Pages

Thursday, September 5, 2013

Conteng-conteng PKU 3114



KISAH 1

Pulang dari BISA hari ni, sempat melihat adik-adik u-turn crew sedang meng'edit' video yang bakal mereka tayangkan esok. Entah kenapa, hati tersentuh melihat kesungguhan mereka. Ketika saat orang lain sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan, mereka beramai-ramai, hampir satu kelas saya kira, sedang menghadap se'biji' laptop. Bersungguh-sungguh sekali.

Adakah mereka dibayar untuk masa dan tenaga yang telah dikorbankan?

TIDAK.

Mereka tidak dibayar. Sesen pun tidak.


(Apatah lagi di saat harga minyak yang semakin naik ni - erk, ada kaitan ea?) ;)

Dimanakah sumber kekuatan mereka?


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”. (At Taubáh: 111)

Mungkin sebab mereka dah berjual beli dengan Allah. Maka mereka dengan rela hati menjadi warga IPG yang cukup proaktif dan responsif mendepani isu.

Tahniah adik-adik. Semoga Allah redha pada usaha kalian. Sungguh memberikan inspirasi. Tak sabar nak tunggu video tu ditayangkan esok. May Allah ease and grant you will the greatest blessings. <3 font="" nbsp="">





Kakak Kanvas Kehidupan mesti berbangga dengan mereka. ^_^v

Tahniah sekali lagi untuk adik-adik. Teruskan usaha gigih. Proud of u, sis. :)

KISAH 2
Dan terasa ingin benar untuk melafazkan rasa syukur kerana telah 5 tahun lebih ditarbiyyah di bumi muallimah yang tercinta. Tak semua yang kita dapat tu kita suka, tapi semua tu adalah yang terbaik datangnya dari Allah. Rasa sangat istimewa dikelilingi oleh bidadari. 


Kesungguhan, kegigihan, kekuatan mereka semua sebagai wanita, sangat saya kagumi. Ketelitian, keprihatinan, dan kasih sayang mereka, amat saya 'tabik'. Mereka sangatla 'perempuan'. Huhu. Mereka wanita.

Akhlak mereka yang baik. Pandangan mereka yang penuh kasih sayang. Kata-kata mereka yang membahagiakan. Sentuhan mereka yang menenangkan. Perhatian mereka yang menghiburkan, akan saya simpan sebagai antara anugerah yang terindah dalam hidup. 

Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan mereka yang baik disekeliling saya. 




Mereka cantik di mata saya, kerana hati mereka sangat baik. Inner beauty tanpa produk kosmetik. 



Mereka perhiasan, tapi bukan pameran. 

Ok, dah. PKU 3114 menanti. Rabbi Yassir wa la Tu'assir ya Kareem.

(Tarik nafas. Hembus. Senyum)

Jangan pernah penat untuk jadi kuat... ^_^

Langit gelap pun masih ada bulan dan bintang.

Titik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails