Pages

Friday, November 26, 2010

Entri ke-50

Assalamualaikum w.b.r

Salam dari seorang Umairah....


Alhamdulillah. Saya masih lagi di sini. Melakar tinta berwarna pada kanvas maya. Entri kali ini ialah entri yang ke -50. Sungguh tak sangka sama sekali saya sudah menghasilkan 50 entri. Entri yang pelbagai . Tiada yang spesifik pada satu-satu bidang walaupun berkecenderungan untuk banyak menulis tentang bidang pendidikan khas. Mungkin angka 50 kecil jumlahnya bagi yang sememangnya blogger sejati, tetapi besar maknanya buat saya. Rasanya, saya belum pernah lagi secara langsung menulis mengenai blog ini dan disebabkan memang sudah berniat untuk memperkatakan tentang blog ini dalam entri yang ke-50 maka, saya teruskan hasrat hati saya ini. 

Pertamanya adalah muqaddimah Salam dari seorang Umairah,
Kelihatannya agak kelakar dan jiwang di situ, tapi tak kisahlah sebab saya suka. Baiklah... Saya perlu mengakui satu perkara. Ini ialah pengaruh novel yang saya baca bertajuk Kerana Kau Lelakiku.. Pernah baca tak novel ini.???  Kalau ada yang pernah baca, mesti tahu kan apa nama watak utamanya. Hehe. Baiklah, satu kebetulan sahaja dan Allah gerakkan saya untuk beli novel ini. Terima Kasih banyak-banyak kepada penulis novel ini yang menggunakan nama pena Teja Aufi Nasrul. Mula-mulanya saya menyangkakan penulisnya adalah lelaki sehinggalah baru sebentar tadi saya search kat internet gambar buku ni, rupa-rupanya nama penulis yang sebenar ialah Zaharah Muhammad. Novel ini agak mempengaruhi gaya pemikiran saya. Saya beli novel ni masa saya tingkatan lima dan ini ialah novel pertama yang saya miliki. Saya kongsikan sinopsis cerita ni, itupun saya ambil kat internet. Kalau ada yang nak pinjam, sila ke bilik baru saya di kolej kediaman Lelasari ye.... (Khas untuk guru pelatih IPGKPM sahaja).

Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan azabNya. Dialah hamba yang cuba menyempurnakan tugasnya sebagai hamba. Dia cuba menyuluh kegelapan dan membuka segala ruang yang sempit. Cinta padaNya membuatkan dia takut berada jauh dariNya. Sehingga sanggup membunuh rasa yang tumbuh di dalam dada pada Yasir yang mencintai dalam diam walaupun dia sedar lelaki itu telah diciptakan untuknya. Walau masa berganti, musim berubah dan sedemikian waktu berputar... yang berpisah tetap bertemu di titik hujungnya... di bawah sinar Rabbul Izzati. 

Hehe.. Perasan tak dua perkataan pertama sinopsis di atas. Itulah sebabnya muqaddimah saya menggunakan frasa kata --> Salam dari seorang Umairah. Novel ini ada menyelitkan satu perkara yang menarik iaitu indahnya memendam rasa.

Dan ini pula muka depan novelnya; 


Keduanya ialah latar belakang blog ni ada bunga-bunga dan gambar. Kalau ikutkan memang nak biarkan kosong sahaja tapi saya perlu biasakan diri dengan warna. Seorang senior pernah cakap yang budak pendidikan khas ni kena di tarik perhatiannya dengan warna-warna. Bukan saya maksudkan anda semua sebagai murid pendidikan khas. Tidak sama sekali. Don’t get me wrong, ok?? Hehe. Just kidding. But, I have to do some effort in colour as I am not that good in it. So, most probably I will change the background when I have free time like now (during school holiday....)

Ketiganya ialah alasan kenapa saya mula menulis blog ialah kerana saya suka baca blog. Kenapa pula saya suka baca blog.??? 

Sebabnya blog lebih ringkas berbanding membaca buku. Hal ini tidak membawa makna, kita tak perlu baca buku dan tak payah nak belajar lagi. Tidak, tak boleh macam tu. Cumanya kadang-kadang kita perlu dapatkan maklumat asas dari blog-blog. Kemudian dalami lagi dengan membaca buku dan bertanya pada yang faqih dalam bidang berkenaan. Barulah kita mampu menghasilkan hujah yang mantap. Susah, memang susah. Rasa tak mampu. Tapi, inilah sebenarnya cara yang terbaik.. (=

Selain daripada itu, saya juga suka baca blog sebab saya dapat tahu perkara yang tidak ada dalam buku teks. Lebih kurang macam tahu sejarah yang dipinggirkan atau digelapkan. Contohnya peristiwa Memali. Kejadian ini berlaku di Negara kita tapi terbiar sepi dan kebanyakan orang tidak tahu. Saya pun baru tahu kronologi yang tepat lepas baca dalam blog. Dan sebenarnya banyak lagi peristiwa yang saya tak tahu tidak kira dalam mahupun luar Negara. Jadi, kenalah saya jenguk-jenguk blog orang sentiasa, supaya tahulah juga sedikit sebanyak sejarah, isu semasa, kemusykilan agama, dan juga... emosi manusia.. (=

Tidak cukup dengan itu, saya juga seronok membaca pandangan dan komentar kebanyakan orang. Ramai orang yang lebih terbuka dalam penulisan berbanding secara lisan. Mereka boleh memberikan pandangan dan pendapat yang cukup bernas dan boleh diterima akal, lengkap dengan hujah dan dalil. Kita juga boleh membaca emosi penulis blog dengan lebih terarah walaupun dia tidak menyatakan perasaannya ketika itu, apatah lagi kalau yang sememangnya menjadikan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Blog sememangnya satu ruang untuk menyatakan pendapat tetapi terpulang bagaimana cara penyampaiannya. Walaupun kadangkala kelihatan beremosi, tetapi pasti ada sesuatu yang dapat kita pelajari.

Tapi apapun, blog merupakan satu medan perkongsian yang harus dimanfaatkan fungsinya dengan bijak. Akhir kata, jadilah anda semua pengguna yang bijak tidak kira apa peranan anda, sama ada sebagai penulis ataupun pembaca blog yang setia.... (=


4 comments:

  1. mata pena lebih tajam dari mata pedang..=)

    ReplyDelete
  2. salam 'alaik

    tahniah atas penulisan blog. namun ada pesanan dari sang ustaz kepada pemilik blog. moga menjadi panduan kepada kita bersama.

    Teruskan menulis untuk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  3. salam....nice post sahabat...teruskan menulis...dakwah di hujung pena..insyaAllah....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.. Terima kasih atas pesanan.. (=

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails