Pages

Wednesday, August 10, 2011

8 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim

Mood : Tenang (^_^)v...

Buat macam ni salah, buat macam tu pun salah. Jadi yang mana satu ni???

Apa punca berlakunya pelbagai masalah dalam kehidupan kita.



Ada empat faktor berlakunya  masalah dalam kehidupan kita iaitu, yang mana masalah-masalah yang ada akan
  1. Self  - Ya, diri kita sendiri merupakan faktor penyumbang masalah yang terbesar. Datanglah seteruk manapun mehnah dan tribulasi dari luar, kalau kita melapangkan dada seluas dada langit, pasti semua masalah akan selesai. Tapi, kalau kita berjiwa sempit, semut gigit pun dah jadi satu masalah besar. Asyik duk menyalahkan semut. Pastu membebel-bebel tak tentu hala.
  2. Ownership - Rasa memiliki. Sense of belonging. Yet all those things kat atas muka bumi ini adalah milik Allah, tapi sebagai manusia biasa kita tak akan lepas daripada mempunyai rasa memiliki. Apatah lagi pada sesuatu yang teramat kita sayang. But, one thing is, sekuat mana sekalipun rasa memiliki yang ada pada kita, jangan pernah lupa pada 'pemilik' asalnya. Bila kita dah sedar akan rasa ini, masa tu la kita akan redha dengan kehilangannya. Sebab tu Allah dah ingatkan pada kita, sayang dan bencilah seadanya... Jangan lebih daripada batasnya. Bila dah over the limit, itu yang akan mewujudkan emosi yang bernama sedih, kecewa, keliru dan sebagainya dalam hati kita. Modesty is the way of life yang junjungan Mulia kita dah ajar. Jadi, kita ikutlah.. (:
  3. Relationship - What about relationship.. People has lots of peranan dalam kehidupannya. And based on the peranan, maka lahirlah perhubungan. Sebagai ibu, kakak, kawan, sahabat, rakan, teman, pelajar, sepupu, anak dan sebagainya (banyak lagi peranan kita).. Ada relationship yang positif yang mana kita boleh mewujudkan suasana yang selesa sepanjang perhubungan berkenaan berlangsung. Tapi ada juga yang tidak. The basic principle is, macam juga masalah yang disebabkan oleh ownership, SAYANG dan BENCILAH seadanya.... (^_^)v
  4. Dreams - Everyone has their own dreams.  Always aim for the sky for if you fall at least you could reach the clouds... Right? Jangan pernah takut untuk bermimpi dan memasang cita-cita,  tapi setelah itu jangan lupa meletakkan sandaran kepada Allah s.w.t, kerana hanya Dia sahajalah yang berhak menentukan.. Yang menjadi masalahnya ialah apabila kita terlalu kecewa bila mana cita-cita dan hajat yang tidak kesampaian.. Ish3x.. Jangan macam tu, siapalah kita ini untuk menentukan.. Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Maka apapun yang Dia tentukan.. Redhakanlah....

    -dun wori, be happy-

      Wallahu'alam...

      p/s: AlFatihah buat bapa kepada adik Nor Amirah binti Mohd Eddie Effendi Ong.. guru pelatih PPISMP Sem 3 unit Matematik IPG Kampus Perempuan Melayu... Moga rohnya termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman...

        1 comment:

        1. baru teringat nk tulis bout this..yup..bila kita kurangkan sedikit rasa memiliki, kita akn redha. tak lupa syukran umai. krn memberi pnjaman buku senyumlah. once jumpa ayat ownership tu n faham sebaik2nya, dila redha pergian yang tersayang 6 ramadhan lalu. tenang terasa. kembali senyum. dan akn cuba nutk terus senyum biar dalaman duka kerana kita tak tahu bila lagi kita akn tersenyum seperti hari ini. wallahualam..=0

          ReplyDelete

        LinkWithin

        Related Posts with Thumbnails