Tuesday, May 4, 2010

TAMAN ILMU


Pada gema suara itu,


Aku catit bait-bait penuh hikmah,


Pada lembaran putih suci,


Dengan lakaran tinta hitam,


Ditaman ilmu ini,


Aku hirup secangkir madu penghayatan,


Pada bait-bait kata yang dilafazkan,


Makin bertambah rasa kehambaan.


Semakin dalam tuju bicara,


Semakin kurasa tandusnya ilmu di dada,


Indahnya bersimpuh di perdu bicara,


Kerana kutemui sinar bahagia sebuah pengetahuan.....


~ mencari keindahan di majlis ilmu ~


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails