Tuesday, October 29, 2013

the unspoken love ^^v

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.r.

Alhamdulillah wa syukurillah..... Tembakan ucapan tahniah atas perletakan sebuah taklifan yang masyaAllah beratnya. Saya memang selalu cakap, bila Allah dah bawa kita kepada satu jalan, Dia akan membawa kita melaluinya. Memang Allah memang bawa saya melaluinya. Tapi saya kira saya yang melaluinya dengan mata yang tertutup, minda yang separa sedar. Menghitung satu demi satu dosa yang dilakukan itu merupakan satu perkara yang cukup memeritkan. Sudikah lagi Allah menerima taubat hambaNya yang banyak berdosa ini?

Allah sentiasa sudi. Hebatkan Allah. Hebat sangat.



Betul sebenarnya, sekalipun banyak kepincangan yang berlaku. Banyak pemberontakan hati yang tercetus. Semua itu banyak mendidik hati. Banyak membantu untuk melihat dunia dalam kacamata yang berbeza. Mungkin tiada manfaat saya untuk orang lain, tetapi terlalu banyak manfaat orang lain untuk saya.


Hikmah yang terbesar ialah Allah mengurniakan saya adik-beradik dalam perjuangan yang sangat hebat. Melihatkan mereka saya jadi termalu sendiri, melihat semangat juang mereka, saya membuat introspeksi.

Konklusinya, Allah hantarkan orang-orang yang baik kepada saya supaya saya menjadi baik. Orang yang baik kena ada hati yang suci. Orang yang baik kena sentiasa berlapang dada. Orang yang baik kena sentiasa berprasangka baik dengan Allah.


Jauh lagi saya untuk mencapai ke tahap itu. Sedangkan saya tak tahu bila ajal akan datang menjemput.

Specially dedicate to my happy and wonderful siblings dalam perjuangan, even I know uolls are not going to read this.

Walaupun along mungkin tak dekat dalam panggilan telefon dan sms. Mahupun taujihat penuh hamasah dan bimbingan yang menggerakkan. Ketahuilah sesungguhnya, kalian dekat dalam rabithah. Kita akan terus melangkah kerana kita tahu matlamat yang kita nak tuju itu adalah sama. Kita pun lalu jalan yang sama walaupun pada masa yang berbeza. Ada duri yang pada jalan kalian yang along tidak bersama, tetapi ketahuilah setiap kali mengaduh tentangnya, duri-duri itu turut menusuk tajam ke dalam hati. 

Namun, resmi kita yang mendambakan syurga Ilahi. Orang mukmin tidak akan berlama-lama dalam kesedihan. Sampai waktu kita akan membuka lembaran baru yang lebih membawa kita dekat pada sang pencipta. 

Along tak pandai nak bersweet-sweetan. Apatah lagi nak mengungkapkan sayang. Biar ia tersimpan dalam lubuk hati yang paling dalam, supaya dapat menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Mempunyai sahabat dan adik beradik dalam perjuangan merupakan anugerah yang terindah. Mahal weh harganya. :)

To anjang ridz, ateh, usu, dan adik: Selamat meneruskan perjuangan.

To along wan, angah hafiy & angah del, ateh fizi, anjang cik da, achik, usu paih, uda fariq & uda syair : Semoga kita terus istiqamah.

[menulis post ini untuk dibaca satu hari nanti]

Wednesday, October 16, 2013

an excuse

Assalamualaikum w.b.r

Tujuan post ini wujud mungkin untuk sebuah penjelasan. Walaupun tak semua perlu pada sebuah jawapan, tetapi untuk isu ni macam perlu je. Tak perlu baca, sebab tak ilmiah pun. Sekadar menconteng supaya satu hari nanti, bila baca balik blog bersawang ni, saya akan dapat tahu adakah saya orang yang tetap pendirian ataupun 'lalang' ataupun bahasa baiknya fleksibel terhadap sesuatu keputusan.

PERTANDINGAN.

Ya, pertandingan.


Mesti sahabat-sahabat ada yang pernah masuk pertandingan kan. Hebat-hebat belaka. Pendebat terbaik, penyajak terbaik, anugerah inovasi, putera/puteri mithali, mahupun apa-apa jua gelaran yang hebat-hebat hasil pertandingan yang pernah diikuti. Memang terbaik. 

Sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, hinggalah ke pengajian tinggi, banyak pertandingan yang dianjurkan. Bermula dari peringkat dalam kelas hinggalah ke peringkat antarabangsa. Untuk mencungkil bakat dan potensi. Untuk menilai siapakah yang terhebat dalam kalangan yang hebat. 

Saya sendiri pun tak terkecuali. Pernah mengikuti beberapa pertandingan. Beberapa sahaja. Tak banyak macam orang lain. ="=

Jadi apa masalahnya dengan pertandingan?

Baiklah, to tell the truth......... Saya kurang selesa dengan pertandingan. Sebelum menjelaskan dengan lebih terperinci, suka saya untuk menerangkan tentang kata kunci ialah KURANG SELESA, bukan benci atau tak suka. Dan penggunaan kata ganti nama diri SAYA merujuk kepada saya (Siti Umairah binti Othman- 891209-14-****), bukan untuk orang lain. Bukan juga untuk memaksa orang lain bersetuju. Sekadar menyatakan pandangan sahaja. ^_^v


Baiklah....

Kenapa kurang selesa?




Sebelum itu, cuma nak ceritakan tentang satu-satunya pertandingan yang saya kira saya mampu berjiwa dengannya iaitu pertandingan forum remaja. Itu satu-satunya pertandingan mewakili sekolah yang saya masuk atas kerelaan hati sendiri. Betul saya masuk kerana minat dan suka dengan tajuknya. Saya sangat tabik dengan cikgu yang mendorong untuk memasuki pertandingan ini. Cikgu Muhamad. "Keganasan Global: Menyingkap Punca Permasalahan dan Implikasi" . Saya kenal istilah Islamifobia. Saya tahu serba sedikit tentang keganasan terhadap umat Islam seluruh dunia. Jadi, sangat suka untuk membawakannya. Konon selektif la kan. Haha. But, as long as we can make a choice, then choose. ;)

Bila masuk IPG, entah kenapa keterujaan itu hilang. Seringkali juga mencipta alasan untuk tidak mewakili apa-apa jua pertandingan. Seringkali menggunakan alasan taklifan untuk 'melarikan diri'. Saya tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya cuba membuat refleksi. Apakah punca semua ini. Pesan Cikgu Mad untuk 'tidak berhenti di sini' nampaknya saya biarkan begitu sahaja. Terngiang-iang kata-kata Cikgu Jizah, "saya tak faham kenapa awak tak nak masuk".


Inferiority Complex?

Haha. Idokla sampai tahap tu.

Sejujurnya, saya orang yang tidak selesa dengan pertandingan kerana saya tak suka pada keadaan hati saya sepanjang pertandingan. Semua orang ada 'stage nervous', saya pun tidak terkecuali. Walaupun ada pengalaman memberikan ucapan sekalipun, tetap perasaan itu tak akan hilang. Saya akan bersedia untuk jangka masa yang lama untuk sebuah ucapan ringkas. Saya akan tanya hati saya betul-betul, adakah saya memang ingin sampaikan apa yang saya nak sampaikan ni. Ada tak manfaatnya pada orang. Banyak soalan-soalan yang perlu di bina. Banyak buku atau artikel yang perlu dibaca. Sambil berjalan otak akan mula membina isi-isi penting.

Jadi, intipati yang saya cuba sampaikan ialah.... saya menghadapi kesukaran untuk menyampaikan idea orang lain yang tidak saya fahami dengan jelas. Jadi kalau saya tidak dapat faham, bagaimana saya mampu menyampaikan dengan baik. Sekadar bercakap di angin lalu, masuk telinga kiri kemudian keluar telinga kanan. Huhu... I can't bear with that. Seriously. No matter how hard I try. :(


Bukan senang nak menjaga sekeping hati. Kita yang jaga hati kita, kita tahu bagaimana sukarnya. MasyaAllah. Allah sahaja yang tahu. Jadi, kalau hati sedang sesak dan pertandingan yang memerlukan penelitian dan masa, saya perlu menolak atas dasar perkara lain yang perlu saya beri keutamaan. Fiqh awlawiyat.

Saya tak hebat. Saya cuma memilih untuk apa yang perlu saya sampaikan. Maka membuat pilihan itu bukan satu perkara mudah bagi seorang perempuan. Jadi, ini 'kecerewetan'  yang major. Mohon diampuni pada hati-hati yang sebal dengan tindakan saya. Jiwa-jiwa yang terluka dengan sikap tidak ambil bahagian dalam pertandingan. Saya tak mampu.

Sekiranya akan datang, muncul keadaan yang saya mampu Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik. Saat itu akan tiba apabila matlamat saya bukan untuk sebuah kemenangan. :)





Tuesday, October 15, 2013

Siswa/i Pendidik IPG tidak kompeten? Apa Peranan?



Dalam mendepani cabaran semasa, satu persiapan penting yang perlu ada dalam setiap mahasiswa pendidik adalah menyedari cabaran yang perlu di hadapi oleh mereka. Berdasarkan pengalaman mengikuti latihan yang disediakan di IPG, apakah cabaran yang ada dan bagaimanakah pendekatan yang digunakan dalam menghadapi cabaran berkenaan?

Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan 1, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin pernah berkata bahawa “ Guru mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek” . Hal ini berkait dengan etika keguruan iaitu penampilan atau personaliti. Kenyataan ini telah dipetik daripada artikel ‘Negara Perlu Guru Berkualiti’ petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mac 2011.
Isu dan cabaran merupakan dua perkara yang berbeza. Isu merupakan perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Satu isu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan siswa pendidik kita mutakhir ini ialah isu penempatan guru pelatih.
Penghapusan Jaminan Guru Pelatih

"Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru."

(dipetik dari RMK10-Bab 5,m/s:21)
Hadirin yang dimuliakan.
Tujuan saya membawa isu ini untuk dibicarakan, bukan untuk mempersoalkan dasar mahupun ketetapan yang tertulis. Tetapi untuk sama-sama kita renungkan cabaran yang bakal kita hadapi di sebalik isu yang ada timbul. Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani. Maka, IPG juga sebenarnya tidak terkecuali dalam berhadapan dengan cabaran semasa ini.


Cabaran 1:
Mengenali dan memahami dinamik sasaran, gelanggang dan iklim persekitaran.

Sebenarnya, hal ini merupakan satu permasalahan yang sangat kritikal untuk kita analisis bersama. Persoalan yang selalu ditimbulkan ialah, adakah Mahasiswa IPG kompeten? Jadi saya buka kembali persoalan ini kepada sekalian siswa pendidik yang hadir pada hari ini. Kelebihan kewangan dengan elaun yang diberikan, waktu pembelajaran yang tidak sepadat mahasiswa di IPTA, jaminan pekerjaan telah mewujudkan satu ‘zon selesa’ kepada siswa pendidik IPG. Sekali di uji dengan isu penempatan, kita mula menyedari yang kita tidak lagi berada di zon itu. Bagi yang masih berada di sem awal, masih banyak yang boleh dilakukan. Tetapi bagi yang berada di semester akhir, hanya Allah yang dijadikan tempat sandaran.

Sebelum ini, kesedaran dalam kalangan siswa pendidik untuk berpartisipasi (melibatkan diri) dalam program keilmuan mahupun menganjurkan program sebagaimana diusahakan pada hari ini begitu kurang. Kita banyak berharap kepada program Bina Insan Guru (BIG) dan penyertaan terhadap program anjuran kampus juga tidak mendapat sambutan secara menyeluruh. Kita yang ada di sini pada hari ini, walaupun berlainan kampus, tetapi saya yakin dan pasti, masalah di peringkat kampus kita tidak jauh berbeza.

Bibit-bibit kesedaran untuk memperjuangkan isu secara berpusat telah pun berlaku apabila terjadinya sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama. Namun, satu usaha yang efektif belum cukup kuat untuk kita menampilkan satu suara bersama mewakili siswa pendidik secara keseluruhannya. Rentetan usaha yang telah kita lakukan sepanjang tempoh kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014.

Cabaran 2: Menguasai pelbagai teknik dan teknologi secara profesional dalam menyumbang khidmat bakti (jurubicara ummat)

Bekas yang kosong tidak akan mengisi bekas yang lain. Oleh itu, mahasiswa pada hari ini. Tidak kira di IPG mahupun di IPTA dan IPTS harus melengkapkan diri dengan pelbagai teknik dan teknologi dalam menyumbang khidmat bakti. Sebentar tadi kita telah dibentangkan dengan realiti masyarakat kita pada hari ini. Globalisasi pada hari ini sangat berimpak besar terhadap sistem pendidikan di negara kita. Kita tidak boleh menolak globalisasi hanya semata-mata ianya dimulakan oleh orang Barat. Banyak aspek-aspek yang bermanfaat yang boleh kita ambil serta  dalam masa yang sama kita berwaspada terhadap sumber yang tidak memberikan manfaat.

Pelbagai teknik yang dimaksudkan bukan sekadar ilmu dan kemahiran untuk menjadikan kita sebagai bakal pendidik, tetapi juga sebagai juru bicara ummat. Golongan muda yang masih lagi kuat tubuh badannya, cekal semangatnya, harus bersedia untuk mewakili masyarakat dalam mendepani masalah yang berlaku. Masyarakat memerlukan anak muda yang boleh membetulkan segala kepincangan sosial yang berlaku. Kita tidak boleh lagi terus meletakkan diri kita dalam situasi pengguna kepada teknologi semata-mata. Anak muda bukan lagi pengikut trend, bahkan harus berimpian menjadi pencetus trend. Trend yang harus dicetuskan ialah trend budaya ilmu dalam semua aspek kehidupan.

Umat Islam, mempunyai tradisi ‘litaarafu’ atau kekenalan yang mempunyai maksud yang sangat luas. Tradisi ini membolehkan umat Islam mengenal, dan berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dari orang lain. Tamadun Cina umpamanya adalah peneroka dalam bidang pembuatan kertas dan penghasilan mesin cetak. Sebelum ini orang Islam menulis di atas daun-daun, pelepah dan kulit-kulit, ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat. Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam memperkembangkan asas angka secara kreatif dengan memperkenalkan konsep algebra, alghorithm dan lain-lain kepada dunia Islam dan Barat. Manakala Ibnu Battuta pula mengelilingi banyak benua telah menghasilkan penulisan menceritakan perjalanan kisah kehidupan dan budaya di tempat  lain untuk panduan dan manfaat ramai orang.

Cabaran 3: Melahirkan pewaris kepimpinan dan pembangunan negara yang cemerlang.

Setiap yang diciptakan, pasti ada hikmahnya. Dijadikan minyak, gas, uranium, dan lain-lain yang bersifat benda mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri. Bahan yang telah disebutkan sebentar tadi penting untuk menjana kemajuan dan perubahan. Begitu juga dengan manusia, apabila segala kelebihan yang ada pada dirinya sebenarnya dapat dijadikan sebagai ‘modal’ untuk manfaat sekeliling. Pembangunan dan penyuburan modal insan bermaksud bagaimana diri insan dibangunkan berbekal dengan kekuatan ilmu dalam acuan pendidikan yang mampu mengangkat martabat penyelidikan, ketrampilan yang bercorak sains dan teknologi hingga membolehkan manusia menguruskan menguruska sumber rahmah dan nikmah yang dikurniakan Allah. Al-Quran memberi keutamaan kepada pembangunan insan kerana seorang insan yang baik akan bermanfaat kepada orang  lain. Sebagaimana Rasulullah yang telah dibangunkan karakternya dengan qudwah ataupun contoh ilmu serta kebijaksanaan.

Modal insan menurut kaca mata Islam ialah bagaimana potensi insani seperti akal, hati, dan jasmani dijadikan sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Maka, menjadi tungas utama bakal guru untuk menyedari klien yang perlu disantuni merupakan modal insan bakal pewaris kepimpinan dan pembangunan negara yang cemerlang. Apabila masuk ke kelas sewaktu praktikum, satu perkara yang kita harus sama-sama sedar ialah, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan pemimpin negara 30 ke 40 tahun akan datang. Dalam kalangan murid yang kita didik mungkin ada yang akan menjadi orang no 1 dalam negara. Boleh jadi orang yang paling penting dalam negara ataupu penjenayah paling dikehendaki.

Negara-negara maju di Barat telah sekian lama menjadikan faktor pembangunan modal insane sebagai matlamat pendidikan mereka di segenap peringkat. Strategi pendemokrasian pendidikan, pendidikan sepanjang hayat, pendidikan komuniti, pendidikan jarak jauh adalah antara strategi yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan modal insan. Jiran terdekat kita iaitu Singapura, tidak mempunyai hasil bumi yang banyak tetapi mempunyai modal insan berkualiti.

Sekiranya kita membelek sejarah, melalui kisah Sultan Muhammad Al Fateh, kita dapat melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh ayah dan para pendidiknya. Beliau melalui proses pendidikan yang cukup hebat. Bukan sekadar kemampuan intelek, bahkan diasuh dengan pelbagai strategi peperangan, diperhatikan amalan seharian, dan mempunyai kemahiran berpidato yang mengkagumkan. Tiada siapa menyangka, bahtera boleh belayar di daratan. Hanya modal insan yang berkualiti mampu menjana pemikiran yang tidak terlintas di fikriran orang lain. Pemikiran dalam kerangka kesedaran beragama dan nilai.

Cabaran membina modal insan pewaris kepimpinan negara ini cukup getir dalam situasi masyarakat yang pincang akhlaknya. Anak-anak dididik dengan baik di sekolah tetapi disebabkan oleh faktor luar seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa yang lepas tangan, dan masyarakat yang bersikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Guru sewajarnya kembali berperanan seperti guru dahulu yang sangat diperlukan dalam masyarakat. Turun ke medan masyarakat, dan cuba menyelesaikan konflik permasalahan masyarakat dengan sentuhan keguruan: menyampaikan kepada hati yang mengawal keseluruhan anggota.




KESIMPULAN
Benih yang baik, dilempar ke laut menjadi pulau. Dilontar ke darat menjadi gunung. Begitulah resminya modal insan yang bermanfaat kepada orang lain. Kita sebagai mahasiswa tidak boleh mengharapkan 100 % sistem di IPG, IPTA, IPTS dapat menjadikan kita sebagai ikon pendidik yang hebat pada peringkat awal kita terjun ke medan sebenar pendidikan. Kita akan berhadapan dengan situasi, diberikan tugasan yang tidak pernah kita tahu cara mengendalikannya sebelum ini, kemahiran yang tidak sempat kita kuasai sepanjang latihan, maka apabila situasi ini berlaku, teruji kebolehan sebenar kita sebagai bakal pendidik.

Ya benar, kita dibentuk dalam acuan yang sama. Tetapi harus kita ingat, acuan yang sama akan menghasilkan bentuk yang sama. Rupa bentuk fizikal yang sama. Kemana-mana mudah di cam sebgai guru walaupun masih bergelar siswa pendidik.

Tetapi bentuk yang sama, tidak menjamin rasa yang sama. Mungkin akan ada kuih yang manis, mungkin ada termasin. Mungkin ada yang boleh dikomersilkan, mungkin juga hanya sekadar buat makan-makan di waktu petang.


Kerana apa? Kerana ada beza antara orang yang berinisiatif dengan orang yang sekadar menunggu. Maka sahabat-sahabat, di mana kita? Sama-sama kita fikir dan renungkan kembali. 

Siswa/i Pendidik IPG, tidak kompeten?

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama juga mencari-cari masa terbaik untuk menulis tentang tajuk ini, sehinggalah sekarang baru terbit. Sudah meninggalkan kepimpinan IPG untuk 8 bulan. Meniti hari-hari terakhir menjadi siswi di IPG. Menunaikan hak-hak insan sekeliling yang tidak dilakukan sewaktu memegang taklifan dalam JPP. Taklifan yang banyak mengajar dalam mengenal sepak terajang berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam, karenah, dan pendapat. Perit memang ada, tetapi yang manisnya terlalu banyak. Mengajar menjadi manusia dan insan.

Sudah lama dihantui dengan persoalan ini. Mimpi ngeri siang dan malam. Sayalah seorang daripada siswi pendidik IPG itu. Adakah saya tidak kompeten? Adakah saya mempunyai low-order thinking, sehingga tidak mampu untuk membawa sesuatu perubahan kepada landskap pemikiran warga kampus? Adakah dan adakah?

Ya, saya lemah. Memang lemah. Saya tahu saya tidak berjaya. Saya tahu saya tidak membawa apa-apa perubahan. Saya tahu saya tidak membawa sesuatu yang boleh dibanggakan pun. Saya tahu dan saya tahu.

Jadi adakah saya fikir siswi/a pendidik IPG tidak kompeten?

Saya kira saya akan jawab begini:

Adakah ruang untuk kami kompeten?

Adakah selepas kami memberikan pandangan kami tidak akan dihukum dengan pandangan kami?

Adakah sekiranya kami cuba untuk membawa sesuatu perkara di luar kotak, kami tidak akan dianggap cuba melawan orang atasan?

Senyum.

Nak membangau la tu. :p

Tetapi itulah realitinya. Kalau kita tak dengar dengan telinga kita pun, kita dapat tahu dari orang lain. Ok, dah cukup dengan tulisan beremosi.

Sekadar minum kopi dan makan pasta satu teks forum sempena Kolokium Mahasiswa Pendidik yang lalu. Thumbs up untuk penganjur. Memang daebak!!

SOALAN 1:
Kita boleh perhatikan, bagaimana mahasiswa dahulu mencorakkan negara ini, yang kemudiannya menjadi corak kepada Malaysia pada masa kini. Begitulah kitarannya. Sesuatu perkara atau isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa akan dibudayakan oleh generasi pelapisnya selepas 5 hingga 10 tahun akan datang. Mahasiswa IPG atau Siswa Pendidik merupakan terma yang masih baru dalam masyarakat sementelah usia penjenamaaan IPG berlaku pada tahun 2010 apabila pentadbiran Institut Pendidikan Guru diasingkan daripada Bahagian Pendidikan Guru dan IPG Kampus diselenggara sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya. Oleh itu, memegang mandat sebagai Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, sekaligus mewakili bukan sekadar kampus saudara, bahkan 27 kampus IPG seluruh Malaysia, pada hari ini kita ingin sama-sama mendengar, suara Siswa Pendidik tentang di manakah kedudukan Mahasiswa IPG dalam pembentukan acuan Malaysia dan apakah isu yang cuba diperjuangkan?

Terima kasih tuan moderator yang dihormati seterusnya hadirin yang budiman,
Perbahasan agenda mahasiswa memenuhi ruang entiti masyarakat kerana mahasiswa bukanlah golongan yang terkebelakang dalam proses sosial dan demokrasi. Golongan mahasiswa dianggap sebagai entiti ‘murni’ kerana peranan mahasiswa dan gerakannya terlalu banyak dalam proses pendemokrasian.

Sejarah telah mencoretkan peranan yang amat besar dilakukan oleh gerakan mahasiswa selaku penggerak utama terhadap terjadinya perubahan sosial, budaya, politik dan lain-lain. Kekuatan mahasiswa dibuktikan dengan peristiwa penggulingan Juan Peron di Argentina pada tahun 1955, Perez J Menex di Venezuala 1958, Soekarno di Indonesia pada tahun 1966 dan banyak lagi. Pembabitan mahasiswa dalam banyak peristiwa seluruh dunia membuktikan besarnya peranan dan pengaruh mahasiswa dalam kepimpinan sesebuah negara.

Namun, saya bukan ingin bercakap tentang bentuk usaha yang diperjuangkan oleh kami di kepimpinan siswa pendidik IPG merupakan bentuk yang sama dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka terhadap kepimpinan negara. Ingin saya tegaskan, “Tidak sama sekali”.  Bagi sebuah bangsa, pemuda disebut sebagai agent of change bagi setiap generasi yang wujud. Sebuah perjuangan, tidak mengira ideologi apapun yang menjadi taruhan, hampir mustahil berjaya tanpa campur tangan orang muda. Sejarah membuktikan hal demikian seperti yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w  menawan hati kaum muda pada awal dakwahnya.

Tuan moderator dan warga dewan yang dihormati.
Berbalik kepada persoalan dimanakah mahasiswa IPG dalam koordinat kedudukan mahasiswa di Malaysia, maka suka saya untuk menjelaskan di sini, mahasiswa IPG mempunyai pentasnya yang tersendiri. Sebagai sebuah institusi yang melahirkan produk-produk yang memiliki citra yang sama, maka keunikan ini menjadikan siswa pendidik IPG berbeza daripada mahasiswa IPTA/IPTS. Bidang kami adalah bidang pendidikan. Bidang mencorak khalifah kecil yang kelak akan meneraju pemrintahan negara. Kami berada pada peringkat pembentukan asas. Dalam erti kata lain, kami ialah golongan ‘behind the scene’. Kalau pembikinan sebuah filem, bila kita menonton kita akan dapat menilai samada filem berkenaan pecah panggung ataupun ‘tak balik modal’. Tetapi di sebalik mutu yang kelihatan, kita tidak tahu terdapat ramai pihak yang berperanan di belakang tabir.

Masyarakat mengenali kami dengan pembawakan. Walaupun kami belum menjadi guru, namun ke mana-mana sahaja kami pergi, pasti antara soalan yang akan diajukan ialah, ‘cikgu ke?’ Hal ini menunjukkan sistem yang kami lalui di IPG berhasil dalam membentuk citra guru dalam diri kami. Penyertaan kami dalam aktiviti kemasyarakatan samada memenuhi proforma seperti (Bina Insan Guru, Program Bakti Guru, Pemulihan Dalam Komuniti), mahupun berbentuk Pembangunan Insaniah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan bimbingan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dapat memberitahu masyarakat, terdapat segolongan mahasiswa yang sedang melalui proses pembentukan diri. Mereka  sedang bersedia untuk turun ke lapangan masyarakat, menyantuni anak kecil dengan ilmu dan amal, membantu masyarakat dengan melibatkan diri dan menjadi sebahagian warga yang berperanan, seterusnya menjayakan aspirasi pendidikan negara.

Maka, peranan kami dalam pembentukan acuan Malaysia adalah paling penting dan paling utama ialah beriltizam dalam membentuk diri kami sendiri. Ramai orang bercakap tentang hasrat untuk mengubah dunia, namun dalam diri kita, terdapat ‘dunia’ yang perlu ditadbir urus dengan baik. Baik ‘dunia’ pada diri kita, maka InsyaAllah baiklah dunia keseluruhannya. M. Natsir pernah menyebut, “Suatu bangsa tidak akan maju sebelum ada di antara bangsa itu, segolongan guru yang suka berkorban untuk keperluan bangsanya” . Siapakah guru yang dimaksudkan? Saya begitu bercita-cita besar, mahu melihat generasi kami yang dilahirkan dari kandungan IPG inilah segolongan guru yang dimaksudkan. 5 tahun setengah kami dilatih dan dididik dengan ilmu dan kemahiran, mempersiapkan diri dalam segenap aspek (rohani, intelek, emosi, jasmani, sosial).

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Surah As-Saff ayat 4)

Maka, seruan saya kepada semua warga siswa pendidik yang berada di dalam auditorium pada hari ini ialah, kita harus berganding bahu dan bersama-sama dalam mengangkat sesuatu isu. Berilah kepercayaan kepada kami, mahupun sesiapa sahaja yang bakal menyambung tugas kami untuk kita membuktikan kekuatan kita sebagai satu pasukan. Sedarkan juga sahabat-sahabat kita yang tidak dapat hadir pada hari ini tentang peranan yang seharusnya dilakukan. Ibarat sebatang lidi, ianya akan patah apabila sendirian. Tetapi lidi seberkas yang diikat boleh digunakan untuk menyapu segala karat-karat jahiliyah yang membelenggu masyarakat kita pada hari ini.

Hadirin yang dihormati,
Lantas analogi tadi menjawab persoalan yang kedua. Perjuangan kami saat ini adalah perjuangan membina kesatuan. Perjuangan untuk menayatakan, segala usaha ke arah kebaikan tidak akan berhasil dengan sendirian. Fokus perjuangan kami ialah pembangunan modal insan. Sebagaimana yang disebut oleh Prof Sidek Baba, seorang ikon pendidik negara kita, “Fokus terhadap pembangunan modal insan adalah langkah yang terbaik. Modal insan yang berwibawa adalah hasil cernaan ilmu, ketrampilan dan nilai yang sifatnya integratif. Darinya lahir mereka yang memiliki keahlian dan kepakaran yang sifatnya menyumbang dan bakal menghasilkan peribadi unggul (towering personalities).

Kami bukan golongan yang cuba tampil dengan aliran pemikiran baru, bahkan kami ingin menjadi golongan meneladani kehebatan institut pendidikan guru yang pertama dalam sejarah peradaban manusia. IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang berusia 78 tahun merupakan IPG tertua di Malaysia. Tetapi dalam peradaban manusia, Institut Pendidikan Guru yang pertama yang bermula dengan 4 orang pelajar ialah institut yang diasaskan oleh baginda Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Aliran ketamadunan ilmu yang diwariskan oleh junjungan mulia, disambung dan terus disambung dengan budaya intelek yang tinggi. Umara dalam beberapa tradisi kepimpinan menjadi penaung kepada tradisi intelektualisme yang sihat. Perdebatan dan perbezaan pendapat berlaku tetapi dengan etika yang tinggi menerima perbezaan sebagai satu rahmat dan mencetuskan perkembangan idea dan ilmu.


Ianya bukan satu perkara yang mudah, lantaran kita dibatasi geografi. Namun insyaAllah dengan perkembangan teknologi pada hari ini, kekangan geografi tidak akan menjadi halangan. Apabila kita sudah bersatu apa jua isu yang mendatang pasti akan dapat ditangani. Isu kebajikan, penempatan, kesedaran budaya ilmu, keruntuhan nilai dan moral siswa pendidik insyaAllah akan dapat diatasi.

~panjang pulak.... soalan 2 next post ep~ ^_^

an answer...

Assalamualaikum....

Ada orang menuntut jawapan nampaknya. Mungkin dia lupa agaknya umai dah pernah bagi jawapan kat dia dulu. Atau mungkin sebab dia ingat umai bergurau kot.

Dia tanya saya, apa pendapat saya tentang dia. Saya bukan orang yang terbaik dalam memerhatikan personaliti seseorang, tetapi kalau dah pernah kenal lima tahun setengah, dah pasti ada sedikit sebanyak tentang diri dia yang kita kenal.

Untuk awak yang menuntut jawapan,

Awak pada masa saya adalah seorang yang sangat gigih berusaha. Selalu bersedia lebih. Hihi. Sangat kagum sebab saya tak mampu nak buat macam tu. Jealous pun ada jugak.

Saat yang paling segar dalam ingatan saya, adalah satu saat yang awak walaupun dalam keadaan yang 'kurang happy' awak lupakan perasaan tu dan terus bersama kawan-kawan satu group untuk satu tugasan kumpulan. Saya nak cakap kat awak sebenarnya, setiap kali saya rasa 'down' saya akan ingat apa yang awak buat tu. Walau dalam keadaan sedih macam mana sekalipun saya still akan buat kerja saya sampai nokhtah yang terakhir. Sebab 'my mind capture that moment' and it still there.

;)

Awak memang cepat terkesan kan. Hihi. Awak selalu cuba untuk control perasaan awak. Tapi kan. Sebenarnya itu bukan bermakna kita tak boleh kawal perasaan. Tapi disebabkan kita dah kenal sangat lama. Masing-masing dah masak dengan perangai masing-masing. Sebab tu kalau ada sesiapa yang moody, kita boleh tahu. Kalau ada yang sedih, kita boleh perasa. Siapa yang sedang fall in love kita dapat hidu. Its just because we know each other well. Very well.

You in 5 words.

Naughty. Responsible. Sensitive. Simple. Caring




Thursday, October 10, 2013

Hijau Hebat !!

Assalamualaikum w.b.r.

Alkisah kepada post kedua untuk hari ini, ehhe..... ;)

Saat berjalan-jalan sekitar kampus, memerhatikan satu demi satu kereta meninggalkan kawasan kampus yang permai. Melambai-lambai kepada yang mahu pulang ke kampung halaman.Tak semena-mena kaki tersampai ke Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang.

Eh??

Ahha jangan silap faham pula yang sidang hadirin.

Bukan Gunung Ledang.

Kompleks Sukan kami yang memang da booom tu. Kecemburuan kampus-kampus lain yang datang berziarah. Gimnasium yang lengkap peralatan (tapi tak digunakan) .

Abaikan tiga patah perkataan dalam kurungan.

Berbalik kepada kisah yang tersampai tadi tu.

Rupa-rupanya ada sukan sekolah sedang berlangsung. Cikgunya yang bersemangat sedang membangkitkan semangat murid-murid.

Hijau apa??? HEBAT!!!

Kuning apa??? PASTI BOLEH!!

Merah??? TERBAIK!!!

Kanak-kanak memang penawar terbaik. Macam apa duk sengih-sengih tengok karenah mereka kat tengah padang. Apabila melihat generasi yang sedang ku pinjam masa kininya dari mereka, mesti akan menerbitkan perasaan yang sukar dimengertikan.

Sempat menjadi penonton acara 4x100m (lelaki)

Eh ada 4 rumah rupanya, Tak dengar pulak cikgu dia jerit BIRU apa tadi.

Maka, adik-adik itu pun memulakan larian dan saya memerhatikan acara penuh keterujaan.

Alhamdulillah... Yeaaaay!!!!

HIJAU menang bergaya!!

^_______________________________^

p/s: tulisan ini untuk dinding blog. tiada di fb (gelak jahat)

Tadhiyyah

Assalamualaikum w.b.r,

Al kisahnya panjang, asbab kepada penulisan dalam blog pada waktu yang 'best' sebegini. Saat membayar hutang taklifan yang menggunung. Alhamdulillah, inilah hikmahnya sehingga ke saat ini masih hanya perlu memikirkan tentang diri dan tanggungjawab sendiri sahaja. Allah Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Tadhiyyah. Pengorbanan.


Rasa kerdil yang amat nak menulis tentang tajuk ni. Sebab ianya merupakan satu topik yang hanya dapat diulas oleh insan-insan yang dah pernah merasai jerihnya pengorbanan, sedangkan saya sendiri belum sampai ke tahap itu. Tahap pengorbanan Ummu Mukminin Khadijah. Kecintaan dan rindu Rasulullah buat dia kerana pengorbanan yang telah dilakukan. 

Sayyidatina Khadijah r.a di sisi Rasulullah s.a.w

Dari Sayyidatina Aishah r.a, nama Sayyidatina Khadijah r.a sentiasa menjadi sebutan Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada satu ketika Saiditina Aisyah r.a. menempelak dengan katanya, “Tidakkah ada wanita lain yang engkau sebut-sebut selain dari wanita tua yang sudah tiada lagi! Bukankah Allah telah menggantikannya dengan orang yang lebih baik?” Rasulullah s.a.w. merasa sangat tersinggung dengan kata-kata itu lalu dengan tegas Rasullulah s.a.w. menjelaskan:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikannya, jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Ketika semua orang mengharamkan hartanya kepadaku, dialah antara orang yang mengorbankan segala hartannya untuk perjuanganku. Ketika aku dipersenda, dilanda oleh nestapa, dia meletakkan aku ditempat yang sangat mulia, dia dapat memberikan segala kegembiraan dan kasih sayang kepadaku. Dialah juga yang dapat melahirkan ramai anak-anak untukku. Dan ketika aku pertama kali didatangi Jibrail a.s. aku kebingungan, ketakutan… apakah yang akan berlaku kepada diriku, dia telah dapat mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa… akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”
copy dari sini 
Kagum dengan kehebatan pengorbanan mereka yang terdahulu. Belum masuk cerita Siti Hajar dengan puteranya Ismail lagi kan. Berdua di Padang Pasir. PADANG PASIR!!. Tak ada orang. Duduk seorang diri dekat asrama pun dah cukup horror. Menakutkan diri sendiri dengan bayangan-bayangan cerita hantu yang pernah ditonton.


Dalil Yang Berkaitan
Tadhhiyah (pengorbanan) adalah pengorbanan jiwa harta, waktu, kehidupan, dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan. Tidak ada perjuangan didunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barangsiapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka." (At-Taubah: 111)

"Katakanlah, 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya, dan dari berjihad di jalan-nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya.' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah: 24)

Berangkatlah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(Al-Taubah [9] : 41)


Pengorbanan? Bagaimana?? 

To tell the truth, untuk meletakkan satu manual pelaksanaan sebuah pengorbanan merupakan satu perkara yang impossible. Sangat mustahil. Pengorbanan Saidina Umar, tidak sama dengan pengorbanan Saidina Abu Bakar. Kerana setiap manusia itu akan diuji menurut nilai kesanggupan mereka. Kita akan berkorban sesuai dengan tahap kita. Kalau sampai pengorbananan itu galang gantinya adalah nyawa, nah setinggi itulah tahap yang mampu dicapai oleh individu berkenaan. Pokok pangkalnya keikhlasan. Masuk bab ikhlas pulak kan. Bab ni lagi la berat. Macam semut hitam, atas batu hitam, pada malam yang gelap tanpa sinaran lampu, bulan dan bintang. Ada, tapi tak nampak. Huhu.

Habis, kalau macam tu orang yang boleh korban 10 sen itu dikira berkorban ke? 

Dah kalau 10 sen itu satu-satunya harta yang dia ada? Tak ke berkorban namanya. 

Alahai 10 sen boleh beli apa?

Syurga Allah. Gulp.

Allah tak pernah nilai kuantiti. Allah nilai kualiti pemberian. Usaha di sebalik setiap pengorbanan. Hasil berjaya ataupun tidak, itu bonus tambahan. As long as we give our BEST, Allah will do the REST. 

Pengorbanan pun tak akan hadir tanpa KASIH SAYANG. Betul. Cuba bandingkan diri kita waktu kita buat sesuatu kerana terpaksa dengan suka rela. Mana satu yang lebih membuatkan hati kita bahagia? Kalau terpaksa, nak buat surat satu page pun rasa sengsara. Kalau dah rela, nak hasilkan satu buku pun sanggup. Kalau tak kerana akur pada arahan si suami dan redha dengan Allah, tak sanggup Siti Hajar dan Siti Khadijah berkorban. Tak ada maknanya nak buat perkara di luar akal kemanusiaan. Tapi Allah itu Maha Tahu. 

Hebatnya ALLAH.

KASIH SAYANG, beb. Benda dalam hati. Wahai, sekalian yang membaca. Yang ada kat dalam, kita tak nampak. Kita tak boleh nilai. Biar Allah je  yang tahu, dan biar Dia yang menentukan. Bukan kuasa kita nak kata orang tu berkorban, orang ni tak berkorban. Dah tu kita apa? MANGSA KORBAN?? Parah3x.




Untuk faham TADHIYYAH, kita tak boleh tengok pada TADHIYYAH itu sahaja. Kita lihat kepada kesepuluh rukun baiah yang kita tahu. Andaikan setiap darinya seperti butir-butir permata yang bersambungan membentuk untaian tasbih. Tak akan sempurna kalau hilang satu.

Untuk saya, saya, saya dan anda:

Semoga kita sentiasa bahagia dengan berkorban dengan erti hidup itu adalah dengan memberi.

Kesimpulannya: Tadhiyyah menurut pandangan saya adalah pengorbanan dari segenap sudut yang mampu disumbangkan untuk perjuangan menegakkan kalimah lailahaillallah dengan sepenuh hati dan perasaan. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails