Pages

Tuesday, August 16, 2011

15 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..

Masih lagi diizinkan Allah, untuk bernafas dibumiNya...

Moga bermanfaat setiap helaan nafas kita,

InsyaAllah ~

Bukan Seorang Jaguh...

-Anugerah, bukan idaman-

Entri duka lara atau hampa kecewa?

Oh no!!! absolutely not...

Tamaw la cakap perkara-perkara sedih...

Kita kan  ummat Islam, Khaira Ummatin=sebaik-baik ummat

"Kamu adalah umat yang terbaik (khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf  dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah"

(Ali Imran ayat 110)

Jadi, mudah-mudahan kita ini tiada masa untuk berlama-lama mikirin soalnya hati dan perasaan.. Kelak nanti, kita itu jadinya orang yang lemah,... ngak punya tenaga,.... longlai, dan sewaktu dengannya.... Kerana apa?? Kerana otak kita itu, sudah capek mikirin soal hati, gi mana mungkin dapat mikirin soal lain... (rojak ap ni??? ngeee ~)


Orang Islam harus KUAT!!!! Bukan setakat sekuat TIGER....
Tapi lebih kuat dari itu!!!!
KUAT JIWANYA!!!!

Baiklah... sidang pembaca yang budiman...
Cuba kita perhatikan ayat di atas dengan teliti ye,..

Imam Mujahid sewaktu memberi pandangan mengenai ayat ini  dalam al-Jamik li Ahkamil Quran Imam Qurtubi, "(Kamulah umat yang terbaik) berdasarkan syarat-syarat yang terdapat dalam ayat ini". Maksudnya kita ni, akan jadi umat yang super bila mana kite tepati ketetapan dalam ayat ini iaitu, mengajak kepada makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah...

Bukan senang sidang pembaca sekalian,
Nak mengajak kepada makruf, nak cegah kemungkaran ni...

Nak ajak diri sendiri buat kebaikan pun, sampai ber'perang' antara kehendak, keperluan, dan tuntutan....
Nak cegah kemungkaran... Erm.. Kemungkaran diri sendiri bergunung ganang...

Tapi. atas dasar kita sesama Islam,
Nak tunggu tak de dosa baru nak dakwah orang,
Nak tunggu pahala bertimbun-timbun sampai boleh bagi kat orang lain...
Kalau macam tu, memang tak akan ada la manusia yang kat atas muka bumi ni yang akan menjadi pendakwah,
dan....
Nampak gaya, tak jadi ummat yang hebat la kita ni...

Fardhul muslim adalah perkara yang perlu dititikberatkan... bermula dengan keinginan dalaman kita. Sejauh mana kita mengatakan YA kepada kata hati kita, sejauh itulah kita akan berusaha bagi memastikan keinginan kita dapat dicapai. Buat yang menginginkan gelaran mukmin/mukminah, keinginan paling tinggi yang ingin mereka capai ialah nikmat kemanisan iman. 

(^_^)v

Pentas seorang pendakwah itu berbeza, maka pendekatan yang harus digunakan juga, adalah berbeza. Ada mad'u yang suka dengan pendekatan yang lembut, ada yang suka pendekatan yang lebih agresif, dan tak kurang juga yang sukakan pendekatan provokasi. Tapi diantara kedua-dua jenis pendekatan ini ada satu titik pertemuan iaitu pendekatan berhikmah. Inilah dia pendekatan yang digunakan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah. Halus dan berseni, kadangkala meruntun hati. Dan, sebagaimana yang memang kita semua dah sedia maklum, cara hidup baginda adalah sederhana, maka baginda mempraktikkannya dalam setiap urusan baginda. 

"Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman semasa Allah mengutus di antara mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka, ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-hikmah"
(Ali Imran, ayat 164)

"Sesungguhnya, kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada satu umat pun melainkan ada padanya seorang pemberi peringatan." 
(Surah Faathir ayat 24)

 
Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-

“Membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”

Da’wah adalah merupakan sunnah para Nabi a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sedar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.

Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
  • Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.
  • Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.
  • Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.

Semua orang boleh berdakwah ke? Tapi saya tak pandai bercakap..

Tu boleh cakap,.... (oh tak, ni menaip.. lain cerita)

Boleh, tak ada masalah.. Kita, kalau tak pandai nak bagi ceramah, tazkirah, pengisian sekalipun, bukan bermakna kita tak boleh berdakwah. Tulis blog pun kita dakwah. Mudah-mudahan ada maudhu' biacara kita yang dapat menyentuh hati-hati. Paling tak pun, kalau kita tak dapat nak bagi ceramah, kita jadilah orang yang pasang mikrofon untuk penceramah. Kalau kita tak dapat jadi pentazkirah, kita siapkan slaid kepada pentazkirah supaya dapat menarik perhatian mad'u. Kalau kita pandai bahagian ambik2 gambar ni, kita 'shoot' gambar-gambar menarik yang dapat minat orang terhadap keindahan Islam. A picture, explains 1000 of words... Kalau dah kita ambil 1000 keping gambar, dah banyak mana perkataan yang mampu kita jelaskan.. (apa punya contoh daaa.... huhuhu)

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang berjuang

Kita mungkin bukan seorang jaguh dalam berkata-kata, tapi kita boleh membantu ramai jaguh yang lain. Jadilah jaguh dalam momentum kita sendiri. Tidak pernah ada istilah terlambat kalau ingin melakukan kebaikan. Lakukanlah bila ada lintasan dalam hati kita untuk melakukan kebaikan. Jangan melengah-lengahkannya. Sebagai guru pula, kita mungkin bukan seorang jaguh, namun kita ada peluang dan potensi melalui didikan yang baik, untuk melahirkan ramai jaguh yang akan menggoncang dunia dengan jiwa mereka yang teguh... InsyaAllah... (^_^)v..


Sekian, Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails