Pages

Monday, August 8, 2011

5 Ramadhan 1432 H (Di Persimpangan Dilema)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Say.....
Thank You Allah...
Thank You Allah...

Say.....
Thank You Allah...
Thank You Allah...


Semua orang pasti pernah merasai pengalaman berada di persimpangan dilema kan? Perlu membuat pilihan antara dua perkara.. Misalnya perlu memilih antara, nak sambung belajar kat mana (IPT ke IPG), nak balik kampung ke tak hujung minggu ni, nak buat dulu tak tugasan ni (ke nak buat last minutes), dua muslimin untuk dijadikan calon suami ke (erm....????)..

Tidak semua orang mampu untuk membuat keputusan dengan segera dalam kehidupan mereka. Saya sendiri paling tidak suka kalau terpaksa buat keputusan segera. Kebiasaan yang akan saya lakukan ialah, kalau perlu membuat keputusan, saya akan tidur terlebih dahulu. Ambil masa untuk bertenang dan membuat penilaian sedalam mungkin. Saya memang lambat membuat keputusan lebih-lebih lagi kalau melibatkan ramai orang. Kalau untuk diri sendiri tu, memang tak ada masalah.

which one???
Tapi, dalam sesetengah hal kalau terpaksa juga membuat keputusan segera, saya akan menjadi seorang yang sangat serius, dan saya tahu, waktu tu, tak akan ada orang yang berani tegur saya. Mungkin ada yang kurang selesa dengan sikap saya yang sebegini namun, saya ada pendirian tersendiri. Kelak, saya tidak akan dapat memaafkan diri saya seandainya ada keputusan yang saya lakukan dalam keadaan yang tidak serius atau dalam erti kata 'main-main' mendatangkan kesan yang tidak baik kepada orang lain. Memang takdir tidak dapat dapat diubah, namun biarlah sebelum sesuatu perkara terjadi, kita mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu supaya tidak menyesal dikemudian hari. Kadang-kadang hati mengimpikan untuk menjadi seorang yang dapat membuat kerja tanpa perlu kelihatan terlalu fokus atau terlalu serius sehingga mengabaikan orang disekeliling. Tetapi, apabila saya mencuba untuk menjadi yang sedemikian, rasanya seperti tidak menjadi diri sendiri. Maka saya putuskan, biarlah masa dan keadaan mengubah segala.

happy to be just ME.. (^_^)v

Sama juga seperti dalam sesuatu mesyuarat. Saya akan mengelak daripada memberikan kata putus seandainya perkara yang diutarakan memerlukan penelitian dan pandangan dari pelbagai pihak. Kadang kala kita merasakan perkara berkenaan baik menurut perspektif kita, tapi bagaimana pula dengan perspektif orang lain.? Dunia ini miliki kita seorang kah, sehingga kita boleh membuat keputusan mengikut kata hati kita sahaja? Mungkin juga perkara yang dimaksudkan baik untuk tempoh sekarang, namun bagaimana pula kesannya sehingga dua ke tiga tahun lagi.?

ISTIKHARAH - Minta diberi pilihan yang tepat
Ya, inilah sebaik-baik amalan. Walau apa pun masalah yang melanda kehidupan kita, walau tinggi mana sekalipun badai menggunung, kembali meletakkan pengharapan kepada Ilahi adalah penyelesaian terbaik. Dialah Allah sebaik-baik tempat memohon petunjuk. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Tiada yang lain. Kerana kita manusia biasa, ada ketikanya kita tidak dapat menetukan mana yang sepatutnya dilakukan di antara perkara-perkara yang penting dan perlu disegerakan. Kita buntu.

Oh Lord, show us the right path.. (:


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Choose your own way.. (:
Saat entri ini di'publishkan' saya sudah membuat satu keputusan dan mudah-mudahan ia keputusan yang tepat. (:

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails