Pages

Sunday, November 27, 2011

Al Mathurat

"Sesungguhnya kami terjaga di petang hari dengan kesedaran bahawa Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"

"Kami terjaga di petang hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama Nabi kami, Muhammad sallahu'alaihiwasallam dan dalam millat (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang yang musyrik"

"Ya Allah, pada petang ini kami menikmati afiatMu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat Mu, afiatMu, dan penjagaanMu ke atasku, di dunia dan diakhirat"

"Ya Allah, nikmat apa sahaja yang aku peroleh di waktu petang hari seseorang di antara makhlukMu sebenarnya adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur"

...Petang ini Ya Allah, adalah petangMu...
Dengan tak semena-mena teringatkan seorang kenalan yang lebih dahulu menghadap Ilahi. Al Fatihah dititipkan buat dirinya, semoga roh aman di sana. Yang masih hidup ini belum tahu bagaimana pengakhiran, namun setiap yang bergelar insan sentiasa mengharapkan pengakhiran yang baik. Hidup perlu diteruskan kerana perjuangan belum tamat.

p/s: Ayuh beramal dengan AlMathurat sambil mendalami dan menghayati maknanya agar kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang beramal atas dasar kefahaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails