Pages

Saturday, December 17, 2011

Ustazah Pilihan, Solehah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang, kita berada di pertengahan bulan Disember... 2011 bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh kurang 15 hari...

Sungguh cepat masa berlalu dan rasanya sudah beberapa kali jasad ini 'mati' dipenggal masa. Ada antara masa yang telah dilewati tidak dimanfaatkan selayaknya. Khilaf hambaMu ini, banyak sekali Ya Allah... (Isk... isk)

Baiklah, bagi mengelakkan masa terus dilaburkan pada saham yang merugikan, baiklah saya mencoret sesuatu si dinding maya ini. ^^v

Baiklah, merujuk kepada tajuk entri diatas... Saya seperti nama yang terdapat pada profil diri, ingin menulis barang seayat dua berkenaan 'Ustazah Pilihan'

USTAZAH PILIHAN

Ya, ustazah pilihan... Ustazah Firus... (Personally, saya sukakan pendekatan yang digunakan oleh dia. Dia bersahaja dan kelihatan lebih mudah didekati.

Realiti yang harus diterima dalam sesebuah rancangan realiti ialah: setiap pemenang yang dipilih mampu untuk mendatangkan imbalan kembali kepada imej rancangan mahupun stesen televisyen yang menyiarkan rancangan berkenaan. Kemenangan ustazah Firus sememangnya sudah diduga.

Kalau ingin membicarakan soal kewajaran mahupun tidak rancangan ini disiarkan buat tontonan umum, pada saya ianya bukan lagi satu isu yang perlu diperdebatkan. Kerana rancangan berkenaan sudah pun disiarkan kepada umum dan pemenangnya sudah diketahui umum juga. Mungkin, kalau ingin dibincangkan keperluan untuk mengadakan Ustazah Pilihan 2,3,4 dan seterusnya itu.. ada relevannya. Nak komen banyak-banyak, rasanya saya pun tak mampu nak mengendalikan rancangan seumpama ini. Sekadar melihat daripada sudut pandang seorang pelanggan yang mahukan kualiti penyiaran yang baik, saya merasakan rancangan ini masih lagi belum jelas matlamatnya, dan perlu dikaji format penyiaran, dan secara jujurnya saya tidak faham mesej yang cuba disampaikan melalui rancangan ini.

Apabila kita ni adalah orang yang tak tahu, makanya perlu bertanya atau menerima pendapat daripada orang yang tahu dan orang jelas:

saya: Ana stuju dan faham pendapat enta.. kalau ikutkan mmg tak setuju dengan cara yang macam ni.. tapi kalau nak dibahaskan perlu dan tak perlu buat, ana rasa ianya akan berputar dan berkisar didinding maya ini sahaja.. program itu sudah pun dijalankan.. juga kita semua sedar dan tahu, matlamat tak menghalalkan cara...sama ada disiarkan mahupun tidak, itu persoalan sistem... perlu ubah/ kawal sistem untuk kawal penyiaran... ana cuma ambil yang positif, kalau tak dapat ambil semua.. wallahu'alam... kalau salah, mohon diperbetulkan.. :)

rakan fb: Kurang bersetuju sekarang hanya benci dalam hati selemah iman.. Sudah berjalan.. Dah berakhir juga.. Insya-Allah sama sama ambil positif.. Kurang setuju tidak bermakna tidak menghiraukan.. Dan setuju bukan bermakna tidak sesuai.. Ana setuju wanita dikalangan wanita.. Ana tidak setuju wanita direalitikan.. Macam Ana kata ini bukan pendapat Ana ini Ana mengaji bab wanita hanya untuk dikalayak wanita shaja..
 
Ramai yang sudah pun tampil memberikan hujah masing-masing berkenaan pro dan kontranya program ini... Saya tertarik dengan definisi ustazah yang dijelaskan oleh seorang Ustaz Mat Nawi (pensyarah kampus saya yang sedang melanjutkan pengajian mendapatkan PhD) - facebook

Untuk makluman, ustazah itu membawa makna yang amat mendalam dalam dunia keilmuan. Seseorang itu dipanggil ustazah (pilihan) apabila telah berjaya mentarbiah, mendidik, mengajar sekumpulan anak murid dan terbukti pula ketabahannya dalam memercu dunia pendidikan tersebut. Maka secara tidak langsung, sudah tentu ustazah tadi telah lama berkhidmat demi keilmuan, bukannya masih muda dan baru bertatih dalam dunia pendidikan. Kalau begitu, eloklah dititlekan sebagai ustazah harapan...

Saya juga tertarik dengan satu lagi rancangan realiti yang dinamakan Solehah.. Bukan ingin membuat perbandingan, namun secara jujurnya saya lebih selesa dengan pendekatan rancangan Solehah.. Lebih banyak pengisian yang dapat saya kutip melalui rancangan ini. Meskipun kedua-dua rancangan mendedahkan muslimah kepada media namun masih terdapat beberapa sisi positif yang dapat di ambil daripada kedua-duanya. Untuk sedikit pencerahan berkenanan muslimah dan media, rasanya Ustazah Syarha, punyai pandangan yang bernas.

Makanya, di sini saya ingin berkongsi beberapa pandangan peribadi berkenaan rancangan Solehah. 

1. Format rancangan yang tersusun. Tiada penyingkiran dilakukan dan peserta berpeluang membina potensi diri, minggu demi minggu. 

2. Kejutan bermakna yang diberikan kepada peserta tanda meraikan peserta. Konsep meraikan fardhul muslim yang lain perlu lebih dihayati oleh setiap yang bergelar muslim. Hal ini dapat membuang sifat ego dan membolehkan kita menilai potensi individu lain secara lebih bersih.

3. Pemakaian peserta yang menutup aurat tapi tidak meninggalkan terus keinginan untuk tampil bergaya boleh dijadikan contoh buat muslimah diluar sana. Wanita hari ini ketandusan ikon menutup aurat dalam berfesyen. 

4. Peserta akhir yang melakukan satu percubaan yang sangat berani dengan menukar tajuk persembahan beliau. Satu tindakan yang boleh dipuji. Pada saya, inilah baru namanya rancangan realiti. Memperkatakan realiti, memperkatakan tentang suara hati secara terbuka. Bukan suara hati peribadi, tapi suara hati yang perlu direalisasikan oleh setiap muslimah. Bagi yang menonton, pasti akan terkesan dengan penghayatan yang dipamerkan oleh beliau. Disaat-saat akhir, dengan permohonan maaf, beliau menukar tajuk persembahan kepada satu perkongsian kepada para penonton 'apakah makna solehah pada dirinya'. Subhanallah. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, bait2 patah kata yang diungkapkan olehnya.. "SOLEHAH HARUS DICARI, TIDAK DATANG SENDIRI" dan " WANITA BIASA HARUS MENGEJAR SOLEHAH!!.. Siapakah wanita biasa itu??? Ya.. Saya dan semua wanita di luar sana. Kita wanita biasa, impian kita mengejar solehah. Ayuh, angkat tangan kanan kita,  dan gapai solehah.. :)

5. Satu perkara yang juga boleh dipuji ialah, krew rancangan tak menggelabah bila dia tukar tajuk di minit-minit terakhir. Tahu-tahu la kan, dah la rancangan tu, siaran langsung. Satu kesilapan kecil, boleh menjejaskan mutu penyiaran dan orang akan bercakap mengenainya sampai bila-bila. Bukan boleh cut.. cut macam buat filem ataupun sesetengah rancangan bual bicara di televisyen yang selalu kita tengok tu.

6. Juri yang ada pun semua profesional. Prof madya lagi tu. Mereka semua memang best la..

Secara keseluruhannya, Solehah memang ada impaknya yang tersendiri pada diri saya dan saya akan cuba untuk mengikuti perkembangan peserta-peserta solehah ini. Media ada kelemahannya, tapi saya lebih suka untuk mengambil kekuatannya, dan kelalaian media harus diubati dengan peringatan-peringatan yang mempunyai roh Islam sebagai addin.. Cuba bayangkan, buka je televisyen ada peringatan tentang saat-saat kematian yang semakin hampir, agak-agak ada orang berani nak buat jahat lagi tak.? Kita lupa kerana kita tidak mencari peringatan dan tidak diingatkan. Wallahua'lam..

> mata yang tersenyum <
Info: 


مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ 
Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.
Contoh:
1. Ketika berwudhu` membasuh muka adalah wajib. Tidak sempurna membasuh muka kecuali melangkau sempadan muka. Maka membasuh sedikit dari kepala,telinga,leher dan dibawah dagu adalah wajib.

2. Menutup didalam solat adalah wajib, bagi lelaki antara pusat dan lutut.
Tidak sempurna menutut `aurat kecuali dengan menutup sebahagian pusat dan lutut. Maka menutup pusat atau sebahagiannya dan menutup lutut atau sebahagiannya adalah wajib.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails