Pages

Monday, August 8, 2011

7 Ramadhan 1432 H (Deactivate)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Masih lagi mampu mengetuk petak-petak keyboard...

2.38 a.m..

Waktu biasa je bagi yang suka berjaga malam.. Jadi burung pungguk.. Tetapi sepatutnya waktu-waktu macam ni kita sepatutnya buat apa ye anak-anak? ....

ye.. pandai.. kte kne tidur.. (pandai cakap kat orang, diri sendiri??)

Ok, back to the topic..

Deactivate???

What???

yes.. this one...

Why???

Because I think I am not strong enough.. all of this while, rasa macam benda ni melalaikan.. Banyak juga masa dihabiskan di sini.. Sedia maklum, bila-bila je boleh activate balik, tapi leceh nak baca instruction dan malas nak try n error akan menjadikan proses memisahkan diri daripada facebook ni akan menjadi lebih senang. Kalau orang lain yang jarang bukak tu, tak pe la.. Dah addicted pula bila hari-hari rasa nak bukak.. So, buat masa sekarang rasa macam nak stop dulu, walaupun tahu facebook penting untuk beberapa urusan kerja...



Until when??

Maybe tak lama.. Bergantung bila mana diri dah bersedia balik dan niat berjaya dimurnikan kembali.. (apakah???).. Entah la,,, no exact answer.. rasanya nak berpijak banyak di alam nyata.. dapat berkomunikasi dengan orang-orang disekeliling kita kot.. tinggalkan dunia maya facebook.. kurang-kurang akan ada masa untuk blog jugak.. (^_^)v



How does it effect you now??

hohoho.. its not easy (have to say this) but InsyaAllah.. this is the best decisions untuk mendidik diri.. bertegas dengan diri sendiri tak semudah bertegas dengan orang lain. Orang lain boleh dimarah, diri kita??? Susah sikit kan?? Battle with nafsu.. kalau kita tak menang, bermakna kita kalah.. so, kita mesti MENANG!!!!


Then, MUJAHADAHLAH...

Senang je nak taip perkataan mujahadah. tapi susah nak buat.. susah3x.. perit memang perit... memang mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..  nak syurga tak semua orang?... sape nak masuk syurga, tak yah angkat tangan.. semua orang tak akan angkat tangan kan???.. ha.. ada yang angkat.. hehehehehe~

Mujahadah banyak cara. Terpulang pada individu...

Salam Mujahadah di bulan Ramadhan!!!
Isytiharkan perang melawan nafsu!!!

mujahidah solehah... Allahuakbar!!!
Buat yang mengimpikan gelaran Mujahidah,... terimalah ini dari sumber..

Mujahidah Bidadari Syurga

Bicara Hati Mujahidah Itu..
Rahsia cintanya
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya

Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu

Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya

 Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!

Ya, Gadis itu!
tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia,
masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat
Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar
Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan
Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman

Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan
Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman..

Amin...
sweet kan mereka???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails