Pages

Friday, November 12, 2010

KITA ADALAH PEMIMPIN



Salam dari seorang Umairah,

Teristimewa untuk yang bergelar pemimpin,

Pemimpin???


Siapa Pemimpin???


Saya bukan ketua dalam apa-apa organisasi..

Maka saya bukan seorang pemimpin...


Ini yang biasa kita dengar bukan???

Tidak ramai yang berani mengaku diri mereka sebagai pemimpin...


Atas beberapa alasan yang mungkin, antaranya;
  • Saya tidak layak untuk menjadi pemimpin.
  • Ish, mana boleh jadi pemimpin, nak pimpin diri sendiri pun tak mampu.
  • Jadi pemimpin ni buat penat je, tak ada masa untuk diri sendiri.
  • Tak seronok la jadi pemimpin ni, tak ada masa untuk borak dengan kawan-kawan.
  • Tak nak la jadi pemimpin, nanti orang dah tak suka dengan kita.
Dan pelbagai lagi mentaliti yang silap tentang satu patah perkataan iaitu pemimpin ini.

Cuba kita sama-sama renungkan sejenak, apa yang menggerakkan kita untuk melaksanakan satu tugasan...


Apa agaknya ye??

Fikir.... fikir... dan fikir lagi

(jangan sampai tertidur sudah)..


Bukankah ianya lahir dari segumpal keinginan dalam diri untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Dan dari mana datangnya keinginan itu kalau bukan dari pimpinan akal dan hati kita...


Kita semua adalah pemimpin...


Cuma bezanya antara kita adalah ke jalan mana kita memimpin diri kita...


Adakah pada jalan lurus yang diredhaiNya,
Ataukah memilih simpang lain yang disangka jalan pintas tapi sebenarnya jalan yang penuh kelalaian dan kealpaan...

Ataukah tanpa sedar kaki tersadung akar dugaan yang menepi di pinggir jalan..
Ataukah juga kita berhenti seketika untuk mencium harum bungaan yang menggoda???

Itu belum lagi kita bicarakan pada onak dan duri mehnah yang bertaburan di jalanan...

Dan lebih dasyat lagi, tersungkur di lembah noda sehinggakan tidak ketemu jalan pulang...




Bersambung.....


(Entry kali ini adalah kerana terkesan dengan Majlis Perletakan Jawatankuasa BISA 2010 dan Pelantikan Jawatankuasa BISA 2011.. Roomate tercinta ditaklifkan sebagai Pengerusi - All da best yer Mira -Masih banyak yang ingin diperkatakan tentang tajuk ini, tetapi rasanya seperti memerlukan sedikit kelapangan. InsyaAllah entry ini akan bersambung dalam masa terdekat selepas tamat peperiksaan)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails