Bismillahirrahmanirrahim...
Semua orang ada impian,
Semua orang ada harapan,
Tak kira la apa pun, semua orang berharap yang impian, hasrat, dan cita-cita... akan menjadi kenyataan...
Apa impian anda????
Impian saya...?? Erm, banyak kot... lagi banyak berbanding usaha yang dibuat untuk mencapai impian tersebut.. erk.... whatever!!
Sekarang dah musim orang angkut sana sini kamera DSLR... Klik2... Clash2x (bunyi kamera)... Sabo2, jangan terlebih berangan!! (dunia semata-mata ni)
Tapi, memang sangat seronok kalau dapat satu.. <-- ini satu daripada dari impian saya..
Apa yang seronoknya kalau dapat 'tangkap' gambar ni..? Erm, kind of good question..
Have you ever heard about photography?? Mesti la pernah, kan..?? Semua pandai-pandai belaka ni..
Sebenarnya, kalau kita nak tahu.. fotografi adalah satu bidang berkaitan dengan cahaya..., yang mana satu daripada sifat cahaya yang kita tak sedar ialah, sebenarnya....cahaya boleh menulis...
Macam mana tu..??
Sebenarnya, saya pun dapat info ni waktu pensyarah berkongsi tentang subjek EDU 3105: Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran..
Saya tak dapat nak menerangkan di sini tentang sejarah fotografi kerana saya telah miss place buku nota yang saya gunakan untuk mencatat info yang saya peroleh dalam sesi kuliah.. tapi boleh juga kot kalau nak rujuk: Google's note
Tapi, berdasarkan sudut pandang saya.., saya mendapati ada benarnya istilah fotografi yang dikaitkan dengan cahaya yang menulis...
Why??
Apa fungsi tulisan??
Baik,... Tulisan merupakan satu proses ataupun medium penyampaian maklumat ataupun sesuatu mesej samada berbentuk perkongsian pendapat, penerangan, pelahiran emosi dan sebagainya..
Baik,... Tulisan merupakan satu proses ataupun medium penyampaian maklumat ataupun sesuatu mesej samada berbentuk perkongsian pendapat, penerangan, pelahiran emosi dan sebagainya..
Jadi apabila dikatakan fotografi sebagai satu sifat cahaya iaitu, menulis.. bermakna ianya berfungsi dalam menyampaikan mesej samada berbentuk perkongsian pendapat, penerangan, pelahiran emosi dan sebagainya..
Jadi, nak dikatakan di sini.. gambar dan imej yang terakam, merupakan satu hasil tulisan cahaya yang mampu mengungkap seribu satu makna walaupun tanpa satu patah kata... erm... So nice...
Setiap photographer mempunyai mesej yang tersendiri yang disampaikan dalam setiap gambarnya. Sebab tu, zaman sekarang ni, orang dah mencuba pelbagai teknik bagi menghasilkan shot yang menarik... mereka ambil gambar dari angle yang berbeza, buat blur, dan macam-macam lagi teknik yang awesome..
Dan hal ini juga memberi penjelasan kepada saya, kenapa kebanyakan orang yang suka shot gambar ni adalah orang yang sedikit pendiam... (Siti Umairah, 2011)
Kerana gambar-gambar mereka sudah bercerita, apa perlu lagi kepada sebuah penjelasan..??
art??? |
one good reason for me to cherish every moments that I've been through via pictures.Let these pictures do the talking.Sometimes we tend to forget the memories but pictures will keep them alive...;)
ReplyDelete