Pages

Monday, October 10, 2011

Kerana Sayang~

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita seringkali mendengar ungkapan.. 'Marah Kerana Sayang'..

Apa pandang-pandang.. lu jangan campur urusan gua.. Nanti gua telan lu hidup-hidup.. hehehe (garang beb)

"Mak marah kamu ni, sebab mak sayang kat kamu. Kamu la satu-satunya anak mak. Kalau kamu buat salah, mak kena betulkan. Mak kena cakap.. Kalau tak, entah apa yang akan jadi pada kamu"..

"Saya mengingatkan kepada semua ni, bukan atas dasar kemarahan... Kalau boleh saya biarkan, dah lama saya biarkan.. Tapi, ketahuilah, kebenaran harus dinyatakan sekalipun pahit... Kalau tak pahit, bukan ubat namanya.. Marah saya ini kerana sayang akan apa yang sedang kita usahakan bersama ini"

"Kamu ni hidup baru setahun jagung, dah pandai nak buat benda yang bukan-bukan.. Kamu ingat apa yang kamu buat ni betul.. Akak ni, nasihatkan kamu bukan sebab akak nak marah kamu, tapi akak nak kamu sedar, dan perbetulkan silap kamu tu. Masih belum terlambat"

Serta macam-macam lagi situasi dalam kehidupan kita yang membolehkan kita marah pada orang, atas dasar sayang. Apakah boleh, marah itu boleh hadir bersekali dengan sayang. Macam tak berapa kena je kan??

Ada sesetengah orang akan cakap, kalau dah sayang, kenapa perlu marah?

"Beb, tak perlu la nak emo2 kot.. Lu cakap elok2 kan senang.. Susah sangat ke? Kalut la der... Rileks2 sudah"

Pada hemat saya, yang tak seberapa arif sangat ni.. saya suka dimarah oleh orang yang rapat dengan saya, kerana pada saya, itu tandanya mereka menyayangi saya.. Dan itu juga membawa satu definisi dalam kamus hidup saya iaitu, orang yang saya marah adalah orang yang saya sayang... ^^v (paling banyak kena marah, mesti la si lima bersaudara).. Paling seronok apabila dimarahi oleh ibu bapa, kerana itu tandanya mereka sangat mengambil berat tentang kita dan tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada kita.

Apa tips paling best untuk menyalurkan marah...?? Macam-macam la kan.. Rasulullah dah ajar kita macam-macam cara.. Kalau tengah berdiri, kita duduk. Kalau  tengah duduk kita baring.. Ambil wudhu', solat, zikir, istighfar dan sebagainya...

Ada juga lagi satu tips yang best untuk dikongsi iaitu, jangan marah waktu kita sedang marah...

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah.”

Itu kisah sahabat Rasulullah.. Macam mana pula kita nak aplikasi dalam kehidupan seharian kita.. Kata orang memendam perasaan itu ibarat memasang bom jangka, sampai masa ianya akan meletup jua.. Yang diperam akan masak, yang ditanak akan menjadi nasi, yang dijerang akan menggelegak.. Setiap perkara akan ada masa untuknya. 

Oleh itu, kita jangan marah orang waktu kita sedang marah, sebab waktu tu, syaitan sedang menguasai kita.. Bila kita dah dikuasai syaitan, kita akan bertindak diluar batas pemikiran biasa kita... Keluarla perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Jadi, bila kita sedang marah, diamlah.. Bertenang dan berfikirlah.. Serta ambil masa untuk membuat generalisasi.. Kemudian, seandainya ada keperluan untuk kita menyatakan kebenaran dan perkara yang benar, maka sekiranya ada keperluan untuk menunjukkan sedikit ketegasan dan marah, maka lakukanlah sekiranya itu yang terbaik... 'Buat-buatlah muka poyo, bajet  skit.. Buat-buat marah.. Konon besar la masalahnya tu, tapi idoklah besor mane masalohnyer'

Kadang-kadang, kita perlu keluar dari zon selesa. Marah akan mencetus pemikiran supaya kembali sedar, dan minda akan mula berfikir di luar kotak.  Sedikit provokasi akan menambah rencah. Kalau dah jadi buluh tak akan boleh dilentur. Kena ditakik-takik juga, baru boleh berubah bentuk.. Tetapi selagi ada kekuatan untuk melakukannya dengan sabar dan hikmah, maka itu adalah jalan yang lebih baik untuk dipilih. 

"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat".. Allahuakbar, betapa indahnya sabar dan alangkah seronoknya kalau hidup ni, kita tak perlu nak marah orang... Senyum je, dan terus sinergi membina persekitaran kondusif.. dengan senyuman.... ^^v

Senyum.. ^^v.. Kamu akan nampak sangat comel..
p/s: Percayalah, semuanya kerana sayang...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails