memerangkap wanita pada hari ini, menghalalkan adegan-adegan tidak bermoral dipertontonkan dengan terbuka? Geram, goyah, dan gagal.. itu adalah tagline yang saya rasakan wajar dalam menjelaskan persepsi saya terhadap iklan Klip 3GP ini..

Geram kerana saya sebagai seorang daripada wanita yang terdapat di seluruh dunia merasakan terlalu rendah nilai moral wanita masa kini. Waktu zaman jahiliyah, sebelum tibanya Islam, wanita telah didiskriminasikan. Bayi perempuan dibunuh dan tiada nilai wanita dalam sistem sosial. Tetapi, munculnya Islam dengan izzah yang tinggi, dengan syiar yang gemilang mengangkat martabat wanita menjadi perhiasan dunia. Tetapi bukan perhiasan untuk dipertonton. Bukan hiasan untuk di 'ratah' oleh mata-mata yang bukan haknya. Seindah hiasan adalah wanita yang solehah. Saya juga masih mencari solehah, masih membina diri, masih memerlukan mutiara nasihat dan peringatan berharga, saya juga jauh dari kesempurnaan, tapi bukankah kita boleh menjadi lebih baik?? Bukankah kita telah dibentangkan dengan pelbagai pilihan, dan kita berhak untuk memilih. Jadi, mengapa memilih kebinasaan?

Saya juga bakal pendidik. Saya yakin dan pasti, setiap pendidik merasakan perkara yang sama sebagaimana apa yang saya rasai. Tidak wajar untuk mengeluh tentang tugas dan amanah pendidik, namun inilah realiti yang harus sama-sama difikirkan. Bayangkan, apabila di sekolah, pendidik mengingatkan murid tentang menjaga batas pergaulan, memelihara kehormatan diri dan pelbagai nilai murni diterapkan. Segala usaha kelihatannya seperti berjaya. Tetapi, apabila anak-anak berhati suci di sekolah ini pulang ke rumah dan bersama masyarakat, mereka terdedah dengan klip videp porno seumpama Klip 3GP. Belum lagi kita bicarakan berkenaan dunia maya tanpa batas sempadan yang lepas bebas. Entah!!

Goyah.. The first rule of leadership:everything is your fault... Allahu Rabbi.. Tidak boleh kalau nak salahkan pengarah filem, pelakon, penerbit, dan krew-krew yang terlibat sahaja. Apa peranan kita? Melihat sahaja tanpa sepatah kata. Tersenyum dan tak perlu kata apa-apa??? Apa yang boleh diri kita lakukan. Paling tidak, sebarluaskan pada rakan-rakan supaya memboikot cerita ini.

Gagal.. Terasa sangat perlu untuk muhasabah diri. Sesungguhnya besar kemurkaan Allah apabila engkau mengatakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan... Biarkan seketika, hati bermonolong mencari keizzahan sebelum mencetus makna kata...

Ya Allah, kurniakan pada hambaMu ini sebuah ketenangan dalam keresahan...

Tuesday, October 18, 2011

TULISAN CAHAYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Semua orang ada impian,

Semua orang ada harapan,

Tak kira la apa pun, semua orang berharap yang impian, hasrat, dan cita-cita... akan menjadi kenyataan...

Apa impian anda???? 

Impian saya...?? Erm, banyak kot... lagi banyak berbanding usaha yang dibuat untuk mencapai impian tersebut.. erk.... whatever!!

Sekarang dah musim orang angkut sana sini kamera DSLR...  Klik2... Clash2x (bunyi kamera)... Sabo2, jangan terlebih berangan!! (dunia semata-mata ni)

Tapi, memang sangat seronok kalau dapat satu.. <-- ini satu daripada dari impian saya..

Apa yang seronoknya kalau dapat 'tangkap' gambar ni..? Erm, kind of good question..

Have you ever heard about photography?? Mesti la pernah, kan..?? Semua pandai-pandai belaka ni..

Sebenarnya, kalau kita nak tahu.. fotografi adalah satu bidang berkaitan dengan cahaya..., yang mana satu daripada sifat cahaya yang kita tak sedar ialah, sebenarnya....cahaya boleh menulis...

Macam mana tu..?? 

Sebenarnya, saya pun dapat info ni waktu pensyarah berkongsi tentang subjek EDU 3105: Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran..

Saya tak dapat nak menerangkan di sini tentang sejarah fotografi kerana saya telah miss place buku nota yang saya gunakan untuk mencatat info yang saya peroleh dalam sesi kuliah.. tapi boleh juga kot kalau nak rujuk: Google's note

Tapi, berdasarkan sudut pandang saya.., saya mendapati ada benarnya istilah fotografi yang dikaitkan dengan cahaya yang menulis...

Why??

Apa fungsi tulisan??

Baik,...  Tulisan merupakan satu proses ataupun medium penyampaian maklumat ataupun sesuatu mesej samada berbentuk perkongsian pendapat, penerangan, pelahiran emosi dan sebagainya..

Jadi apabila dikatakan fotografi sebagai satu sifat cahaya iaitu, menulis.. bermakna ianya berfungsi dalam menyampaikan mesej samada berbentuk perkongsian pendapat, penerangan, pelahiran emosi dan sebagainya.. 

Jadi, nak dikatakan di sini.. gambar dan imej yang terakam, merupakan satu hasil tulisan cahaya yang mampu mengungkap seribu satu makna walaupun tanpa satu patah kata... erm... So nice...

Setiap photographer mempunyai mesej yang tersendiri yang disampaikan dalam setiap gambarnya. Sebab tu, zaman sekarang ni, orang dah mencuba pelbagai teknik bagi menghasilkan shot yang menarik... mereka ambil gambar dari angle yang berbeza, buat blur, dan macam-macam lagi teknik yang awesome..

Dan hal ini juga memberi penjelasan kepada saya, kenapa kebanyakan orang yang suka shot gambar ni adalah orang yang sedikit pendiam... (Siti Umairah, 2011) 

Kerana gambar-gambar mereka sudah bercerita, apa perlu lagi kepada sebuah penjelasan..?? 

art???



Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday 2


SECRET OF SUCCESS:

Fan = Be Cool
Clock = Every Minutes Is Precious
Roof = Aim High
Mirror = Reflect Before You Act
Window = See The World
Calendar = Be Up-To Date
Door = Push Hard To Achieve Your Goals

ALL THE BEST

Monday, October 10, 2011

Bila Bulan Pakai Cincin

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah 3x...

Tak terlafaz kata syukur, apabila berkesempatan untuk menyaksikan fenomena moon ring pada malam tadi. Bukan senang untuk mempunyai peluang sebegini. Kagum melihat ciptaan Allah. Cantik sungguh. Lebih indah bila suasana berkenaan disaksikan bersama-sama dengan sahabat, setelah usai mesyuarat ringkas bersama-sama sahabat seperjuangan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan perkongsian ilmiah Baju Kurung vs Baju Melayu oleh Ustaz Zhulkhairi. Banyak yang berlaku dalam satu malam, dan ianya indah-indah berlaku. Syukran Ya Allah.. Seperti biasa, Engkau sentiasa kaya dengan nikmat.. Sedangkan hambaMU terus-terusan melakukan dosa dan khilaf. Astaghfirullahalazim~



Jom kita tambah ilmu sikit mengenai fenomena ni. Ye la, malam tadi dah buat macam-macam analogi dah.. Malaysia dipayungi cahaya bulan penuh yang terang bendera la.. Kita dibawah lembayung cahaya la... Atas cahaya, bawah cahaya.. dan macam-macam lagi.. Dah ilmunya kurang, itu yang buat fakta sendiri tu...

Fenomena a ring around the moon ini actually hanya optical fenomena. Optical fenomena ini bermaksud interaksi antara cahaya dan matter. Nama sebenar fenomena ini adalah Halo. Halo ini terjadi apabila ais cristal yang berada di lapisan atas troposfera langit dihambat dengan cahaya dari bulan ataupon matahari. Ini pekara yang sering sahaja berlaku di mana-mana di seluruh dunia apabila lapisan troposfera penuh dengan ice cristal. Eceh! Dah macam cikgu sains sekolah rendah korang pulak kan. Ingat lagi dulu kecik-kecik aku buat awan dalam gelas. Letak air panas dalam gelas and seketul ais atas gelas. Nanti dekat ruang yang ada tu jadilah awan! -sumber-

Tak banyak info dalam Bahasa Melayu yang saya dapat. Dalam Bahasa Inggeris, tak berapa nak faham..



Tapi mungkin satu pengajaran yang dapat kita fikirkan bersama, mengapa kita begitu kagum melihat perkara yang jarang-jarang sekali berlaku, tetapi benda yang ada depan mata kita anggap biasa. Bila ada kejadian pelik yang berlaku, mesti kita rasa macam.. "Wah, excitednya!!!" Tapi kita terlupa pada banyak-banyak perkara yang Allah dah hadirkan dalam kehidupan kita.. Even kejadian kita sebagai manusia pun, masih banyak persoalan yang belum terungkai... Jadi, jangan sedih tak dapat tengok moon ring (yes.. yes!!! saya dapat tengok.. hehehe).. sebab masih banyak nikmat keajaiban yang berlaku disekeliling kita yang perlu terlebih dahulu kita terokai..

Wallahua'lam..

Tarikh kejadian: 9 Oktober 2011

Kerana Sayang~

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita seringkali mendengar ungkapan.. 'Marah Kerana Sayang'..

Apa pandang-pandang.. lu jangan campur urusan gua.. Nanti gua telan lu hidup-hidup.. hehehe (garang beb)

"Mak marah kamu ni, sebab mak sayang kat kamu. Kamu la satu-satunya anak mak. Kalau kamu buat salah, mak kena betulkan. Mak kena cakap.. Kalau tak, entah apa yang akan jadi pada kamu"..

"Saya mengingatkan kepada semua ni, bukan atas dasar kemarahan... Kalau boleh saya biarkan, dah lama saya biarkan.. Tapi, ketahuilah, kebenaran harus dinyatakan sekalipun pahit... Kalau tak pahit, bukan ubat namanya.. Marah saya ini kerana sayang akan apa yang sedang kita usahakan bersama ini"

"Kamu ni hidup baru setahun jagung, dah pandai nak buat benda yang bukan-bukan.. Kamu ingat apa yang kamu buat ni betul.. Akak ni, nasihatkan kamu bukan sebab akak nak marah kamu, tapi akak nak kamu sedar, dan perbetulkan silap kamu tu. Masih belum terlambat"

Serta macam-macam lagi situasi dalam kehidupan kita yang membolehkan kita marah pada orang, atas dasar sayang. Apakah boleh, marah itu boleh hadir bersekali dengan sayang. Macam tak berapa kena je kan??

Ada sesetengah orang akan cakap, kalau dah sayang, kenapa perlu marah?

"Beb, tak perlu la nak emo2 kot.. Lu cakap elok2 kan senang.. Susah sangat ke? Kalut la der... Rileks2 sudah"

Pada hemat saya, yang tak seberapa arif sangat ni.. saya suka dimarah oleh orang yang rapat dengan saya, kerana pada saya, itu tandanya mereka menyayangi saya.. Dan itu juga membawa satu definisi dalam kamus hidup saya iaitu, orang yang saya marah adalah orang yang saya sayang... ^^v (paling banyak kena marah, mesti la si lima bersaudara).. Paling seronok apabila dimarahi oleh ibu bapa, kerana itu tandanya mereka sangat mengambil berat tentang kita dan tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada kita.

Apa tips paling best untuk menyalurkan marah...?? Macam-macam la kan.. Rasulullah dah ajar kita macam-macam cara.. Kalau tengah berdiri, kita duduk. Kalau  tengah duduk kita baring.. Ambil wudhu', solat, zikir, istighfar dan sebagainya...

Ada juga lagi satu tips yang best untuk dikongsi iaitu, jangan marah waktu kita sedang marah...

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah.”

Itu kisah sahabat Rasulullah.. Macam mana pula kita nak aplikasi dalam kehidupan seharian kita.. Kata orang memendam perasaan itu ibarat memasang bom jangka, sampai masa ianya akan meletup jua.. Yang diperam akan masak, yang ditanak akan menjadi nasi, yang dijerang akan menggelegak.. Setiap perkara akan ada masa untuknya. 

Oleh itu, kita jangan marah orang waktu kita sedang marah, sebab waktu tu, syaitan sedang menguasai kita.. Bila kita dah dikuasai syaitan, kita akan bertindak diluar batas pemikiran biasa kita... Keluarla perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Jadi, bila kita sedang marah, diamlah.. Bertenang dan berfikirlah.. Serta ambil masa untuk membuat generalisasi.. Kemudian, seandainya ada keperluan untuk kita menyatakan kebenaran dan perkara yang benar, maka sekiranya ada keperluan untuk menunjukkan sedikit ketegasan dan marah, maka lakukanlah sekiranya itu yang terbaik... 'Buat-buatlah muka poyo, bajet  skit.. Buat-buat marah.. Konon besar la masalahnya tu, tapi idoklah besor mane masalohnyer'

Kadang-kadang, kita perlu keluar dari zon selesa. Marah akan mencetus pemikiran supaya kembali sedar, dan minda akan mula berfikir di luar kotak.  Sedikit provokasi akan menambah rencah. Kalau dah jadi buluh tak akan boleh dilentur. Kena ditakik-takik juga, baru boleh berubah bentuk.. Tetapi selagi ada kekuatan untuk melakukannya dengan sabar dan hikmah, maka itu adalah jalan yang lebih baik untuk dipilih. 

"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat".. Allahuakbar, betapa indahnya sabar dan alangkah seronoknya kalau hidup ni, kita tak perlu nak marah orang... Senyum je, dan terus sinergi membina persekitaran kondusif.. dengan senyuman.... ^^v

Senyum.. ^^v.. Kamu akan nampak sangat comel..
p/s: Percayalah, semuanya kerana sayang...

Sunday, October 9, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau kita hendak membahagiakan orang lain, terlebih dahulu.. Belajarlah membahagiakan diri sendiri.  

Tapi, macam mana kalau kebahagiaan diri sendiri itu terletak pada kebahagiaan orang lain???

Ada sesetengah orang dalam dunia ni yang akan merasa bahagia apabila melihat orang lain bahagia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asal saja hati orang disekeliling mereka gembira dan bahagia. Apa sahaja, meskipun untuk menanggung derita.

Seorang isteri, sanggup bersekang mata siang dan malam menguruskan rumah tangga asalkan suaminya pulang ke rumah merasa tenang dengan suasana  di rumah.

Seorang suami bertungkus lumus bekerja siang dan malam mencari nafkah, bagi melihat isteri dan anak-anak bahagia dengan kehidupan yang selesa.

Ibu dan bapa sanggup berhabis banyak wang ringgit bagi memastikan anak-anak mereka mendapat keperluan yang mencukupi dalam proses tumbesaran mereka.

Seorang guru, sanggup menahan sabar dalam mendidik anak watan agar kelak mereka membesar menjadi insan yang berguna.

Serta banyak lagi contoh insan-insan pelbagai peranan yang sanggup berkorban demi menggapai sebuah bahagia.

Apabila kita mengenali orang-orang yang sanggup berkorban demi melihat orang lain bahagia ini, kita akan menyedari betapa Allah telah mengurniakan kepada mereka nilai empati yang cukup tinggi. Mampu meletakkan diri meraka dalam situasi orang lain, dan merencana solusi berdasarkan banyak asas pertimbangan. Tidak melihat dari satu sisi, namun dari pelbagai perspektif. Mereka menjadi insan perasa yang banyak menyimpan rasa yang dalam, kelihatan kuat dari luar, cuba tampil berkeyakinan setiap saat dan ketika, namun hati mereka sebenarnya remuk rendam. 

Mereka juga insan biasa. Hargailah mereka yang telah banyak berkorban demi melihat orang lain bahagia. 

P/s: Khas buat seorang kenalan: Tak salah berkorban, tapi jangan sampai terkorban. Tak salah menjadi diri sendiri, tapi kuatkanlah hati. Asas kepada sebuah ketegasan adalah pendirian yang kuat. Pembinaan pendirian yang teguh, bermula dari hati yang kukuh. Keyakinan pada janji Yang Maha Esa, adalah sebenar-benar keyakinan kerana hanya janji Allah sahaja, merupakan sebuah janji yang pasti~

Saturday, October 8, 2011

Siri 3: Monolog Seorang Pencinta (Finale)

Menyimpan rasa

Tamakkah aku, Ya Allah.. ?? Andainya aku mengimpikan insan sepertinya untuk ke tempuhi hari-hari ku?  Aku amat mengasihinya, Tuhan. Bantulah aku Ya Allah.. Sampaikan rasa ini padanya. Engkau ciptakan dia seindah-indah insan dan Engkau sisipkan dihatiku seindah-indah perasaan, jangankah Engkau pisahkan dia daripadaku. Aku bukan siapa-siapa. Aku cuma wanita penyandang sebuah nama yang telah dipilih oleh abah dan umiku. Aku cuma wanita biasa yang masih bertatih membina diri. Aku mungkin melindungi auratku, tapi adakah aku melindungi hatiku? Memakaikan 'tudung' pada hati, bukan satu tugas gampang. Aku tewas berkali-kali. Setiap kali tersedar, aku bangkit. Tapi seringkali juga aku jatuh lagi. Aku gagal dan aku tidak suka rasa itu. Kadang-kala hati terasa penat bermujahadah, ternyata ianya bukan sekadar pahit, namun masyaAllah... Berat sekali..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)


"Kau ni kan, aku tengok cantik orangnya. Dah ramai juga yang usya kau... Tapi asal kau buat muka tak reti. Jangan jual mahal sangat. Nanti tak laku"

Menyirap darahku Ya Allah, bila bicara ini terpacul dari bibir teman baikku sendiri. Andai dia tahu perasaan yang sedang aku perangi sekarang. Aku cuma mampu tersenyum, tapi hatiku menjawab lirih.

"Kau ingat sesenang tu aku bak replace tempat abah ngan umi dalam hati aku ni dengan lelaki yang tak tahu nak menghormati aku? Hari ni kata sayang, esoknya pegang tangan perempuan lain. Apa kau ingat abah ngan umi aku ni, siapa? Mereka dah besarkan aku sekian lama, didik aku dengan ilmu agama, bila aku besar.. pilih lelaki yang ntah apa2.. Sia2 je, hidup lama2 tapi benda macam ni pun tak boleh nak fikir.. huuu~ geram betul aku!!! tapi, lain la kalau insan seorang ni... hmmm"


Terlintas sahaja namanya dalam hatiku, bak semilir berhembus lembut merungkai amarah. Astaghfirullahalazim.. MasyaAllah.. Jangan lama-lama rasa ini datang bertandang, aku mungkin tak kuat untuk menyimpan bahagia. Lama aku beristighfar. 


Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Allahu, itulah cinta seorang muslimah. Aku tak ingin sekadar menjadi muslimah, Ya Allah.. Aku mahu menggapai muslimah yang bermujahahadah menjadi mukminah. Izinkanlah aku, Ya Allah....

Cipta dari segumpal darah, jelma seraut wajah...

Kedengaran bunyi telefon bimbit ku berbunyi menandakan sms terima dari sahabat tercinta. Mengejutkan ku dari lamunan yang cukup panjang. Tahajudku malam ini kuisi dengan monolong yang panjang... Lalu ku gapai dan di tekan inbox.. view.. dan aku tersenyum.. Sahabat seperjuangan yang sangat aku rindukan. Apa berita darinya kali ini..

Salam. Sahabatku sayang.. Apa kahabarmu di sana..? Hehe.. Lama betul kita tak contact kan?? Sebetulnya, Auni nak mengajak Amirah pergi walimah hari ni. Amirah lapang tak?

Balasku..

Salam.. Iye sahabatku sayang. Lama tak contact, alih2 ajak pergi walimah. Auni punya walimah ke? hehehehe..

Beberapa saat kemudian..

Amirah ni memang. Suka kenakan Auni taw. Tak la.. Bukan Auni, tapi naqibah usrah Auni.. Kak Masyitah.. Rasanya Amirah kenal bakal zaujnya.. Tak silap, satu sekolah dengan Amirah..



Berkerut keningku memikirkan, siapa lah agaknya senior yang dimaksudkannya itu.. Baik ditanya. Entah ya, entah tidak si Auni ni..

Siapa ye, Auni? Kot2 la Amirah kenal, boleh sediakan hadiah awal2.

Sebenarnya hati berdebar menunggu jawapan balasnya.. Adakah dia??? Lambat pula reply...

Sori2.. Tadi Auni angkat wudhu, dah dekat nak azan Subuh, kan..? Erm... Ustaz Imran Zainal, tak silap namanya lebih kurang macam tu la... Sayang, kita jumpa pukul 11 ye. Auni ambil Amirah kat kampus. Jangan lupa, ye... ^^v



MasyaAllah..!!! Benar agakanku. Dialah orangnya... bak halilintar sms itu menggugah hati wanitaku... Dugaan apakah ini, Ya Allah... Baru rasanya aku memohon padamu. Apakah secepat ini jawapannya Ya Allah.. Apakah dengan cara ini aku akan menggapai mukminah? Apakah aku saat ini sedang kecewa ataukah aku sedang bersyukur? Air mata menitis jua akhirnya. Aku wanita yang punya perasaan, diuji dengan rasa, aku akan tewas.. Lirik lagu UNIC menjengah pemikiran luar sedarku..

Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,

Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
(Agar disuluh redhaNya).

...... Biar sendiri ....
 Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya haikikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, RedhaNya


Ya Allah, terima kasih kerana memilih jalan sendiri buatku... Saat ini hatiku pedih, saat ini hatiku kecewa.. Tapi aku tahu engkau janjikan hikmah buatku.. Aku akan mendapatkannya selepas ini.. Aku yakin dan pasti, kerana itu janjiMu.. Solat Subuh berkumandang. Tak sabar untuk aku panjatkan doa buatMu Ya Allah.. Meleraikan resah, dan kusut menyesakkan jiwa... Huu~

...Lepaskan rasa itu pergi...
Tuhan, ujian ini amat berat untuk aku tanggung. Tetapi aku redha kalau ianya terbaik buatku untuk semakin dekat denganMu. Selama Engkau temankan dia dihatiku, aku jadi kuat dan bersemangat untuk terus berlari di bumi kehidupan yang engkau berikan kepadaku. Engkau Maha Mengetahui untuk berikan apa sahaja ujian yang terbaik untuk menguji imanku. Berikanlah aku kekuatan untuk mengisi pertemuan yang sekejap nanti agar hatiku terjaga. Aku doakan kebahagiaanya yang tak hadir bersamaku. Kau kirimkan padanya insan yang jauh lebih baik, menyedarkan aku, kurangnya aku. Ampunkanlah dosa-dosaku, kerana menyimpan dia dalam hatiku. Telah Engkau utuskan dia, dan aku terima dengan hati syukur dan saat ini Engkau mahu mengambil dia untuk diletakkan pada hati wanita yang lebih hak, dan aku tidak akan berdaya menahannya. Aku pilu dan aku sedih, tapi aku beryukur, kerana ada ENGKAU dihatiku pada saat ini..


...Kutitip doa: Semoga berbahagia membina baitul muslim...

Salam Auni.. Amirah terus solat tadi.. Erm... Baik2.. Kita jumpa jam 11... Rindu Auni sangat2..


Sekian..
8.32 p.m
LS-G-21
Bertemankan lagu: Di Atas Nama Cinta-UNIC

Sunday, October 2, 2011

Damai.. (^_^)v

Bismillahirrahmanirahim..

Perkara yang kita rasa kita tak suka, tapi Allah menetapkan yang sebenarnya kita suka perkara tu...

Selalu kan, terjadi dalam kehidupan kita situasi seumpama ini??

Entah la, tak sangka betul..

Bila mana perancangan itu menjadi lebih manis dari apa yang kita sangka..

Kita ingat, jalan tu adalah jalan yang memenatkan, kita ingat jalan tu adalah jalan yang menyesakkan, tidak membantu dan sebagainya...

Tapi rupa-rupanya jalan yang tak dipagari haruman bunga itu sebenarnya indah mempesona...

Jalan yang tak disirami dingin air menyejukkan itu, sebenarnya menyegarkan...

Tanpa sedar, dihujung jalan itu ada damai yang dicari...

Tak mampu berkata apa-apa...

Hanya mampu menguntum senyum bahagia..

Alhamdulillah..

TQ Allah..

"Seringkali berlaku dalam kehidupan kita, bila mana hujan melanda.. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana perginya matahari. Rupa-rupanya Allah ingin memberikan kita pelangi"

(^_^)v

PROVOKASI

Provokasi,
Menyesakkan fikiran,
Menggugah damai,
Mengundang tegang,
Mensifarkan sepi..

Lalu otak bekerja  di luar kadar yang biasa,
Skru minda mula berputar,
Mencuci bersih sesawang keserabutan,
Menyingkir dari zon selesa,
Lalu mula kembali ke fikir rasional,
Rupanya sudah jauh tersasar..

Lalu ,
Tiba masa,
Pulang ke pangkal jalan,
Rupanya diri tak selesa begitu,
Ini bukan jalannya yang wajar dipilih..

Allahu...
Bimbinglah hambaMu,
Agar tak jauh tersasar...
Dan tahu memilih mana yang tepat...



~Kem Kaizen 2011~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails