Bismillahirrahmanirrahim...
Iftar Jamai'e, Majlis Khatam Al-Quran,
Malam Lambaian Syawal,dan
Malam Lambaian Syawal,dan
Penangguhan Ihya' Ramadhan 1432 H
Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu..
Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu..
4 in 1 program... Alhamdulillah... Semuanya berlangsung dengan jayanya...
Sedikit tinta ucapan yang tak sempat saya sampaikan kerana kekangan masa. (^_^)v..
Bukan full idea sendiri pun, banyak cedok dari Majalah Solusi dan juga contoh teks kat internet...
Apapun.. Sekadar perkongsian.. Siapa tahu, bermanfaat.. (:
* kata alu-aluan.. (tak yah la..)
Detik masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Dalam tak sedar, kita sudah berada di malam yang ke 19 Ramadhan. Satu malam lagi dan kita akan meninggalkan fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa keampunan. Di kesempatan ini, sebagai merealisasikan Malam Lambaian Syawal, saya dengan kerendahan hati memohon kemaafan bagi diri saya dan rakan-rakan guru pelatih, seandainya ada gerak laku, tutur kata, rasa yang terpendam kami yang mengguris hati para pensyarah dan pihak pentadbiran sekalian. Sesungguhnya kami juga telah berusaha untuk menunaikan segala amanah kami sebagai pelajar guru kerana kami juga ingin melihat kampus mua’llimah tercinta ini, berkembang menuju ke tahap yang lebih tinggi untuk merealisasikan visi dan misi institut pendidikan guru.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Hembusan Ramadhan nampak gayanya sudah semakin sepoi-sepoi bahasa. Inilah fenomena biasa di mana-mana masjid dan perkara yang sama juga berlaku di BISA kita ini. Azam yang membara seawal Ramadhan menjadi kendur. Hati menjadi korban dan berlaku peperangan yang dahsyat dalam diri. Antara desakan tugasan kuliah, kerja kursus dan tuntutan berjamaah Maghrib dan Isyak serta berterawih di BISA. Mulut, telinga, mata, hidung, dan seluruh pancaindera masih tega dan rela dengan dosa. Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.
Satu renungan untuk kita sama-sama fikirkan. Apakah masih akan berulang penyesalan kita pada Ramadhan yang lepas ataukah kita bersedia menukar rentak dan momentum dalam memaknakan hari-hari terakhir bulan Ramadhan? Tepuk dada, kita tanya iman kita.. Apakah sudah tercapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sempena Ramadhan ini. Tingkatan paling tinggi adalah mencapai ketaqwaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh rasa ketaqwaan kepada Allah, nescaya diampuni dosanya yang lalu,” (Muttafaq ‘alaih)

Masih belum terlambat sebenarnya. Kita semua sebagai umat Islam perlu insaf dan serius untuk berubah dan meningkatkan ibadah ke arah yang lebih baik. Puasa yang dilakukan perlu berada pada tahap yang sepatutnya sesuai dengan peningkatan umur kita, kerana kita tidak akan pernah menjadi semakin muda. Kemuncak pada ibadah puasa ialah taqwa. Fardhul muslim yang bertaqwa, puasanya boleh menjadikan dia orang yang kuat jiwa, kuat ibadah, dan kuat berbakti kepada orang lain. InsyaAllah.. Sama-sama kita berdoa agar Ramadhan ini memberikan sesuatu yang bererti dalam kehidupan kita sebagai seorang insan.
Hadirin yang budiman,
Sedikit titipan sempena Syawal:
Kekuatan utama sambutan Aidilfitri adalah di dalam memulihkan dan mengekalkan silaturahim. Ianya merupakan kekuatan kerana mewujudkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kedamaian dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat serta saling membantu antara satu sama lain. Orang yang suka menyambung silaturahim akan membawa pertambahan rezeki dan dipanjangkan umurnya. Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Barang siapa yang suka di perluaskan rezekinya dan kehidupan yang baik, maka hendaklah menyambung silaturahim”
Syawal yang melambai.. |
Dasar silaturahim yang ditetapkan Islam adalah
melangkaui sempadan negara dan benua. Kita perlu insaf terdapat saudara-saudara kita di luar negara hidup dalam keadaan sukar sepanjang hayat, membesar dalam keadaan perang, generasi silih berganti terus hidup menderita terutama saudara kita di Palestin. Jika tidak sampai ke Palestin sekalipuan, jenguk-jenguklah jiran tetangga kita. Mungkin ada yang memerlukan bantuan. Marilah kita sama-sama menambahkan saham akhirat dengan menyumbang mengikut kemampuan kita. Bukan nilai yang menjadi ukuran, asalkan hati ikhlas dan rela untuk beramal.

Wallahua’lam... Sebelum mengundur diri, suka saya untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa kerja untuk majlis kita pada malam ini kerana telah memanfaatkan keizinan dan kekuatan yang telah diberikan Allah dengan berkorban, masa dan tenaga dalam merealisasikan majlis kita pada malam ini.. Mudah-mudahan rahmat Allah mengiringi perjalanan hidup kita semua. InsyaAllah..
Sekian. Wabillah.
No comments:
Post a Comment