Sunday, November 7, 2010

KAWAN (=


Salam dari seorang Umairah,

Teringat masa zaman kanak-kanak ribena dulu..

Dapat mesej comel2...

Contohnya macam mesej kat bawah ni

Kata MAMA kawan itu ibarat LEBAH,

Habis madu sepah dibuang.


Kata PAPA kawan itu ibarat BUNGA ROS,

Dipandang cantik dipegang sakit.


Kata ATUK kawan itu seperti AIR,

Terus mengalir.


Kata NENEK kawan itu umpama BULAN,

Dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.


Kata SAUDARA kawan itu MUSUH,

Kawan tikam kawan dari belakang.


Kata ABANG kawan itu HANYA PADA DASAR,

Nama je, depan baik la... belakang siapa yang tahu.


Kata KAKAK kawan tu macam LUKA,

Walaupun hubungan itu tidak dapat dilihat,

Tapi bila salah seorang tidak ada,

Akan ada parut yang tinggal jauh dalam dasar lubuk hati seseorang.


Kata ADIK kawan macam CHIPSMORE,

Kejap ada kejap tiada.


Kata AKU......

Kawan-kawan tak kisahla macam mana sekalipun dia,

Ibarat lebah, ros, umpama air, bak bulan ke, ataupun macam luka,

Sekali aku dah kawan dengan dia,

Selamanya dia tetap KAWAN aku.......


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails