Bismillahirrahmanirrahim...
Pada suatu petang yang hening, hujan turun renyai-renyai.. Tidak cukup untuk membasahkan pakaian. Tanpa kilasan kilat dan guruh bersahutan. Saya singgah di kedai makan 'DIGI' bertemankan seseorang...
Ok2.. Sudah2 la tu berangan..Tak ke mananya, mimpi di siang hari ni. Ngee~
Kisah bermula bila lama nak menunggu makanan tiba. Ramai sungguh pelanggan yang singgah pada petang tu. Sesekali mata mengerling ke arah televisyen. Tiada rancangan yang menarik. Pelbagai topik telah dibincangkan dengan seseorang, namun kuey tiaw tomyam dan nasi paprik yang ditunggu belum juga kunjung tiba. Sekilas mata menangkap iklan televisyen yang mampu membuka mata dan menutup selera makan...
OMG!!!! What is this all about???
KLIP 3GP!!
Cerita apa ni wei..?? Macam tak bertamadun je.. Tagline: Ganas, Gerun, dan Ghairah.. (erk...)
MasyaAllah, sebagai yang bergelar muslimah, memang terasa sangat ter'hina' bila ada babak-babak yang seumpama itu ditayangkan secara terbuka. Rasanya, ianya bukan sekadar eksplotasi terhadap wanita malah ianya merupakan satu bentuk kekejaman. Ya, kekejaman... Kekejaman yang dilakukan oleh wanita terhadap dirinya sendiri ditambah dengan pengaruh persekitaran yang turut menggalakkan wanita membuka perlindungan yang telah Allah sediakan.
Malu, marah, dan kecewa berkecamuk. Serendah itukah selera masyarakat kita pada hari ini. Adakah dengan alasan untuk memberikan pendedahan berkenaan teknologi yang disalahgunakan untuk memerangkap wanita pada hari ini, menghalalkan adegan-adegan tidak bermoral dipertontonkan dengan terbuka? Geram, goyah, dan gagal.. itu adalah tagline yang saya rasakan wajar dalam menjelaskan persepsi saya terhadap iklan Klip 3GP ini..
Geram kerana saya sebagai seorang daripada wanita yang terdapat di seluruh dunia merasakan terlalu rendah nilai moral wanita masa kini. Waktu zaman jahiliyah, sebelum tibanya Islam, wanita telah didiskriminasikan. Bayi perempuan dibunuh dan tiada nilai wanita dalam sistem sosial. Tetapi, munculnya Islam dengan izzah yang tinggi, dengan syiar yang gemilang mengangkat martabat wanita menjadi perhiasan dunia. Tetapi bukan perhiasan untuk dipertonton. Bukan hiasan untuk di 'ratah' oleh mata-mata yang bukan haknya. Seindah hiasan adalah wanita yang solehah. Saya juga masih mencari solehah, masih membina diri, masih memerlukan mutiara nasihat dan peringatan berharga, saya juga jauh dari kesempurnaan, tapi bukankah kita boleh menjadi lebih baik?? Bukankah kita telah dibentangkan dengan pelbagai pilihan, dan kita berhak untuk memilih. Jadi, mengapa memilih kebinasaan?
Saya juga bakal pendidik. Saya yakin dan pasti, setiap pendidik merasakan perkara yang sama sebagaimana apa yang saya rasai. Tidak wajar untuk mengeluh tentang tugas dan amanah pendidik, namun inilah realiti yang harus sama-sama difikirkan. Bayangkan, apabila di sekolah, pendidik mengingatkan murid tentang menjaga batas pergaulan, memelihara kehormatan diri dan pelbagai nilai murni diterapkan. Segala usaha kelihatannya seperti berjaya. Tetapi, apabila anak-anak berhati suci di sekolah ini pulang ke rumah dan bersama masyarakat, mereka terdedah dengan klip videp porno seumpama Klip 3GP. Belum lagi kita bicarakan berkenaan dunia maya tanpa batas sempadan yang lepas bebas. Entah!!
Goyah.. The first rule of leadership:everything is your fault... Allahu Rabbi.. Tidak boleh kalau nak salahkan pengarah filem, pelakon, penerbit, dan krew-krew yang terlibat sahaja. Apa peranan kita? Melihat sahaja tanpa sepatah kata. Tersenyum dan tak perlu kata apa-apa??? Apa yang boleh diri kita lakukan. Paling tidak, sebarluaskan pada rakan-rakan supaya memboikot cerita ini.
Gagal.. Terasa sangat perlu untuk muhasabah diri. Sesungguhnya besar kemurkaan Allah apabila engkau mengatakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan... Biarkan seketika, hati bermonolong mencari keizzahan sebelum mencetus makna kata...
Ya Allah, kurniakan pada hambaMu ini sebuah ketenangan dalam keresahan...
No comments:
Post a Comment