Pages

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432 H

Assalamualaikum w.b.r..

Salam Ramadhan 1432 H..

Alhamdulillah wa Syukurillah...

Allahuakbar..

Kurniakanlah kepada kami hamba-hambaMu kesempatan ruang dan peluang, untuk memanfaatkan keberadaan kami di bulan yang mulia ini... Amin..

-Salam Ramadhan pengunjung sekalian-


Rasa bersalah memang membelenggu fikiran kerana sekian lama meninggalkan blog ini terbiar sepi. Tetapi apabila mengenangkan sepanjang tempoh tidak meng'update' blog ini, banyak perkara yang berlaku dalam hidup insan kerdil ini, maka rasa bersalah itu, cuba diusir jauh-jauh. Khilaf hambaMu ini, Ya Allah.. Banyak sekali...

Tetapi, rasanya tidak boleh terus-terusan begini. Apatah lagi bila menjengah ke bulan mulia ini. Rasa untuk kembali menulis itu datang. Berkat bulan mulia barangkali. Lebih-lebih lagi bila kesempatan cuti 1 Ramadhan (untuk negeri Melaka), sempat menghabiskan sebuah buku:-



Ianya merupakan buku ringkas yang sarat dengan kata-kata semangat. Dulu, memang hati tidak begitu berminat dengan buku berbentuk motivasi. Untuk membeli buku motivasi, pasti berfikir panjang. Lebih senang untuk meminjam sahaja. Tetapi, sekarang, ianya satu keperluan. Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak ujian dan permasalahan yang datang menjengah. Jika tidak kepada kita, kepada orang-orang disekeliling kita. Nikmat hidup pada memberi, meskipun ianya cuma sepatah kata yang kita niatkan untuk mententeramkan mereka yang sedang berduka cita. (^_^)v..

Ayat yang paling mengesankan dalam buku ini ialah:-

"If you want your life to be magnificent story, then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page"

This is what I'm doing now. Writing a new page of my story.. InsyaAllah..

Jadi, azam sempena Ramadhan ini, selain daripada memperbaiki amalan, ialah untuk meng'update' blog sekerap mungkin. aim??? erm.... let it happen naturally.. (^_^)v.. chaiyok2!!!!

-Kisah KOGUM-

Apa KOGUM ni...?

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan..
8-10 Julai 2011
UiTM Shah Alam

Telah berlalu pun, tapi banyak kisah disebalik KOGUM ni. Bakal saya kenang sebagai sebuah program yang mendatangkan impak dalam hidup saya. Ada kisah di sebalik kisah dan kalau dikisahkan, tidak akan habis. Biarlah gambar-gambar ini sahaja yang bercerita, apa yang mampu diceritakannya. Selebihnya, biarlah tersimpan rapi dalam lipatan sejarah.. (Bikin gempak je, tak de pape pun sebenarnya.. hehehehe)


Bersama adik kechik chumel a.k.a faiza.. (:

Barisan YDP.. (^_^)v
-Bersama sebahagian JPP 2011/2012-
Malam Perasmian bersama YAB PM Malaysia
Majlis Perundingan Perwakilan Pelajar IPG Kebangsaan.
Reunion skoloh Faris. InsyaAllah bakal kembali berbakti





Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui..

Rabbana a'laika Tawakkalna..
Wa ilaka anabna ..
Wa ilaika masir...

Amin ya Rabbal A'lamin...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails