Bismillahirrahmanirrahim...
Sebagaimana yang dijanjikan, sambungan kepada Merdeka: Part 1 (Mat Lutfi)... I'll try to make it short...
Perbualan antara saya dan ex-rumate:
Ada : Siti perasan tak satu perkara, bilik kita ni berpetak.. Macam kotak...
Dalam hati saya,... (la... bukan ke bentuk biliknya memang macam ni... tak kan nak bulat kot)
Siti : A'ah ye.. Kenapa?
Ada : Siti dulu pun waktu sekolah menengah, duk asrama kan? Ada pun sama duk asrama. Kita dari dulu lagi duk dalam bilik macam ni... berkotak....
Macam menarik je perbincangan ni.... Kemana tuju bicara dia, ye??
Siti : A'ah ye ada, siti pun dulu sekolah asrama jugak... Kenapa dengan kotak ye?
design kotak bukan ukuran, kerana ia tetap sebuah kotak |
Dia tersenyum sebelum menjawab...
Ada : Entahlah.. Sekarang Ada rasa, walaupun umur kita dah 18 tahun (waktu tu la) tapi pemikiran kita tak berkembang. Banyak benda dan isu yang tak dapat kita kupas. Kita macam tak matang. Tak sesuai dengan umur kita. Tak tahu la, salah sistem kita ke atau kenapa.. Tapi, Ada perasan satu perkara... Budak asrama macam kita ni, tak semua yang tahu isu... Kalau yang jenis alert tu, memang la... Tapi tak semua. Kita duk dalam asarama, macam terputus dengan dunia luar.. Kalau kita tak baca paper, memang kita tak tahu sangat apa yang berlaku dalam dan luar negara.. Asyik dengan belajar... Life kita dalam asrama tu aje... Masalah kita, masalah dalam sekolah....
Siti : Betul la Ada... Kadang-kadang kita tak perasan kan?Kita macam dah didoktrin... Untuk belajar.. Keluar mesti jadi either doctor or engineer...
Ada : Satu lagi, perasan tak kita dari dulu pakai kad pelajar. Kalau kat sini.., kita nak keluar ke bandar pun kena slash kad... Dekat kad tu ada no. siri.. Waktu sekolah dulu pun ada kad pelajar... Setiap pelajar ada no. masing-masing...
apa no. bar code anda? |
Siti : A'ah ye... Ingat agi no. siti waktu kat sekolah dulu.. macam bar code.. 6332.. kalau nak dobi baju, kena tulis no. tu dekat baju.. hehehe.. sampai sekarang ada ag no. tu... Kalau nampak no. kat mana-mana baju, mesti orang boleh detect.. "Budak asrama punya baju ni"... Siti tahu Ada nak cakap ap... Kita macam robot kan? Sebab ada no. siri... Robot macam tu la...
dancing robot.. wall-e |
Kami sama-sama tersenyum.. Maudu' bicara difahami bersama...
Sistem kita memang begitu. Jadi susah untuk kita mengubahnya. Perlukan perubahan secara keseluruhan sistem, bermula daripada akar umbi, barulah dapat ubah pemikiran ni.. Tapi perubahan yang itu nampak gayanya memakan masa yang agak panjang. Tapi, tak kan kita tak nak buat apa-apa... Tunggu je sampai saat sistem berubah... Saat sistem berubah sekalipun, akan tetap mengambil masa yang panjang. Rome doesn't built in one day.. So, ada satu benda yang boleh boleh dan mampu kita ubah dengan tangan kita, melalui pertolongan Ilahi... OURSELF... Semua bermula dari dalam diri kita.. Either we want it or not.. The choice is in our hand...
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ
يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ
حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ
سُوءاً فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
١١--
Baginya
(setiap manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya secara
bergiliran di depan dan di belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka.
Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak
ada yang dapat menolaknya. Sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka
selain dia.
Allah s.w.t berfirman:
“Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-banar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS.Al-Ankabut {29}: 69).
Think out of the box dan jangan biarkan diri kita diperkotak-katikkan seperti robot... Merdekakan pemikiran kita, dan kita akan merdeka...
Kata-Kata
RuBai’e Bin Amir pada Rustam (Parsi) ialah contoh manusia yang merdeka
walaupun berhadapan dengan kuasa manusia yang digeruni. Jawapan hamba
yang merdeka kepada manusia yang berkuasa,
“
Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan manusia dari menjadi hamba
kepada hamba kepada menjadi hamba kepada ALlah yang maha esa lagi Maha
Perkasa.Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas.Dari
kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan
dengan agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada
Allah.Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan
tinggalkan mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi
sehinggalah kamu menyahut seruan Allah…”
Kata-kata
yang tegas daripada seorang yang berjiwa merdeka tanpa takut dan gentar
kepada manusia yang gagah perkasa, kerana mereka yakin bahawa Allah
lebih perkasa daripada semua makhluk.
~ ke arah memaknakan kemerdekaan dengan memerdekakan pemikiran~
siti.. heeeeeeeeeeee
ReplyDeleteza:kwn kt m3x n kt skolah mmg panggil siti pown...
ReplyDelete