Pages

Wednesday, November 16, 2011

Sebelum Mekar

Bismillahirrahmanirrahim...

Taman yang indah itu, berhias ribuan kuntuman bunga. Aneka warna dan haruman. Mendamaikan mata yang memandang.

Dalam ribuan bunga yang indah mengembang, masih ada juga kudup yang belum mekar.

Manisnya SABAR

Hati tertanya-tanya. Apakah warna bunga yang bakal mekar ini?

Cantikkah ia?

Indahkah?

Harumkah baunya?

Asal benihnya baik. Bunga yang pernah mekar pada dahan yang sama juga indah sekali.

Rasa tak sabar untuk melihat mekarnya kuntuman itu. Ingin sekali dibuka helai demi helai kelopak bunga yang malu.

Lantaran penantian ini rasanya sudah terlalu lama.Sudah dibaja, sudah disiram, sudah diberikan pencahayaan secukupnya.

Aduhai tak sabarnya diri ini menunggu. Mekarlah bungaku. Indahkan taman ini. Ramai yang rindukan serimu.


Opps!! awat nih? Jiwang semacam je.. Kih3x.. Bunga-bunga segala. Tak rock langsung. Bunga?? Mekar?? Apakah??


Potensi.

Itu sebenarnya maudu' bicara hamba.

Semua orang ada potensi untuk digilap. Ada yang fasih dalam diam, lebih jelas dari yang bercakap.

Terlalu banyak perkara yang unexpected dalam hidup ni. Ramai manusia yang hebat bermula dengan orang tidak mengenali mereka kerana diamnya mereka.

Tapi diam bukan sebarang diam. Diam ubi, berisi.

(Terasa kerdilnya diri ini.. huhu)

Kenapa sekuntum bunga itu, tidak terus mekar. Kenapa perlu ada peringkat kudup sebelum kelopak bunga mengembang? Tidak ada manusia yang lahir kedunia terus boleh berlari. Semuanya berperingkat. Sensorimotor, Pra-operasi, Operasi Konkrit dan Operasi Formal, Ops sikap <--(yang ni macam tak betul je.. hehehe).

Rama-rama yang comel dan cantik juga asalnya ulat beluncas, kemudian ia akan duduk dalam kepompong sebelum menjadi makhluk indah, bersayap, walaupun nampak rapuh, tapi mampu terbang tinggi dan tak mudah ditangkap oleh tangan-tangan cuba mengambil kesempatan atas kecantikannya.

Each and everyone of us, has their own potential. It takes times, hard work, and patience.

Bunga sebenarnya memang tak sabar-sabar untuk mekar, menyumbang bakti mengindahkan alam.

Rama-rama pun sama. Ingat siapa yang tak lenguh belakang duduk merengkut dalam kepompong kecil tu.

Bayi pun sama. Duduk dalam perut ibu (Tapi, kata orang.. waktu kita baby, kita rasa selamat duduk dalam perut ibu. Saya dah lupa macam mana rasa tu. Ada sesiapa yang ingat?? ^^v)

But the point is, setiap perkara ada masa yang sesuai untuknya. Kata kuncinya adalah SABAR.

Al-Baqarah:045  

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'

Tapi ingat, jangan dicantas bunga itu sebelum mekarnya. Jangan kerana tidak sabar menunggu, sudah penat berusaha, kita cantas kudup itu. Jangan berlaku kejam. Siapa kita untuk menghukum manusia yang lain. Kita ini bukan siapa-siapa.. T_T

Berilah peluang. Binalah kepercayaan. Jangan menutup hati. Kerana hati yang tertutup tidak akan dapat membuka hati yang lain.

~"Mekar ye, sang bunga. Saya menanti"~

Baiklah sang bunga. Akan saya tunggu mekarmu. Seandainya saat itu saya sudah layu, mahupun gugur menyembah bumi, setidak-tidaknya mekarmu itu dapat menyeri taman hati ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails