Friday, November 26, 2010

Dunia Pendidikan Khas

Assalamualaikum w.b.r...

Salam dari seorang Umairah...

Hari ini rasanya ingin berkongsi serba sedikit tentang dunia Pendidikan Khas yang saya cintai ini. Realitinya saya masih belum menjadi guru dan masih dalam proses cuba menjiwai watak seorang guru pendidikan khas. Seringkali apabila ada yang bertanyakan tentang bidang pengkhususan saya di IPG dan saya menjawab Pendidikan Khas, lazimnya ada beberapa reaksi yang dapat saya jangka. Antaranya...

" Oh, pendidikan khas. Ajar budak-budak cacat ye?" tak pun "Ajar budak OKU, ye?"

"Oh, yang nanti belajar bahasa isyarat dan braille tu ye"

"Oh ye ke? Seronoknya. Tapikan kalau saya mesti tak boleh. Saya tak sampai hati tengok keadaan budak-budak tu. Tengok kejap je. Pastu mesti nangis."

Ada juga yang memberikan reaksi seperti ini.

"Mmm. Bagus tu. Satu bidang yang menyeronokkan, tapi mencabar. Baguslah"

Tak kurang juga yang akan menasihati seperti ini.

"Jadi cikgu pendidikan khas ni kena banyak sabar. Murid pendidikan khas ini ada yang kurang mental dan kurang fizikal. Kalau fizikal, kena buat macam ni (.............) dan kalau yang mental kena buat macam ni (............).

"Ni nak cerita berdasarkan pengalaman ni. Kalau budak syndrome tu, kita nak tarik perhatian dia, kena bagi ganjaran. Tak boleh ajar macam budak biasa. (dalam hati saya.. "Dasyat ni, aku baru belajar token ekonomi, dia dah praktikkan.Mantapnya.........")

"Jadi cikgu pendidikan khas ni kena kreatif..."

Tapi, tak kurang juga ada yang bertanya...

"Pendidikan Khas tu apa?"

Sedih juga bila ada yang cakap macam tu, tapi saya tidak boleh salahkan mereka. Kurang pendedahan. Itu mungkin jawapan yang terbaik. Mungkin kerana saya berada dalam bidang ini, maka saya tahu sedikit sebanyak mengenainya. Kalau saya tidak berada dalam bidang ini mungkin saya tidak akan ambil tahu tentang kanak-kanak ini. Keadannya sama juga apabila saya sudah tidak lagi bermain dengan kalkulator, saya juga sudah tidak ambil peduli sangat mengenai kira-kira yang sukar dalam matematik. Tapi atas dasar kemanusiaan dan persamaan hak dalam bidang pendidikan, sedikit sebanyak kita kena menjadi orang yang mengambil tahu tentang nasib mereka.

HOME OF ACORN

Cerita 'Home of Acorn' banyak mengesankan saya. Sebuah cerita Jepun yang mengisahkan pengalaman ibu bapa dalam menghadapi kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai pelbagai karenah serta usaha mereka untuk membangunkan sebuah 'rumah' yang menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak yang senasib dengan anak mereka. Realitinya, kanak-kanak pendidikan khas boleh melibatkan diri dengan masyarakat apabila masyarakat dapat menerima mereka.

Sepanjang saya mendalami bidang ini, saya dapat rasakan beberapa keistimewaan yang ada pada anak-anak istimewa ini. Biasalah kan, Allah itu Maha Adil. Apabila DIA tarik beberapa kelebihan, DIA ganti dengan kelebihan yang lain. Terpulang pada kita untuk menilai. Salah satu kelebihan mereka ialah mereka seolah-olah mampu untuk faham perasaan kita yang normal. Saya masih ingat kata seorang guru pendidikan khas yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Katanya, kanak-kanak pendidikan khas ini boleh 'baca orang' Dia tahu siapa yang dia boleh 'makan' dan siapa yang tidak. Dia pun ada berkongsi tips dengan saya yang mana bila kita nak tahu kanak-kanak berkenaan masih boleh diubati ataupun tidak, Katanya kalau kanak-kanak berkenaan masih mempunyai eye contact dengan kita, tidak kira la walau seagresif mana pun dia, dia masih boleh dipulihkan. Bergantung kepada usaha kita pula.

Saya petik kata-kata dalam cerita Home of Acorn ini yang menggambarkan betapa kanak-kanak istimewa ini jua punyai hati dan perasaan seperti kita dan boleh merasakan getar emosi kita. Situasinya ialah seorang ibu kepada Keiko yang sudah putus asa mempunyai anak yang mempunyai masalah pendengaran dan terencat.Pada malam berkenaan Keiko seolah-olah dapat memahami ibunya yang tidak menginginkannya lagi. Apa rasa seorang anak, apabila ibu yang selama ini disandarkan harapan dan kasih sayang sudah berputus asa untuk menerima dirinya lagi. Kita yang normal ini pun banyak bergantung pada ibu bapa. Inikan pula mereka yang kekurangan. Tapi, kita juga harus faham kondisi ibu Keiko. Bayangkan juga ibu muda mana yang sanggup menjaga anak yang membuat sesuka hati seperti menceroboh masuk rumah jiran, memecahkan peralatan-peralatan rumah tanpa sebab, memukul ibunya sesuka hati. Pada malan Keiko menderita kerana asma, si ibu menyedari sesuatu. Kita hayati monolog si ibu ini dan renungkan maknanya yang sangat mendalam...

I am sorry
I am sorry
A fit of asthma,
She breathes painfully,
It sounds like a silent protest,
She's able to see through me,
She knows I want to quit being her mother,
She can read my mind....

Sewaktu Keiko sedang berjuang melawan asma, ibunya akhirnya sedar yang anaknya memiliki daya juang yang tinggi. Barulah dia tahu kekuatan sebenar yang dimilki oleh anaknya dan barulah dia tahu selama ini anaknya menanggung derita kerana kekurangan yang dimilikinya;

She wants to be alive,
She's trying to live,
She's appealing to us who are weak and foolish,
She's carrying a big burden on her small shoulders,
She's showing us that she's trying to live,

Dan pada malam berkenaan untuk pertama kalinya dalam hidup dia dan suaminya, mereka menerima anak mereka dengan kekurangan yang dimilikinya, hanya setelah mereka hampir kehilangannya...

Kisah kedua pula mengenai seorang budak menghidap autisme yang bernama Kiyoshi. Dunia kanak-kanak autisme memang menarik. Tetapi sayang mereka tidak mampu menceritakan apa yang ada dalam dunia mereka menyebabkab mereka sukar difahami. Sehinggakan ibu Kiyoshi pernah berkata;

" Although he's my son. I don't know what he thinks''

''Everthing he does is meaningless, All he does is to trouble others"

Memang tindakan yang dilakukan olehnya begitu menyusahkan. Bayangkan dia akan mencederakan dirinya dengan menarik-narik rambutnya sendiri sehingga bertaburan helaian lambut di atas lantai, mencakar-cakar muka sendiri sehingga berdarah. Di kedai ayahnya pula, dia menggantikan roti-roti yang dijual dengan batu-batu.

Dia juga mempunyai satu tabiat yang pelik yang mana dia suka menyusun batu-batu. Contohnya dalam cerita berkenaan, dia menyusun batu di hadapan kumbang yang hampir mati. Kalau pada pendapat kalian, apa tafsiran daripada tindakan yang dilakukannya?? Mungkin ada yang beranggapan budak ni obses terhadap batu. Mungkin ada juga yang akan menganggap, ''Budak ni tak betul agaknya"... Tetapi sebenarnya falsafah yang diajar oleh seorang budak autisme ini cukup halus. Apa yang difahami oleh seorang guru pendidikan khas dalam cerita berkenaan cukup menyentuh jiwa dan membuatkan kita berfikir. Katanya;

 Don't say that. It's unfair to him.
He can't hear or speak.
He can't express himself.
Even if he acts strangely but his actions are messages.
He is trying to communicate that way.
Si ibu yang kecewa lantas memintas bicara si guru;

What is he trying to say by gathering the stones??
How can I understand him,
You only speaks nice things,
But people look at Kiyoshi with disgust...

Cuba hayati dialog si ibu apabila dia menyedari apa yang cuba disampaikan oleh si anak melalui batu berkenaan. Sebelum itu, sedikit suasana sewaktu ibunya proses ibunya menyedari mesej yang ingin disampaikan oleh anaknya yang mana pada ketika itu sebenarnya ibunya sudah ingin mengambil satu tindakan kurang waras. Dia ingin terjun dari jambatan yang dibawahnya merupakan laluan kereta api.Pada waktu berkenaan Kiyoshi menyusun batu menghadap matahari yang hampit terbenam. Satu permandangan yang indah. 


The sunset is beutiful and Oh!!
Kiyoshi wanted the stones to see it too...

Dan ibunya juga teringat ketika Kiyoshi mengangkat batu pada kumbang yang hampir mati dan katanya mungin pada ketika itu Kiyoshi dan 'batu-batunya' sedang memberikan semangat kepada kumbang berkenaan untuk terus hidup

Kerana manusia tidak mampu memahami sehinggakan Kiyoshi bercerita pada batu....

They have many things in their heart,
And they talk to many things,
Only that we cannot hear them,
We give up from them and don't try to listen.

We only saw the handicap and consider our burden,
Mother's don't smile anymore,
Father's begin to look away,
The children feel that 
They're among anger and sorrow,
And so they close their hearts,
The children aren't the ones carrying heavy burdens, but US,
We had sorrows and despair,
That was our worst burden.....

Pesanan buat diri: Sayangilah dan terimalah mereka kerana kita dan mereka berkongsi dunia yang sama.. (=

1 comment:

  1. belajar kt mne?? ok x pendidikan khas ni?? bagy sedikit nasehat atau pandangan boleh??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails