Pages

Monday, June 14, 2010

BULAN REJAB

Salam dari seorang Umairah,

Bangkit dari tidur pagi tadi, saya menerima satu khidmat pesanan ringkas dari seorang sahabat... Syukran ya ukhti (Noor Hajeera)...
Andai kita tahu ini Rejab terakhir, tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepadaNya... Bersolat dengan penuh khusyuk lagi tawadhu' menghamba diri padaNya menangisi kecurangan janji, takkan siakan walau sesaat kecuali mendendangkan Al-Quran dan memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih dan belasNya dan mempersiapkan diri menanti Izrail menjemput.... Namun kita tidak pernah mengetahui.. SALAM REJAB

Astaghfirullahalzim.. Dah masuk Rejab rupanya... Pantas sekali masa berlalu....Kesibukan pada perkara duniawi membuatkan kita kadang membuatkan kita lupa pada yang lebih penting dan utama yang perlu kita dahulukan...Mudah-mudahan Rejab pada kali ini membawa lebih nilai dalam kehidupan bergelar seorang insan... Amin...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



...Pengertian Rejab...

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.



...Peristiwa-peristiwa Penting dalam Bulan Rejab...

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
2. Isra' dan Mi'raj
3. Perang Tabuk
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
5. Lahirnya Imam Syafie RH.



...Amalan di Bulan Rejab...
  • Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih.
  • Hikmah kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
  • Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak.
  • Antaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
~di 'copy n paste' kemudian edit dari iluvislam~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails