Thursday, October 10, 2013

Tadhiyyah

Assalamualaikum w.b.r,

Al kisahnya panjang, asbab kepada penulisan dalam blog pada waktu yang 'best' sebegini. Saat membayar hutang taklifan yang menggunung. Alhamdulillah, inilah hikmahnya sehingga ke saat ini masih hanya perlu memikirkan tentang diri dan tanggungjawab sendiri sahaja. Allah Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Tadhiyyah. Pengorbanan.


Rasa kerdil yang amat nak menulis tentang tajuk ni. Sebab ianya merupakan satu topik yang hanya dapat diulas oleh insan-insan yang dah pernah merasai jerihnya pengorbanan, sedangkan saya sendiri belum sampai ke tahap itu. Tahap pengorbanan Ummu Mukminin Khadijah. Kecintaan dan rindu Rasulullah buat dia kerana pengorbanan yang telah dilakukan. 

Sayyidatina Khadijah r.a di sisi Rasulullah s.a.w

Dari Sayyidatina Aishah r.a, nama Sayyidatina Khadijah r.a sentiasa menjadi sebutan Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada satu ketika Saiditina Aisyah r.a. menempelak dengan katanya, “Tidakkah ada wanita lain yang engkau sebut-sebut selain dari wanita tua yang sudah tiada lagi! Bukankah Allah telah menggantikannya dengan orang yang lebih baik?” Rasulullah s.a.w. merasa sangat tersinggung dengan kata-kata itu lalu dengan tegas Rasullulah s.a.w. menjelaskan:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikannya, jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Ketika semua orang mengharamkan hartanya kepadaku, dialah antara orang yang mengorbankan segala hartannya untuk perjuanganku. Ketika aku dipersenda, dilanda oleh nestapa, dia meletakkan aku ditempat yang sangat mulia, dia dapat memberikan segala kegembiraan dan kasih sayang kepadaku. Dialah juga yang dapat melahirkan ramai anak-anak untukku. Dan ketika aku pertama kali didatangi Jibrail a.s. aku kebingungan, ketakutan… apakah yang akan berlaku kepada diriku, dia telah dapat mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa… akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”
copy dari sini 
Kagum dengan kehebatan pengorbanan mereka yang terdahulu. Belum masuk cerita Siti Hajar dengan puteranya Ismail lagi kan. Berdua di Padang Pasir. PADANG PASIR!!. Tak ada orang. Duduk seorang diri dekat asrama pun dah cukup horror. Menakutkan diri sendiri dengan bayangan-bayangan cerita hantu yang pernah ditonton.


Dalil Yang Berkaitan
Tadhhiyah (pengorbanan) adalah pengorbanan jiwa harta, waktu, kehidupan, dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan. Tidak ada perjuangan didunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barangsiapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka." (At-Taubah: 111)

"Katakanlah, 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya, dan dari berjihad di jalan-nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya.' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah: 24)

Berangkatlah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(Al-Taubah [9] : 41)


Pengorbanan? Bagaimana?? 

To tell the truth, untuk meletakkan satu manual pelaksanaan sebuah pengorbanan merupakan satu perkara yang impossible. Sangat mustahil. Pengorbanan Saidina Umar, tidak sama dengan pengorbanan Saidina Abu Bakar. Kerana setiap manusia itu akan diuji menurut nilai kesanggupan mereka. Kita akan berkorban sesuai dengan tahap kita. Kalau sampai pengorbananan itu galang gantinya adalah nyawa, nah setinggi itulah tahap yang mampu dicapai oleh individu berkenaan. Pokok pangkalnya keikhlasan. Masuk bab ikhlas pulak kan. Bab ni lagi la berat. Macam semut hitam, atas batu hitam, pada malam yang gelap tanpa sinaran lampu, bulan dan bintang. Ada, tapi tak nampak. Huhu.

Habis, kalau macam tu orang yang boleh korban 10 sen itu dikira berkorban ke? 

Dah kalau 10 sen itu satu-satunya harta yang dia ada? Tak ke berkorban namanya. 

Alahai 10 sen boleh beli apa?

Syurga Allah. Gulp.

Allah tak pernah nilai kuantiti. Allah nilai kualiti pemberian. Usaha di sebalik setiap pengorbanan. Hasil berjaya ataupun tidak, itu bonus tambahan. As long as we give our BEST, Allah will do the REST. 

Pengorbanan pun tak akan hadir tanpa KASIH SAYANG. Betul. Cuba bandingkan diri kita waktu kita buat sesuatu kerana terpaksa dengan suka rela. Mana satu yang lebih membuatkan hati kita bahagia? Kalau terpaksa, nak buat surat satu page pun rasa sengsara. Kalau dah rela, nak hasilkan satu buku pun sanggup. Kalau tak kerana akur pada arahan si suami dan redha dengan Allah, tak sanggup Siti Hajar dan Siti Khadijah berkorban. Tak ada maknanya nak buat perkara di luar akal kemanusiaan. Tapi Allah itu Maha Tahu. 

Hebatnya ALLAH.

KASIH SAYANG, beb. Benda dalam hati. Wahai, sekalian yang membaca. Yang ada kat dalam, kita tak nampak. Kita tak boleh nilai. Biar Allah je  yang tahu, dan biar Dia yang menentukan. Bukan kuasa kita nak kata orang tu berkorban, orang ni tak berkorban. Dah tu kita apa? MANGSA KORBAN?? Parah3x.




Untuk faham TADHIYYAH, kita tak boleh tengok pada TADHIYYAH itu sahaja. Kita lihat kepada kesepuluh rukun baiah yang kita tahu. Andaikan setiap darinya seperti butir-butir permata yang bersambungan membentuk untaian tasbih. Tak akan sempurna kalau hilang satu.

Untuk saya, saya, saya dan anda:

Semoga kita sentiasa bahagia dengan berkorban dengan erti hidup itu adalah dengan memberi.

Kesimpulannya: Tadhiyyah menurut pandangan saya adalah pengorbanan dari segenap sudut yang mampu disumbangkan untuk perjuangan menegakkan kalimah lailahaillallah dengan sepenuh hati dan perasaan. :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails