Pages

Friday, September 30, 2011

Retorik~


Bismillahirrahmanirrahim....

Allahuakbar...

Rindu benar nak menulis di sini. Alhamdulillah.. Punya sedikit kerajinan nampaknya pada hari ni.. Ngee~

Dah lama tak tulis, tetapi tajuk agak sarcastic..

Adakah hidup ini terlalu banyak dibazirkan dengan kepura-puraan. Human tends to be not themselves... So high expections, akan membuatkan kita boleh jadi keliru.. Dalam dilema..

"Betul ke ni diri aku??"

"Mana perginya diri aku yang dulu?"

"Boleh tak kalau aku jadi diri aku je?"

"Aku tak suka macam ni, tapi aku kena buat jugak... Aku bukan nak tunjuk hebat.. tapi...."

dan macam-macam lagi la monolog dalaman manusia ni...

Pada saya, menjadi diri sendiri tidak bermaksud kita kekal dengan diri kita yang dulu. Tanpa anjakan paradigma. Tanpa ada perubahan. Berada di takuk lama, macam dunia ini tak pernah berputar layaknya. Bukan juga bermakna kita ini orang yang tak punyai pendirian. Kita kan perlu berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Menjadi lebih baik merupakan satu proses perubahan dan dalam melakukan perubahan, memang menjadi lumrah seandainya terdapat beberapa perkara yang perlu dikorbankan. termasuk pandangan kita tentang kehidupan. Pertambahan usia seiring perubahan perspektif pandangan kita terhadap kehidupan kerana kita sudah menemukan beberapa penyelesaian terhadap kekangan yang pernah muncul dalam hidup kita sebelum ini.. Jadilah kita lebih matang.. (dan matang tak boleh diluar melalui sikap keanak-anakan taw.. Kematangan adalah berkaitan pemikiran.. dalaman.. tak mudah ditafsir.. inplisit.. )

Nak nampak hebat depan manusia, nak puaskan hati semua orang sekalipun, jangan sampai kita tergadai prinsip hidup.. Na'uzubillahiminzalik..

Lindungi hambaMu yang lemah ini, Ya Allah~

~Bus lama pun akan mengalami banyak perubahan~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails