Pages

Tuesday, October 5, 2010

*TAMAN-TAMAN SYURGA*

Entri kali ni adalah petikan buku di atas: (m/s 130)



Salam dari seorang Umairah,

Menurut hadis, di dunia yang bersifat sementara ini, terdapat tiga taman syurga. Sekiranya mampu dan tidak berhalangan, singgahlah barang sekejap. Setidak-tidaknya kita sedang cuba mencalonkan diri menjadi penghuni syurga di akhirat. Ketiga-tiga taman itu adalah;

1. Melawat saudara sesama muslim yang sedang sakit.



" Seorang Muslim apabila menjenguk saudaranya yang sedang sakit, dia tetap berada di taman syurga hingga dia balik," (Hadis Riwayat Muslim)

" Seorang Muslim yang menjenguk sesama Muslim, pada pagi hari, didoakan oleh 70 ribu malaikat hingga petang. Sekiranya dia menjenguknya pada petang hari, dia didoakan oleh 70 ribu malaikat hingga pagi hari. Diakhirat, dia mendapat jaminan buah-buahan yang ada di taman syurga," (Hadis Riwayat Tarmizi)



2. Majlis Zikir


  • Yang dimaksudkan zikir bukanlah mengingati Allah secara lisan sahaja. Kebanyakan ulama' berpendapat, membahas perkara halal dan haram, mencari ilmu yang bermanfaat, memberi nasihat yang baik, dan mencegah kemungkaran adalah termasuk dalam zikir kepada Allah. Ini bermakna, terdapat tarbiyyah ruhiyah dan tauzih rabbani dalam nasihat-nasihat yang menghantarkan seseorang kepada keimanan dan ketaqwaan yang semakin kuat.
"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, singgahlah dan nikmatilah sajiaannya."

Para sahabat bertanya,

"Rasulullah, apakah taman syurga itu?"

Rasulullah menjawab,

" Majlis-majlis zikir. Allah memiliki para malaikat yang selalu berkeliling mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka datang ke tempat itu, mereka akan duduk bersama orang yang berzikir," (Hadis Riwayat Muslim)




3. Solat di masjid Nabawi.




" Antara rumahku dan mimbarku ini adalah satu daripada taman-taman syurga."


Pesan buat diri : Ringankanlah derap langkah kaki mencari 'taman-taman syurga'...

2 comments:

  1. Terima Kasih atas nukilan hadis tentang taman2 syurga. Akan saya sampaikan kepada anak2 murid saya di SMK TTDI Jaya, dalam Program Inspirasi Jumaat.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas nukilan hadis tentang taman2 syurga. Akan saya sampaikan kepada anak2 murid saya di SMK TTDI Jaya, dalam Program Inspirasi Jumaat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails