Bismillahirrahmanirrahim....
10 hari fasa pertama Ramadhan telah dilalui..
Berjaya ke tak harungi ni????
Erk...
Tepuk dada masing2 je la ea.. (^_^)v
Ngeee~
Back to the topic...
A review on what??
First, let me ask a question...
Have you ever heard about Shamsiah Fakeh??
Who is she??
Is it important for us to really know this person..??
Truly speaking, saya sendiri pun tak familiar dengan nama Shamsiah Fakeh ni. Namun, senaskhah buku ini telah menarik minat saya untuk membaca dan meneliti sejarah seorang wanita bernama Shamsiah Fakeh.
Tagline yang digunakan ialah
Pejuang...Pemimpin... Perempuan
Cukup catchy dan dapat menarik minat pembaca.
Sebuah novel sejarah karya Azzah AR, dan buku ini saya beli pada 8 Ogos 2011 di Kedai Buku Popular, JJ Melaka.
Saya bukanlah seorang peminat sejarah, tapi saya membaca sejarah kerana ianya satu keperluan. Sesiapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya. Saya tidak mahu mengulang sejarah, terutama sejarah yang pahit. Sekadar sejarah itu untuk pengetahuan am untuk saya sebagai seorang awam. Mengkaji dan melihat sejarah dapat membantu kita membuat transformasi masa depan. Juga penting dalam kehidupan sebagai seorang guru. Sebenarnya, untuk saya membuat pilihan juga. Well, I am 21 now.. (^_^)v
Abah adalah inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih peka pada sejarah. Dalam diamnya abah, dia bukan seorang pak turut dan mengikut secara membuta tuli. Sebarang isu yang dibincangkan, abah pasti aka nada kupasannya yang tersendiri. Kadang hati dihambat cemburu bila melihat abah boleh bercerita sebegitu. Abah dan umi seorang guru yang terbaik dan merekalah idola saya dalam merencana derap langkah saya dalam dunia pendidikan. Mereka guru biasa di sekolah rendah dan mereka juga bukan orang berpengaruh dalam masyarakat. Tetapi saya suka melihat mereka menyantuni masyarakat sekeliling kami. Jujur dan natural... (Sedang merindukan mereka)
Ok dah, saya tersasar lagi (^_^)v
Shamsiah Fakeh..
Seorang Pejuang. Seorang Pemimpin . Seorang Perempuan.
3 Peranan berbeza bersatu dalam batang tubuh Shamsiah Fakeh..
Mungkin dia tidak setangkas Khaulah.. Berjuang ditengah-tengah ramainya kafir musyrikin. Menghunus pedang membunuh mati tanpa ada rasa gentar dalam diri.
Mungkin juga dia tidaklah sepintar Aisyah, menjadi tempat rujukan para sahabat dalam perkara berkaitan hadis Nabi.
Mungkin juga jiwa perempuannya tidaklah seteguh Hajar. Berlari antara safa dan marwah. Mencari air penghilang dahaga buat anak yang tercinta.
Namun, Shamsiah Fakeh punya citranya tersendiri. Melakar kisah demi kisah yang lebih dekat dalam jiwa seorang wanita Melayu. Menjentik jiwa agar menjadi lebih sedar. Kita perempuan Melayu juga harus jadi sekental itu.
PEJUANG
Dimanakah mediumnya sebagai seorang pejuang. Dia merupakan Ketua Angakatan Wanita Sedar (AWAS). Dia juga menjadi seorang ahli dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Komunis? .....
Bukan komunis tu jahat ke? Mereka pengganas, kan?
Saya juga tertanya-tanya. Sampai sekarang masih belum saya temui jawapannya.
Ataukah ianya cuma merupakan propaganda British semata-mata. Dalam buku ini dinyatakan ianya merupakan satu propaganda yang diwujudkan oleh pihak British bagi mengalihkan sokongan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Namun, pada pandangan insan yang dangkal serta cetek pengetahuan sejarahnya ini, saya hanya dapat berfikir berdasarkan logik akal semata. Penjelasan dari sudut istilah.
Parti Komunis Malaya.. (PKM).. Ianya merupakan sebuah parti politik.. Apa kaitan pengganas dengan parti politik? Setiap parti politik pun ada perlembagaan masing-masing. Jadi, apa masalahnya, sekarang? Cuba kita intai sedikit sejarah mengenai PKM ini.
Manakala kupasan mengenai PKM dalam buku Shamsiah Fakeh ini adalah berbeza sama sekali. Saya tertanya-tanya, seandainya maklumat yang disampaikan dalam buku ini tidak tepat, kenapa penerbitan buku ini tidak disekat? Ataukah ada kebenaran lain yang ingin disampaikan melalui buku ini? Saya ada persepsi saya sendiri, dan anda bacalah buku ini bagi membina persepsi anda pula... (:
Saya petik ayat dalam buku ini:
Cover buku.. Sangat simbolik.. |
Sebagai pejuang beliau berkata, "Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."
Belum lagi diceritakan bagaimana Shamsiah Fakeh sesat berhari-hari di dalam hutan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan beliau sewaktu itu. Kesedaran semangat nasionalisme membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pelajaran walaupun sebenarnya beliau merupakan seorang yang pintar sejak dari kecil. Beliau dengan restu ayah tercinta, meninggalkan kampung halaman ke ibu kota Kuala Lumpur bagi bergerak aktif dalam AWAS. Tiada kemewahan yang diperoleh di Kuala Lumpur. Tinggal pun di sebuah bilik kecil beralaskan tikar dan sebiji bantal. Tapi jiwanya kental.
Dan panjang lagi rentetan hidupnya sehinggakan dia terjebak dalam PKM.
Saya sangat suka memetik dialog Shamsiah bersama suami terakhirnya, Ibrahim:
"Aku tidak fikir British akan beri kemerdekaan kepada kita semudah itu. Aku percaya, sekiranya rundingan Tunku kali ini berjaya, bukanlah disebabkan kebijaksanaan Tunku berkata-kata. Namun disebabkan tekanan daripada pejuang dalam hutan seperti kita"
........
""Mengapa tidak? Aku benar-benar yakin British memang tertekan dengan PKM. Tunku pula tidak mahu merdeka dengan kekerasan. Gabungan antara tekanan yang dihadapi British, dengan kehendak Tunku itu pasti dapat menghasilkan kemerdekaan"
Bersambung........
Assalamualaikum.
ReplyDeleteKebetulan - saya ada novel ini dan berminat untuk berkongsi sama persepsi yang dimiliki. boleh kan? :D
saya mengkaji tentang PKM (secara kecil-kecilan) - lama sebelum isu PKM berlegar di media.
Bagaimana saya boleh berminat untuk mengkaji tentang PKM?
Begini kisahnya – saya pernah membedah buku tentang perjuangan Leftenan Adnan di dalam blog. Dan ada yang memberi komen - “Adakah Leftenan Adnan berjuang menentang penjajah?
Tak dinafikan jasa Leftenan Adnan dan juga askar-askar melayu yang gugur di medan perang ketika menentang penjajah tetapi persoalannya ketika itu Inggeris juga menjajah.
Apa yang Leftenan Adnan pertahankan? Kerajaan Malaya atau Empayar British?”
Nah - di sinilah titik mulanya saya untuk mendapatkan pencerahan.
Membaca beberapa memoir pimpinan PKM, buku-buku aliran kiri dan sebagainya menemukan saya dengan sejarah negara kita mendapatkan kemerdekaan – termasuk menemui nama-nama seperti Kesatuan Melayu Muda, Hizbul Muslimin, dan sebagainya.
Well – bidalan Inggeris yang terkenal ada mengatakan – “Sejarah ditulis oleh pihak yang menang.”
Memetik kata-kata daripada novel itu – “Mengapa tidak? Aku benar-benar yakin British memang tertekan dengan PKM. Tunku pula tidak mahu merdeka dengan kekerasan. Gabungan antara tekanan yang dihadapi British, dengan kehendak Tunku itu pasti dapat menghasilkan kemerdekaan"
Nah – ada mungkin perjuangan golongan kiri ini juga membantu ke arah kemerdekaan negara. Jika dilihat pada kemerdekaan negara-negara jajahan yang lain – kebanyakan daripadanya diperoleh melalui perjuangan berdarah. Dan hanya kita selama ini yang didodoikan bahawa kemerdekaan Tanah Melayu adalah melalui mata pena. Walhah – yang sebenarnya ada ribuan pejuang kemerdekaan (unsong warrior) yang bermandi darah untuk mengecap nikmat kemerdekaan. (tidak kira ia daripada jalur kanan atau kiri)
Makanya – pendirian saya dalam isu ini ialah – mengiktiraf perjuangan – (yang tidak bermaksud bahawa saya menyokong, tidak juga membangkang) PKM dalam usaha Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.
Adapun ada beberapa hal yang menjadi taboo dalam perjuangan komunis dalam masyarakat kita. Antaranya – idealogi perjuangan komunis yang berakarkan konsep anti – Tuhan.
Namun di dalam PKM itu sendiri ada satu rejimen yang khusus untuk Melayu Islam iaitu Rejimen ke-10. Bagaimana ya mereka boleh menerima konsep komunisme?
Nah – daripada situ saya membaca dan mendengar pandangan idea orang lain dan membuat kesimpulan awal bahawa pelajaran ideologi pada ketika itu amat rendah. Rakyat masih tidak membicarakan hal komunis anti agama, atau komunis suatu pertembungan kelas. Yang banyak dibincangkan adalah hal revolusi menjatuhkan empayar yang zalim dan penjajah (walaupun komunis kemudiannya menjadi empayar yang zalim juga).
Dalam erti kata lain – mereka hanya komunis pada perjuangan, bukan pada idealogi.
Dan saya juga memandai-mandai membuat kesimpulan sendiri bahawa idealogi anti-agama itu wujud kerana Komunis wujud di Eropah sekitar tahun 1800++, dan kita sendiri tahu bahawa - institusi agama gereja ketika itu mengalami penyelewengan – dan mungkin menyebabkan masyarakat tidak lagi percaya pada agama dan tuhan (ini pandangan sendiri sahaja dan tidak bersandar pada mana-mana rujukan)
ReplyDeleteTentang serangan PKM ke atas Balai Polis Bukit Kepong (yang menjadi kecoh – sehingga mengisi dada-dada akhbar berhari-hari lamanya) itu pula – saya berpandangan bahawa kadang-kadang isu bangsa Melayu ini amat rumit sekali. Yang menjadi isu ialah – Mat Indera menyerang orang Melayu di dalam Balai Polis Melayu. Yang menjadi isu ialah – Melayu serang Melayu.
Tapi bagaimana pula dengan kisah Tok Janggut. Siapakah yang cuba menangkap Tok Janggut? Sarjan Che Wan Sulaiman. Atas arahan siapa? Inggeris.
Dan kemudiannya Tok Janggut telah menikam mati Sarjan Che Wan Sulaiman.
(saya sedang membaca novel Tok Janggut – masih belum tamat lagi. sedang dibaca bersama dengan buku Ulama dalam sorotan perjuangan kemerdekaan)
Nah – dari situ saya rasa kadang-kadang isu Melayu bunuh Melayu itu tidak releven, dan kita selalu digelapkan mata oleh sentimen politik yang keterlaluan sehingga tidak kelihatan jalur sejarahnya.
Demikianlah pandangan daripada saya – insan kerdil yang lemah serba serbi. Tidaklah bermakna sama sekali bahawa saya bersetuju dengan PKM, cuma saya rasa kita perlu berlaku adil terhadap sejarah.
Meneliti sejarah memerlukan kita untuk banyak membaca, menganalisis dan berfikiran kritikal – dan saya bukanlah daripada golongan itu.
Sekian pandangan ringkas daripada saya – yang mungkin ada banyak kesilapan faktanya dan perbezaan pandangan – tapi demikianlah cara saya meletakkan sikap.
Selamat maju jaya dan teruskan membedah buku :)
nota kaki: terpaksa ditulis pada 2 komen kerana blogger.com cakap komen ni terlebih kuota.
terima kasih syukri atas komentar... yup betul kena banyak menganalisis.. kadang-kadang tak semua yang kita dapat boleh dikongsi secara terbuka...
ReplyDelete