Monday, October 4, 2010

... PRIVACY ....

Salam dari seorang Umairah...


"Please leave me alone..."


ayat klise dari drama-drama Inggeris... dan drama Melayu pun guna ayat ni...

Yet sometimes we need some space...


To breathe in the fresh air....


Out of tense and provoking..


Bila manusia mula memikirkan tentang privasi...
Bermakna mereka mula mencipta ruang antara diri mereka dengan masyarakat. Mereka mula mencipta satu benteng yang memisahkan diri mereka dengan masyarakat sekeliling... Mula timbul dalam dalam diri mereka satu perasaan mengambil kira hanya kepentingan sendiri sahaja. Orang lain tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada diri mereka.. Dek kerana fenomena ini mula menjadi wabak yang menular dalam masyarakat kita, maka terjadilah kejadian-kejadian luar batas kemanusiaan sebagaimana yang kita dapat tatap dikaca televisyen dan juga pada dada akhbar...

Rentetan peristiwa buang bayi.... Bunuh membunuh bagai penyeri akhbar.... Tidak lengkap sehari tanpa ada pembunuhan di negeri Malaysia ku tercinta ini... Pencabulan hak manusia, pemerdagangan manusia, rasuah... itulah warna dunia pada hari ini...


Kerana apa????


Kerana manusia inginkan privasi... Kerana manusia tidak betah lagi menerima nasihat... Kerana manusia sangka mereka boleh menanggung segalanya... Sedang kudrat mereka kecil cuma... Tiada daya... Tiada upaya... Hanya hamba kerdil yang hina...

Manusia tidak menghayati SuraH Al-Asr..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)



Kita mula mengabaikan suara-suara masyarakat, sedang masyarakat juga tidak lagi betah bersuara... Bagai hilang rasa tegar, bagi sudah putus asa... Pabila kepentingan diri mula menjadi paksi atas segala perbuatan... Maka manusia mula lupa segalanya..


P/s: Ingatkan daku bila daku terlupa, sedarkan daku bila daku terleka... (=

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails